Showing posts with label Tony Pua. Show all posts
Showing posts with label Tony Pua. Show all posts

Wednesday, 23 September 2015

Shoo-shoo .. Tony Pua Dihalau Dari Sarawak!



Ahli politik chauvinis DAP akan ada masaalah di Sarawak. 

Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua telah diarahkan meninggalkan negeri ini menerusi penerbangan dari Lapangan Terbang Miri pada pukul 4.20 petang Rabu.

Jurucakap Jabatan Imigresen Sarawak, ketika dihubungi Bernama, mengesahkan perkara tersebut.

"Disahkan bahawa YB Tony Pua telah diperiksa keluar meninggalkan negeri Sarawak pada 4.20 petang ini dari Lapangan Terbang Miri ke Kuala Lumpur atas arahan pihak Penguasa Imigresen Negeri Sarawak," katanya.

Bernama difahamkan Pua, yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, tiba di Miri pagi Rabu.

Pada Julai lepas, Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata Sarawak tidak akan membenarkan golongan pelampau agama dan politik rasis memasuki negeri itu bagi memastikan elemen-elemen negatif itu tidak menjejaskan keharmonian agama dan sosial di negeri Bumi Kenyalang itu - sumber

-UnReportedNews™®

Thursday, 16 July 2015

Video: Bekas "Editor" Sarawak Report Akui Skandal 1MDB Adakah Fitnah


Petang tadi kami melaporkan satu Laporan Polis Ke Atas Konspirasi Jatuhkan Perdana Menteri telah dibuat bersama bukti komunikasi e-mel dan video wawancara.

Sebentar tadi kami menerima mesej memaklumkan sebuah blog telah menerbitkan bahagian pertama wawancara dengan bekas “editor” Sarawak Report, Lester Melanyi yang kini sedang sakit.
Video bahagian pertama itu telah diterbitkan di http://lestermelanyi.blogspot.com/.

Berikut ialah video terbabit:
- MYKMU
-UnReportedNews™®

Wednesday, 27 August 2014

ISU MB SELANGOR: PKR & DAP SENGAJA DERHAKA DENGAN TITAH SULTAN?


Cuba bagi tau part maner yang korang tak paham? DYMM Sultan Selangor dengan secara jelas telah menitahkan agar setiap parti; PKR, DAP dan PAS dalam Pakatan mencadangkan dua nama dari parti masing-masing sebagai calon MB Selangor yang baru. Itu adalah BUDI BICARA MUTLAK Tuanku berbuat demikan.

Yang korang terhegeh-hegeh masih nak berkeras lagi menghantar nama Jijah Kipas sorang apahal? Korang tak paham ker, rakyat Selangor termasuk Sultan Selangor tak hingin pun Jijah Kipas menjadi MB negeri mereka? Can't you get that through your thick mind?

Jelas PKR dan DAP menerusi kenyataan media bersama mereka (di bawah), Setiausaha Agong KEADILAN Dato' Saifuddin Nasution dan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua telah engkar dan derhaka dengan kehendak Sultan.

KENYATAAN MEDIA
PARTI KEADILAN RAKYAT
PARTI TINDAKAN DEMOKRATIK

PERLANTIKAN DATO’ MENTERI BESAR
KEADILAN DAN DAP MENJUNJUNG TITAH DYMM TUANKU SULTAN SELANGOR

KEADILAN dan DAP merafak sembah menjunjung kasih dan rasa syukur dengan titah DYMM Tuanku Sultan Selangor mengenai pelantikan Dato’ Menteri Besar yang baru seperti kenyataan rasmi Pejabat DYMM Tuanku Sultan Selangor yang ditandatangani Dato’ Mohamad Munir bin Bani hari ini.

Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu adalah sejajar dengan konvensi (convention) yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan Dato’ Menteri Besar sebelum ini.

DYMM Tuanku Sultan Selangor turut menitahkan parti-parti Pakatan Rakyat mencalonkan lebih dari satu nama dalam melantik Dato’ Menteri Besar dalam tahun 2013. Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu disampaikan kepada KEADILAN, PAS dan DAP melalui satu surat bertarikh 7 Mei 2013 (yang disertakan bersama) yang melambangkan konvensi yang diamalkan DYMM Tuanku Sultan Selangor sebelum ini.

Susulan itu, mengambil kira titah DYMM Tuanku Sultan Selangor dan konvensi yang diamalkan sebelum ini dalam pelantikan Dato’ Menteri Besar, parti-parti Pakatan Rakyat telah mencalonkan satu nama iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor dalam tahun 2013. Pencalonan ini diperkenankan dan diterimapakai oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor.

Oleh yang demikian, KEADILAN dan DAP menjunjung titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu dan akan mempersembahkan pencalonan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor sejajar dengan konvensi yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat dalam tahun 2013 memandangkan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Dewan Negeri (termasuk YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri).

KEADILAN dan DAP merakamkan doa dan menjunjung kasih atas budi bicara ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor.

DATO’ SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agong KEADILAN

TONY PUA
Setiausaha Publisiti DAP

-UnReportedNews™®

Tuesday, 26 August 2014

GEMPAR: DAP NAK KELUAR PAKATAN? BAGUSLAH TU ...


DAP tak payah nak berdrama, tak payah nak menyatakan keciwa, tak payah nak menimbang balik sama kewujudan Pakatan Rakyat masih revelan lagi atau sebaliknya, kalo betul-betul berani DAP patut terus meninggalkan Pakatan.

DAP Selangor nampaknya sudah kecewa dengan dolak-dalik PAS dalam krisis politik di negeri itu, dan kini menimbang semula keperluan sama ada Pakatan Rakyat perlu terus kekal.

Dalam mesyuarat tergempar DAP Selangor semalam, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua yang dipetik dari Malaysiakini telah mengesahkan perkara itu.

"Apabila PAS enggan memenuhi janji, dan berdegil untuk tidak menyokong presiden anggota gabungan kita sebagai MB baru, mungkin tiba masanya untuk merenung dan berfikir mengenai tujuan berterusan dan kewujudan pakatan ini.”

Bagaimanapun, tiada apa-apa keputusan konklusif dibuat dalam isu tersebut, katanya merujuk kepada mesyuarat PAS pada hari sebelum itu dimana telah memutuskan bahawa parti itu membenarkan Sultan memilih calon untuk menggantikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kalau betul-betul sakit hati dengan PAS, DAP lah yang patut keluar dari Pakatan .. tapi hakikatnya, DAP sebenarnya masih mengharapkan "belas-kasihan" dari PAS kerana DAP memerlukan PAS untuk sokongan pengundi.

DAP mana ada telur nak menentang Barisan Nasional (BN) secara "one by one" tapi perlu sokongan PKR dan PAS dalam usaha menumbangkan kerajaaan BN.

Jadi tak payahlah nak berbunyi seperti orang keciwa, tak payah lah nak buat-buat seperti DAP lah parti superior dalam Pakatan, korang DAP sebenarnya takut akan PAS keluar dari Pakatan! Kan? Kan? Kan? Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

Thursday, 10 October 2013

KENALI "ANJING DAP"!

-WOOF-WOOF-WOOF! SIAPA PULAK YANG DI LABEL "ANJING DAP" NIH? CAYALAH CALON PEMUDA UMNO AKHRAMSYAH MUAMMAR UBAIDAH SANUSI MENGHENTAM TONY PUA SEBEGITU RUPA! MEMANG PADAN PUN DI GELAR BEGITU! KEKEKE!!!-

Calon Ketua Pemuda Umno Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi menyifatkan Ketua Publisiti DAP Tony Pua sebagai 'anjing DAP' kerana sering menyalak untuk menutup kepincangan parti itu dengan menghina Pertubuhan Pendaftar (ROS) dan akhbar Utusan Malaysia.

Akhramsyah berkata Tony bertindak sedemikian bagi mengalih perhatian orang ramai daripada melihat kelemahan DAP khususnya berkaitan dengan isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti pembangkang itu.

"Sebenarnya beliaulah (Tony) 'anjing DAP' kerana sikapnya yang sering menyalak untuk menutup kepincangan parti berkenaan dan beliau sepatutnya melihat semula kepincangan dalam CEC itu kerana ia dibangkitkan sendiri ahli DAP.

"Jangan mengheret orang lain kerana pemilihan semula itu adalah kehendak majoriti ahli DAP selepas merasakan berlaku manipulasi dan penyelewengan dalam pemilihan CEC terdahulu," katanya pada sidang akhbar, di sini, Khamis.

Tony dalam laman Facebooknya baru-baru ini menggelar ROS dan Utusan Malaysia sebagai 'anjing Umno' selepas parti itu diarah menjalankan pemilihan semula CEC berikutan pelbagai pihak mempertikai kewibawaan proses pemilihan CEC pertama pada 15 Disember lalu.

Akramsyah yang juga Ketua Pemuda Umno Cawangan Bendang Baru Langkawi berkata sikap Tony yang enggan memohon maaf kepada ROS dan Utusan Malaysia ekoran kenyataannya itu hanya menyerlahkan sifat angkuh Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara itu.

"Sebagai seorang anggota Umno saya mendesak Tony memohon maaf secara terbuka kepada seluruh ahli Umno, kakitangan ROS dan Utusan Malaysia di atas tindakannya yang begitu celupar serta biadap sehingga melangkaui batas dan nilai-nilai murni kehidupan," katanya.

Beliau turut mengesyorkan supaya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meletak jawatan atas kegagalannya mentadbir parti itu sehingga menyebabkan DAP di ambang pembatalan pendaftarannya.

"Mungkin tugas Lim sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang terlalu berat untuk dipikul bersama dengan tugas Setiausaha Agung DAP jadi saya rasa lebih baik beliau melepaskan jawatan Setiausaha Agung itu," katanya.

Sementara itu, Akramsyah menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan nasibnya dalam persaingan merebut jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan sayap Umno 12 Okt ini.

"Saya telah turun padang bertemu perwakilan dan sebagai seorang Islam sekarang ini saya berserah kepada Allah untuk jawatan itu tetapi berdasarkan maklum balas, keyakinan untuk menang adalah dalam 60 hingga 65 peratus," katanya.

Beliau yang merupakan anak sulung kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid berkata beliau juga tidak akan kecewa jika kalah dan akan terus memperjuang serta menghidupkan kembali agenda perjuangan Melayu. - BERNAMA

-UnReportedNews™®

Saturday, 28 September 2013

PERLANTIKAN GUAN ENG & KRONI-KRONI DAPNYA SEBENARNYA TAK SAH?!

-INI DIDEDAHKAN OLEH DAP INSIDER SECARA TERPERINCI MENGENAI SETIAP LANGKAH YANG TELAH DIAMBIL OLEH BARUA-BARUA DINASTI LIM; TONY PUA & ANTHONY LOKE YANG SEBALIKNYA TELAH MEMBAWAKAN BAYANG-BAYANG KEMUSNAHAN DALAM DAP! KEKEKE!!!-

Salah seorang ahli falsafah dan general peperangan terkenal dengan kepakaran strateginya; Sun Tzu, dipetik sebagai berkata, "Untuk memenangi seratus kemenangan dalam seratus pertempuran bukanlah bukti kemahiran namun menundukkan musuh tanpa sebarang pertempuran merupakan kemahiran terunggul". Ianya sangat benar. Seorang diktator tidak pernah mencipta peluang untuk mereka sendiri. Berdiri dan membuat pilihan sebagai salah satu hukuman kerana enggan melibatkan diri dalam politik adalah bahawa anda diperintah oleh mereka yang lebih berkuasa ke atas anda.

Dalam bab ini, saya akan terus menulis tentang pembohongan dan penipuan selepas mereka membuat pengumuman mengenai hasil mesyuarat itu. 

Di samping itu, selain dari mengumumkan kesilapan keputusan disebabkan salak kiraan komputer, kemenangan Zairil dan terkeluarnya Vincent Wu dalam satu sidang akhbar yang sama pada 4hb Januari 2013, Tony Pua juga telah mengumumkan bahawa mesyuarat pertama CEC pada 16hb September 2012 adalah sah. Dalam politik, tiada apa yang berlaku secara tidak sengaja. Jikalah ianya berlaku, anda boleh bertaruh ianya sebenarnya telah dirancang agar ianya menjadi begitu.

Apa yang saya maksudkan tersebut adalah tindakan Tony Pua tersebut sebenarnya mengundang bencana besar yang kemudiannya akan membawa kemusnahan kepada DAP. Tindakan berkenaan samalah seakan menyuntik virus HIV ke dalam badan (DAP); dan kini badan (DAP) telah dijebak dengan penyakit AIDS dan akan mati bila-bila masa saja tidak lama lagi. Pemikiran dialektik adalah suatu percubaan untuk memecahkan melalui paksaan logik dengan cara sendiri.

Mesyuarat CEC pertama kali yang diadakan pada 16hb Disember 2012 yang dihadiri oleh Vincent Wu di mana, dalam pertemuan itu, ahli-ahli mesyuarat CEC membuat keputusan untuk melantik Pengerusi Kebangsaan, Setiausaha Agung, Pengerusi Disiplin dan jawatan-jawatan yang lain dalam DAP.

Dengan Vincent Wu digugurkan dari senarai, mesyuarat CEC pertama adalah tidak sah kerana Vincent Wu juga terlibat dalam membuat sesuatu keputusan dalam mesyuarat. Apabila mesyuarat tersebut tidak sah, semua pelantikan jawatan pemimpin tertinggi parti juga tidak sah. Sehingga kini, jawatan Ketua Setiausaha Lim Guan Eng  adalah tidak sah. Dengan status jawatan yang dipegang Lim Guan Eng secara tidak sah, ini adalah apa yang saya maksudkan dengan ia akan membawa kepada kemusnahan DAP. Ia amat jelas apabila matlamat tidak boleh dicapai, jangan melaras matlamat, mereka sebaliknya harus melaraskan langkah-langkah tindakan.

Seramai 40 orang ahli DAP yang telah hilang sabar oleh pembohongan demi pembohongan dan penipuan yang dilakukan oleh Lim Guan Eng, Tony Pua dan Anthony Loke telah bertindak untuk membuat aduan rasmi kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 14hb Januari 2013. Aduan berkenaan berkaitan dengan kegagalan DAP memberi masa yang mencukupi kepada notis mesyuarat selaras dengan perlembagaan, perwakilan-pewakilan haram dan kejadian memanipulasi undi. Apabila ditulis dalam bahasa Cina , perkataan "krisis" adalah terdiri daripada dua pengertian. Satu mewakili bahaya dan lain-lain merupakan peluang.

Berdasarkan kepada Akta Organisasi 1966, semua pertubuhan yang berdaftar dikehendaki mengemukakan laporan tahunan mereka kepada ROS dalam tempoh 60 hari selepas mesyuarat tahunan. Apabila 40 ahli DAP membuat aduan kepada ROS pada 14hb Januari 2013, DAP masih belum mengemukakan laporan itu kepada ROS.

DAP akhirnya menghantar laporan mereka kepada ROS seminggu sebelum tempoh 60 hari yang diberikan berakhir iaitu pada 8hb Februari 2013. Laporan yang dikemukakan adalah tidak lengkap dan tidak disertakan dengan minit mesyuarat CEC pertama yang dihadiri oleh Vincent Wu. Didalam dalam mesyuarat itu, Vincent Wu telah terlibat secara langsung dalam memilih pucuk pimpinan parti itu, termasuk memilih Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung.

Di manakah ketelusan dan integriti yang sering dilaungkan oleh Dinasti Lim selama ini sepanjang berkuasa memerajui DAP namun sebaliknya pula mengemukakan laporan palsu kepada ROS? Demokrasi tidak akan berjaya melainkan ada pihak yang menyatakan kesedian mereka membuat pilihan dengan bijak. Perwatakan ini melebihi kecerdikan. Jiwa yang besar akan menjadi lebih kuat untuk hidup disamping untuk berfikir.

Mengapa mereka bertindak secara begitu dan apakah yang Lim Guan Eng cuba lakukan? Saya akan terangkan pada bab seterusnya. -DAP INSIDER

PS: Penulis Peter Chan tidak pula menyediakan penulisan dalam versi Bahasa Malaysia kali ini kerana ketiadaan kerana rakannya maka admin UnReportedNews™® telah menterjemahkan dengan pefahamannya sendiri. Harap maklum.

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List