-"TIDAK, SAYA TIDAK AKAN MEMBERI SEBARANG KOMEN TENTANG PEKEMBANGAN TERKINI SPDP KERANA AMALAN PARTI KOMPONEN BN SARAWAK TIDAK MENCAMPURI URUSAN DALAMAN PARTI MASING-MASING."-
PBB tidak akan masuk campur |
Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg menegaskan PBB tidak sama sekali akan masuk campur dengan "perkembangan terkini" SPDP berkaitan SPDP5 kerana ianya adalah masaalah dalaman SPDP.
"Tidak..tidak, saya tidak akan memberi sebarang komen berkaitan dengan perkembangan terkini SPDP kerana sudah menjadi amalan komponen parti BN Sarawak menghormati sesama sendiri serta amalan tidak mencampuri masaalah dalam masing-masing."
"Kamu sudah mendengar penjelasan Presiden SPDP (Mawan) sendiri..kami (PBB) menghormati keputusan yang di buat oleh Mawan dan ahli Majlis Tertingginya, apa yang kami (PBB) pasti, keputusan tersebut di buat sebulat suara oleh SPDP dan kami menghormatinya," kata Johari kepada pemberita di sebuah hotel di bandaraya ini selepas menlancarkan sebuah program pelancongan pada pagi tadi.

-UnReportedNews™®
syabas DA abg Jo....BN/PBB Sarawak memang dah matang...
ReplyDeleteBRO COPY STORY U..TQ...
ReplyDelete