Sunday 16 February 2014

EFFENDI NORWAWI AKAN SERTAI PENTADBIRAN NEGERI SARAWAK?

-BAKAL KETUA MENTERI SARAWAK TAN SRI HAJI ADENAN SATEM TELAH MEMPELAWA BEKAS MENTERI PERSEKUTUAN DATUK SERI EFFENDI NORWAWI MENYERTAI PENTADBIRAN NEGERI INI-

Adenan Satem
Bakal Ketua Menteri kelima Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem mengalu-alukan bekas menteri persekutuan Datuk Seri Effendi Norwawi untuk menyertai pentadbiran negeri.

Adenan yang enggan mengulas lanjut, sekadar mengesahkan beliau ada menghubungi Effendi beberapa hari lalu.

“Ya, saya ada menghubunginya.

Effendi Norwawi
Saya rasa pada dua hari lepas dan beliau akan datang berjumpa dengan saya,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Persandingan Dayang Dina Masfira Abang Affendi dan Azlan Shah Patrick Ling di kediaman bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abang Ahmad Urai Abang Mohideen di Darul Datu Hakim, Jalan Muda Hashim di sini, semalam.

Adenan menjelaskan, beliau bersedia menerima kunjungan daripada Effendi pada bila-bila masa untuk bekerjasama mengukuhkan pentadbiran baharu negeri.

“Effendi boleh datang berjumpa saya pada bila-bila masa.

Bila beliau datang kelak, kita akan bincangkan beberapa perkara,” jelasnya.

Katanya lagi, beliau akan mengadakan satu sidang media berhubung pentadbiran baharu negeri.

Pada Rabu lepas, Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan peletakan jawatannya pada 28 Februari ini sekali gus melantik Adenan sebagai penggantinya. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List