Wednesday, 24 April 2013

PRU-13 SARAWAK: CERAMAH CALON PKR PETRA JAYA AHMAD NAZIB HAMBAR?

-CERAMAH "NAFAS BERBAU PETRA JAYA" PKR TIADA DAPAT SAMBUTAN, HANYA 50 ORANG YANG HADIR! KALO BEGINILAH MOMENTUM PKR PARLIMEN PETRA JAYA DALAM PRU-13, BAIK BALIK RUMAH JUAL KUIH "CELOROT" JER, ADE GAK UNTUNG! KEKEKE!!!-

Biarpun sudah diberi ruang dan peluang berkempen politik sempena PRU-13 namun kehadiran penduduk ke Ceramah PKR ‘Nafas Berbau Petra Jaya’ di Lorong C3, Taman Sukma Ria, Petra Jaya tiada mendapat sambutan. Dianggarkan hanya sekitar 50 orang sahaja yang hadir dengan kebanyakan mereka terdiri daripada pengikut rombongan PKR dalam setiap ceramah mereka.

Jumlah kehadiran penduduk itu sangat sedikit jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan penduduk Taman Sukma yang dianggarkan berjumlah lebih 3,000 orang. Melihat kepada angka yang hadir ternyata Ceramah Nafas Berbau Petra Jaya anjuran PKR Cabang Petra Jaya gagal memikat pengundi di DUN Samariang itu.

Seperti biasa penceramah yang ditampilkan PKR Cabang Petra Jaya semuanya muka-muka penipu dan tidak bersyukur seperti Arip Ameran, Lt Kolonel (B) Abang Hamdan Abang Hadari, Wan Zainal Abidin Wan Sanusi, Haji Baharudin Datuk Mokhsen dan calon Ahmad Nazib Johari.

Calon PKR bagi Parlimen Petra Jaya ini merupakan calon ‘kitar semula’ yang tewas pada PRN Sarawak ke-10 di DUN Satok.

Begitupun, ramai di kalangan ahli-ahli PKR yang hadir di ceramah itu mempersoalkan kenapa rombongan PKR tidak membawa calon wanita untuk bercakap soal Agenda Wanita yang diperjuangkan PKR? Bagi mereka calon yang sesuai menyampaikan kandungan ceramah itu pastinya Ketua Wanita PKR Sarawak, Nurhanim Datuk Mokhsen.

Menurut sumber, Nurhanim kecewa dengan PKR Sarawak kerana mungkir janji disebabkan memilih Nazib Ahmad Johari sebagai calon PKR di Petra Jaya. akibatnya Nurhanim memboikot kempen PKR khususnya di Petra Jaya. Selayaknya Nurhanim yang layak bercakap soal dasar atau agenda wanita dan bukannya Ahmad Nazib.

Manakala, isu yang dibangkitkan Ahmad Nazib dan rakan-rakannya dalam ceramah Nafas Berbau Petra Jaya lebih bersifat nasional dan telahpun dijayakan Kerajaan BN. Ramai berpendapat isu yang dibawa PKR itu sudah basi dan ketinggalan zaman.

Satu persoalan yang perlu dijawab Ahmad Nazib dan Arip Ameran, apakah mereka berdua ini sudah membayar hutang PTPTN semasa mereka belajar di Universiti Malaya pada tahun pertengahan 1990-an. Atau dengan tawaran mansuhkan PTPTN maka hutang mereka semasa belajar dahulu hapus dengan sendirinya.

Manakala, Lt. Kolonel (B) Abang Hamdan bin Abang Hadari yang menerima pencen yang besar selepas berkhidmat dalam bidang ketenteraan tidak pernah memikirkan nasib rakyat di bawahnya sebaliknya hanya pandai kutuk Ketua Menteri Sarawak dan Kerajaan BN. Jika tidak kerana kerajaan yang ada pada hari ini, nescaya Lt Kolonel (B) tidak akan menerima pencen yang besar dan terlibat dalam tentera.

Cadangan wujudkan tabung rakyat dengan tabungan RM60.00 sebulan hanyalah gimik politik. Ingat seperti kata Khalid Ibrahim, manifesto bukan janji. Apakah rakyat Sarawak tidak melihat bagaimana kepimpinan Kerajaan Selangor Pakatan Pembangkang yang disaman Ibu-Ibu Tunggal Selangor kerana mungkir janji memberikan wang RM100 sebulan kepada ibu tunggal.

Penurunan harga minyak jika Pakatan Pembangkang perintah Malaysia hanyalah janji atas angin kerana mana mungkin Anwar Ibrahim mahu turunkan harga minyak. Harus diingat harga minyak Malaysia tertakluk kepada pasaran dunia dan bukannya ikut suka Anwar Ibrahim saja.

Orang Sarawak jangan terperangkap dengan janji-janji Pakatan Pembangkang yang pada dasarnya tidak akan menunaikannya seperti mana yang terjadi kepada rakyat Selangor dan Pulau Pinang juga Kedah. (sumber-Wira Kenyalang)

-UnReportedNews™®

2 comments:

  1. "Tanam tebu di bibir".Peribahasa Melayu yg tepat menjelaskan janji2 Pakatan.
    Tidak salah mbuat janji.Tapi harus dikota.
    Kerajaan BN pun ada buat janji.Tapi janji2 BN selalunya ditepati.Contohnya,BR1M suatu bantuan utk rakyat yg berpendapatan (seisi rumah)yg kurang RM3000 sebulan.Dua kali dah ditunaikan.DS Najib ada buat janji baru pd PRU13 jumlah bantuan BR1M akan ditambah sehingga RM1200 (bukan sekaligus ditambah,bukan).Ertinya tambahan berpatutan,jika pendapatan kerajaan mungkin bertambahlah bantuan BR1M.Jika ekonomi tidak mengizinkan mungkin BR1M ditangguh/dikurang nilai/tidak diberi n sbg.Kita tak dpt ramal.Tapi kerajaan BN di bawah DS Najib dah buat perancangan rapi melalui program Transformasi kerajaan.Pakatan tiada program yg menyakinkan.

    ReplyDelete
  2. Salam. Benar dipadah kitak ya bro... bait jual celorot, ada juak untung... Teringat uncle kamek Rahmat Idil Latip nok bertanding utk PKR lawan Wan Junaidi di Santubong PRU12 dulok... kinek tok jual mee jawa, besar empayarnya kinek di Kuching ya. Sik nya berpolitik gik. Sik tauk masih ada ati gik nya ya ka tapi kedak busy semacam jak kinek... dah kenak brainwash bapak kamek alu sik berpolitik gik sampei kinek... haha...

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List