Showing posts with label Ripin Lamat. Show all posts
Showing posts with label Ripin Lamat. Show all posts

Friday, 18 October 2013

GAMBAR: PEMILIHAN NAIB KETUA PEMUDA PBB & MKT PBB

-TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH BUAT PEMENANG SEMENTARA BUAT YANG TERKECUNDANG, RAPAT-RAPATKANLAH SAF UNTUK MEMANTAPKAN LAGI BARISAN PIMPINAN SAYAP PEMUDA PBB!-



Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Lambir dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Lambir Ripin Lamat telah diumumkan sebagai pemenang merebut jawatan Naib Ketua Pemuda PBB (kuota sayap Bumiputera) selepas menang besar mengalahkan tiga orang calon lain yang bertanding sebentar tadi.

Mengumumkan perkembangan ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Perwakilan PBB Datuk Amar Haji Mohamad Asfia Awang Nassar berkata Ripin telah menang dengan kutipan sebanyak  170 undi mengalahkan pencabarnya; Helmi Morsli , Aziz Adenan dan Haider Helli.

Dua Jawatan Naib Ketua PBB Youth (kuota sayap Pesaka); Bell Bernard Aggan dan Stanley Sila yang menang tanpa bertanding telah diumumkan lebih awal beberapa hari yang lalu.

Lapan tempat untuk Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) kuota sayap Bumiputera Pemuda PBB adalah; Iskandar Sharkawi (200 undi), Sufian Mohat (198), Yusuf Buji (192), Merdehi mas (188), Abadul Ghani Haji Sulhi (184), Mohamed Ibrahim Husli (182), Raymund Joseph (178) dan Othman Mat (170).

Sementara itu, barisan baru untuk lima tempat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) kuota sayap Pesaka Pemuda PBB adalah Alvin Runggah Jimbun (221 undi), Allan Siden Gramong (219), Stephen Augustine Lateng (204), Imong Gani (194) dan Warren Sambau (189).




-UnReportedNews™®

Tuesday, 21 February 2012

PEMUDA PBB HARUS TERUS BERSATU, GESA FADILLAH

-PRU KE-13 YANG AKAN DATANG INI DI SIFATKAN SEBAGAI PRU YANG PALING MENCABAR NAMUN PBB HARUS MENANG SEMUA KERUSI YANG DITANDINGINYA AGAR TERUS MENJADI "TAPAK KEKUATAN BN" DI SARAWAK


SEGALA usaha perancangan Barisan Nasional (BN) ke atas pembangunan Sarawak selama ini akan pincang sekiranya negeri ini “jatuh” ke tangan pembangkang jesteru itu, Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di gesa agar bersatu untuk menguatkan barisan hadapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

Ketua Pemuda PBB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof membuat gesaan ini sambil menambah, PBB khususnya Pemuda PBB bagaikan benteng pertama yang melindungi BN Sarawak agar negeri ini tidak akan jatuh ke tangan pembangkang.

Menyifatkan PRU ke-13 yang akan datang ini sebagai PRU yang paling mencabar, Fadillah yang juda Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi menegaskan PBB harus menang semua kerusi yang di tandinginya agar terus menjadi “tapak kekuatan” BN di Sarawak.

“Sekiranya PBB “terlumpuh”, maka pincanglah segala usaha dan perancangan BN Sarawak ke atas pembangunan Sarawak selama ini,” tambah Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya.

“Masyarakat harus memahami yang segala usaha perancangan BN ke atas pembangunan Sarawak selama ini akan pincang sekiranya negeri ini “jatuh” ke tangan pembangkang.”

“Untuk melaksanakan projek  pembangunan seumpamanya SCORE, kita memerlukan peruntukan wang yang besar namun jika Sarawak jatuh dalam gengaman pembangkang, agaklah sukar untuk mendapatkan dana tersebut dari kerajaan persekutuan,” jelasnya lagi.

Fadillah berkata demikian dalam satu majlis di Miri semalam yang juga di hadiri oleh Ali Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, Ahli DUN Lambir Ripin Lamat dan Ahli DUN Telang Usan Dennis Ngau.

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List