Saturday, 15 February 2014

FOTO TERKINI: HOSPITAL UMUM SARAWAK TERBAKAR (UPDATED)

-MENURUT LAPORAN AWAL KEJADIAN, SEORANG MANGSA YANG BELUM DIKENALI IDENTITINYA TELAH RENTUNG DALAM KEJADIAN TERSEBUT!-





Sebentar tadi UnReportedNews™® menerima berita mengenai satu kejadian kebakaran telah berlaku di Hospital Umum Sarawak (HUS) di Bandaraya Kuching ini.

Sumber menyatakan kebakaran dikesan di tingkat 1 di bahagian bangunan berdekatan dengan unit kecemasan HUS lebih kurang jam 4.30 petang tadi.

Difahamkan pesakit-pesakit juga telah dipindahkan keluar dari wad masing-masing demi keselamatan mereka.

Sehingga posting ini dikeluarkan, pihak Bomba sedang bertungkus lumus mengawalkan keadaan.

Di bawah ini adalah laporan awal kejadian-
Insiden : Kebakaran longgokan sisa sampah pembinaan
Alamat  :  Bangunan Blok Baru Hospital Umum Sarawak Tingkat 1, Kuching, Sarawak
Terima Panggilan  :  17:02:58 dari RC Kuching/ PGO Sarawak/Kawalan Batu Lintang
Status Insiden  :  Kebakaran dilaporkan adalah kebakaran melibatkan longgokan sisa sampah dari pembinaan di dalam kawasan tersebut  di tingkat 1 Blok Bangunan Hospital Umum Sarawak dan tidak melibatkan struktur bangunan. 
Balai terlibat: Keluaran seramai 8 orang dari BBP Batu Lintang bersama sebuah jentera Scania. Bantuan dari BBP Kuching seramai 8 orang diketuai PBKII Sahabudin bersama sebuah jentera Scania dan RIM 3 buah motosikal.

Mangsa  : Seorang mangsa rentung


(Updated) Api dipercayai bermula di bahagian Auditorium HUS di sebabkan kerja pengimpalan yang sedang dijalankan oleh pekerja-pekerja sebuah syarikat swasta yang memasang rangka besi sokongan lampu pentas tersebut yang dikatakan menjadi terlalu panas akibat kerja-kerja kimpalan menyebabkan PU berdekatan terbakar. Di fahamkan kerja-kerja kimpalan sepatutnya tidak boleh dilakukan pada kawasan PU. Salah seorang dari pengimpal syarikat tersebut disahkan rentung dalam kebakaran namun identitinya masih belum didedahkan.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List