Mungkin niat mereka menyebarkan gambar Najib dan Jho Low bersama sebelum usahasama PetroSaudi-1MDB dilaksanakan dalam entri terkini mereka akan memberi persepsi negatif kepada umum namun taktik Sarawak Report kali ini tidak menjadi sebaliknya telah memakan diri mereka sendiri..
Tidak kira berapa kacak Jho Low dalam gambar ini, jangan lihat dia dulu. Tumpukan perhatian anda kepada lelaki macho yang tinggi di sebelah dia. PM Najib juga adalah seorang yang tinggi namun orang itu lebih tinggi daripada dia. Siapa dia?
Sarawak Report mungkin berfikir bahawa dengan menyiarkan gambar-gambar Najib sekeluarga bersama-sama dengan Jho Low pada Ogos 2009 sebelum usahasama PetroSaudi-1MDB ditandatangani, ia akan merosakkan reputasi Najib.
Sebenarnya, ia adalah sebaliknya ..
Hari ini, Sarawak Report sebenarnya telah membuktikan PetroSaudi dimiliki oleh Putera Turki bin Abdullah Al Saud.
Malah, Sarawak Report sendiri telah menulis: "Dari kiri ke kanan adalah Putera Turki, pemilik PetroSaudi; Jho Low ..." (Baca sepenuhnya)
-UnReportedNews™®
Kini sudah hampir seminggu isu mengenai RM 2.63 bilion wang yang dipercayai wang hutang 1MDB yang dipercayai dimasukkan ke dalam akaun Najib di AmBank.
ReplyDeleteMalahan hingga kini tiada tindakan undang-undang diambil oleh Najib untuk membersihkan dirinya daripada tuduhan tersebut. Kalau Najib kata tindakan saman mengambil masa, tak apalah, kita beri tempoh hingga hari Jumaat ini untuk Najib memfailkan saman tersebut, itu sudah lebih dari mencukupi. Malahan paling kurang, mengapakah Najib tidak berani membuat pengakuan berkanun untuk menafikan bahawa wang tersebut tidak dimasukkan ke akaunnya di AmBank atau dia tidak mempunyai akaun di AmBank, serta dia patut nyatakan di dalam pengakuan berkanun tersebut bahawa semua yang dituduh itu adalah didalangi oleh Tun Dr. Mahathir yang berkonspirasi dengan Wall Street Journal dan Sarawak Report untuk mefitnah Najib bagi menjatuhkan Najib dari jawatan Perdana Menteri sebagaimana tuduhan oleh Najib terhadap Tun Dr. Mahathir di dalam facebook beliau sebelum ini.
Malahan hingga kini juga tiada langsung kenyataan rasmi dari AmBank yang menafikan wang itu disalurkan ke dalam akaun Najib di bank tersebut atau kenyataan menyatakan bahawa Najib tidak pernah ada akaun di bank tersebut.
Menjadi persoalan kepada rakyat mengapakah AmBank hingga kini tidak membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara ini kerana ini melibatkan reputasi bank tersebut.
Berdasarkan apa yang berlaku kini, dipercayai bahawa apa yang didedahkan oleh Wall Street Journal adalah sumber yang benar dan Najib perlu 'dicutikan' dari jawatan Perdana Menteri hingga siasatan selesai dan jika bersalah, Najib perlu 'dicutikan' terus dari jawatan Perdana Menteri serta menghantar Najib 'menginap di hotel Sungai Buloh' bersama Anwar.
Kita berasa sangat pelik di mana di dalam isu pembelian bangunan oleh pihak MARA yang mana disyaki terdapat penyelewengan dalam pembelian bangunan itu, dua orang pegawai tinggi MARA telah 'dicutikan' untuk mengelakkan gangguan terhadap siasatan.
Tetapi dalam isu Najib dan 1MDB ini, Najib dan kuncu-kuncu termasuk di dalam kabinet sendiri tidak 'dicutikan' untuk mengelakkan gangguan terhadap siasatan, malahan dengan terbongkarnya beberapa isu yang mengejutkan rakyat, Najib masih lagi tidak 'dicutikan' dari jawatannya sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Pengerusi Penasihat 1MDB serta Pengerusi Penasihat Khazanah Nasional kerana ketika ini Najib berhadapan dengan dakwaan salah laku dalam agensi yang dipegang jawatan olehnya, maka sewajarnya Najib digantung tugas buat sementara waktu sehingga dirinya diadili dan disiasat oleh pihak berkuasa atau dicutikan terus jika dia bersalah.
Bersambung.......................
X masuk akal mencutikan orang kena fitnah. Undang2 mana yg kau pakai? Dalam kes MARA, ceo dicutikan tu atas budibicara Anuar Musa sendiri. Itu pun x sepatutnya dibuat begitu kerana MARA itu pun kes fitnah juga. Hobi si Rafizi tu memfitnah, jika seluruh kakitangan kerajaan difitnah x kan semua mereka dicutikan? Merepeklah.
DeleteSambungan...........................
ReplyDeleteKita juga menuntut agar ahli lembaga pengarah 1MDB, menteri dan timbalan menteri yang ada kaitan dengan 1MDB, Pengerusi Tabung Haji, Lembaga Pengarah Tabung Haji, Pengurusan Tertinggi Tabung Haji, Presiden 1MDB, Pengerusi 1MDB, Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahli Lembaga Pengarah TNB, serta Ahli Lembaga Pengarah Edra Energy serta Ketua Pegawai Eksekutif Edra Energy (jika ada jawatan itulah) serta Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif AmBank juga perlu digantung tugas bagi mengelakkan berlakunya gangguan terhadap siasatan serta kesemua yang dinyatakan itu perlu disiasat juga untuk memastikan bahawa apakah mereka terlibat atau mereka mempunyai maklumat mengenai isu-isu yang dinyatakan.
Malahan pihak PAC serta Audit Negara perlu memanggil Tun Dr. Mahathir dan Datuk Seri Ahmad Said untuk turut memberikan keterangan mengenai apa yang diketahui oleh mereka mengenai isu 1MDB dan salah laku serta penyelewengan yang dituduhkan itu.
Pihak berkuasa di Malaysia perlu menjalankan siasatan ini dengan telus dan tiad unsur-unsur penipuan serta pilih kasih dan mengambil tindakan untuk menggantung tugas pihak yang berkaitan.
Perlu diingat bahawa selain Greece dan di Palestin serta Iraq dan Syria, negara kita Malaysia sekarang ini menjadi tumpuan ramai penduduk dunia yang mahu mendapatkan kebenaran apa yang sebenarnya berlaku. Jika di Greece tumpuan dunia adalah kerana isu kemelut ekonomi negara tersebut, di Palestin, Iraq, dan Syria melibatkan isu keselamatan, tetapi di negara kita melibatkan isu penyelewengan, salah guna kuasa, serta penipuan yang berprofil tinggi melibatkan berpuluh bilion ringgit.
Sedarlah semua.
Nota: Sekiranya mana-mana blogger atau orang lain yang nak menyalin komen saya ini untuk dibuat artikel dalam blog masing-masing atau untuk disebarkan ke blog lain, saya tidak mempunyai halang dan memberi kebenaran untuk tuan/puan/cik/saudara/ saudari untuk berbuat demikian.
Kalau betul semua itu fitnah, maka Najib perlu menyaman pihak yang dikatakan fitnah dirinya itu.
ReplyDeleteKalau kata nak buat saman ambil masa, maka Najib perlu buat pengakuan berkanun untuk menafikan semua tuduhan itu, serta di dalam pengakuan berkanun itu, hendaklah Najib nyatakan juga bahawa ini semua adalah didalangi oleh Tun Dr. Mahathir yang berkonspirasi dengan Wall Street Journal dan Sarawak Report untuk memfitnah Najib bagi menjatuhkan Najib dari jawatan Perdana Menteri kerana Tun Dr. Mahathir berasa kecewa kerana permintaan peribadinya tidak ditunaikan oleh Najib, serta Najib nyatakan sekali apakah permintaan peribadi Tun Dr. Mahathir itu di dalam pengakuan berkanunnya itu sebagaimana tuduhan Najib terhadap Tun Dr. Mahathir di dalam laman facebook Najib sebelum ini.
Malahan korang menuduh Xiaver Andre Justo tu ada bukti sangat ke? Bila Xiaver Andre Justo ditangkap bukan main nyaring juak-juak Najib bersorak girang, tapi bila kena isu mengenai Najib, macam-macam mereka beri helah pula.
Saya fikir Najib dan kerajaan tahu tindakan apa yg akan diambil. Mereka ada macam2 pakar. Kau ni cuma macai je tapi nak tunjuk handal ....blahlah....
DeletePemimpin yg baik utk rakyat yg baik dan begitulah sebaliknya...sy yakin situasi skrg adalah hukum karma..lbh dari separuh rakyat skrg tidak lagi anggap budaya rasuah sesuatu yg tak baik...amar makruf nahi munkar kurang...klu ada perjuangan pupun kerana cinta dunia dan duit...apa yg kita dpt skrg ni adalah sbg kiffarah atas perbuatan rakyat...ada hadis dan dalil Quran tntg ni kan...perubahan hanya dtg bila ada kumpulan manusia yg benar benar ikhlas niat berjuang utk kebenaran demi mencari redha Allah...semua kita kena bnyk muhasabah diri...istigfar dan mohon petunjuk dari Allah...sy yakin dan jamin ulasan sy ni ramai yg akan perlekeh dan persenda...x percaya tengoklah saja nanti....suatu ketika dulu sy ni mmg dari kalangan orang orang yg jahat dan rosak...sbb tu lah dgn poyonya sy selamba mempersembahkan komen sebegini....tapi sy setuju dgn aspirasi bahawa najib mmg perlu bercuti utk jami n siasatan yg telus...sekian..
ReplyDelete