Friday 9 January 2015

Bekas TYT Dan KM Sarawak Tun Rahman Meninggal Dunia


Sarawak hari ini kehilangan permatanya apabila bekas Tuan Yang Terutama (TYT) dan juga bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakob meninggal dunia sebentar tadi. 

Sarawakiana difahamkan, Allahyarham Tun Rahman meninggal dunia kira-kira jam 9 malam tadi di sebuah hospital swasta di Petra Jaya, Kuching.

Allahyarham Tun Rahman dilahirkan pada 3 Januari 1928 di Bintulu Sarawak. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Anchi dan Sekolah St. Joseph, Kuching hingga tingkatan 5. 

Allahyarham kemudiannya telah lulus Sijil Seberang Laut Cambridge dan menyambung pengajian ke peringkat Universiti pada tahun 1954 hingga 1959 di Southampton University, England dan mendapat pendidikan dari School of International Law, Hague, Holland, Allahyarham juga mempunyai kelulusan Barrister-at-law dari Lincoln’s Inn, London. 

Allahyarham Tun Rahman telah memulakan kerjayanya pada tahun 1948 sebagai Pegawai Percubaan (kadet) Bumiputera Sarawak. Beliau menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi sehingga dinaikkan pangkat menjadi Magistrate. Dari tahun 1959 hingga 1963, beliau dilantik sebagai Pegawai Perundangan Sarawak, di samping bertugas sebagai Timbalan Pendakwa Raya, Crown Council dan Stipendiary Magistrate. (Baca sepenuhnya-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List