Showing posts with label Khairy Jamaluddin. Show all posts
Showing posts with label Khairy Jamaluddin. Show all posts

Wednesday, 19 February 2014

TAK DAPAT “KONTROL” WANG MASYARAKAT INDIA, MOORTHY LETAK JAWATAN?

-SYABAS BUAT KJ MEMPERTAHANKAN PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK YANG DIKECAM OLEH P. WAYTHAMOORTHY YANG BAGAIKAN ADA “AGENDA”NYA YANG TERSENDIRI MAHU MENGAWAL BAJET KERAJAAN UNTUK MASYARAKAT INDIA TANPA MELALUI PROSEDUR AGENSI ATAU KEMENTERIAN! KEKEKE!!!-


Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin berkata adalah tidak adil bagi BEKAS timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) P Waythamoorthy menyalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kegagalan bekas senator dan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu melaksanakan perubahan.

Menteri Belia dan Sukan itu dalam tulisan di twitternya berkata Waythamoorthy tidak bertindak sebagai peserta pasukan dan tidak melaksanakan apa yang diperjuangkannya.

Beliau berkata Waythamoorthy mendesak supaya semua bajet kerajaan untuk masyarakat India diletakkan di bawah budi bicaranya kerana beliau mahu mengawal wang, dengan mengetepikan agensi dan kementerian.

“Bila beliau tidak mendapat ini, beliau berhenti dan menyalahkan Perdana Menteri,” kata Khairy.

Beliau berkata bila Waythamoorthy membawa hal-hal tertentu ke perhatian Najib, segalanya diselesaikan.

Khairy berkata sekalipun ketiadaan Waythamoorthy, kerajaan tetap komited memajukan masyarakat India dan menyelesaikan isu seperti pendidikan dan kemiskinan.

Minggu lepas, Waythamoorthy melepaskan semua jawatannya, dengan mendakwa kerajaan tidak melakukan perubahan sosio-ekonomi untuk membantu masyarakat miskin India.

-UnReportedNews™®

Sunday, 13 October 2013

KJ & KAK IJAT KEKAL JAWATAN, ERMIEYATI KETUA PUTERI UMNO BARU!

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!- 


Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kekal menyandang jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut kekal menerajui kepimpinan sayap pemuda parti itu.

Calon Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin pula memenangi jawatan itu sekaligus menjadi Ketua Puteri UMNO yang baru.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Timbalan Presiden UMNO turut hadir di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.

Keputusan rasmi mengenai kejayaan dibuat lewat pagi tadi.

Setakat pukul 11 malam tadi, dilihat kepada trend pengundian, maka barisan kepimpinan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bagi tempoh 2013 hingga 2016 adalah seperti berikut (ramalan, belum muktamad):-

Pergerakan Wanita UMNO
Ketua – Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Naib Ketua – Datuk Azizah Mohd Dun

Pergerakan Pemuda UMNO
Ketua – Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Naib Ketua – Khairul Azwan Harun

Pergerakan Puteri UMNO
Ketua – Mas Ermieyati Samsudin
Naib Ketua – Zahida Zarik Khan 

(sumber

-UnReportedNews™®

Wednesday, 2 October 2013

KHAIRY HARUS SELIDIK SEBELUM KELUAR KENYATAAN PASUKAN BOLASEPAK SARAWAK DISIASAT BERKAITAN RASUAH?

-BIARPUN DALAM USIA MUDA, SEBAGAI SEORANG YANG BERPENGALAMAN DALAM DUNIA POLITIK, LEBIH-LEBIH DIPERTANGGUNGJAWAB MEMEGANG JAWATAN SEORANG MENTERI DALAM HAL YANG BERKAITANI, KHAIRY SENDIRI SEHARUSNYA “TIDAK BOLEH MELATAH & TERUS MENYALAHKAN ORANG LAIN SEPERTIMANA NASIHAT YANG BELIAU TUJUKAN BUAT MEREKA-MEREKA YANG KONONNYA KAITAN DENGAN “RASUAH” & TIDAKLAH KETERLALUAN JUGA, SEKIRANYA, DIA  SECARA GENTLEMAN MEMOHON MAAF DIATAS KEJADIAN TERSEBUT! KEKEKE!!!-


Admin UnReportedNews™® begitu keciwa dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang dianggap dibuat tanpa usul- periksa terlebih dahulu kerana menyokong tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang kononnya sedang menyiasat Pasukan Bolasepak Sarawak walhal, tiadapun sebarang siasatan dijalankan ke atas Pasukan Bujang Senang sepertimana yang didakwa.

Rakyat Sarawak mungkin masih lagi dapat bersabar jika Pasukan Bolasepak Negeri ini dilabel dan dihina sebagai pasukan "Cap Ayam" beraksi di peringkat Liga Perdana oleh sesetengah pihak tidak beberapa lama dahulu yang kemudiannya, memohon maaf diatas keceluparan mereka. Okay, takpe.

Kami juga masih boleh bersabar dengan sikap "double standard" yang amat ketara mana-mana pihak yang berkaitan jarang sekali sekali menyiarkan liputan perlawanan yang melibatkan Pasukan Bolasepak Sarawak beraksi di television secara langsung biarpun duduk bertapa diatas takhta liga sebaliknya menyiarkan (tanpa niat menghina) perlawanan pasukan-pasukan lain yang duduk dibawah liga tersebut.

Biarpun memang ramai kami yang merasa begitu kecewa bercampur  kesal akan rentetan-rentetan ini, rakyat Sarawak tetap akur dan masih lagi bersabar biarpun dipandang "enteng dengan sebelah mata" tapi, jika ianya melibatkan maruah dan harga diri kami, dituduh melulu tanpa kesahihan, hanya kerana prejudis kesilapan lampau, ianya sudah pasti akan menjangkau batas kesabaran kami.

Khairy yang ditemui oleh pemberita satu Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di Kuala Lumpur semalam menyatakan FAM sedang menyiasat pasukan bola sepak Sarawak kerana disyaki terlibat mengatur perlawanan dalam pertandingan Piala Malaysia.

"Siasatan ke atas pasukan yang dikaitkan terbabit dengan unsur rasuah termasuk terhadap skuad Sarawak, adalah permintaan daripada beliau sendiri supaya FAM memainkan peranan penting bagi memastikan gejala tersebut tidak berleluasa.”

“Apabila ada antara negeri yang diambil tindakan (disiasat), mereka perlu beri kerjasama dan kita perlu tegas dengan tindakan yang akan dikenakan, ini bukan soal kita menyalahkan mana-mana pihak tetapi jika ada laporan yang menyaksikan sesebuah pasukan negeri terlibat dalam rasuah atau bookie atau mengatur perlawanan, saya harap mereka jangan melenting dan menyalahkan FAM.” 

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM Tan Sri Aseh Che Mat selepas mempengurusikan mesyuarat yang dilapor mengeluarkan kenyataan, selain Perak, Sarawak juga disyaki terlibat mengatur keputusan perlawanan yang menyaksikan skuad Bujang Senang menang besar 6-1 ke atas skuad Seladang, dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Malaysia di Stadium Negeri pada 21 September lepas.

Pengurus Pasukan Bolasepak Sarawak Datuk Mohamad Abu Bakar Marzuki juga dilaporkan, dalam responnya terhadap kenyataan tersebut mahukan penjelasan dengan segera serta menganggap “dakwaan FAM itu sebagai melulu”. (Memang patut pun Abu Bakar berkata begitu bagi mempertahankan anak-anak buahnya)

“Kita mesti siasat, beri peluang kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat tapi jangan menyalahkan proses yang dijalankan oleh pihak berkuasa termasuk FAM, kata Khairy mengingat semua pihak perlu bertindak tegas dalam memerangi rasuah dan siasatan perlu dijalankan jika ada laporan mengenai perkara tersebut.

Dakwaan Khairy dan Aseh mengenai Sarawak sedang “disiasat”, baik oleh pihak polis, SPRM mahupun FAM sendiri sebaliknya dinafi sekeras-kerasnya oleh Setiausaha Agung FAM Dato Hamidin Mohd Amin  malah menegaskan sepanjang mesyuarat Jawatankuasa Integriti FAM semalam, isu yang kononnya “berkemungkinan terdapat unsur rasuah dalam Pasukan Bolasepak Sarawak dan akan disiasat” sedikit pun tidak pernah dibincang atau disebut semasa mesyuarat berkenaan dijalankan.

Admin UnReportedNews™® tidak menyalahkan Khairy diatas “kerakusannya yang secara tidak langsung bagaikan terus menghukum” Pasukan Bolasepak Sarawak, yelah, darah muda memang cepat melatah tapi walauapun alasan, sebagai seorang Menteri, beliau harus peka “double-check” isu-isu yang disoal pemberita dan dalam perkara ini, wajar bagi Khairy berlatih memberanikan diri untuk berkata, “Saya belum lagi dimaklumkan secara terperinci perkara yang anda tanya,” kepada pemberita daripada mengulangi kenyataan orang lain tanpa usul periksa, laksana lagak burung tiong.

Admin UnReportedNews™® juga berpendapat tindakan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM (Aseh) yang telah mengumumkan sesuatu  kenyataan yang kemudiannya disangkal oleh Setiausaha Agung FAM sendiri (Hamidin) sebaliknya, harus disiasat oleh pihak polis dan SPRM untuk mengetahui apakah niat sebenar disebalik “fitnah yang sebegini rupa” telah dilempar kepada Pasukan Bolasepak Sarawak.

Persoalannya, mengapa sengaja hendak menpertikaikan kemenangan besar Sarawak? Kenapa mentaliti sesetengah pihak atau individu dari kalangan rakyat Malaysia kita sendiri masih masih memandang rendah kepada kemampuan Negeri Sarawak untuk mencapai kejayaan? Hakikatnya, pada musim lepas, Sarawak mencipta sejarah menjadi negeri kedua selepas Kedah menjuarai Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah disepanjang sejarah sukan bolasepak Malaysia dan tidak keterlaluan, jika Admin UnReportedNews™® berpendapat mungkin ada pihak yang mensyaki terdapatnya unsur-unsur rasuah untuk mencapai kejuaraan tersebut. Macamlah Sarawak ni tiada mereka yang berkebolehan yang mampu menjadi pemenang dalam apa jua bidang sukan, tahap kebangsaan malah, harus kita ingat Pandalela Renong yang menjadi wanita Malaysia pertama memperolehi pingat gangsa untuk negara adalah dari Sarawak. Nak syak wasangka juga terhadap kejayaaannya? 

Amatlah tidak adil dan tiada justifikasi bagi Khairy, biarpun sebagai seorang menteri dengan secara tidak langsung terus menuduh Pasukan Bolasepak Sarawak berkemungkinan ada penglibatan dengan rasuah kerana Pasukan Bolasepak Sarawak pernah dikaitkan dengan gejala tersebut satu ketika dulu.

Teringat pada malam perlawanan bolasepak berkenaan dimana Admin UnReportedNews™® serta rakan-rakan FB dalam status FB kami mengucapkan syukur dan terimakasih kepada pihak-pihak yang telah menyajikan kami dengan siaran langsung tersebut dan biarpun tewas, beberapa rakan blogger khususnya dari Perak bahkan sempat bergurau mengenainya (dalam FB) dan tidak kurang juga mengakui Pasukan Bolasepak Sarawak bermain lebih baik dari Perak, sebagai lumrah mana-mana pertandingan, pasti ada pihak yang menang tewas.

-UnReportedNews™®

Thursday, 11 July 2013

KES ROGOL SUKMA: SASPEK ROGOL DIDAKWA HARI INI

-APAKAH ACARA "ROGOL BERGANTI-GANTI" NI ACARA SUKMA TERKINI KER? TERSASAR SUNGGUH NIAT-NIAT MEREKA YANG PERGI KE SUKMA UNTUK BERSUKAN NAMUN SEBALIKNYA "BERSUKAN ATAS RANJANG" PULAK JADINYE! KEKEKE!!!- 

Tiga atlet Sukan Malaysia (Sukma) dijangka akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas dakwaan merogol seorang pengiring bagi pasukan bola baling Wilayah Persekutuan yang berumur 19 tahun.

Menurut laporan mStar, salah seorang daripada mereka dikenali sebagai Adib Adha Ismail, 18, yang mengaku tidak bersalah merogol pengiring itu di sebuah bilik di Kolej Kedua Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang pada kira-kira pukul 4.10 pagi pada 4 Julai lalu.

Dia diikat jamin sebanyak RM10,000 oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Yasmin Abdul Razak sehingga 20 Ogos apabila kes itu akan dibawa ke mahkamah sekali lagi.

Dua atlet yang didakwa masih belum dihadapkan di hadapan hakim.

Tiga atlet yang berumur 18 dan 19 tahun itu ditahan reman berikutan dakwaan rogol itu pada 7 Julai berlaku semasa berakhirnya temasya sukan itu di perkampungan sukan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sekumpulan pemberita dan jurugambar sedang menunggu di luar mahkamah sejak pagi pendakwaan terhadap suspek.

Terdahulu, mangsa dikatakan telah keluar minum bersama ketiga-tiga lelaki itu sebelum kejadian pada hari berkenaan dan dakwaan rogol itu berlaku di bilik dorm di perkampungan sukan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mendakwa pegawai rasmi pasukan bola baling Wilayah Persekutuan turut menyertai sesi minum bersama para pemain sebelum kejadian rogol berlaku.

-UnReportedNews™®

Thursday, 24 January 2013

KOMPOM USTAZ NASHA AKAN MASUK UMNO?

-KETUA PEMUDA PAS SI NASRUDIN HASSAN JELES PADA USTAZ NASHA YANG MENGIRINGI ROMBONGAN PN NAJIB KE GAZA SEBAB ITU DIA "MENGKEK" SANGAT KOT! USTAZ NASHA DAH SAMPAI KE GAZA, KO (NASRUDIN) ADA? KEKEKE!!!-

 
Tindakan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan yang memperlekehkan lawatan kemanusiaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza diselar oleh Ketua Pemuda Umno hari ini.
 
Khairy Jamaluddin berkata, Nasrudin tidak harus bertindak sedemikian kerana lawatan tersebut bertujuan memberi sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin membebaskan negara mereka daripada Israel.
 
Menurut Khairy, Nasrudin sebenarnya iri hati kerana lawatan Perdana Menteri mendapat sambutan luar biasa rakyat Palestin dan pemimpin Hamas.
 
"Nasrudin sepatutnya mengetepikan kepentingan politik dengan memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri kerana lawatan itu menunjukkan rakyat negara ini sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin.
 
"Sikapnya itu amat tidak matang apabila mencampurkan soal politik dalam negara dengan perjuangan kemanusiaan bagi membebaskan bumi Palestin dan rakyatnya yang dizalimi Israel sejak puluhan tahun lalu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua Pemuda Umno Pahang dalam siri lawatan kerjanya bagi meninjau persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 di Temerloh.
 
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Nasrudin yang mengeluarkan kenyataan mencemuh lawatan kemanusiaan Perdana Menteri ke Gaza dengan perkataan kesat dalam blognya.
 
Selasa lalu, Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama untuk menjejakkan kaki di bumi Palestin dalam rangka lawatan kemanusiaan ke Gaza.
 
Dalam lawatan singkat itu, Najib ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
 
Sumber: KL Pos
 
-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List