Showing posts with label Arip Ameran. Show all posts
Showing posts with label Arip Ameran. Show all posts

Wednesday, 20 February 2013

CETEKNYA PEMIKIRAN AMK SARAWAK NAK MENASIHATI UnReportedNews™®

-KALAU DILABEL "KURANG BIJAK" KANG MARAH TAPI TINDAKAN ATAU PERBUATAN MEMANG PUN MENAMPAKKAN "KEKURENGAN INTELEKTUAL"! KEKEKE!!!-

Seperti yang dijanjikan, UnReportedNews™® akan meluangkan satu posting setiap hari khas untuk AMK Sarawak. 

Berhiburlah; nukilan rakan blogger Wira Kenyalang™ menyatakan kejayaan Bloggers Anak Sarawak™® membongkarkan bagaimana ‘bijak’nya pemimpin PKR Sarawak menggunakan pendekatan ilmiah untuk mendampingi rakyat menjelang PRU-13 ini telah mendapat reaksi positif daripada pemimpin-pemimpin Kerajaan Negeri Sarawak. 

Kepekaan blogger Wira Kenyalang™ dan UnReportedNews™® dalam isu ini telah berjaya menidakkan PKR Sarawak itu melancarkan propaganda khususnya kepada audien yang mana kebanyakannya merupakan kakitangan kerajaan.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa ketika ini bukan masalah ilmu  seperti mana yang diperkatakan pegawai Pustaka Negeri Sarawak, Razak Rambili dalam akaun facebooknya tetapi masalah perbezaan politik. 

Mungkin pegawai Pustaka Negeri Sarawak itu hanya melihat dalam konteks perpustakaan sahaja, tetapi tidak bagi Wira Kenyalang™ yang mana selama ini mengikuti perkembangan politik Sarawak dan sentiasa mengikuti ceramah-ceramah politik Arip Ameran dan ketuanya Nazib Ahmad.

Jika nak tahu siapa Arip Ameran dan Nazib Ahmad secara langsung penglibatannya dalam politik Sarawak, layarilah rakan-rakan Bloggers Anak Sarawak™® dalam artikel-artikel sebelum ini.

Jika Anwar Ibrahim datang ke Kuching dan menyampaikan ceramah, intipati ucapan dan bahan fitnah semuanya dirangka AMK PKR Sarawak. 

Fokusnya dengan memperkatakan perkara-perkara yang tidak baik ke atas pemimpin-pemimpin Kerajan Negeri Sarawak termasuk Ketua Menteri Sarawak. 

Tapi, Pustaka Negeri Sarawak pula yang menjemput mereka ini untuk berceramah di Pustaka Negeri Sarawak yang merupakan milik Kerajaan Negeri Sarawak.

Sejak menang PRU 2008, negeri-negeri tadbiran Pakatan Pembangkang seperti di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor telah TIDAK membenarkan TADIKA untuk beroperasi di Dewan Masyarakat dan Dewan Serbaguna atas alasan itu hak Kerajaan Negeri. 

Sedangkan TADIKA itu hanya untuk memberikan ilmu kepada anak-anak. Apakah bezanya dengan situasi yang dialmi Pustaka Negeri Sarawak? Lebih kejam lagi, pagar dewan telah dikunci hingga mengakibatkan anak-anak terpaksa bersekolah di luar dewan.

Kenyataan di atas adalah untuk menjelaskan tentang artikel terbaru blogger UnReportedNews™® bertajuk KETUA AMK SARAWAK "MENASIHATI" UnReportedNews™®?

Terima kasih kepada AMK Sarawak,  Nazib Ahmad dan Arip Ameran kerana sudi membaca blog-blog di Bloggers Anak Sarawak. 

Kami akan terus membongkarkan kejahilan PKR Sarawak termasuk Pakatan Pembangkang menjelang PRU-13 akan datang ini dengan bersandarkan fakta dan kebenaran dan bukannya fitnah seperti yang diamalkan Nazib Ahmad dan Arip Ameran dalam ceramah-ceramah politik mereka.

Mohon dibaca artikel terbaru UnReportedNews™® yang mendedahkan situasi perdebatan kecil sewaktu Protes Aman Free Gaza Free Palestin di Masjid Jamek, Kuching semalam selepas solat Jumaat. Pada ketika itu juga, Nazib Ahmad dan Arip Ameran bersama pemimpin PKR Sarawak yang lain turut juga bergambar dengan sepanduk anti-Israel.

UnReportedNews™®:

Ni dier cerita seperti mana yang aku janjikan dalam posting aku yang sebelum ini..

Siang tadi, aku, sebagai salah seorang daripada ahli jawatankuasa program "Free Gaza Free Palestine" yang dilantik telah membantu program tersebut di Masjid Jameq, Petra Jaya Kuching Sarawak selapas solat Jumaat.

Didalam kesibukan tersebut, tiba-tiba kelibat ketua AMK Sarawak Ahmad Nazib Johari yang berdiri di sebelah Bendahari AMK Sarawak Arip Ameran melambai kepada aku, so secara gentlemen aku menghampiri mereka.

Tanpa memperkenalkan diri, mereka bertanya samaada aku adalah penulis blog UnReportedNews™® so aku mengiyakan (Alaaa...dah terang-terang muka aku kat dalam blog ni..Mengapa? Tak percaya ker?)

"You tulis blog tu kan? What's your problem about penceramah PKR di Pustaka Negeri Sarawak?," (klik sini, sini dan sini) itu soalan pertama Nazib kepada aku dan terus mengambil gambar muka aku dengan talipon bimbitnya. (nak saiko lah tu...aku sempat senyum, betul tak Tuan Nazib?)

Aku cuba menerangkan; Pustaka Negeri Sarawak itu di bawah naungan Kerajaan Negeri so memanglah agak "janggal" sekiranya penceramah pembangkang yang memberi ceramah pada sesuatu majlis kelolaan mereka. (Betul tak Tuan Nazib?)

"Aihh..you mesti paham itu ceramah ilmiah bukannya ceramah politik, you kena bezakan ilmiah dan politik..bla, bla, bla..jangan nak mengfitnah orang (Arip), attack secara personal...bla, bla, bla..memanggil orang dengan nama Si Tangganglah...bla, bla, bla," jawab Nazib. (Betul tak Tuan Nazib?)

"Kita ni (BN dan PKR) tengah "berperang".." belum sempat aku menghabiskan kata-kata aku dipotong oleh Nazib yang berkata, "Itu lah mentaliti orang Sarawak ni, tak macam di Semenanjung..bla,bla, bla." (Betul tak Tuan Nazib?)

"You tahu tak di Astro dan Awani, mereka juga menjemput pembangkang sebagai penceramah...bla,bla, bla," tambahnya lagi. (Betul tak Tuan Nazib?)

Dipendekkan cerita, pastu aku hanya mendiamkan diri dan hanya mendengar. (Betul tak Tuan Nazib?) Hanya kerana dua sebab; satu- Bukannya kapasiti aku nak berdebat dengan mereka berdua (Peguam beb!! Aku hanya blogger jalanan) dan dua-Aku percayai  perbualan kami sedang di rakamkan!!

Tuan Nazib tentu sudah maklum sendiri di mana ceramah AGAMA (apatah lagi ceramah umum seperti yang CUBA dianjurkan oleh Pustaka Negeri Sarawak tu) di negeri-negeri taklukkan pembangkang cenderung menyelitkan sentimen-sentimen politik kan?

Jadi sebelum benda yang sama TERjadi di sini, sebab itulah aku dan rakan-rakan aku cuba memperbetulkan apa yang kami rasa tidak betul untuk mengelakkan ianya terjadi.

Mengenai fitnah pula, Tuan Nazib sememangnya pernah membaca isu SCORPENE, ALTANYUYA dan pelbagai lagi fitnah yang dicipta oleh blogger-blogger pembangkang di Semenanjung. Alhamdullillah kami mempunyai mentaliti yang tidak sama seperti mereka sebagaimana yang Tuan Nazib nyatakan..kalau tidak..entah apa yang terjadi.

Memanggil nama (Tanggang)? Bukan aku yang cakap, orang-orang di Kampung Sambir yang cakap!!

Tuan Nazib, seorang yang berpendidikan tinggi seharus juga dapat membezakan di antara Astro atau Awani iaitu pihak swasta sementara Pustaka Negeri Sarawak adalah sebaliknya.

Jadi sebelum nak "menasihati" aku lain kali, fikir-fikirkan dulu apa yang nak di cakap ye..Salam and peace...

PS: Menurut sumber, ceramah tersebut, biarpun telah digantikan dengan penceramah lain telah dibatalkan kerana di beritahu sekumpulan AMK Sarawak telah merancang untuk pergi ke Pustaka Negeri Sarawak walaupun telah dimaklumkan penceramah PKR telah ditukarkan. (Betul tak Tuan Nazib?)
  
Nilaikan sendiri betapa ‘bijaknya’ peguam-peguam syarie terbitan AMK PKR Sarawak dalam menangani isu politik. Disarankan mereka berdua ini kena belajar lagi tentang ‘fakta’ jangan asyik ingat fitnah dan pegawai Pustaka Negeri Sarawak itu pula kena ambil kursus Sains Politik.

PSII: Pesanan aku kepada AMK Sarawak, kami dah tahu siapa Wira Kenyalang palsu, jadi disaran AMK Sarawak mengarahkan ahlinya menutup akaun palsu tu. Peace!




-UnReportedNews™®

Tuesday, 19 February 2013

AMK SARAWAK MEMANG TAK MALU!!!

-MEMANG MACAM ANWAR IBRAHIM; TUNJUK-AJARMU SIFU MEREKA, HIDUNG TAK MANCUNG, PIPI TERSORONG-SORONG, DAH SEDAR ORANG TAK NAK, MASIH TERHEGEH-HEGEH "MENYONDOL" MUKA! KEKEKE!!!-


Seperti yang djanjikan kepada AMK Sarawak, Bloggers Anak Sarawak™® akan  mengre"blog"kan siri-siri bekaitan dengan AMK Sarawak. 

Ingatkan isu menjemput penceramah PKR yang dilakukan Pustaka Negeri Sarawak telah selesai (klik sinisini, sini, sini dan sini), sebaliknya menjadi semakin kalut apabila Bendahari AMK PKR Sarawak, Arip Ameran bersama dengan rakannya Nazib Ahmad datang ke Pustaka Negeri Sarawak sambil cuba membuat provokasi. Mereka mahukan penjelasan kenapa jemputan ceramah ke atas Arip Ameran dibatalkan? Pastinya Pustaka Negeri Sarawak ada jawapannya.

Kehadiran mereka berdua ke Pustaka Negeri Sarawak diiringi ‘bodyguard’ berbadan besar. Mereka berdua telah berbincang dengan pegawai Pustaka Negeri Sarawak, Razak Rambili, pegawai yang bertanggungjawab menjemput penceramah PKR Sarawak. Melihat perbincangan tadi ternyata hangat dan semacam tidak puas hati di kalangan pemimpin-pemimpin PKR itu.

Di kala itu, masih ramai jemputan hadir meskipun mereka tahu bahawa sesi Ceramah Umum itu telah dibatalkan pada saat-saat akhir. Mereka mahu tahu apakah yang berlaku dan kenapa ini boleh terjadi? Menjadi tanggungjawab Razak Rambili untuk menjawabnya sebagai wakil pihak penganjur. Tetapi di manakah pegawai-pegawai tertinggi Pustaka Negeri Sarawak dalam menangani isu ini? Ini telah menjejaskan nama Pustaka Negeri Sarawak secara keseluruhannya.

Walaupun telah dibatalkan sebagai penceramah, bekas calon PKR di DUN N.14 Asajaya, Arip Ameran tetap pergi ke Pustaka Negeri Sarawak dengan berpakaian ‘smart’ bertali leher walaupun penglibatannya sebagai penceramah telah dibatalkan. Beliau berkeras bahawa tindakan Pustaka Negeri Sarawak membatalkannya sebagai penceramah dianggap sebagai tidak profesional. Akibat pembatalan itu juga Arip Ameran tidak banyak bercakap sebaliknya memberikan peluang kepada rakannya Nazib Ahmad bercakap bagi pihaknya. Sedih kot!

Bagi meredakan ketegangan yang dihadapi Arip Ameran, PKR Sarawak telah menyewa fasilitis Pustaka Negeri Sarawak bagi mengadakan perbincangan tergempar. Agaknya mereka membincangkan tindakan yang akan diambil ke atas Pustaka Negeri Sarawak yang membatalkan beliau sebagai penceramah. Berkemungkinan! Siapa tahu?

Apa pun, tindakan Pustaka Negeri Sarawak membatalkan Ceramah Umum ini amat bertepatan sekali. Jika tidak, nama Pustaka Negeri Sarawak akan tercemar dan pegawai atasannya akan menerima padah. Malah, sekarang ini pun nama Pustaka Negeri Sarawak sudah teruk tercemar akibat tiada ketirisan dalam memilih penceramah.

Pustaka Negeri Sarawak wajar belajar daripada kesilapan dan jangan anggap sebagai gedung maklumat maka semua tahu dan boleh buat apa saja. Ingatlah Pustaka Negeri Sarawak itu di bawah Kerajaan Negeri Sarawak bukannya di bawah Kerajaan Negeri Selangor.

Sumber: Wira Kenyalang

Hentikan.




-UnReportedNews™®

Tuesday, 8 January 2013

INTIPATI CERAMAH KETUA AMK SARAWAK BUAT MAK LAMPIR TERSIPU-SIPU MALU

-NAZIB OH NAZIB .. BERFIKIRLAH MEMBUKA MULUT .. MANA KE TIDAK, SEDAP JE MENYALAHKAN ORANG INDONESIA & ASING LAIN DAPAT IC SEGERA MENENTUKAN KEMENANGAN BN SEHINGGA BELIAU BOLEH LUPA AHLI PARLIMEN AMPANG ZURAIDA KAMARUDDIN, RAKAN PENCERAMAHNYA PADA MALAM ITU ADALAH ANAK KELAHIRAN BENGKULU, SUMATERA INDONESIA! KEKEKE!!!-
 
 
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak Ahmad Nazib Johari ketika berceramah di Desa Ilmu dalam Ceramah Merdeka Rakyat dengan lantang mempersoalkan yang kononnya 42,000 orang Indonesia telah di beri IC segera untuk menjadi pengundi agar menentukan kemenangan BN dalam PRU akan datang.
 
Ini membuat Zuraida Kamaruddin yang duduk lebih kurang 10 kaki dari pentas di mana Nazib berucap kelihatan berpura-pura sibuk memerhati talipon bimbitnya ketika Nazib menyebut perkara tersebut seolah-olah menahan bahana malu akibat kerakyatan asalnya di ungkit. (sila klik sini)
 
 
Nasib baik ketika Nazib memohon orangramai menjadi "mata-mata" PR supaya melaporkan kepada PR sekiranya mereka mensyaki ada kes sebegitu di Samarahan, tiada penonton yang bangun menjerit sambil menunjukkan Zuraida Kamaruddin adalah seorang daripada "orang yang disyaki" itu kalau tidak, kan jadi kes naya!
 
Berbalik kepada Nazib, mukadimahnya mengenai "bertapa beryukurnya beliau kerana ramai rakyat P194 Samarahan" hadir ke ceramah tersebut menampakkan kecetekan fikirannya, berucap main hentam kromo saja serta tidak membuat "homework" sebelum berucap kerana kenyataannya di perbetulkan oleh pelajar-pelajar yang menjerit "bukan P194 (Petra Jaya) tapi P197 Samarahan"! Aduh, malunya!
 
Mungkin kerana terlalu "excited" dan ingin "menunjuk pandai" dengan kehadiran kelibat Ketua Umum PR DS Anwar Ibrahim ataupun mungkin Nazib benar-benar tiada modal memaksa beliau membangkit semua isu-isu yang kesemuaan faktanya tidak boleh dipakai dan hanya persepsi serta mengandungi undur fitnah!
 
Mungkin jua Nazib sudah terlalu lama "bertapa" di Semenanjung sehingga terikut-ikut budaya hentam kromo dan fitnah puak pembangkang Semenanjung sehinggakan dia menggula-gulakan rakyat Samarahan termasuk golongan cerdik pandai pelajar universiti dengan mengatakan Kerajaan Malaysia berhutang sebanyak RM470 bilion.
 
Sedangkan tempohari pada pada ceramah bersama Rafizi Ramli, Nazib mengatakan hutang negara sebanyak RM500 bilion, malah "best-friendnya" Arip Ameran juga menyatakan "RM500 belliun" (ini bukan salah ejaan tapi memang sebutan si Arip). Fakta yang kononnya amat penting bagi pihak PR untuk "menumbangkan" Kerajaan BN tidak pernah konsisten jumlahnya ataupun sememangnya kerajaan Malaysia telahpun membayar RM30 bilion dek "kelantangan" Nazib & Arip membangkitkan perkara ini? Chewah!!!
 
Aku dah naik malas nak menulis panjang-lebar tentang "kekurengan kepintaran orang" nih so kalo korang nak detail korang baca blog brother seperjuangan aku dalam team Bloggers Anak Sarawak™®, Wira Kenyalang™ okay!
 
Jangan ingat apabila Anwar Ibrahim datang ke Sarawak maka kau boleh tunjuk lagak? Orang Sarawak tidak suka dengan Anwar Ibrahim apatah lagi dengan warganegara Sarawak sendiri yang cuba menipu rakyat Sarawak!!!
 
Peace!!!

-UnReportedNews™®

Monday, 17 December 2012

ARIP AMERAN CALON "SEMADI NADAI" PKR SARAWAK YANG KURANG BERKALIBER?!

-APA? NAK JADIKAN ARIP AMERAN SEBAGAI CALON PKR PARLIMEN SAMARAHAN DALAM PRU KE 13 KELAK? BIAR BETUL? TAK SERIK KENA "BEDAL" YB KARIM HAMZAH DALAM PRN YANG LEPAS? KEKEKE!!-
Nampak sangat PKR Sarawak dah ketandusan calon-calon yang betul-betul berkaliber dan berkemampuan untuk Pilihan Raya Umum yang ke 13 nanti.

Ade ker si Arip Ameran nak di jadikan calon PKR di Samarahan!
 
PKR Sarawak sudah tahu rakyat Asajaya (dalam Parlimen Samarahan) tidak suka dengan kelibat si Arip tu korang masih jugak nak letakkannya sebagai calon.
Pencalonan si Arip itu bagaikan tindakan "semadi nadai" (Bahasa Iban-sekadar memenuhi syarat daripada tak ada) kerana pada Pilihan Raya Negeri yang lepas dia telah di ajar oleh "Wira PBB" iaitu YB Karim Rahman Hamzah yang memenangi kerusi DUN Asajaya mengalahkan si Arip dengan majoriti 4,489!
 
Pada sessi ceramah di Satok baru-baru ini, Arip telah memutar-belitkan fakta-fakta berkaitan rasuah dengan menuduh kerajaan mengamalkannya sehingga penduduk miskin dan negara berhutang sebanyak RM500 juta!
 
Apakah Arip Ameran kenal atau tidak mengenai maksud rasuah? Melihat kepada ceramahnya malam tadi ternyata beliau hanya cakap main lepas mulut saja memandangkan hadirin yang hadir terdiri daripada golongan tua atau veteran sahaja. Tiada fakta atau lebih tepat lagi main hentam keromo.
 
 
Aku malas nak cakap panjang lagi, nanti si Arip bawak "geng" nak berdebat dengan aku pulak! (klik sini, sini, sini, sini, sini dan sini)
 
PS: POK!, KO UKUR LAH BAJU KO PUN SEBELUM BERANGAN-ANGAN NOK JADI MP .. MUKA KO DIAT LOK!! KEKEKE!!!

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List