Wednesday, 21 November 2012

PUSTAKA NEGERI SARAWAK JEMPUT PENCERAMAH PKR SARAWAK!!!


Apakah disengajakan Pustaka Negeri Sarawak menjemput Bendahari Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Sarawak, Arip bin Ameran sebagai penceramah di Ceramah Umum “Hak-Hak Wanita Di Sisi Hukum Syarak Undang-Undang Keluarga Islam” pada Jumaat, 23 November 2012 di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak.


Difahamkan Pustaka Negeri Sarawak merupakan badan berkanun yang terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Sarawak. Apakah Kerajaan Negeri Sarawak mahu pengaruh PKR berlegar-legar di kalangan pegawai dan stafnya lebih-lebih lagi menjelang PRU-13 ini? Apakah tiadanya pemantauan di kalangan pegawai-pegawai atasan Pustaka Negeri Sarawak dalam memilih pencermah? Atau, ada di kalangan pegawai dan kakitangan Pustaka Negeri Sarawak yang cenderung kepada PKR dan Pakatan Pembangkang?

Ceramah Umum yang dianjurkan Pustaka Negeri Sarawak ini diadakan secara terbuka dengan menjemput ramai di kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan. Difahamkan ceramah ini tidak memerlukan permit memandangkan ia diadakan di dalam premis Pustaka Negeri Sarawak. Situasi ini memberi kelebihan penceramah untuk mengadakan ceramah dengan lebih terbuka termasuk menyampaikan propaganda politik PKR dan Pakatan Pembangkang kepada audein.

Arip bin Ameran atau lebih dikenali dengan nama “Si Tanggang” di kampung halamannya di Kampung Sambir di Asajaya. Malah, dalam PRN Sarawak Ke-10 pada April 2011, Arip Ameran telah bertanding di N.14 Asajaya dengan menentang calon BN, YB Abdul Karim Hamzah yang juga kini Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Sarawak.
 
Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-10 di N.14 Asajaya, calon BN, Abdul Karim Hamzah mendapat 7,597 undi dan Arip bin Ameran dari PKR mendapat 3,108 undi. BN menang dengan majoriti 4,489 undi.
 
Bercakap mengenai Arip Ameran, calon PKR Sarawak yang kalah teruk dalam Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10 sebelum ini banyak menggunakan akhbar sebagai publisiti dan mempromosikan dirinya atas jawatannya sebagai peguam syarie.

Menjelang pilihan raya, Arip Ameran yang merupakan anak jati Asajaya telah bertanding di N.14 Asajaya. Sepanjang berkempen, Arip Ameran telah tidak diterima penduduk kampung berikutan sikapnya yang banyak menghuru-hara penduduk kampung dengan dakyah dan perjuangan PKR yang menghasut rakyat membeci kerajaan. Penduduk Asajaya lebih mengenali Arip Ameran sebagai seorang yang suka memecahbelahkan rakyat dengan hari berkata lain, esok pula bercakap lain.

Walaupun bekerjaya sebagai peguam syariah, Arip Ameran merupakan penyokong kuat kepada Perhimpunan Haram BERSIH 3.0 yang berlaku di Semenanjung Malaysia termasuk di Kuching dan Kota Kinabalu. Bahkan Arip Ameran mengkritik mereka yang menentang Perhimpunan BERSIH 3.0 sebagai berfahaman komunis.
 
Hanya kerana kalah dengan majoriti 4,489 undi, Arip Ameran masih berminat untuk bertanding di Parlimen P.200 Batang Sadong. Alasannya peningkatan undi penduduk Asajaya dan cita-citanya mahu menjadi Yang Berhormat. Untuk itu, Arip Ameran akan menggunakan apa saja platform untuk menyampaikan propaganda PKR termasuklah sebagai penceramah bagi undang-undang keluarga.

Bagaimana Arip Ameran boleh berceramah berkaitan Undang-Undang Keluarga Islam sedangkan dirinya sendiri bukanlah anak yang ‘baik’. Ini akui oleh penduduk-penduduk di Kampung Sambir, Asajaya di mana hanya menampakkan batang hidungnya di kampung menjelang pilihan raya. Malah, jarang sekali mahu menjeguk ibunya sendiri di kampung dan sangat kedekut apabila orang kampung memohon derma dan bantuan daripadanya. Inikah orang yang nak jadi Yang Berhormat?
 
Sumber: Wira Kenyalang
 
-UnReportedNews™®

No comments:

Post a comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List