Showing posts with label Tun Rahman. Show all posts
Showing posts with label Tun Rahman. Show all posts

Saturday, 10 January 2015

Ribuan Hadirin Menziarahi Jenazah Allahyarham Tun Rahman



Suasana pilu dan hiba menyelubungi Masjid Jameq, Kuching setibanya jenazah Allahyarham Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakob di sana lebih kurang jam 10:30 pagi sebentar tadi.

Ribuan orang awam yang menanti seawal jam 8 pagi tadi di kawasan masjid tersebut bagi memberi penghormatan terakhir kepada pemimpin tersoho Sarawak.

Jenazah Allahyarham di bawa dari rumah Allahyarham di Sri Bahagia No 8 Jalan Tun Abdul Rahman, Petra Jaya, Kuching. (Baca sepenuhnya-UnReportedNews™®

Friday, 9 January 2015

Bekas TYT Dan KM Sarawak Tun Rahman Meninggal Dunia


Sarawak hari ini kehilangan permatanya apabila bekas Tuan Yang Terutama (TYT) dan juga bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakob meninggal dunia sebentar tadi. 

Sarawakiana difahamkan, Allahyarham Tun Rahman meninggal dunia kira-kira jam 9 malam tadi di sebuah hospital swasta di Petra Jaya, Kuching.

Allahyarham Tun Rahman dilahirkan pada 3 Januari 1928 di Bintulu Sarawak. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Anchi dan Sekolah St. Joseph, Kuching hingga tingkatan 5. 

Allahyarham kemudiannya telah lulus Sijil Seberang Laut Cambridge dan menyambung pengajian ke peringkat Universiti pada tahun 1954 hingga 1959 di Southampton University, England dan mendapat pendidikan dari School of International Law, Hague, Holland, Allahyarham juga mempunyai kelulusan Barrister-at-law dari Lincoln’s Inn, London. 

Allahyarham Tun Rahman telah memulakan kerjayanya pada tahun 1948 sebagai Pegawai Percubaan (kadet) Bumiputera Sarawak. Beliau menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi sehingga dinaikkan pangkat menjadi Magistrate. Dari tahun 1959 hingga 1963, beliau dilantik sebagai Pegawai Perundangan Sarawak, di samping bertugas sebagai Timbalan Pendakwa Raya, Crown Council dan Stipendiary Magistrate. (Baca sepenuhnya-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List