Thursday 11 July 2013

VIDEO: INSIDEN BUDAK NYARIS KEMALANGAN NGERI DI PERMAINAN GENTING HIGHLANDS!

-FUHHH..BERPELUH KETIAK MAK BAPAK BUDAK YANG HAMPIR TERGELONSOR JATUH DARI SALAH SATU PERMAINAN DI TAMAN TEMA TERSEBUT!-

Video seorang budak hampir terjatuh ketika bermain Space Shot di Taman Tema Genting Highlands kini mendapat perhatian ramai.

Dalam video yang dirakamkan pengunjung dipercayai ahli keluarga kanak-kanak berkenaan, suasana yang pada mulanya ceria berakhir dengan kelam kabut apabila budak itu menangis sekuat hati kerana panik apabila dia hampir terlucut dari tempat duduk.

Mujurlah, pekerja di situ segera menurunkan Space Shot hingga kanak-kanak berkenaan dapat dikeluarkan dan segera diserahkan pada ibunya.

Space Shot atau ‘ledakan angkasa lepas’ merupakan salah satu permainan yang ditawarkan di Taman Tema Genting. Mampu mengangkat hingga 12 orang pada satu-satu masa, permainan ini membuatkan mereka yang menaikinya berasa kecut perut saat diangkat dengan laju ke atas sebelum merasa seolah-olah dihempas ke bawah ketika anngota badan semua masih tertinggal di atas.

Mengikut peraturan taman tema, permainan tidak boleh dimulakan hinggalah semua penunggang Space Shot dipastikan mengambil langkah-langkah keselamatan di tempat duduk mereka.

Had tinggi minima untuk menaiki Space Shot di Taman Tema Genting adalah 137cm.

Kepada ibu bapa, pastikan anda benar-benar memastikan keselamatan anak-anak di mana jua. Tak salah untuk double check perkara-perkara begini kerana jika berlaku sebarang kejadian buruk di kemudian hari, apatah lagi di depan mata anda – menyesal pun dah tak berguna lagi!
 (sumber)
-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List