Friday 20 December 2013

AWAS! KEDAI MAKANAN SEAFOOD DI SARAWAK TAK HALAL?

-ALANG-ALANG MENIPU ORANG ISLAM MENGATAKAN MAKANAN YANG DIJUAL ITU HALAL, BAIK LU ORANG JUAL DAGING KHINZIR SEKALI KAT TOPSPOT SEAFOOD CENTRE, SEBUAH PUSAT MAKANAN YANG TERKEMUKA DI BANDARAYA KUCHING INI! CIS! KEMBANG AIR LIUR AKU! KEKEKE!!!-

Tiga buah premis makanan laut di Jalan Bukit Mata di sini, diberi amaran oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) kerana gagal mematuhi standard dan prosedur persijilan Halal termasuk menyalahgunakan perbahasan halal.

Ketua Unit Pembangunan Halal JAIS, Asmawati @ Siti Asmah Ahmad berkata, hanya enam buah premis mempunyai sijil halal daripada 12 buah premis yang beroperasi di tempat itu.

"Dua daripadanya tidak mematuhi standard dan prosedur persijilan halal, manakala satu lagi tidak mempunyai sijil halal tetapi menggunakan logo halal.

"Bagi premis yang melanggar prosedur persijilan halal akan dibawa kepada Panel Pengesahan Halal Majlis Islam Sarawak (MIS)" katanya selepas mengetuai Operasi Bersepadu Halal, malam tadi.

Bagaimanapun katanya, bagi perbahasan halal perlu diteliti untuk membuat penguatkuasaan halal kerana kesalahan tersebut telah dimaklumkan dalam program yang dianjurkan oleh JAIS dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Mengulas lanjut berkenaan hasil pemeriksaan, Asmawati berkata, pihaknya menemui bahan-bahan masakan yang meragukan kerana tidak mempunyai logo halal.

"Kita menjumpai barangan yang meragukan seperti sos dan cuka yang tiada logo halal yang dapat membuktikan bahan yang digunakan sememangnya halal," katanya.

Beliau menambah, bahan-bahan tersebut akan di bawa ke Jabatan Kimia untuk siasatan bagi mengesahkan sama ada ia halal atau tidak.

Namun, premis-premis berkenaan masih dibenarkan untuk beroperasi disebabkan status halal premis itu masih belum dapat diputuskan .

Ditanya tentang jumlah sijil halal yang ditarik balik bagi negeri Sarawak bagi tahun 2013, beliau memberitahu bahawa daripada 10 operasi yang dijalankan, enam sijil halal ditarik balik, manakala satu lagi masih dalam siasatan.

Premis yang didapati bersalah boleh dikenakan tindakan di bawah Perintah Perihal Dagangan atau Perakuan dan Penandaan Halal 2011 serta denda sebanyak RM200,000 bagi kesalahan pertama dan kedua, sebanyak RM500,000.

Operasi selama dua jam tersebut turut disertai 38 pegawai daripada JAIS dan PPDNKK yang bertujuan membuat pemantauan terhadap pemegang-pemegang sijil halal di premis makanan di kawasan tersebut.

-UnReportedNews™®

2 comments:

  1. nyata ada lambang tiger.. ktk org mseh mok support.. huhuhu. sadisss... sadis sadis.. soal halal haram.. nak jd daging kita ya.. kesannya, bla kdai tok dah berkembang, n popular, sapa brani nak kata jgn mkn/? "xpa, ada ku ngga org brtudong mkn sia, so halal lah ya." tp.. logo tiger heiniken pa semua x d hirau.. nehhhhh...

    ReplyDelete
  2. Untuk mendapat sijil halal dan untuk sentiasa mematuhi syarat ya memang strict. Sik senang mok ambik. Aku pernah tolong business katering saudara mara dolok. Sijil halal ya bukannya maksud sekda khinzir...lebih dari ya. So even kedei melayu muslim...sik semestinya halal terus.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List