Tuesday, 18 June 2013

DAKWAAN "PERUNTUKAN TIDAK KESAMPAIAN" UNTUK UMB SARAWAK WAJAR DISIASAT SPRM!

-BENARKAH PERUNTUKKAN YANG DIKATAKAN MENCECAH JUTAAN RINGGIT TIDAK "SAMPAI" KE TANGAN UMB SARAWAK SEPERTI YANG DIDAKWA? KEKEKE!!!-

(klik sini)
Saat-saat yang aku nantikan telah tiba, iaitu isu yang selama ini hanya berlegar-legar didalam dunia maya dan hanya diketahui oleh segelintir blogger-blogger serta pengamal-pengamal media sosial (khususnya dari Sarawak) telah "selamat dilahirkan" ke dunia nyata menerusi media cetak.

Mungkin kehadiran isu yakni "benarkah UMB Sarawak tidak mendapat apa-apa peruntukkan atau ianya lesap ditangan seseorang" seperti dakwan sesetengah pihak di media utama sangatlah dialu-alukan oleh beberapa pihak yang selama ini dikatakan telah menjadi "mangsa" serangan di media sosial/dunia maya terutama sekali dalam soal "peruntukan" yang disalurkan ke UMB Sarawak. 

Adalah difahamkan bahawa kemunculan isu tersebut di suratkhabar nasional pada hari ini telah menjadi satu "Alasan Munasabah" untuk perkara ini disiasat secara rasmi oleh pihak-pihak yang berkaitan, samaada yang "dikaitkan, dituduh, dibabit, disabit, difitnah mahupun disindir" dalam isu berkenaan.

Isu ini adalah sesuatu perkara yang serius kerana ianya dikirakan sebagai "pecah amanah" kerana dakwaan dana yang sepatutnya sampai ke sesuatu pihak tidak kesampaian (sekiranya dana tersebut wujud sepertimana yang telah didakwa oleh beberapa pihak) dan wajarlah ada penglibatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam hal ini.

Tak sabarnya aku untuk menanti apakah kesudahan terhadap isu panas ini. 

Oleh kerana nama PRS dan SPDP juga di sebut dalam hal ini, sudah tentu kita nak tahu komen "Wakil Sah" dari kedua parti politik ini kan? Kan? Kan?

Kan nama mereka juga disebut dalam laporan suratkhabar tersebut (dibawah ini). Kita tungguuuuu cerita selanjut nya nanti! Kekeke!!!














Dalam blog Tun Faisal ada menyatakan, walaupun beliau Pengerusi UMB namun terdapat "seseorang yang lain" yang menyelaras/menentukan hala-tuju UMB pimpinannya. Adakah senario tersebut sama dengan UMB Sarawak? Siapakah "new faces got into the State Cabinet, and from the state election till the just-concluded general election" yang Ketua UMB PBB Aziz Adenan maksudkan itu? Fuh! Semakin panas kan?

Dibawah terdapat beberapa artikel berkaitan yang telah diposting oleh blogger Pecah Palak Mikir (PPM) iaitu bekas ahli UMB Sarawak yang telah menjadi "nadi utama" buat UMB Sarawak dalam PRU-13 baru-baru ini namun beliau telah "keluar" dari UMB Sarawak akibat apa yang didakwanya "kemelut pengurusan" entiti tersebut.






Dari blog Sarawak yang lain (Protonace).


Ni pulak artikel yang berkaitan dari blog aku.



-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List