Showing posts with label Effendi Norwawi. Show all posts
Showing posts with label Effendi Norwawi. Show all posts

Monday, 17 February 2014

EFFENDI MENGULANGI PENDIRIAN, BELIAU SUDAH BERSARA DARI POLITIK

-BEKAS MENTERI PERSEKUTUAN DATUK SERI EFFENDI NORWAWI MENYATAKAN BELIAU TIDAK AKAN KEMBALI KE ARENA POLITIK APATAH LAGI BERTANDING SEBAGAI CALON DALAM PRK BALINGIAN MENGGANTI PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD SEPERTIMANA YANG TELAH DIGEMBAR-GEMBURKAN!-

Bekas Menteri Pertanian Datuk Seri Effendi Norwawi menyangkal dakwaan bahawa dia akan bertanding di Balingian sekiranya Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Mengulas beberapa laporan di portal berita dan akhbar, Effendi berkata, beliau tidak berminat dan tiada hasrat untuk menjadi calon di Balingian.

"Saya telah bersara dari politik dan kini hanya ingin fokus kepada perniagaan saya," katanya menerusi kenyataan media pada lewat malam Ahad.

Nama Effendi sering dikaitkan dengan Taib dan bakal mengisi kerusi DUN yang ditinggalkan bekas Ketua Menteri Sarawak itu dalam tempoh terdekat.

Berketurunan Melanau seperti Taib, Effendi pernah berkhidmat sebagai menteri ketika era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi.

Beliau dilaporkan meletak jawatan sebagai Pengarah Eksekutif Encorp Berhad pada Julai 2013 sekali gus menguatkan lagi khabar angin bahawa beliau akan kembali dalam arena politik.

Effendi berkata beliau menyokong sepenuhnya pelantikan Tan Sri Adenan Satem sebagai Ketua Menteri baharu.

Malah perbualannya dengan Adenan hanya sekadar untuk mengucapkan tahniah dan menyatakan kesediaan untuk membantu beliau sekiranya khidmatnya diperlukan.

"Komen yang saya buat mengenai Balingian adalah penduduk di sana telah melihat dengan mata mereka sendiri bagaimana kawasan itu ditransformasikan dengan pembangunan yang luar biasa.

"Mereka telah melihat bagaimana kerajaan menjanjikan pembangunan terutamanya ketika dibawah pentadbiran Pehin Sri Taib," katanya. (sumber) 

-UnReportedNews™®

Sunday, 16 February 2014

EFFENDI NORWAWI AKAN SERTAI PENTADBIRAN NEGERI SARAWAK?

-BAKAL KETUA MENTERI SARAWAK TAN SRI HAJI ADENAN SATEM TELAH MEMPELAWA BEKAS MENTERI PERSEKUTUAN DATUK SERI EFFENDI NORWAWI MENYERTAI PENTADBIRAN NEGERI INI-

Adenan Satem
Bakal Ketua Menteri kelima Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem mengalu-alukan bekas menteri persekutuan Datuk Seri Effendi Norwawi untuk menyertai pentadbiran negeri.

Adenan yang enggan mengulas lanjut, sekadar mengesahkan beliau ada menghubungi Effendi beberapa hari lalu.

“Ya, saya ada menghubunginya.

Effendi Norwawi
Saya rasa pada dua hari lepas dan beliau akan datang berjumpa dengan saya,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Persandingan Dayang Dina Masfira Abang Affendi dan Azlan Shah Patrick Ling di kediaman bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abang Ahmad Urai Abang Mohideen di Darul Datu Hakim, Jalan Muda Hashim di sini, semalam.

Adenan menjelaskan, beliau bersedia menerima kunjungan daripada Effendi pada bila-bila masa untuk bekerjasama mengukuhkan pentadbiran baharu negeri.

“Effendi boleh datang berjumpa saya pada bila-bila masa.

Bila beliau datang kelak, kita akan bincangkan beberapa perkara,” jelasnya.

Katanya lagi, beliau akan mengadakan satu sidang media berhubung pentadbiran baharu negeri.

Pada Rabu lepas, Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan peletakan jawatannya pada 28 Februari ini sekali gus melantik Adenan sebagai penggantinya. (sumber) 

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List