Showing posts with label Abdul Aziz Mohd Yusof. Show all posts
Showing posts with label Abdul Aziz Mohd Yusof. Show all posts

Wednesday, 17 July 2013

RAFIZI TENGAH "MASAK KUIH" RAYA KER?

-PERSOALAN "KENAPA FITNAH SAYA BEGINI?" OLEH PENGERUSI SPR TAN SRI ABDUL AZIZ MOHD YUSOF MUNGKIN DITUJUKAN KEPADA AHLI PARLIMEN PANDA RAFIZI RAMLI YANG MENDAKWANYA ADALAH KENALAN RAPAT PEMBEKAL DAKWAT KEKAL! SEDAP KE "KUIH" YANG DIMASAK RAFIZI TU? KEKEKE!!!-

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menafi dakwaan pembekal dakwat kekal, Mohd Salleh Md Ali adalah kenalan rapatnya sebagaimana tuduhan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu, berkata pembelian dakwat kekal dikendalikan oleh Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Baria, bukan beliau mahupun timbalannya.

“Saya tak kenal. Kenapa buat fitnah macam itu? Kenapa tuduh di bulan puasa macam ini? Dia tak takut dosa ke? Kenapa babitkan saya dan Datuk Wan Ahmad (Wan Omar).

“Lebih baik hal ini dilanjutkan kepada Kamarudin kerana kami tidak mencampuri urusan urusetia,” katanya kepada The Malaysian Insider, petang ini.

Rafizi hari ini mendedahkan identiti pembekal dakwat kekal di Dewan Rakyat dengan menyatakan individu itu adalah ‘rakan rapat’ pemimpin tertinggi SPR.

Beliau berkata kontrak kepada Mohd Salleh, pemegang kad pengenalan Singapura, diberi secara rundingan terus.

Mohd Salleh memiliki tiga syarikat yang mendapat banyak kontrak kerajaan secara rundingan terus, antaranya Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd yang didakwa membekal dakwat pada pilihan raya ke-13,

Kontroversi dakwat kekal menjadi pertikaian pada PRU13 berikutan ia mudah ditanggalkan hanya dengan membasuhnya dan pembangkang menjadikannya sebagai antara punca penipuan undi.  (sumber

Dalam pada itu, mStar melaporkan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mendakwa seorang ahli perniagaan menerima kontrak bagi membekalkan dakwat kekal untuk pilihan raya umum walaupun mempunyai hubungan "yang rapat" dengan ketua Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan timbalannya.

Beliau mempersoalkan SPR jika benar ahli perniagaan Mohd Salleh Mohd Ali merupakan pembekal dakwat kekal untuk PRU-13.

"Saya menyeru kepada Arau (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim) untuk mengesahkan maklumat saya mengenai perkara ini.

"Ini adalah maklumat dalaman dari SPR," katanya kepada Parlimen ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2013 (2012) semasa bacaan kedua.

Rafizi mendakwa Mohd Salleh juga telah diberikan kontrak untuk beberapa projek yang melibatkan Kementerian Pertahanan dan agensi-agensi kerajaan yang lain.

Datuk Seri Reezal Merican (BN - Kepala Batas) kemudian mempersoalkan dakwaan Rafizi dan menegaskan bahawa amalan rundingan secara terus "bukanlah sesuatu yang baru."

"Ia juga diamalkan apabila Permatang Pauh (Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim) menjadi Menteri Kewangan. Saya bertanya ini dengan niat baik," kata beliau.

Rafizi berkata kontrak untuk membekalkan dakwat kekal boleh diberi melalui tender terbuka bagi mendapatkan nilai yang terbaik.

Dalam jawapan kepada Rafizi, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, terdapat beberapa item PRU-13 yang terpaksa diambil daripada pembekal tempatan.

"Ini dikategorikan sebagai keperluan segera. Kerajaan akan mengambil tindakan supaya rundingan secara terus dapat dikurangkan," katanya.

Mengenai kos pembinaan enam buah kampus baharu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Rafizi mendakwa bahawa kos semasa adalah RM8.3 bilion melalui inisiatif pembiayaan swasta.

"Walau bagaimanapun, ini adalah empat kali ganda lebih mahal daripada jika kontrak dianugerahkan berdasarkan tender terbuka," katanya.

Tuntutan Rafizi itu kemudiannya dibidas oleh ahli Parlimen Barisan Nasional seperti Datuk Bung Mokhtar Radin (BN - Kinabatangan) yang memanggilnya "peniup trumpet" kerana 'meniupkan' isu ini.

Datuk Seri Azalina Othman (BN - Pengerang) menuduh Rafizi memanipulasi fakta dan beliau mampu untuk membuat tuduhan itu kerana beliau telah pun tamat pengajian.

"Dia tidak sedar bahawa ramai belia Malaysia mahu masuk UiTM dan terdapat keperluan untuk membina lebih kampus kerana ia tidak mencukupi," katanya. 

-UnReportedNews™®

Wednesday, 10 July 2013

PRK KUALA BESUT: JARI PENGUNDI AKAN "DICELUP" BUKANNYA DICALIT DENGAN DAKWAT KEKAL!

-AKIBAT TERLALU BERMINAT MELAYAN KARENAH PEMBANGKANG, PENGUNDI-PENGUNDI PRK  KUALA BESUT HARUS "MENCELUP" JARI MEREKA DALAM BOTOL DAKWAT KEKAL! KALAU LEPAS NI PEMBANGKANG MASIH TAK PUAS HATI LAGI, TAK PE, KITA TUKAR LAGI MODUS OPERANDI DIMANA SEMUA PENGUNDI DIKENAKAN MENYELAM KEPALA MEREKA DALAM BOTOL BERISI DAKWAT KEKAL! KEKEKE!!!-

Pengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut perlu mencelup jari telunjuk kiri ke dalam dakwat kekal yang disediakan pada hari mengundi dan tidak lagi sekadar dicalit oleh pegawai bertugas seperti yang dilakukan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) lalu. 

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu kenyataan mengulangi bahawa penggunaan dakwat kekal merupakan prosedur tambahan pengundian bagi mengelak sebarang percubaan mengundi dua kali oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. 

Kali ini dakwat kekal akan digunakan pada hari pengundian awal 20 Julai dan pengundian biasa PRK Kuala Besut pada 24 Julai 

Selain itu, Abdul Aziz turut menasihati pengundi supaya menyemak senarai pengundi dan memastikan saluran serta tempat mengundi yang betul kerana jika nama pengundi tidak terdapat dalam senarai pengundi di tempat dan saluran yang ditetapkan, mereka tidak akan dibenarkan mengundi. 

Abdul Aziz berkata SPR menetapkan Kompleks Rakan Muda Kampung Raja Besut, Kuala Besut sebagai tempat penamaan calon, dan proses penamaan calon bermula 9 pagi hingga 10 pagi pada 12 Julai. 

Beliau menasihatkan para penyokong parti supaya tidak melakukan perkara yang tidak diingini dan melanggar undang-undang untuk memastikan proses penamaan berjalan lancar. 

Abdul Aziz turut mengingatkan mereka supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Seksyen 24A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang tidak membenarkan penyokong atau sesiapa yang mengiringi calon membawa alat-alat muzik, pembesar suara dan membuat ceramah politik pada hari berkenaan. 

Ketika proses penamaan calon itu juga hanya calon, pencadang dan penyokong yang dibenarkan masuk ke dalam dewan, katanya. 

Beliau turut mengingatkan bahawa tempoh rasmi berkempen hanya bermula selepas pegawai pengurus mengisytiharkan bahawa ada pertandingan yang akan dijalankan dan kempen akan berakhir pada tengah malam 23 Julai. 

Sebuah pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya akan ditubuhkan bagi memantau aktiviti sepanjang tempoh rasmi berkempen selaras dengan peruntukan akta berkenaan. (sumber)

-UnReportedNews™®

Wednesday, 10 April 2013

SPR SUDAH MENGENALPASTI TARIKH PRU KE-13!

-DIFAHAMKAN SPR TELAH MENETAPKAN TEMPOH BERKEMPEN UNTUK PRU KE-13 KALI INI ADALAH SELAMA 15 HARI, JADI JIKALAU SELEPAS PERNAMAAN CALON PADA 20HB APRIL 2013 & KALAU DICONGGAK-CONGGAK DENGAN 15 HARI MAKA TARIKH PRU KE-13 AKAN JATUH PADA 5HB MEI 2013!-

Semalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bersidang bagi menentukan tarikh penamaan calon, tempoh berkempen dan hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Daripada maklumat dan pengiraan yang diterima Mynewshub, penamaan calon dijangka akan dibuat pada hari Sabtu, 20 April.

Ia akan diikuti dengan tempoh berkempen selama 15 hari.

Jika ramalan itu tepat, maka PRU-13 dijangka akan berlangsung hari Ahad, 5 Mei.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu pengumuman khas menerusi siaran televsiyen secara langsung sebentar tadi telah mengesahkan tarikh tersebut juga dilaporkan berkata, pengundian tidak semestinya akan diadakan dia hari cuti hujung minggu seperti kelaziman.

Kata beliau, ia boleh diadakan pada hari berkerja.

Antara faktor yang menurutnya akan dipertimbangkan oleh SPR ialah tarikh pengundian adalah pada hari yang tidak ada aktiviti kebudayaan atau upacara keagamaan mana-mana kaum.

Faktor cuaca juga akan diberikan perhatian kata beliau.

PRU-13 katanya akan mempunyai 35 pemerhati dari lima negara anggota Asean iaitu Kemboja, Indonesia, Myanmar, Filipina dan Thailand. (sumber

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List