Showing posts with label Dennis Ngau. Show all posts
Showing posts with label Dennis Ngau. Show all posts

Monday, 26 November 2012

LAWATAN KAUM PENAN MENEMUI KETUA MENTERI DI DUN

-JELAS TERBAYANG KEPUASAN DI RAUT WAJAH REMAJA-REMAJA PENAN KERANA DIBERI PELUANG UNTUK BERTEMU DENGAN TAIB WALAUPUN TERPAKSA PERGI KE DUN BUAT KALI KEDUA LEWAT PETANG SEMALAM-
 
Sekumpulan remaja Penan dari Baram berpeluang untuk bertemu dengan Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud di DUN semalam.

Taib, selepas mempengerusikan mesyuarat dengan beberapa ketua-ketua jabatan kerajaan pejabatnya di tngkat lima turun ke lobi DUN untuk bertemu dan bersalam dengan setiap ahli kumpulan tersebut kira-kira jam 6:30 petang.

Menurut Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Abdullah Haji Saidol yang merupakan penyelaras kunjungan hormat tersebut, objektif lawatan itu adalah untuk memberi pengalaman secara langsung kepada masyarakat Penan mengenai prosiding DUN.

"Adalah diharapkan bahawa peserta kumpulan boleh menyampaikan pengalaman mereka kepada rakyat mereka di kampung masing-masing apabila kembali semula," kata Abdullah, yang juga merupakan ADUN Semop menerusi satu temubual ekslusif bersama  UnReportedNews™® sejurus lawatan tersebut.

Sementara itu, ADUN Telang Usan yang juga pembantu penyelaras kunjungan hormat, Dennis Ngau memberitahu UnReportedNews™® bahawa kumpulan tersebut terdirin daripada seramai 40 remaja dari masyarakat Penan dari lima buah kampung di kawasan Baram.

"Kebanyakan mereka menjejakkan kaki ke ibu kota (Kuching) Sarawak buat kali yang pertama dan bagi pihak kaum Penan, saya benar-benar ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud telah bersetuju untuk memenuhi kumpulan ini iaitu bertemu secara terus dengan mereka."
Ketua Menteri turut meluangkan masa kira-kira sepuluh minit berbual dengan semua ahli kumpulan yang juga kemudiannya menyerahkan buahtangan kepadanya.
 
-UnReportedNews™®



 

Wednesday, 23 May 2012

JANGAN TIMBUL ISU MEMPERGUNAKAN KAUM PENAN

-WALAUPUN SIA MEMBACA SEKEPING KERTAS KETIKA MEMBENTANG ISU-ISU KAUM PENAN, BELIAU SERING MENOLEH KE ARAH ADUN BUKIT ASSEK WONG HO LENG BAGAIKAN MENANTI ARAHAN ATAU PANDUAN...TERLALU NYATA PERBUATANNYA BUKAN DILAKUKAN SECARA SUKA RELA-


Ternyata pihak pembangkang Negeri Sarawak begitu tertekan seumpama ketandusan modal mencari isu apabila mereka bagaikan mengheret sekumpulan masyarakat Penan dari Baram, Miri ke DUN bagaikan jadi bahan "jajaan" mereka pagi semalam.


Ahli Dewan Undangan Negeri Telang Usang Dennis Ngau ketika di temubual UnReportedNews™®  secara eksklusif telah menyuarakan  kekeciwaannya terhadap pembangkang nyata bermain "kotor" dengan melibatkan bangsa Penan demi untuk menimbulkan isu yang berbaur kebencian pada kerajaan.


"Saya ingin mengingati serta menasihati rakan-rakan masyarakat Penan supaya tidak akan mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang penuh pembohongan sehingga sanggup dipergunakan atau dimanipulasikan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab hanya untuk kepentingan mereka perbatuan politik atau populariti mereka."


"Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah, sila gunakan saluran yang betul iaitu menerusi Barisan Nasional (BN)-kerajaan yang memerintah dan usah mengadu kepada pembangkang kerana mereka tidak ikhlas membantu anda sebaliknya akan memanipulasikan masalah anda menjadi isu untuk mereka jaja."


"Walaupun pada hakikatnya mereka tidak dapat berbuat apa-apa tetapi mereka sebaliknya mungkin menjanjikan mereka bisa membantu anda  namun mereka hanya ingin mempergunakan anda selama yang boleh demi kepentingan politik mereka. "


"Sila ikut sahaja program pembangunan yang telah dirancangkan oleh pihak kerajaan, khususnya masyarakat Penan di Baram", tambah Dennis pada waktu rehat tengahari pada hari ketujuh Mesyuarat  Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri ke-17 di lobi DUN semalam.


"Masyarakat Penan sebagai juga mempunyai hak untuk menikmati pembangunan dan kemudahan asas seperti rakyat Malaysia yang lain, mengapa terdapat sesetengah pihak bagaikan menghalang hak mereka ini seolah berniat mahu kaum Penan dibiarkan dan diasingkan?"


"Apakah tujuan mereka ini? Adakah hanya untuk "mencipta" alasan untuk di bangkit kepada kerajaan? Namun tindakan mereka nyata menunjukkan mereka yang sebenarnya "menindas" kaum Penan."


Beliau berkata demikian untuk menjawab dakwaan-dakwaan yang diluahkan kumpulan Penan tersebut yang begitu ketara telah "dilatihkan" untuk menyuarakan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas sama sekali.


"Saya tahu masyarakat Penan dengan baik kerana saya membesar dan pergi ke sekolah dengan mereka dan saya percaya tindakan hari ini di DUN bukanlah disebabkan keinginan mereka sendiri tetapi kemungkinan besar telah dihasut dan "di set-up" serta dirancang oleh pembangkang."


Mengenai dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh kumpulan Penan bahawa keperluan atau isu yang mereka tidak dilayan oleh wakil Undangan Negeri atau mana-mana pihak BN, Dennis berkata bahawa dia tidak pernah didatangi oleh mana-mana kumpulan mengenai hal ini.


"Saya amat terganggu dengan taktik pembangkang menggunakan kaum Penan untuk menimbulkan isu dan saya merasa yakin bahawa mereka (pembangkang) sebenarnya mempunyai niat atau tujuan lain  untuk membuat propaganda agar rakyat benci terhadap kerajaan."


"Saya sentiasa terbuka untuk mendengar segala masaalah bukan sahaja Penan tetapi kaum-kaum lain juga, terutamanya mereka yang  di kawasan saya," katanya dan menggesa masyarakat Penan untuk mendekati beliau sekiranya mereka sebarang masalah atau isu dari memilih untuk pergi kepada pembangkang yang hanya akan mengambil kesempatan mempolitikkan perkara untuk kelebihan mereka mengutuk kerajaan.

SIA
Kumpulan masyarakat Penan tersebut seolah-olah telah dirancang tiba di DUN sewaktu rehat makan tengahari oleh pembangkang dan membuat sidang akkbar mengenai beberapa tuntutan mereka yang telah mendakwa  kononnya telah diabaikan oleh Dennis dan Kerajaan BN.


Riak wajah jurucakap bagi kumpulan Penan yang mengenal diri Sia Andum bagaikan tidak dapat menahan perasaan gusar dan gementar seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena bagaikan dia berbuat demikian dalam keadaan dipaksa. 


Walaupun beliau membaca sekeping kertas ketika membentangkan isu-isu kaum Penan di Baram dengan menggunakan projektor yang di pancarkan ke didinding bilik media beliau sering menoleh ke arah  ADUN Bukit Assek Wong Ho Leng (DAP) lebih-lebih lagi setiap kali sebelum menjawab pertanyaan pihak wartawan.


Sia  bagaikan meminta bantuan dari Ho Leng untuk menjawab sehinggakan Ho Leng yang mungkin menyedari "eye-contact" mereka disedari oleh beberapa orang wartawan berdekatan, mengeluarkan kata-kata, "Tanya dengan dia (Sia), biar dia jawab dengan sendiri."


Sia juga kelihatan kurang senang apabila saya menghampirinya dan meminta no talipon bimbitnya kepada saya dengan alasan dia tiada nombor walaupun di tangan kanannya memegang satu talipon bimbit dan dia sebelum itu kelihatan memberi nombor taliponnya kepada salah seorang pembangkang.


Bukan memandang rendah kepada kaum Penan namun timbul tanda tanya dikalangan para wartawan bagaimana mereka dapat sampai ke DUN di Kuching dari tempat mereka yang mengambil masa selama hari untuk sampai di Bandaraya ini sekiranya tidak ada sedikit-sebanyak "pertolongan" dari orang lain.


ADUN Batu Lintang See Chee Hua (PKR) menegaskan segala kos-kos  perjalanan, penginapan dan pakaian-pakaian (hampir keseluruhan anggota kumpulan itu memakai pakaian, serta kasut yang serba baru) di biayai sepenuhnya oleh kumpulan itu sendiri. 


Kecurigaan kami terjawab apabila See dengan "gentlemannya" kemudiannya mengakui "presentation" slide show itu telah disediakan oleh pihak pembangkang.


Sia juga enggan memberitahu alamat hotel mereka menginap apabila ditanya dan ini menambahkan lagi kecurigaan akan kumpulan ini bagaikan di"latih" oleh seseorang agar tidak memberi sebarang maklumat kepada sesiapa pun. 


Beberapa orang rakan saya juga bersependapat dan percaya tindakan beberapa wakil pembangkang yang menghantar kumpulan masyarakat Penan tersebut hingga ke pintu kenderaan mereka adalah untuk mengelakkan mereka ditemuranah sesiapa..hmmmm apa yang nak mereka rahsiakan dan takutkan ye? 

-UnReportedNews™®

Tuesday, 21 February 2012

PEMUDA PBB HARUS TERUS BERSATU, GESA FADILLAH

-PRU KE-13 YANG AKAN DATANG INI DI SIFATKAN SEBAGAI PRU YANG PALING MENCABAR NAMUN PBB HARUS MENANG SEMUA KERUSI YANG DITANDINGINYA AGAR TERUS MENJADI "TAPAK KEKUATAN BN" DI SARAWAK


SEGALA usaha perancangan Barisan Nasional (BN) ke atas pembangunan Sarawak selama ini akan pincang sekiranya negeri ini “jatuh” ke tangan pembangkang jesteru itu, Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di gesa agar bersatu untuk menguatkan barisan hadapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

Ketua Pemuda PBB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof membuat gesaan ini sambil menambah, PBB khususnya Pemuda PBB bagaikan benteng pertama yang melindungi BN Sarawak agar negeri ini tidak akan jatuh ke tangan pembangkang.

Menyifatkan PRU ke-13 yang akan datang ini sebagai PRU yang paling mencabar, Fadillah yang juda Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi menegaskan PBB harus menang semua kerusi yang di tandinginya agar terus menjadi “tapak kekuatan” BN di Sarawak.

“Sekiranya PBB “terlumpuh”, maka pincanglah segala usaha dan perancangan BN Sarawak ke atas pembangunan Sarawak selama ini,” tambah Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya.

“Masyarakat harus memahami yang segala usaha perancangan BN ke atas pembangunan Sarawak selama ini akan pincang sekiranya negeri ini “jatuh” ke tangan pembangkang.”

“Untuk melaksanakan projek  pembangunan seumpamanya SCORE, kita memerlukan peruntukan wang yang besar namun jika Sarawak jatuh dalam gengaman pembangkang, agaklah sukar untuk mendapatkan dana tersebut dari kerajaan persekutuan,” jelasnya lagi.

Fadillah berkata demikian dalam satu majlis di Miri semalam yang juga di hadiri oleh Ali Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, Ahli DUN Lambir Ripin Lamat dan Ahli DUN Telang Usan Dennis Ngau.

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List