Tuesday, 12 May 2015

Sarawak Di Mata Dan Hati Najib (Bahagian I)


Sebelum ini, rakyat Sarawak hanya mampu mendengar dan tidak keterlaluan penulis gunakan ayat "melopong" di sini apabila satu demi satu projek pembangunan lebuh raya diumumkan dan dibina di Semenanjung Malaysia kerana untuk mendapatkan lebuh raya sendiri bagi merentasi Bumi Kenyalang ini hanyalah bagaikan satu impian yang mungkin tak kunjung tiba.

Memanglah sebelum ini, ada kedengaran dan ura-ura yang Lebuh Raya Pan Borneo akan dibangunkan namun sayangnya, ianya sering hanya akan berakhir tanpa susulan begitu sahaja dengan alasan keadaan ekonomi dan kemampuan negara masih belum mengizinkan walhal, pembangunan negeri-negeri yang lain tidak kurang rancaknya dilaksanakan.

Sehinggakan apabila pengumuman pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada tanggal 10 Oktober 2014 pada pengumuman Bajet 2015, masih ramai dikalangan rakyat negeri ini merasa skeptikal yang ianya akan benar-benar dilaksanakan dan beranggapan ianya hanyalah sekadar gula-gula politik untuk sajian rakyat negeri ini seperti biasa sebelum ini.

Bagi rakyat Sarawak, Lebuh Raya Pan Borneo yang bernilai RM27 Billion bukanlah sekadar sebuah lebuh raya dan jalan penghubung dari satu tempat ke tempat yang lain namun ianya adalah nadi negeri ini yang akan mempercepatkan pembangunan dibawa khususnya ke kawasan-kawasan luarbandar di samping memberi peluang masyarakat setempat untuk menambahbaikkan tahap ekonomi mereka.

Namun Najib telah membuktikan ianya adalah sebaliknya, apabila beliau mengkotakan janjinya dengan merasmikan Projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sebauh, Bintulu pada 31 Mac 2015.

Ini mengubah persepsi ramai rakyat Sarawak yang selama ini, Bumi Kenyalang seolah-olah telah di anaktirikan jika dibanding dengan pembahagian perlaksanaan pembangunan di negeri-negeri yang lain di Semenanjung.

Ia juga mula meyakinkan rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Najib begitu serius membawa pembangunan setara dengan apa yang telah dilaksanakan di Semenanjung. (Baca seterus-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List