Showing posts with label DUN Sarawak. Show all posts
Showing posts with label DUN Sarawak. Show all posts

Wednesday, 30 November 2016

It's Not A U-Turn, Diplomacy Is Better Than Confrontation - Adenan


The State Government is not making a ‘U’ turn on this matter because we believe that Federal and State BN Governments being in the family can resolve this issue amicably between the parties concerned as diplomacy is better than confrontation.

Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem said that, that is why the State Government has decided not to proceed on the motion to Article 1(2) of the Federal Constitution which categorised Sarawak as one of the thirteen (13) states in Malaysia.

"The amended Article 1(2) is perceived as not in the spirit behind Inter-Governmental Committee Report and the Malaysia Agreement which was clearly reflected in the original wordings of that Article," he said.

Adenan elaborated, that Article, before its amendments clearly provides that the Federation of Malaysia consisted of: (1) The States of the federation of Malaya; (2) The States of Sabah and Sarawak; and (3) Singapore.

He said this in his Winding-up Speech at the last day of the 18th Sarawak DUN's Sitting today.

"The Prime Minister has announced that he is willing to discuss with Sarawak and Sabah on any matters related to the misinterpretations and misunderstandings to the Malaysia Agreement 1963."

"On this note, the Prime Minister clearly shows that he is willing to discuss this matter with the State Government and to find solutions to resolve this issue," stressed Adenan. -UnReportedNews™®

Thursday, 24 November 2016

Jangan Biar Pembangkang Terus Membuat Persepsi Jahat - Fazzrudin


Kita tidak boleh membiarkan pembangkang terus menerus memainkan persepsi memberi gambaran negatif kepada kerajaan sebaiknya, kita terangkan isu tersebut dengan jelas kepada rakyat agar mereka mengetahui perkara yang sebenarnya.

ADUN Tupong Fazzrudin Abdul Rahman berkata, kita tidak mahu ianya menjadi isu 1MDB dimana biarpun ianya tidak bermasalah namun permainan persepsi jahat pembangkang yang terus menerus tanpa penjelasan segera telah memberi 1MDB imej yang buruk.

Ujar beliau lagi, perhimpunan kecil yang diadakan oleh pihak pembangkang semalam berniat memburukkan dan mencerminkan bahawa kerajaan tidak transparent dan corrupt di mata rakyat.


"Perhimpunan kecil dengan placard menuntut penjelasan berkenaan MRP seolah-olah kerajaan tidak mahu respond terhadap usul ADUN Kota Sentosa Chong Chieng Jen."

Fazzrudin berkata demikian ketika ditemui UnReportedNews™® di lobi DUN Sarawak selepas sesi Perbahasan Bajet 2017nya pada Persidangan DUN Sarawak pagi tadi.

"ADUN Kota Sentosa, telah membuat pertuduhan yang berat tanpa asas terhadap kerajaan dan jika beliau ikhlas, beliau boleh menarik balik pertuduhan tersebut terhadap kerajaan dan meneruskan usulnya untuk memohon penjelasan berkenaan peruntukan MRP berkenaan."

Fazzrudin menambah, beliau (Chong) juga boleh menghantar soalan kepada YAB Ketua Menteri kita atau Menteri Kewangan untuk mohon penjelasan tetapi oleh kerana niat dan hasrat hanyalah untuk score political point and spin segala isu untuk memburukkan kerajaan, maka beliau tidak mahu menarik balik point-point pertuduhan tersebut, agar usul beliau ditolak dan beliau di gantung dari Dewan. 

Secara sarkastik Fazzrudin berkata, ini adalah supaya beliau seolah-olah berjuang sehingga digantung dari dewan dan rugilah pengundi-pengundi yang mengharapkan wakil rakyat untuk mewakili mereka dalam dewan. 

"Budaya sebegini amat tidak sihat sekali dan jika diamalkan, ia akan menganggu focus kita bersama, agenda kita bersama, iaitu untuk mendapatkan hak negeri kita semula, tidak akan tercapai," katanya lagi. -UnReportedNews™®

Tuesday, 22 November 2016

Chong Pecah Rekod: Digantung Hari Pertama Persidangan DUN


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa Chong Chieng Jen, yang juga Pengerusi DAP Sarawak memecah rekod apabila beliau menjadi ADUN pertama digantung daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada hari pertama DUN Sarawak bersidang.

Penggantungan beliau daripada menghadiri persidangan DUN selama lapan hari yang baharu bermula semalam berkuat kuasa serta merta.

Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar membuat keputusan itu selepas Chong enggan menarik balik 'dakwaan rasuah yang sangat serius' rasuah terhadap Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Chong sebelum ini telah cuba untuk memfailkan usul terhadap Adenan atas dakwaan kehilangan sejumlah RM25O juta yang merupakan sebahagian daripada jumlah RM905,900,000 diluluskan untuk projek-projek kecil luar bandar pada persidangan DUN tahun lepas.

Terdahulu, Asfia kemudian menasihati Chong supaya menarik balik dakwaannya namun setelah Chong ditolak, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh mengemukakan usul untuk menggantung Chong dan usul ini disokong oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg. -UnReportedNews™®

Monday, 21 November 2016

Bajet Sarawak 2017 Masih Fokus Dengan Pembangunan Luarbandar


Kerajaan Negeri Sarawak konsisten memperuntukkan sebahagian besar dari Bajet negeri ini kepada pembangunan pada tahun hadapan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem dalam pembentangan Bajet Sarawak 2016 sebentar tadi mengumumkan kerajaan masih lagi mengekalkan penekanan terhadap pembangunan iaitu sejumlah RM 5.928 bilion atau 73 peratus diperuntukkan untuk tujuan berkenaan. 

Manakala RM 2.206 bilion atau 27 peratus daripada belanjawan ini adalah untuk tujuan perbelanjaan operasi. 

Belanjawan tahun lepas juga turut menyaksikan komitmen kerajaan membangunkan kawasan luar bandar di mana sejumlah RM 2.982 bilion diperuntukkan untuk tujuan ini. 

Kerajaan negeri juga mencadangkan sejumlah RM 817 juta peruntukan bagi memacu inisiatif transformasi negeri Sarawak. 

"Fokus belanjawan kali ini juga adalah untuk menjadikan pengurusan kewangan negeri lebih effektif dan sistem penyampaian yang lebih effisien," kata Adenen persidangan hari pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-18 yang sedang berlangsung pagi ini.-UnReportedNews™®

Thursday, 17 December 2015

Adenan Kotakan Janji Mansuhkan Tol


KUCHING: Pengumuman Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem untuk memansuhkan kutipan tol di Jambatan Tun Salahuddin di sini dalam ucapan penggulungan beliau pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-17 semalam semestinya memberi tamparan hebat kepada pembangkang.
 
Mana tidaknya, dikala pembangkang sedang terumbang-ambing mencari isu nak dibangkitkan di Sarawak (sehinggkan mereka terpaksa membawa isu dari Semenanjung untuk dijadikan bahan), Adenan tampil dengan satu demi satu pembaharuan polisi yang lebih mesra-rakyat.
 
Tindakan Adenan memansuhkan tol sudah pastinya akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) Sarawak apatah lagi negeri ini kini berada di ambang Pilihan Raya Negeri pada bila-bila masa.
 
Pemansuhan tol tersebut yang dijadualkan berkuat kuasa tengah malam 31 Disember ini sekali gus menjadikan Sarawak bebas tol menjelang Tahun Baharu 2016.
 
Sekiranya pembangkang berhasrat untuk melabelkan tindakan pemansuhan tol Jambatan Tun Salahuddin ini hanyalah sebagai "gula-gula" pilihanraya, mereka sepatutnya maklum sebelum ini, dimana dua tol di Jambatan Lanang di Sibu dan Jambatan ASEAN di Baram, Miri telah dimansuhkan.
 
Rakyat juga tahu Adenan berbuat demikian hanya untuk mengkotakan janji; mellestarikan kehidupan serta mengurangkan beban kehidupan rakyat. -UnReportedNews™®

Wednesday, 16 December 2015

Chong Dihalau Dari DUN Sarawak


PETRA JAYA: Ketua Pembangkang Sarawak, Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) mencetuskan kekecohan setelah enggan menarik balik kenyataan mengenai Bajet Negeri 2016 yang mengalami defisit serta menganggapnya sebagai ‘David Copperfield Accounting’.

Berikutan itu usul menggantung Chong daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri dibuat oleh Menteri Kewangan Kedua Dato Seri Wong Soon Koh.

“Saya menggesa Yang Berhormat Chong Chieng Jen (DAP) agar menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan yang juga merupakan Menteri Kewangan.

“Jika beliau gagal menarik kenyataan tersebut, dengan ini akan mengemukakan usul pergantungan dengan segera dan tanpa sebarang syarat (bahas),” kata Wong yang Ahli Dewan Undangan Negeri Bawang Assan.

Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar pada sesi berkenaan telah membuat keputusan Chong digantung setelah 32 daripada wakil rakyat di dewan menyokong usul tersebut sementara 12 daripadanya membantah.

Berikutan itu, Chong yang juga Pengerusi DAP Sarawak diarahkan keluar dari Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas sesi undian tersebut tidak menyebelahi beliau untuk kekal di dalam dewan undangan negeri.-Sarawakiana.

-UnReportedNews™®

Thursday, 30 April 2015

Chong "Diperangkap" Oleh Adenan


Kebijaksanaan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem dalam berdebat memang tiada tandingannya.

Pada ucapan penggulungannya di hari terakhir Persidangan DUN Sarawak semalam, beliau menggesa Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen agar menjelaskan pendirian DAP Sarawak akan perlaksanaan hudud di Kelantan yang menjuruskan DAP Sarawak menghentikan sama sekali kerjasama dengan PAS Sarawak.

Apabila, Chong menegaskan DAP Sarawak tetap tidak akan menjalinkan hubungan dengan PAS Sarawak, Adenan dengan berseloroh menggesa beliau mengarah ahli-ahli DAP Sarawak tidak akan memberi undi kepada PAS Sarawak pada PRN kelak.

Chong dengan yakin berdiri dan menjawab, "Ya, saya pasti akan mengarah ahli-ahli DAP Sarawak jangan memberi undi kepada PAS Sarawak."

Di saat inilah, Adenan mencelahnya dengan kata-kata, "Kalau begitu, bolehlah PAS Sarawak tidak memberi undi kepada DAP Sarawak juga."

"No..no..(tidak..tidak)," kata Chong sambil menggeleng-gelengkan kepalanya lalu duduk diam. - Sarawakiana 

-UnReportedNews™®

Tuesday, 28 April 2015

Kebenaran Menyakitkan, ADUN-ADUN DAP Keluar Dewan


Sebaik sahaja ADUN Nangka Dr Annuar Rapaee memulakan Perbahasan Usul Penghargaan Atas Ucapan TYT Yang Di-Pertuan Negeri Sarawak semalam, seorang demi seorang ADUN DAP bertindak meninggalkan dewan.

Mana tidaknya, Annuar menekankan, pembangkang dengan sadisnya telah menyalahgunakan kuasa yang boleh digunakan untuk membantu rakyat dan seterusnya dapat menghilangkan atau sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban dan masalah rakyat dalam kerajusan mengejar kuasa politik.

"Saya akan menggariskan lima elemen atau ciri-ciri politik pihak pembangkang yang saya pasti mereka belajar “political masters” mereka dari semenanjung sebab semua parti pembangkang yang bertapak di Bumi Kenyalang ini berasal dari Semenanjung."

"Pertama, mewujudkan perasaan benci terhadap kerajaan dan Negara sebagai contonhya, dalam usaha ahli YB Kota Sentosa (Chong Chieng Jen) agar rakyat membenci kerajaan dan Negara beliau pada suatu ketika dahulu mempertikaikan usaha kerajaan menanamkan semangat potriotikdi kalangan rakyat dengan menyanyikan lagu Negaraku di pawagam dan menganggap usaha tersebut sebagai “disgrace” and “ridiculous”, "and asked if Malaysia was heading towards a communist era, a time when citizens must show that they are patriots." 

"Adakah patut seorang wakil rakyat bersikap demikian mempertikai usaha kerajaan menanamkan semangat patriotik di kalangan masyarakat? Niat sebenarnya adalah agar rakyat membenci kerajaan dan Negara," tanyanya dengan sinis.

"Kedua, memutarbelitkan fakta dan isu. Ini memang sudah menjadi norma politik pembangkang. Contoh paling terdekat ialah kenyataan akhbar Chong dalam surat khabar Sin Chiew dan See Hua bertarikh 25 April. Beliau mengatakan bajet tambahan yang dipohon sebanyak 500 juta adalah membeli undi dan sekarang setiap ADUN dan bakal calon BN mempunyai banyak wang di tangan mereka sehingga Kota Sentosa menghasut NGO memohon peruntukan dari ADUN BN." (Baca sepenuhnya-UnReportedNews™®

Tuesday, 18 November 2014

Cubaan Pembangkang Laga KM Dan Kabinet Sarawak Gagal


KUCHING: Usaha yang dilihat sebagai "melaga-lagakan" Ketua Menteri Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem dengan anggota kabinetnya oleh pembangkang tidak akan berjaya.

"Pembangkang menuduh anggota kabinet takut untuk menandatangani ikrar integriti sepertimana yang dibuat oleh saya sebelum ini kerana merahsiakan sesuatu."

Adenan menjelaskan, segala usaha yang dilakukan oleh pembangkang bagi melaga-lagakan antara beliau dan rakan kabinet akan gagal dan sentiasa gagal.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang telah diadakan di pejabatnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sebentar tadi.

"Kita tidak "bodoh" untuk mendengar apa yang dikatakan oleh pembangkang). Kita percaya kepada solidariti kabinet," tegasnya lagi. (Baca sepenuhnya)

-UnReportedNews™®

Saturday, 15 November 2014

YB Dakwa Ada "Tauke Besar" Kawal Kontraktor Untuk Dapatkan Projek


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Abdullah Saidol mendakwa terdapat satu 'Tauke Besar' kontraktor yang mengawal beberapa kontraktor untuk mendapatkan tender bagi projek-projek luar bandar.

"Memang benar projek-projek ini ditender secara terbuka. Kalau ada 10 kontraktor tempatan yang membida, sebenarnya semua lesen ini, 10 kontraktor yang membida ini dikawal seorang Tauke.

"Walaupun sepuluh kontraktor yang membida, asyik-asyik orang itu yang dapat dan orang itulah yang mempunyai sejarah sejak sekian lama, track record yang buruk.

"Kontraktor-kontraktor seperti ini juga saya anggap sebagai penyangak yang merompak warga desa sebuah keselesaan yang sepatutnya dinikmati hasil dari projek kecil ini," katanya ketika membahas  Belanjawan Negeri 2015 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, semalam.

Dalam pada itu, Abdullah juga  mengumpamakan kontraktor-kontraktor yang gagal menyempurna projek yang diamanahkan kepada mereka sebagai 'pengkhianat' masyarakat.

"Kontraktor-kontraktor yang gagal melaksanakan Projek Bekalan Air dan Elektrik di luar bandar adalah pengkhianat kepada usaha murni kerajaan untuk memakmurkan kawasan desa.

"Hasil kerja kontraktor-kontraktor yang mengendalikan projek di luar bandar harus dipantau dengan teliti," tegasnya.

Justreru itu, Abdullah meminta agar kerajaan memantau dengan teliti dan lebih berkesan projek-projek kecil luar bandar kerana banyak yang tidak mengikut spesifikasi dan kadang-kadang dilaksanakan dengan kualiti kerja mengecewakan.

"Mungkin kerana kontraktor-kontraktor yang dilantik sebenarnya kontraktor Ali Baba. Lesen-lesen mereka dilacurkan," tegasnya.

Sekiranya benar dakwaan itu, tindakan tegas perlu diambil ke atas tauke dan kontraktor-kontraktor Ali Baba yang hanya memewahkan diri sendiri denganv'merompak'  manfaat dan kemudahan yang seharusnya dimiliki oleh anggota masyarakat terutama di luar bandar. - Bahaduri

-UnReportedNews™®

Friday, 6 June 2014

ADUN DAP DAPAT SUMBANGAN RM1 JUTA DARI KERAJAAN SARAWAK


Kerajaan negeri menunaikan janji untuk menampung sebahagian kos perubatan bekas Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng yang menderita barah otak sejak tahun lalu apabila menyerahkan bantuan kewangan RM1 juta hari ini.

Bantuan kewangan itu diserahkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar mewakili Ketua Menteri Tan, Sri Adenan Satem kepada isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek itu, Irene Chang. 

Menurut Mohamad Asfia, meskipun wujud perbezaan fahaman politik, namun kerajaan negeri yang diterajui Barisan Nasional (BN) tidak terlepas pandang untuk menjaga kebajikan mana-mana wakil rakyat. 

Katanya, Ketua Menteri sendiri yang bersimpati dengan keadaan Ho Leng telah mengeluarkan arahan kepada Pejabat Setiausaha Kewangan negeri untuk mengeluarkan cek kewangan itu dengan kadar segera. 

“Atas dasar kemanusiaan, kerajaan negeri bersetuju menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM1 juta kepada Ho Leng bagi menanggung sebahagian kos perubatannya. 

“Perlu diingatkan, di Sarawak tiada tembok pemisah di antara wakil rakyat BN atau pun pembangkang," katanya dalam majlis penyerahan cek bantuan kewangan di Pejabat Speaker DUN di sini. 

Pada 15 Mei lalu, kerajaan negeri meluluskan peruntukan bantuan berjumlah RM1 juta kepada Ho Leng yang mendapat rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura sebelum dimasukkan ke Pusat Pakar Perubatan Rajang di Sibu, dekat sini.

PS: Untungnya jadi pembangkang di Sarawak, bantuan perubatan pun di beri oleh kerajaan yang mereka bangkang. Sekiranya keadaan sebaliknya, mahu tak DAP membantu ADUN BN dalam situasi yang sama? Sendiri jawablah ... Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

Thursday, 15 May 2014

DAP SARAWAK BAGAI ANJING MENYALAK

-UMPAMA ANJING MENYALAK, BILA DIDEKATI IA LARI KETAKUTAN, BEGITU KEADAAN DI DUN SARAWAK, BILA MENTERI MEMBERI PENJELASAN MENGENAI ISU YANG DIBANGKITKAN KERAJAAN, PEMBANGKANG "MENGHILANG DIRI"! SEBIJIK MACAM ANJING! KEKEKE!!!-


Menteri Perumahan Sarawak Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg berkata kerajaan negeri mengambil serius dalam mengurangkan jumlah penempatan setinggan di tanah kerajaan termasuk di Sungai Midin di Batu Kawa Kuching.

"Tuduhan oleh ADUN Batu Kawa dari DAP Christina Chiew Wang See bahawa kerajaan tidak menepati janji dan mengabaikan penempatan setinggan di kawasannya adalah tidak benar."

Beliau berkata demikian di Sidang Media di Dewan Undangan Negeri di Petra Jaya Kuching hari ini.

"Ini yang telah kami lakukan kepada Sungai Midin yang asalnya tanah gambut dan dalam dua tahun kami telah membangunkan jalaraya dan akan membi9na rumah mersa," kata Johari sambil menunjukkan gambar kawasan yang dimaksudnya tersebut.

Tambahnya kerajaan juga telah berjaya mengurangkan jumlah setinggan dari sembilan ribu isu rumah kepada tujuh ribu isi rumah dalam tempoh dua tahun ini.

Terlebih dahulu Johari telah menjelaskan perkara didalam dewan semasa ucapan penggulungannya namun malangnya ADUN Batu Kawa yang telah membangkit perkara berkenaan tiada di Dewan semasa itu. 

Jikalaulah benar-benar ikhlas mahu membangkit isu tersebut, ADUN yang bertanya soalan tersebut sepatutnya hadir untuk mendengar penjelasan menteri berkenaan.

-UnReportedNews™®

Thursday, 21 November 2013

DAKWAAN "MEMBABI-BUTA" DAP SARAWAK

-GARA-GARA "KESILAPAN" SEWAKTU  MEMBENTANGKAN USUL, AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK DUDONG DIGESA MENCARI BUKTI MENYOKONG DAKWAANNYA MENGENAI KOS PEMBINAAN SEBUAH JAMBATAN! DIMANA ADUN BERKENAAN MENDAPAT JUMLAH KOS PEMBINAAN YANG MELEBIHI RM106 JUTA DARIPADA KOS YANG ASAL? KEKEKE!!!-


Kos pembinaan Jambatan Lanang yang didakwa memakan kos sehingga RM286 juta adalah tidak benar sekali.

Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak, Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata demikian ketika menafikan usul yang dibentangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, Yap Hoi Liong berhubung pembinaan jambatan tersebut di Sibu semalam.

Katanya, jumlah kos yang telah dipersetujui oleh pihak kontraktor, Woodville Development Sdn Bhd dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) adalah RM180 juta.

"Saya tidak tahu di mana beliau (Yap) mendapat angka tersebut," ujarnya ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Ketiga DUN Sarawak Ke-17 di sini, berakhir.

Menurutnya, pembayaran dibahagikan kepada tiga bahagian merangkumi pembayaran dalam bentuk tunai sebanyak RM10 juta, pembayaran dalam bentuk barangan RM90 juta dan pembayaran kepada tol sebanyak RM80 juta.

"Justeru, jumlah yang dinyatakan oleh ADUN Dudong adalah tidak tepat kerana saya telah memberitahu kos tersebut semasa persidangan DUN pada tahun 2011 yang lalu.

"Kini terpulang kepada beliau untuk mencari bukti yang boleh menyokong fakta beliau," jelasnya.

Sementara itu, Menteri Kewangan Kedua, Dato' Sri Wong Soon Koh turut menyelar usul ADUN berkenaan yang mengungkit cadangan pemberian tol percuma di Jambatan Lanang oleh kerajaan sebelum ini.

Tegasnya, cadangan terbabit akan dilaksanakan sekiranya rakyat Sibu memberikan sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Umum yang lalu.

"Kita boleh mengemukakan cadangan kepada kerajaan persekutuan berhubung pemberian tol percuma kepada rakyat Sibu dengan syarat, mereka memberikan sokongan kepada BN.

"Namun, seperti yang kita tahu, mereka memihak kepada pembangkang. Oleh itu, kita tidak ada kuasa untuk berbuat demikian lagi," ujarnya.

-UnReportedNews™®

Wednesday, 20 November 2013

PECAT AHLI- DAP SARAWAK MEMANG "MELUCUKAN"

-DAP SARAWAK MENDABIK DADA MELANCARKAN "IMPIAN SARAWAK" YANG KONONNYA NAK MEMPERJUANGKAN KEBAJIKAN MASYSRAKAT NAMUN "KEBAJIKAN" DALAMAN DAP PERINGKAT PIMPINAN SENDIRI PUN TAK MAMPU DI URUSKAN, INI MACAM KAH NAK BERANGAN MENJADI KERAJAAN? KEKEKE!!!-

Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak Abdullah Haji Saidol menganggap tindakan DAP memecat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Fong Pau Teck dari parti tersebut adalah sesuatu yang "melucukan".

"Saya difahamkan bahawa ADUN Pujut dipecat kerana gagal membayar sumbangan kewangan kepada parti yang diwajibkan keatas semua ADUN DAP Sarawak."

"Saya anggap tindakan ini suatu yang melucukan kerna baru-baru ini DAP melancarkan propaganda politik mereka yang di panggil "Impian Sarawak" dimana mereka berhajat untuk memperjuangkan kebajikan masyarakat luar bandar tapi apa yang berlaku di sini ialah seolah-olah keadaan "kebajikan" dalam DAP tidak terurus."

"Mungkin pergolakan dalaman DAP di Semenanjung sudah berlaku dalam DAP Sarawak," tambah ADUN Semop itu lagi ketika ditemuramah UnReportedNews™® pada hari kedua Mesyuarat DUN Ke-2 (Sesi Ke-3) yang Ke-17 di DUN berdekatan Bandaraya Kuching semalam.

"Semakin ketara juga ialah persefahaman politik DAP dgn PKR dan PAS yang sudah kelihatan seperti lagu yang sumbang dan tarian yang tak ikut rentak," kata Abdullah.

Fong telah di beri masa selama 14 hari untuk merayu secara bertulis kepada DAP Negeri ke atas keputusan parti tersebut.

Sementera itu, ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo berkata, selama ini DAP melaung-laungkan Toleransi dan Demokrasi serta garis-panduan yang kononnya bagi menguruskan sesebuah kerajaan.

"Sekiranya urusan dalaman "Rumah Kecil" DAP sendiri tak mampu di urus, bagaimana nak menubuhkan sebuah kerajaan serta mentadbir sesebuah negeri."

Mengakui yang ADUN Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) juga ada ADUNs mengadakan akitiviti pendermaan namun ianya hanyalah isu kecil untuk kami (PBB)

Pada hari Isnin lepas, Timbalan Pengerusi DAP Tan Kok Wai mengumumkan DAP Sarawak telah memecat keahlian Fong dari parti tersebut.

Tan yang juga menrupakan pengerusi jawatan kuasa disiplin DAP menyatakan tindakan tersebut diambil kerana Fong telah "melanggar dislpin parti beberapa kali" serta dikatakan enggan membayar sumbangan bulanan mandotori kepada parti.

Fong, ketika ditemui dipejabatnya di DUN semalam menegaskan beliau masih lagi ADUN Pujut dan wakil DAP serta akan membuat rayuan dalam tempoh (14 hari) yang diberikan ke atas keputrusan parti berkenaan ke atasnya.

-UnReportedNews™®

Friday, 31 May 2013

DAP SARAWAK "KONG PUN BO YONG" (CAKAP PUN TAK GUNALAH!)

-APERLER BADI DAP SARAWAK NI? ASYIK SETIAP PENGHUJUNG SIDANG DUN KENA BALUN KETUA MENTERI! KAW-KAW PLAK TU! KEKEKE!!!-

Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, dalam ucapannya penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini mempergunakan setiap detik yang terluang untuknya dengan sebaik-baiknya menangani segala dakwaan terhadapnya selama ini terutamanya yang dibangkitkan oleh mereka-mereka yang kononnya mengakui diri mereka sebagai "agensi-agensi atau badan-badan pertubuhan asing yang bebas" namun sebaliknya, mempunyai latarbelakang atau rangkaian secaratidak langsung dengan parti-parti pembangkang negara ini.

Dan bagaikan satu "ritual" atau acara tahunan secaratidak rasmi pada hampir penghujung setiap DUN Sarawak, Taib yang seringkali dilabel sudah outdated, merapu, tua, nyanyuk, tidak lagi cekap, tidak relevan lagi, harus mengundur diri dan pelbagai lagi tuduhan bertujuan menyerng kreadibitinya oleh pemimpin-peminpin pembangkang,terutamanya DAP "membalun dan menghentam" DAP, hentaman Taib bukannya sebarang hentam kerana ianya dilaksanakan dengan kelas dan gayanya yang tersendiri, secara berhemah, berfakta, tajam dan benar!

"Save the best for the last", itulah penulis dapat "describekan" pada hujah Taib, yang dengan pose kedua tangannya diletakkan ke bahagian belakang badannya, sekali sekala memandang ke arah ADUN BN yang bersebelahan dengannya (bukan untuk mendapat mendapatkan sokongan senyuman,atau thumbs-up ataupun anggukan kepala tanda bersetuju dengan apa yang beliau katakan seperti yang sering dilakukan ADUN DAP-terutamanya ADUN Kota Sentosa Chong Chieng Jen atau ADUN Bukit Assek Wong Ho Leng) tapi seolah ingin memastikan bukan saja ADUN pembangkang tapi semua (termasuk ADUN BN) harus menghayati/memahami payang beliau sampaikannnya!

Setelah berbulan-bulan berdiam diri atas segala tuduhan-tuduhan baik yang dinagkit oleh Global Witness, Bruno Manser Fund, Sarawak Report dan Radio Free Sarawak secara bersahaja dan ringkas memberi komen-komen yang pendek, tidaklah keterlalun penulis katakan ucapan pengulungan Taib dalam membidas segala dakwaan-dakwaan tersebut dengan secara terperinci betul-betul telah meletakkan pembangkang/DAP ke dalam satu situasi yang "menampakkan kebodohan mereka sendiri"!

Membuka bicaranya, mengapa pada peringkat awal beliau enggan memberi sebarang respon sebaik sahaja dakwaan-dakwaan berkenaan dilontarkan, Taib menjelaskan ini adalah kerana semua dakwaan-dakwaan tersebut adalah tidak berasas sama sekali serta lebih menampakkan kecenderungan bertujuan memerangkap beliau untuk memertabatkan segala membuat dakwaan yang telah dilontar secara  tidak bertanggungjawab, penuh kepalsuan dan  berniat jahat.

Jelaslah sudah mengapa DAP melabel Taib sebagai "outdated, merapu, tua, nyanyuk, tidak lagi cekap, tidak relevan lagi dan harus mengundur diri",kerana DAP tidak dapat lagi bertahan dengan ketajaman kata-kata Taib dan secara logiknya, sekiranya Taib benar-benar "outdated, merapu, tua, nyanyuk, tidak lagi cekap, tidak relevan lagi dan harus mengundur diri",diam-diam sajalah kerana ianya akan memberi satu "advantage" kepada mereka (seperti yang BN Sarawak lakukan sekarang keatas iaitu berdiam diri sedangkan pada hakikatnya beberapa orang pemimpin pembangkang yang sebenarnya sudah "overdue" dan perlu mengundur-biarlah korang sendiri yang meneka siapa mereka itu).

Berikut adalah petikan ucapan penuh Taib yang telah diterjemahkan kedalam Bahasa Malaysia (dari Sarawak Monitor dengan kebenarannya):

Tahun ini menandakan ulang tahun yang ke-50 kemerdekaan Sarawak daripada Great Britain serta pergabungan Sarawak dengan Malaya, Sabah dan bersama-sama dengan Singapura, untuk membentuk Persekutuan Malaysia. Sarawak, pada Hari Malaysia pada tanggal 16 September, 1963, telah dibebaskan daripada penjajahan. Dari hari bahawa kita, rakyat Sarawak, yang bertanggungjawab takdir kita sendiri.

Kita menggunapakaikan sistem demokrasi berparlimen dengan pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen persekutuan dijalankan selang lima tahun dan dalam setiap pilihan raya, terdapat penyertaan percuma dan bersemangat oleh semua parti-parti politik, termasuk dari pembangkang. Rakyat di Sarawak membuat pilihan mereka dan memberi mandat kepada parti politik yang menang majoriti, untuk mentadbir Negeri.

Pilihan raya sebelum rakyat itu telah, sejak pilihan raya langsung pertama pada tahun 1970, menjadi antara perkhidmatan atau rekod prestasi parti pemerintah, iaitu Barisan Nasional, mendapatkan mandat yang baru daripada orang-orang, dan janji-janji dan rungutan daripada pihak-pihak Pembangkang . Keutamaan mengundi telah dibuat oleh rakyat negara ini, bebas daripada kawalan mana-mana kuasa luar. Parti-parti politik yang terlibat semua didaftarkan sebagai organisasi Malaysia. Itulah intipati menjalankan kuasa kerajaan oleh rakyat sebuah negara yang bebas dan merdeka seperti Malaysia.

PENGLIBATAN LUAR

Sejak Pilihan Raya Negeri 2006, satu fenomena baru telah timbul. Kumpulan luar tanpa mandat daripada rakyat Sarawak, telah menjalankan aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya umum, kedua-dua Negeri dan Parlimen, di Sarawak, atau untuk melemahkan atau menyebabkan keruntuhan kepimpinan dipilih Kerajaan Negeri. Motivasi mereka adalah kononnya kebimbangan mereka mengenai urus tadbir negeri dan nasib yang dikatakan orang-orang asli.

Tetapi jika apa yang mereka lakukan adalah tertakluk kepada analisis yang adil dan berhati-hati, agenda tersembunyi mereka boleh jelas didedahkan. Iaitu, untuk menyebabkan ketidakstabilan politik, menghentikan momentum pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang Sarawak telah dicapai sejak Hari Malaysia di bawah Kerajaan kita yang dipilih secara demokrasi. Dan di atas semua, untuk memasang sebuah kerajaan di Sarawak yang akan terhutang budi kepada mereka dan orang-orang yang dibiayai aktiviti keji mereka. Di sebalik fascade kuasa-kuasa luar, rancangan mereka untuk membuat tunduk Sarawak untuk agenda mereka dan pembiaya mereka. Bagi saya ini adalah satu percubaan yang menyamar untuk memperkenalkan penjajahan semula.

Kumpulan-kumpulan luar Saya merujuk kepada, termasuk Global Witness, Tabung Bruno Manser, Sarawak Report dan Radio Free Sarawak. Seperti yang kita semua tahu, tidak seorang pun daripada pertubuhan-pertubuhan yang berdaftar di dalam atau beroperasi di Sarawak. Mereka tidak ditubuhkan oleh Sarawak atau atas permintaan penduduk Sarawak. Kumpulan-kumpulan ini bersama-sama dengan kumpulan yang mereka pakar dalam membuat tuduhan berniat jahat untuk memburuk-burukkan Kerajaan Negeri dan pemimpin termasuk saya. Penerbitan skandal mereka biasanya muncul sejurus sebelum Pilihan Raya Negeri atau Pilihanraya Umum persekutuan. Masa tersebut tidak boleh menjadi satu kebetulan.

Dakwaan JUST SEBELUM PILIHANRAYA NEGERI, MEI, 2011

Dari Disember 2010 hingga April 2011, iaitu, dalam jangka masa sehingga Pilihan Raya Umum Negeri pada bulan Mei, 2011, satu siri artikel yang telah diterbitkan dalam Sarawak Report suatu penerbitan portal berita dari England oleh penduduk negara itu. Artikel ini membuat dakwaan sensasi tentang "merebut tanah", pengumpulan kekayaan dan kesenangan dalam amalan rasuah oleh saya sendiri dan beberapa Menteri-menteri saya. Tuduhan-tuduhan telah berkali-kali disiarkan oleh Radio Free Sarawak, sebuah stesen radio, yang diasaskan oleh seorang wanita British dan penyiaran dari luar Malaysia.

Pada masa itu, saya tidak mahu memartabatkan ini purveyors tidak bertanggungjawab kepalsuan berniat jahat dengan bertindak balas kepada dakwaan mereka. Yang saya sedar adalah sepenuhnya tidak berasas. Sebagai contoh, ia didakwa bahawa saya mempunyai akaun bank di Switzerland tetapi pada permintaan saya walaupun pihak berkuasa Switzerland telah tidak dapat mencari apa-apa. Kemudian, apabila Petronas diberikan kontrak kepada Syarikat dalam masa kumpulan Rimbunan Hijau yang didakwa mesra kepada saya, untuk mencari minyak dan gas di luar Bintulu, saya telah dituduh terlibat dalam penganugerahan kontrak. Tiap-tiap seorang daripada kita tahu bahawa Petronas tidak berada di bawah kawalan saya tidak tertakluk kepada pihak berkuasa saya, namun tuduhan remeh itu dibuat terhadap saya.

Walau bagaimanapun, pihak pembangkang, khususnya DAP dan PKR memutuskan untuk menggunakan tuduhan-tuduhan palsu dalam usaha untuk kepentingan politik, walaupun setakat percuma mengedarkan beribu-ribu transistor radio dan risalah kepada orang ramai terutamanya di kawasan luar bandar, supaya boleh menjadi penyebaran luas ini kepalsuan dijana asing. Dalam pandangan ini, seperti mana-mana orang yang beriman benar dalam demokrasi, saya membuat keputusan untuk menyerahkan diri saya untuk pertimbangan oleh pengundi kita (yang tahu apa yang saya dan Kerajaan saya telah lakukan semua ini 30 tahun bagi Negeri dan pembangunan), untuk melihat jika mereka akan percaya dalam dakwaan, dimasak oleh warga asing dan disebarkan secara meluas oleh pembangkang ketika kempen Pilihan Raya Negeri.

Keputusan Pilihan Raya Umum Negeri, 2011 adalah bahawa BN Negeri memenangi bukan sahaja undi popular, tetapi lebih daripada 2/3 daripada kerusi di Dewan yang mulia ini - Oleh mana-mana standard suara lebih daripada ¾ - majoriti super. Pihak yang saya milik PBB, mencatatkan kejayaan 100% dalam semua kerusi yang meletakkan calon! Pilihan Raya Negeri 2011 mesti telah bebas dan adil kerana tidak ada satu petisyen pilihan raya difailkan untuk mencabar mana-mana keputusan untuk kerusi yang dimenangi oleh Barisan Nasional.

Rakyat Sarawak telah pada tahun 2011 pilihan raya, memandangkan keputusan mereka tanpa ragu-ragu mengenai dakwaan yang dibuat oleh pertubuhan-pertubuhan dan media asing. Mereka telah secara menyeluruh menolak tuduhan-tuduhan dan percubaan terang-terangan, yang diilhamkan oleh orang asing, menyebabkan kejatuhan Kerajaan BN Negeri. Asing ini bukan sahaja gagal, tetapi gagal teruk! Mereka harus sedar apa yang mereka lakukan, terutamanya, untuk memberi gambaran yang sangat buruk Kerajaan Negeri dan membuang kepimpinan dalam cahaya yang sangat miskin, telah meyakinkan dan sebahagian besarnya tidak diendahkan oleh pengundi yang mengenali saya lebih baik di tangan pertama.

Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan saya mempunyai mandat yang jelas untuk mengawal sehingga Pilihan Raya Negeri akan datang. Saya berterima kasih di atas sokongan rakyat dan akan terus berkhidmat kepada mereka berdasarkan mandat mereka telah diberikan kepada saya dan Kerajaan saya pada tahun 2011. Saya mempunyai hak untuk menolak perbuatan keji dan kempen tidak beretika oleh beberapa ahli-ahli DAP Sarawak bahawa saya perlu meletakkan jawatan sebagai Ketua Minister.The DAP tidak mempunyai mandat dan restu rakyat untuk membuat apa-apa panggilan dan harus berhenti daripada berbuat demikian dalam semangat demokrasi.

Pita SAKSI GLOBAL & PILIHANRAYA PARLIMEN 2013

Sejurus sebelum Pilihan Raya baru-baru ini Parlimen, pada bulan Mac tahun ini, Global Witness, sebuah organisasi berpusat di London yang mempunyai kaitan dengan Bruno Manser Fund dan Yayasan digalakkan oleh spekulator mata wang antarabangsa yang terkenal, menyiarkan pita video perbualan antara diupah supaya dipanggil "penyiasat", Andrew Stewart, dan beberapa Sarawak termasuk 2 sepupu saya. Melalui proses yang tidak bertanggungjawab daripada perangkap dan soalan utama dari penyiasat diupah, pendapat telah dinyatakan oleh individu tentang bagaimana tanah untuk perladangan milik di Sarawak dan skim oleh orang-orang yang mendapat tanah itu untuk memaksimumkan keuntungan cepat dan menipu dielakkan cukai Malaysia. Malah seorang peguam yang baru layak akan memahami bahawa apa-apa keterangan illicitly diperoleh dari pihak ketiga yang tidak curiga tidak dapat berdiri dengan standard asas bukti bersalah di hadapan tribunal kehakiman terhadap mana-mana orang yang mereka merujuk kepada. Pembangkang, terutama DAP, seronok disebarkan pita dan kandungannya. Sekali lagi, saya dibenarkan sendiri untuk dinilai oleh rakyat melalui undi mereka.

Dalam Pilihan Raya Parlimen baru-baru ini membuat kesimpulan, BN Negeri, yang diketuai oleh saya sendiri, memenangi 25 daripada 31 kerusi - lebih daripada 2/3 daripada kerusi Parlimen di Sarawak. 3 calon-calon pembangkang yang tidak gemar membuat dakwaan rampasan tanah terhadap Kerajaan dan melancarkan kes-kes tanah NCR di Mahkamah yang berhubungan dengan tanah ladang, gagal oleh margin yang luas untuk dipilih di Limbang, Lubok Antu dan Sri Aman. Satu-satunya tafsiran keputusan undi parlimen, adalah bahawa rakyat Sarawak overwhelmingly menolak dakwaan yang dibuat oleh Global Witness dan telah menyatakan rasa meluat katakan mereka terhadap campur tangan asing dan manipulasi dalam urusan umat yang bebas dan bebas daripada Sarawak. Para pengundi juga telah menunjukkan bahawa orang-orang yang rela membenarkan diri mereka untuk menjadi saluran bagi kepalsuan berniat jahat asing, tidak boleh diamanahkan dengan kuasa untuk mentadbir sebuah negara berdaulat yang merdeka seperti Malaysia.

Selepas melepaskan pita Global Witness, terdapat panggilan oleh pihak pembangkang yang saya perlu disiasat bagi jenayah yang kononnya didedahkan oleh orang-orang pita. Walaupun saya tidak takut siasatan supaya kebenaran dapat ditemui sepenuhnya, pembangkang yang mendakwa memperjuangkan hak-hak sivil atau manusia, bahkan tidak rasa saya bertajuk dengan prinsip undang-undang yang sudah berakar umbi - anggapan tidak bersalah sehingga terbukti bersalah di Mahkamah Undang-Undang. Atas perintah daripada kuasa-kuasa asing, mereka mahu menyatakan rasa bersalah untuk mementaskan drama politik mereka - yang saya perlu segera meletakkan jawatan supaya Kerajaan Negeri itu akan dicampakkan ke dalam mundur pelbagai dan agenda kuasa-kuasa asing dapat dicapai!

Walau apa pun penolakan tegas pengundi terhadap apa yang telah didedahkan di dalam pita Global Witness, ahli-ahli DAP, khususnya Ahli Yang Berhormat Kota Sentosa, terus merujuk kepada pita seolah-olah mereka yang terkandung kebenaran Injil. Pada masa lalu, saya telah memberikan kepadanya manfaat keraguan kerana kekurangan pemahaman tentang prosedur kerajaan Negeri kewangan dan sistem. Tetapi, harping berulang kali mengenai dakwaan yang dibuat oleh media luar dan organisasi sebelum Pilihan Raya Umum Negeri 2011 dan Poll Parlimen baru-baru ini, telah menyakinkan saya niat jelas berniat jahat untuk menyebabkan kerosakan besar kepada reputasi Kerajaan dan integriti yang sistem kewangan. Melalui gaya kasar beliau politik beliau bukan sahaja merendahkan maruah institusi mulia ini tetapi juga cuba untuk mewujudkan kesangsian di kalangan rakyat bagi mereka yang telah sah yang diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini. Dengan cara itu dia terus dinyatakan hujah-hujahnya dalam dan di luar Dewan yang mulia ini, berdasarkan dakwaan dalam media asing dan digalakkan oleh pertubuhan-pertubuhan asing, beliau berniat jahat berusaha untuk mencapai apa yang dia teruk gagal mencapai sekurang-Pilihan Raya Umum - untuk menukar Kerajaan.

REFLEKSI DAN MEMOHON MAAF

Kepada Ahli Yang Berhormat Kota Sentosa, saya akan meminta dia untuk serius mencerminkan, dalam semangat patriotik Sarawak, pada apa yang saya telah berkata mengenai gangguan terang-terangan dan berterusan dan manipulasi oleh orang asing dan organisasi asing dalam hal ehwal negara kita dan untuk perhatian mesej yang terang majoriti rakyat kita, untuk menolak aktiviti jahat orang-orang yang tidak mempunyai mandat untuk menerbitkan semua kepalsuan berniat jahat terhadap Kerajaan Negeri dan pemimpin dipilih dengan sewajarnya. Selagi terdapat Sarawak, seperti di pihak pembangkang, yang berterusan dalam menjadi rela alat untuk penyebaran dakwaan palsu atau dibesar-besarkan, negeri ini adalah pada risiko menjadi tunduk kepada manipulator asing dengan kesan-kesan ekonomi, sosial dan politik yang berpotensi buruk .

Kerajaan Negeri telah pun dimulakan tindakan undang-undang terhadap Ahli Yang Berhormat Kota Sentosa kerana fitnah yang berkaitan dengan apa yang dia kata di luar Dewan yang mulia ini pada sistem negara belanjawan dan kewangan. Bagi diri saya, saya akan mempertimbangkan memfailkan prosiding mahkamah terhadapnya melainkan jika dalam masa 3 bulan akan datang beliau meminta maaf untuk kata-kata fitnah yang diucapkan terhadap saya di dalam dan di luar Dewan ini yang mengandungi tuduhan-tuduhan palsu dan berniat jahat mengenai pentadbiran saya Negeri. Beliau perlu sedar apa yang dia telah berkata tentang saya dan saya serahkan kepada hati nurani yang baik untuk membuat keputusan sama ada beliau akan menarik balik dakwaan mereka dan sewajarnya meminta maaf.

POSTSCRIP

Sekarang saya telah membuat keputusan untuk berurusan dengan aktiviti-aktiviti kuasa-kuasa luar dan unsur-unsur selepas rakyat di Sarawak telah berlalu pertimbangan mereka pada 2011 Negeri Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Parlimen baru-baru ini, daripada gangguan ini asing dan manipulasi hal ehwal kami dengan hangat menolak dakwaan dibuat terhadap saya dan kerajaan saya.

Saya faham bahawa sebagai Ahli lengan Eksekutif Kerajaan dan sebagai wakil rakyat untuk rakyat Balingian, saya bertanggungjawab kepada Dewan yang mulia ini. Oleh itu, pada 14 Mei, 2007, saya membuat Pernyataan Personal dalam Dewan ini di bawah Peraturan Mesyuarat 22 mengenai dakwaan yang disiarkan dalam Japan Times tetapi diterbitkan semula dalam Malaysiakini, bahawa saya telah menjadi penerima bayaran yang haram yang dibuat oleh anggota kartel perkapalan Jepun untuk penghantaran kayu balak dari Sarawak ke Jepun. Dalam Penyata peribadi saya, saya mengkategorikan menafikan dakwaan ini. Japan Times akan diterbitkan penjelasan bahawa Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri di Tokyo telah mengesahkan bahawa bayaran ini adalah perbelanjaan yang sah dan tidak menyalahi undang-undang pembayaran dan menarik balik tuduhan terhadap saya. Oleh itu, Malaysiakini pada Januari 2012, dikemukakan permohonan maaf kepada saya tidak layak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menerbitkan dakwaan-dakwaan yang tidak berasas terhadap saya. Saya telah membuktikan kewajaran apabila kebenaran telah terdedah!

Juga, apabila isu-isu seperti pemberian kontrak Kerajaan kepada Titanium Sdn Bhd, sebuah syarikat di mana salah satu daripada anak-anak saya mempunyai kepentingan, bagi penggantian dan pembinaan jambatan luar bandar, dan pembayaran yang dibuat kepada Syarikat oleh Kerajaan, telah dibangkitkan dalam majlis pada ogos ini. Menteri-menteri saya memberi penjelasan terperinci sebagai tindak balas kepada isu-isu yang menolak apa-apa amalan inproper. Ini dapat dilihat dari Hansard Dewan ini bertarikh 28 November 2006, 27 November, 2007 dan 21 Mei, 2010.

Saya ingin memaklumkan dan memastikan majlis pada ogos ini bahawa saya tidak meletakkan diri saya dalam apa-apa kedudukan atau keadaan konflik kepentingan dan dalam kes-kes di mana keluarga atau saudara-mara saya yang terlibat, saya telah secara konsisten menahan dirinya daripada penyertaan dalam membuat keputusan yang melibatkan mereka. Saya tidak memihak kepada saudara-mara dalam hal-hal melibatkan mereka dan Negara. Satu contoh ialah kes mengenai pembatalan T/0279 Lesen Kayu dikeluarkan kepada keruntum Sdn Bhd

Chong selepas di"balun" Taib!
Sejuk ker? Body posture yang menarikan?
Sepupu saya, Norlia bt Tun Abdul Rahman, mempunyai kepentingan dalam syarikat ini dan dalam pengurusan operasi pembalakan. Kerajaan mahupun diri saya bersetuju untuk apa-apa kompromi terhadap kes itu apabila perkara itu telah didengar di Mahkamah Rayuan pada Mac tahun ini. Hasilnya, Mahkamah Rayuan mengesahkan penghakiman Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa pembatalan lesen itu adalah sah dan sah.

Keruntum kini telah memutuskan untuk membawa kes ke Mahkamah Persekutuan. Bagi kes keruntum, Undang-undang mesti dibenarkan untuk mengambil kursus itu walaupun ia melibatkan sepupu saya sendiri.

Saya akan menghormati dan menghormati prinsip akauntabiliti saya kepada Dewan yang mulia ini dan kepada rakyat Sarawak yang telah berkali-kali memberikan saya mandat untuk menerajui Kerajaan Negeri ini sejak 1981 dalam tempoh od 7 electorals. Baik Kerajaan Negeri mahu pun saya bertanggungjawab kepada NGO asing dan wartawan asing atau penyiar. Saya tidak akan membenarkan mereka untuk cuba "memegang" saya bertanggungjawab bagi perkara-perkara berkaitan dengan pentadbiran saya Negeri. Untuk bertindak balas atau bertindak balas terhadap apa yang mereka menulis tentang saya akan mengakui bahawa mereka mempunyai hak untuk campur tangan dalam atau mengambil bahagian dalam hal ehwal negara ini. Saya tidak boleh berkompromi dengan kedaulatan negara kita dengan melibatkan diri dengan elemen-elemen asing.

Saya berharap wakil-wakil rakyat kita di Dewan yang mulia ini juga akan melakukan perkara yang sama.

Selamat Hari Gawai.

PS: Selalunya Chong akan mengadakan sidang akhbar untuk memutarbelitkan segala fakta-fakta yang telah dibahas,dalam DUN tapi aneh kali, Chong, yang mukanya nyata "pucat" selepas diherdik oleh Taib enggan menggadakan sidang akhbar! Mengapa ye? TAKUT KOT? Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List