Showing posts with label Tengku Adenan Mansur. Show all posts
Showing posts with label Tengku Adenan Mansur. Show all posts

Sunday, 14 July 2013

MENTERI HALANG SAMSENG!

-STEADYLAH MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DATUK SERI ADNAN TENGKU MANSUR YANG BERANI BERHADAPAN DENGAN "SAMSENG" UNTUK MEMBELA RAKYAT! BUKANNYA MACAM PEMIMPIN PKR YANG SORANG TU "MEMBULI" RAKYAT DENGAN MEMPENGARUHI MEREKA BERGULING-GULING DILUAR PARLIMEN SATU-DUA PURNAMA YANG LALU! KEKEKE!!!-

Seorang lelaki berlagak samseng cuba melawan setelah tindakannya menepuk kepala seorang pengawal keselamatan, di Jalan Masjid dihalang Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang secara kebetulan melalui kawasan itu sempena lawatan ke bazar Ramadan, di sini, semalam.

Terdahulu, pemandu Proton Waja terbabit menuju ke laluan keluar parkir sebuah premis di situ, namun di halang pengawal keselamatan berkenaan kerana bertentangan arah.

Sinar Harian difahamkan, lelaki berkenaan tiba-tiba berang dan bertindak keluar kereta sebelum menepuk kepala pengawal keselamatan itu.

Tengku Adnan yang melihat keadaan itu segera menghampiri dan bertindak memegang lengan lelaki terbabit bagi menghalang tindakan lebih agresif dilakukan kepada pengawal keselamatan yang agak berusia itu.

Berikutan itu, lelaki terbabit cuba melawan dengan meninggikan suara, namun ditenangkan seorang wanita dalam kereta sama kemungkinan menyedari ‘lawan’ lelaki itu seorang menteri.

Keadaan kembali tenang apabila lelaki itu dilihat akur dan pada masa sama, Tengku Adnan menasihatkannya supaya lebih beradab.

Dalam lawatan sama, seorang peniaga wanita, menyuarakan rasa tidak puas hati apabila petak perniagaan yang diperoleh hasil undian diubah ke lokasi tersorok dan memohon perhatian Tengku Adnan memindahkannya bersama tujuh peniaga lain ke lokasi lebih strategik. – SINAR HARIAN

Sementara itu, Tengku Adnan berkata, perkara berkenaan akan diberi perhatian dan akan meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneliti permintaan untuk memindahkan lapan tapak berkenaan ke lokasi berhampiran Semua House.

Menurutnya, rungutan mengenai tindakan peniaga premis memonopoli ruang kaki lima dan permintaan untuk mengekalkan keluasan tapak juga diberikan perhatian.

“Hari ini saya turun meninjau keadaan di sini, dan beberapa bazar Ramadan lain untuk mengetahui sekiranya ada sebarang masalah dihadapi peniaga.

“Saya bersama DBKL akan bincangkan dengan pihak berkenaan pada Isnin depan dalam usaha menyelesaikannya masalah yang disuarakan” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan bersama pegawainya, di sekitar Bazar Ramadan Masjid India dan Pasar Malam Lorong Tunku Abdul Rahman (TAR).

Dalam pada itu, Tengku Adnan turut berpuas hati melihat aktiviti perniagaan yang keseluruhannya dijalankan warga tempatan.

“Saya harap keadaan ini dapat dikekalkan dan tiada peniaga yang bertindak menjual tapak atau memberikan kepada warga asing,” katanya. (sumber)

PS: Semua manusia yang normal mempunyai sifat malu apabila melakukan kesilapan. Entah macamana tahap malu si samseng tu bila disergah seorang Menteri yer? Kekeke!!

-UnReportedNews™®

Sunday, 23 June 2013

PESERTA BLACK505 MUNGKIR JANJI BERHIMPUN SECARA AMAN!

-TINDAKAN BERKHEMAH DI PADANG MERBOK MENYIMPANG DARIPADA JANJI BERHIMPUN SECARA AMAN & SECARA JUJURNYA AKU RASA, POLIS & DBKL TAK MAMPU NAK MENGHALAU DIER ORANG LAH! JADI SKOR SEKARANG ADALAH PEMBANGKANG-1 BN-0! AKU TENGAH DOK TUNGGU, BILA TENTERA AKAN MASUK CAMPUR SEPERTI YANG DIWAR-WARKAN ARI TU ATAUPUN SEBENARNYA TU SAJER NAK BUAT GEMPAQ! KEKEKE!!!-

Tindakan Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) berkhemah di Padang Merbok, Jalan Parlimen, di sini pada Sabtu, menimbulkan tanda soal terhadap tujuan sebenar Perhimpunan Black 505 anjuran pembangkang membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lepas.

Bernama melaporkan, walaupun perhimpunan itu umumnya berlangsung aman, tindakan sekumpulan SAMM berkhemah di situ selepas perhimpunan petang ini, boleh menjurus kepada pertembungan antara mereka dengan pihak penguatkuasa dan undang-undang sekiranya mereka tetap berdegil.

Perbuatan berkhemah di tempat awam bawah jagaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu menjelang majlis angkat sumpah anggota Dewan Rakyat Isnin ini sudah menyimpang daripada janji penganjur bahawa mereka sekadar mahu berhimpun secara aman hari ini.

Seolah-olah mereka tidak berpuashati perhimpunan berlangsung aman tanpa sebarang kejadian tidak diingini seperti peserta tercedera.

Sikap polis yang amat berhemah mengendalikan demonstrasi menyumbang kepada amannya perhimpunan, walaupun peserta bersikap provokatif.

Krisis awal ke arah konfrontasi mula kelihatan apabila dua anggota penguatkuasa DBKL dikasari oleh peserta perhimpunan termasuk anggota SAMM yang terdiri daripada 500 orang dengan mengemuruni dua petugas DBKL itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dalam kejadian 4.30 petang itu, sekumpulan peserta daripada SAMM cuba mendirikan beberapa khemah menyebabkan dua anggota DBKL menghalang perbuatan mereka.

Disebabkan cuba menghalang kumpulan itu, dua petugas DBKL itu dipukul dan mereka diselamatkan polis serta pegawai DBKL dengan melarikan mereka daripada kepungan perserta perhimpunan dan membawa mereka masuk ke dalam van DBKL yang berada di tempat kejadian.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang turun padang melihat keadaan di Padang Merbok tengah hari Sabtu menyifatkan penyakit 'hati angkuh' yang dihidapi pemimpin pakatan pembangkang terutama Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan punca mengapa pakatan itu tidak mahu menerima keputusan pilihan raya umum dan menganjurkan perhimpunan hari ini.

Tengku Adnan berkata kerana penyakit itu pembangkang sengaja membutakan mata mereka terhadap keputusan dibuat rakyat pada pilihan raya umum ke-13 dan tetap meneruskan perhimpunan walaupun tahu ia bakal mengundang keresahan warga kota.

Malah mereka menolak tawaran untuk perhimpunan itu diadakan di Stadium Merdeka dan tetap mahu mengadakannya di Padang Merbok untuk menjerit-jerit dan menarik perhatian orang ramai, katanya.

Malah kehadiran penyokong pada perhimpunan itu yang dianggarkan polis seramai 20,000 orang membuktikan pembangkang gagal meraih sokongan umum sedangkan sasaran awal mereka ialah 300,000 orang.

Kebanyakan peserta perhimpunan bukanlah mewakili suara umum sebaliknya mereka adalah anggota daripada beberapa pertubuhan antaranya SAMM dan Asalkan Bukan Umno (ABU) serta anggota parti politik daripada PAS, DAP dan PKR.

Penganjuran perhimpunan itu juga adalah satu kejanggalan apabila anggota parlimen daripada pembangkang akan turut mengangkat sumpah pada Isnin ini yang memberikan gambaran mereka seolah-olah menerima kemenangan mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), tetapi mengadakan demonstrasi membantah kemenangan Barisan Nasional (BN).

PRU-13 menyaksikan pembangkang gagal menerajui negara apabila hanya peroleh 89 kerusi Parlimen berbanding Barisan Nasional dengan 133 kerusi daripada 222 kerusi yang dipertandingkan.

Malah pembangkang juga terlepas Kedah, negeri yang diterajuinya pada 2008 tetapi mengekalkan Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Asas dan justifikasi perhimpunan juga tiada apabila kerusi yang dimenangi mereka diterima sebagai sah dan tiada penipuan tapi mempertikai 133 kerusi Parlimen BN.

Juga ketara kejanggalan perangai politik pembangkang dalam beria-ia menganjurkan siri bantahan apabila menerima kemenangan mereka dan penubuhan kerajaan pembangkang di Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan tetapi mempertikai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di negeri mereka kalah.

Polis turut menahan seorang bekas mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM)di bawah akta sama di hadapan rumahnya di Klang, Selangor berhubung kenyataan di laman blognya yang cuba menghasut untuk menyerang pasukan keselamatan pada perhimpunan di Padang Merbok itu.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin menegaskan meskipun pasukan keselamatan berjaya mengawal perhimpunan haram di Padang Merbok, tindakan tegas tetap akan diambil terhadap pihak penganjur.

"Kami akan mengambil tindakan terhadap penganjur itu seperti mana sedia maklum di bawah Akta Perhimpunan Aman. Kami akan mengambil tindakan-tindakan susulan," katanya.

-UnReportedNews™®

Monday, 16 April 2012

SENARAI NAMA-NAMA CALON BN DALAM PRU KE-13

-SEMUA PARTI KOMPONEN BARISAN NASIONAL DI MINTA MENGHANTAR SENARAI NAMA-NAMA CALON MASING-MASING-

Barisan Nasional (BN) akan mula menghantar surat kepada pemimpin parti komponennya esok, meminta supaya mereka menghantar senarai nama calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, perkara itu diarahkan Perdana Menteri selaku Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak, dan mereka diberi masa dua minggu untuk mengemukakan senarai calon masing-masing.

"... esok saya akan tulis kepada semua pemimpin parti komponen seperti yang diarah," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), di sini hari ini.

Katanya, beliau juga difahamkan ada parti komponen yang tidak mahu lagi bertanding di kawasan yang diperuntukkan kepada mereka sebelum ini, sebaliknya menyarankan kawasan tersebut lebih sesuai ditandingi parti komponen lain.

Bagaimanapun perkara itu belum dapat disahkan, katanya.

Mengenai senarai calon Umno, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung parti itu, berkata, saringan peringkat pertama telah selesai dan senarainya akan dihantar kepada presiden parti tidak lama lagi.

Presiden parti yang juga pengerusi BN, kemudiannya akan mewujudkan jawatankuasa sendiri bagi menyaring lagi semua nama calon yang diterimanya, termasuk senarai calon dari parti-parti komponen lain, bagi memilih calon yang paling sesuai untuk bertanding, katanya.

Merujuk kepada nama yang dicadangkan Umno bahagian, Tengku Adnan berkata, semua bahagian diminta mengesyorkan tiga nama, namun ada yang menghantar lebih daripada tiga, ada yang hanya menghantar satu nama, dan ada yang minta dikekalkan muka lama.

Beliau berkata ada juga bahagian yang mengesyorkan nama calon yang berada di luar bahagian berkenaan selain pemimpin pertubuhan bukan kerajaan yang dirasakan mampu membawa kemenangan di kawasan mereka pada pilihan raya nanti.

"Ini menunjukkan bahawa mereka faham dengan apa yang yang disebutkan oleh Presiden parti yang berkehendakkan calon 'winnable' pada pilihan raya nanti," katanya.– Bernama

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List