Wednesday 24 February 2016

Sarawak Akan Terus Tuntut Kenaikan Royalti Minyak


LUNDU: Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata beliau tidak akan berputus asa untuk menuntut kenaikan royalti minyak dan gas daripada Kerajaan Pusat. 
 
Beliau berkata, walaupun rundingan yang diadakan sejak hampir dua tahun lalu belum mendapat perhatian sewajarnya, beliau akan terus berusaha mengemukakan tuntutan itu. 
 
"Cuma ketika ini saya perlahankan sedikit desakan kerana saya pun tahu, harga minyak dunia sedang mengalami kejatuhan. 
 
"Saya berjanji usaha ini (tuntutan) tidak akan terhenti, ...saya akan berusaha hingga berjaya," katanya. 
 
Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina di Dewan SJK Chung Hua, di sini, sebentar tadi.
 
Adenan berkata, tuntutan Sarawak itu wajar kerana minyak dan gas diperoleh dari negeri ini. 
 
"Saya tidak kesah jika minyak itu digali di negeri lain, tetapi kerana minyak itu diambil dari Sarawak, maka kita berhak menuntut tambahan royalti untuk kita melaksanakan lebih banyak pembangunan," katanya. 
 
Pada 2014, Sarawak mengemukakan tuntutan kenaikan royalti kepada 20 peratus berbanding lima peratus yang diterima ketika ini. -BH


-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List