Thursday 7 May 2020




Permohonan Petronas Tangguh Perlaksanaan SST Sarawak Ditolak

SEMALAM, Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan Petronas untuk menangguhkan pelaksanaan SST Sarawak. 

Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Kerajaan Negeri- Persekutuan dan Pemantauan Projek, Datuk Sharifah Hasidah Aman Ghazali menyatakan perkara ini pada posting di akaun Facebook beliau.

Hasidah juga menyatakan, ini adalah keputusan besar bagi kita (Sarawak) dan kita berharap kita dapat bergerak maju ke hadapan dengan keputusan tersebut.

"Dengan kata lain, kita telah menang dalam kes menentang Petronas ini," jelasnya lagi.

Hasidah juga menyatakan, dan buat kali pertamanya juga, segala perbahasan, hujahan kes serta keputusan dibuat secara 'on line'.

"Ini juga merupakan satu kemajuan bagi kita dalam frateniti undang-undang," tambahnya lagi.

Pada March 13 lepas, permohonan semakan penghakiman daripada Petronas yang mempersoalkan hak Sarawak mengenakan Cukai Jualan Negeri (SST) sebanyak lima peratus ke atas produk petroleum telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi di Kuching.

Hakim Mahkamah Tinggi di Kuching telah memutuskan bahawa Dewan Undangan Negeri dan Kerajaan Sarawak berhak menggubal Ordinan Cukai Jualan Negeri berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963 dan Inter-Governmental Committee (IGC) Report.

Pasukan perundangan negeri telah diketuai Peguam Negeri, Dato Sri JC Fong dan Peguam Negeri, Datuk Talat Mahmood Abdul Rashid serta Timbalan Peguam Negeri, Saferi Ali.

UnReportedNews™® #iamSarawakian

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List