Showing posts with label Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sabah. Show all posts

Tuesday, 4 October 2016

Tertekan, Chong Label Bekas Rakan DAP Sabahnya "Katak Mengejar Kekayaan"


Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen menyifatkan tindakan ADUN Likas Junz Wong (DAP) dan timbalan Pengerusi DAP Sabah Joan Goh Penn Nee meninggalkan DAP untuk menganggotai sebuah parti tempatan baharu sebagai "katak yang mengejar kekayaan".

Chong menganggap, alasan mereka masuk ke parti tersebut untuk memperjuangkan hak rakyat tempatan (Sabah) hanyalah satu alasan namun hakikatnya, mereka sebenarnya mengejarkan kekayaan bekas Naib Presdien Umno Datuk Safie Afdal, yang dikatakan akan menubuh dan menerajui parti baru berkenaan.

Beliau yang dipetik dari Malaysiakini sebagai berkata, ramai politikus yang telah "kabur" dengan kekayaan Shafie, sehinggakan mereka terlupa akan matlamat asal serta agenda perjuangan mereka.

"Ini menggambarkan karekter katak politik," katanya didalam sebuah kenyataan versi bahasa Cina namun pada kenyataan media bahasa Inggeris tidak pula menyentuh langsung mengenai "katak atau Shafie".

Kelmarin, Wong dan Goh bersama beberapa orang wakil rakyat PKR Sabah mengumumkan keluar dari parti masing-masing untuk menyertai parti yang mereka belum umumkan secara rasmi lagi.

Hakikatnya, Chong sebenarnya gerun akan tsunami DAP Sabah yang kini baru menyedari perjuangan menerusi platform parti pembangkang berasaskan parti-Semenanjung tidak membawa apa-apa keuntungan kepada rakyat Sabah.

Chong khuatir mungkin fenomena keluar parti seumpama ini (biarpun tidak melibatkan barisan pemimpin DAP Sarawak), berkemungkinan besar sedikit sebanyak ianya akan memberi kesan kepada penyokong DAP, khususnya dari golongan Bumiputera di Sarawak.

Beliau juga sedar, parti tempatan yang memperjuangkan hak rakyat tempatan kini mendapat sokongan padu dari rakyat sepertimana PBB selama ini, yang diterajui oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem.

PBB mempunyai opsyen bersuara kepada Kerajaan BN Pusat, tidak seperti DAP Sarawak, yang hanya menjadi Pak Turut mengikut apa saja arahan kepada DAP Pusat.

Inilah yang paling ditakuti oleh Chong dan DAP Sarawak! -UnReportedNews™®

Tuesday, 7 October 2014

CB204: Dua Anggota TLDM Tiba Di Pangkalan Kota Kinabalu


KOTA KINABALU: Dua anggota bot tempur CB204 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tiba di Pangkalan TLDM di sini petang tadi. 

Bintara Kanan Charles Christopher Muni, 39, dan Bintara Muda Steve Hudson Miso tiba tepat jam 6.13 petang dengan helikopter Super Lynx dari KD Lekiu di perairan pantai barat Sabah.

Difahamkan kedua mereka mengalami masalah kesihatan serta terkena renjatan elektrik.

Charles dikatakan telah mengalami sakit perut (gastrik) manakala Steven mengalami masalah kesihatan selepas terkena rencatan elektrik.

Setibanya mereka di pangkalan tersebut, mereka dibawa terus ke Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu untuk rawatan segera.

Sementara itu, Penglima Wilayah Laut 2 Datuk Mohammad Rosland Omar yang dipetik Bernama pada sidang akhbar siang tadi sebagai berkata Bot tempur CB204 yang berjaya ditemui petang semalam setelah dilaporkan hilang lebih 30 jam di Perairan Mengalum, Sabah, dijangka tiba di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu antara 11 pagi dan 7 malam Rabu.

"Operasi penundaan bot itu yang bermula 10 malam tadi kini dilaksanakan KD Ganas yang menggantikan KD Paus dan diiringi KD Lekiu bergantung kepada keadaan cuaca."

"KD Paus yang menunda bot itu sebelum ini mengalami masalah pada tangki minyak pada tengah hari tadi dan telah dibawa ke Stesen 5, Pulau Layang-Layang," katanya sambil menambah paling cepat mereka akan sampai esok adalah 11 pagi dan paling lambat pun pada pukul 7 malam, bergantung kepada kelajuan dan keadaan cuaca.

"Buat masa ini, bot dan kesemua anggota terbabit berada pada kedudukan 114 batu nautika ke barat laut dalam keadaan laut peringkat empat dan ketinggian ombak pada paras 2.5 meter. Penundaan boleh dibuat pada kelajuan empat hingga enam knot." 

Menjelaskan kesemua tujuh anak kapal terbabit berada dalam keadaan letih namun bersemangat, Rosland berkata tujuh anak kapal bot itu ialah Lt Azri Bakar, BK PAP Charles Cristopher Muni, BM TMK Ince anak Ewin, BM TMK Steven Hudson anak Miso, BM JTP Nor Azuan Ariffin, LK KOM Sulhajji Daah dan LK I PAP Azhry Maani. - Sarawakiana

-UnReportedNews™®

Monday, 6 October 2014

Terkini: Kehilangan Bot Tempur TLDM, Objek Terapung Dikesan


Terkini: Ketua Laksamana TLDM Tan Sri Abdul Aziz dalam akaun twitternya menyatakan Pelantar ERB West yang terletak di sembilan batu nautika Laut Pulau di laporkan ada terlihat sebuah bot terapong awal pagi tadi. 

KD Lekiu dihantar ke tempat yang dilaporkan untuk menyiasat. 

Bersamalah kita doakan objek tersebut adalah bot tempur CB204 TLDM dan semua tujuh orang anggota TLDM yang terputus hubungan sejak semalam selamat semuanya. - Sarawakiana

-UnReportedNews™®

Friday, 18 July 2014

TIADA KEJADIAN TEMBAK-MENEMBAK DI ESSCOM SEPERTI DIDAKWA


PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Jumaat menafikan berlakunya kejadian tembak-menembak di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) awal pagi ini.

Beliau berkata kementerian akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab menyebarkan khabar angin itu.

"Janganlah terlalu seronok untuk menyebarkan khabar angin dan berita palsu melalui media sosial yang boleh mewujudkan kebimbangan rakyat.

"Jangan suka mengeruhkan keadaan kerana pihak keselamatan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan keadaan di kawasan itu selamat," katanya kepada pemberita selepas rakaman ucapan Aidilfitri di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata rakyat negara ini tanpa mengira fahaman politik sepatutnya bersatu hati demi keselamatan negara.

Terdahulu Bernama melaporkan Komander ESSCom DCP Datuk Abdul Rashid Harun turut menyangkal laporan media sosial kononnya berlaku kejadian tembak-menembak antara anggota keselamatan dengan kira-kira 200 pengganas Sulu Filipina di kawasan itu.

Abdul Rashid meminta rakyat negeri ini supaya tidak merasa cemas dan takut kerana keadaan keselamatan khususnya Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) terkawal.

Katanya orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan ESSCom atau pejabat polis daerah berdekatan bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih berhubung status keselamatan di ESSZone. -BERNAMA

-UnReportedNews™®

Thursday, 10 July 2014

MANGSA CULIK DI SABAH BERJAYA DI SELAMATKAN!


Pada 6 Mei lalu, seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik di Lahad Datu, Sabah telah menjadi mangsa culik lima lelaki bersenjata.

Bagaimanapun, menerusi laporan terkini sebuah akhbar tempatan, mangsa, Yang Zai Lin, 34, telah berjaya diselamatkan awal pagi tadi.

Ia disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika ditemui selepas menghadiri taklimat penstrukturan semula Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Escomm) di Kota Kinabalu, hari ini.

Mengimbas kembali kejadian itu, mangsa diculik kira-kira jam 2.45 pagi dan kejadian itu turut melibatkan kejar-mengejar antara anggota pasukan keselamatan dan pertahanan Esscom.

Unit udara dan laut telah bertindak mengejar dan memintas bos yang dinaiki penjenayah dari selatan Filipina itu termasuklah dengan berbalas tembakan berhampiran pulau Mataking sebelum mereka berjaya meloloskan diri ke perairan antarabangsa.

Insiden itu berlaku selepas sebulan seorang pelancong yang juga warga China diculik di sebuah resort di Semporna. (sumber

-UnReportedNews™®

Wednesday, 18 June 2014

KURANG HAJAR: PEKERJA ASING CUBA ROGOL BUDAK BERUSIA 4-TAHUN


SANDAKAN: Seorang lelaki warga Indonesia ditahan polis kerana cuba merogol seorang budak perempuan berumur 4 tahun dalam kejadian di ladang Borhill, Suan Lamba pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Rowell Marong yang mengesahkan kes berkenaan berkata, suspek berumur 24 tahun ditahan ekoran laporan polis yang dibuat oleh bapa mangsa.

Menurut pengadu yang berumur 39 tahun, kira-kira jam 12.30 tengahari Ahad lepas, pengadu diberitahu oleh anak perempuannya yang berumur 13 tahun mengatakan bahawa adiknya (mangsa) dibaringkan oleh seorang lelaki dan membuka seluar mangsa.

“Suspek turut menunjukkan kemaluannya dan sejurus itu anak perempuan pengadu menjerit menyebabkan suspek lari keluar dari rumah,” katanya.

Rowell berkata, siasatan yang dijalankan mendapati suspek merupakan pekerja ladang di situ. Pengadu dan suspek tinggal berdekatan di perumahan pekerja ladang berkenaan serta kenal sejak tahun lepas. Namun mereka tidak mempunyai sebarang masalah.

“Ketika kejadian itu, hanya dua orang anak pengadu berada di rumah,” katanya.

Beliau berkata, suspek kini ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan. (sumber

-UnReportedNews™®

Monday, 16 June 2014

KES CULIK KE-3 DI SABAH: MANGSA MOHON PENCULIK JANGAN GANGGU ISTERINYA!


KUNAK: "Jangan kacau isteri saya. Saya akan ikut kamu," kata Chan Sai Chiun, 32, sebelum dia dipercayai dilarikan dua lelaki bersenjata di Kampung Sapang Air yang terletak kira-kira 20 kilometer dari sini tengah malam semalam.

Chin Paek Nyuen, 40, berkata beliau terdengar suaminya berkata demikian ketika penjenayah terbabit cuba memecah pintu bilik di mana dia dan anak perempuannya yang berusia dua tahun tidur.

"Saya hanya menyedari kejadian itu selepas mendengar anjing menyalak. Apabila saya keluar untuk melihat apa terjadi, saya ternampak dua lelaki bersenjata serta memakai topeng telah menahan suami.

"Terkejut dengan kejadian itu, saya terus masuk ke bilik dan beberapa minit kemudian, penculik itu datang dan cuba memecahkan pintu bilik. Pada masa yang sama, suami saya berkata 'jangan kacau isteri saya. Saya akan ikut kamu'... dan ini membuatkan penculik itu beredar dari tempat ini," katanya ketika ditemui di pusat ternakan ikan dalam sangkar itu, Isnin.

Dia berkata selain menculik suaminya dan seorang pekerja di situ, penjenayah terbabit turut melarikan beberapa barangan termasuk sebuah televisyen dan enjin bot.

Chin juga berkata suaminya mengusahakan pusat ternakan itu bersama dua lagi rakan kongsi.

Dalam kejadian pada kira-kira 12.40 tengah malam itu, Chan dan seorang pekerja yang hanya dikenali sebagai Mazlan berumur sekitar 20-an diculik oleh dua lelaki bersenjata di pusat ternakan ikan dalam sangkar Kampung Air Sapang, Kunak.

Ini merupakan kes penculikan ketiga di kawasan pantai timur Sabah tahun ini. Pada 6 Mei lepas, lima lelaki bersenjata menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik di Lahad Datu, sebulan selepas seorang pelancong wanita warga China diculik di sebuah resort di Semporna.

Sementara itu, di KOTA KINABALU, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Omar Mamah menafikan tanggapan bahawa pengusaha ternakan ikan dalam sangkar menjadi sasaran 'penculikan' untuk tebusan.

Beliau berkata polis masih menyiasat sama ada kumpulan itu terbabit dalam kes penculikan seorang pelancong China di Singamata Adventures Reef Resort di Semporna pada 2 April lalu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup dan enam sebatan, jika sabit kesalahan.

"Setakat ini, belum ada sebarang tuntutan diterima dan polis akan menyiasat jika ada faktor orang dalam... jangan membuat sebarang spekulasi buat masa ini," katanya dalam satu sidang akhbar di sini.

Omar berkata pihaknya dimaklumkan kejadian itu oleh rakan kongsi mangsa.

Beliau berkata semasa kejadian, terdapat lagi dua pekerja dan seorang anak saudara Chan berusia dua tahun yang tinggal bersama mangsa serta isteri.

Katanya, polis percaya penculik meloloskan diri ke Pulau Sitangkai (Filipina) yang mengambil masa 40 minit dan ada suspek lain terlibat.

Beliau berkata semasa kejadian, tiada tembakan dilepaskan di pusat ternakan itu yang tidak mempunyai pegawal keselamatan. - BERNAMA

-UnReportedNews™®

RM2.2 JUTA DIBAYAR UNTUK LEPASKAN TEBUSAN DICULIK ABU SAYYAF?


Kota Kinabalu: A ransom was paid to free a Chinese kidnap victim who was abducted by the Abu Sayyaf group in a cross-border raid from Malaysia to southern Philippines in April, the other victim, Filipina Mercelita Dayawan, said.

In a report by the Bombo Radyo Network on Sunday, Dayawan said the family of the Chinese kidnap victim, Gao Hua Yan, paid 300 million pesos (RM2,208,510) to Abu Sayyaf and this amount was reduced from the original demand of 500 million pesos after negotiations with the relatives.

The Philippines, as well as the Government of Malaysia, maintained that they had not paid a ransom to Abu Sayyaf for the release of Gao, 29, and Dayawan.

Dayawan was an employee of the Singamata Adventures Reef and Resort in Semporna, while Gao was on vacation when militants raided the resort on April 2.

In the Bombo Radyo interview, Dayawan said she could not believe that Gao's family did not pay a ransom to the Abu Sayyaf because the militants would often mention the matter about the demand. Gao is from Shanghai.

The victims were released by Abu Sayyaf in Sulu on May 30, and Dayawan, a mother of two, returned to her family on Saturday in Midsayap, North Cotabato.

Dayawan said the Abu Sayyaf, who had held them captive at a remote area in the Indanan town in Sulu, treated them well and often fed them with fried chicken.

She said that on April 8 when Gao turned 29, their captors even set up a small banquet to celebrate the occasion.

Dayawan said she told her captors early on that her family could not afford to pay a ransom for her as they are poor.

She was told that they had to take her with them anyway because Gao needed someone to care for her during their captivity.

Dayawan said throughout the two months that they were together, a special bond of friendship had developed between her and the Chinese national.

Most of the time, she would serve as translator for Gao.

"I had no choice, I was the only one who could communicate between them," she said while pointing out that she spoke in Filipino to the Abu Sayyaf and in English with Gao.

The Abu Sayyaf have been operating between Malaysia and the Philippines for nearly two decades.

They have targeted mostly wealthy Western and Asian nationals aside from Filipino businessmen for kidnappings.

The Abu Sayyaf were initially associated with al-Qaeda and the Southeast Asian-based pan-Islamic group Jemaah Islamiyah, but recent security findings showed that they are capable of complex, highly-coordinated operations on their own. (sumber)  

-UnReportedNews™®

Monday, 9 June 2014

VIDEO: SKIL GADIS BAJAU, HANYA DI SABAH!


Seorang gadis Bajau Laut di Pulau Mabul, Sabah menjadi popular selepas video memaparkan skilnya menyelamatkan perahu daripada karam dikongsikan di laman media antarabangsa.

Dalam video berdurasi 1:56 itu, sebuah perahu kecil dilihat karam apabila air memasukinya hingga seorang wanita dan tiga kanak-kanak terapung di dalam air.

Gadis Bajau tersebut kemudiannya bertindak pantas menggunakan skil tersendiri bagi mengeluarkan air dalam sampan tersebut.

Dia turut membantu salah seorang kanak-kanak memasuki semula sampan tersebut.

Hingga kini, video tersebut telah mendapat tontonan lebih 1.35 juta kali.


Saksikan video di bawah, kami pasti anda juga akan berasa kagum menyaksikan skil gadis kecil ini.


-UnReportedNews™®

Wednesday, 4 June 2014

GAMBAR: RAKYAT TEMPATAN PUTUS TANGAN DITETAK PATI DI KENINGAU, SABAH


Satu status dan video di Facebook tentang kekejaman pendatang asing di Keningau, Sabah ketika melakukan jenayah kini tersebar.

Bersama status tersebut, turut disertakan contoh kes dan gambar mengerikan keadaan mangsa yang ditetak dengan teruk dalam satu kejadian gaduh pada 1 Jun lalu, jam 5.30 petang.

Mengikut laporan polis dibuat mangsa, dia cedera ditetak dengan parang di siku kiri hingga terpaksa menerima lima jahitan di Hospital Keningau.

Saudaranya bernama Analem Tony, 31, dan Manayon Raw Palanok, 39, turut mengalami kecederaan selepas diserang sekumpulan lelaki antara tujuh hingga lapan orang menggunakan senjata tajam termasuk parang, besi dan kayu.

Analem mengalami kecederaan di muka apabila terjatuh di jalan raya semasa melarikan diri manakala Manayon menerima sebelas jahitan di kepala sebelah kiri akibat ditetak dengan parang.

Bagaimanapun, siasatan mendapati insiden ini berpunca daripada masalah peribadi yang bermula di sebuah kedai karaoke selepas mangsa mengambil minuman keras .

Pengadu bersama saudaranya yang berada di kedai karaoke tersebut sejak jam 3 petang bersama empat wanita dipercayai menimbulkan perasaan tidak puas hati seorang suspek yang bertindak memukul saudara pengadu di luar kedai.

Apabila dimaklumkan hal ini, pengadu bersama Analem dan Manayom  mengejar suspek  yang melarikan diri hingga ke kawasan Pasar Umum. Di sana sudah terdapat antara tujuh hingga lapan lelaki menanti mereka lalu bermulalah insiden gaduh dan tetak menetak.

Jika dilihat, insiden ini bermula daripada pergaduhan peribadi yang tak boleh juga nak disalahkan PATI seratus peratus.

Bagaimanapun apa yang dapat disampaikan menerusi penyebaran status Facebook sebegini adalah, kebanyakan pendatang asing memiliki hati kering dan setakat menetak orang dengan parang adalah perangai biasa mereka apabila bergaduh. (sumber)

-UnReportedNews™®

Friday, 30 May 2014

DUA WANITA DI CULIK DI SABAH TELAH DIBEBASKAN


KUALA LUMPUR –  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diberi taklimat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), memaklumkan bahawa dua wanita yang diculik dari sebuah resort di Sabah pada April lalu berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa negara ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Najib menerusi posting terbarunya di laman Twitter beliau @NajibRazak, sebentar tadi.

“Kita sedang mengambil langkah-langkah wajar untuk menghantar tebusan warga China itu pulang ke negara asal mereka dengan segera,” katanya.

Najib berkata, tiada wang tebusan dibayar bagi membebaskan mereka dan kejayaan pembebasan mereka itu berdasarkan kerjasama pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina.

“Saya berterima kasih kepada semua yang terlibat,” katanya.

Dua wanita yang diculik ialah Gao Huayuan warga China dan Marcy Dayawan dari Filipina. (sumber

-UnReportedNews™®

Tuesday, 22 April 2014

GAMBAR: TERTUSUK BATANG BESI DI PIPI





Seorang pelajar lelaki tahun 4 di sebuah sekolah Rendah di Kota Kinabalu, Sabah telah terlibat dalam satu kemalangan ngeri kira-kira kira jam 12.50 tengahari semalam.

Pelajar tersebut dikatakan telah berlari mengejar bas yang beliau naiki di luar kawasan dan terpijak besi penutup parit yang terlepas daripada rangka asalnya lalu tertusuk ke dalam mulut menembusi ke liar bahagian pipinya.

Pelajar tersebut telah di bawa oleh seorang ibu bapa yang kebetulan menunggu anaknya pulang sekolah di kawasan yang sama.

Pihak sekolah telah memanggil bomba dan ambulan untuk membantu pelajar ini sebelum dibawa ke hospital sambil diiringi oleh bomba dan polis yang hadir.

Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip telah hadir sendiri ke lokasi kejadian untuk melihat sendiri dan memahami bagaimana insiden tersebut berlaku. 

Keadaan pelajar stabil dan akan dimasukkan ke hospital Likas dan semetara itu piihak sekolah telah dimintakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri untuk mengambil tindakan sewajarnya tentang aspek keselamatan pelajar sepanjang masa.

-UnReportedNews™®

Tuesday, 8 April 2014

LIMA BELAS PEKERJA ASING RESORT DITAHAN

-POLIS PERCAYA KEJADIAN CULIK BARU-BARU INI MENDAPAT "BANTUAN DALAMAN" & PENAHANAN 15 PEKERJA ASING TERMASUK DUA WANITA TANPA DOKUMEN YANG SAH BOLEH MEMBANTU SIASATAN! KENAPA PENGUSAHA RESORT BERKENAAN MENGAMBIL PEKERJA SEBEGINI?-


Kota Kinabalu: Semua pekerja asing yang ditahan kerana bekerja tanpa permit yang sah di negeri ini termasuk pekerja pusat peranginan di Singamata Reef Resort akan disiasat dengan teliti sama ada pernah terbabit atau menganggotai kumpulan penculik di selatan Filipina.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad Mentek berkata, pihaknya masih menyiasat latar belakang 15 pekerja asing yang ditahan di Singamata Reef Resort kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan permit kerja sah.

“Semua warga asing itu didapati bekerja tanpa dokumen atau permit ketika pihak berkuasa menyerbu pusat pelancongan berkenaan selepas dua wanita diculik kumpulan lelaki bersenjata Rabu lalu.

“Mereka masih ditahan bagi membantu siasatan kes culik itu,” katanya.

Mohammad berkata, pada masa sama, ESSCOM sudah memulakan operasi pemeriksaan terhadap semua resort dan pulau peranginan di Semporna bagi mendapatkan maklumat serta laporan berhubung status pekerja dan pengunjung di kawasan berkenaan.

“Selain mengetahui latar belakang pekerja, kita perlu mendapatkan maklumat mengenai latar belakang pengunjung termasuk negara asal mereka bagi tujuan pemantauan,” katanya.

Sementara itu, seorang jurulatih menyelam yang mahu dikenali sebagai Tim, 30-an, mengakui banyak pusat pelancongan di pulau sekitar Semporna menggunakan warga asing.

“Kebanyakan mereka warga Filipina dengan pekerja lelaki sebagai pemandu bot manakala wanita biasanya sebagai pengemas bilik, tukang masak, pelayan restoran atau penyambut tetamu.

“Lelaki Filipina mahir mengemudi bot manakala wanita pula fasih berbahasa Inggeris yang memudahkan urusan melayan pelancong asing,” katanya.

Katanya, semua mereka biasanya tidak mempunyai permit kerja sah dan masuk ke negara ini secara haram. Sebelum ini, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, ada anggota kumpulan bersenjata itu dipercayai pernah bekerja di Singamata Adventures and Reef Resort iaitu lokasi dua wanita berkenaan diculik.-myMetro

-UnReportedNews™®

Sunday, 6 April 2014

PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA, SABAH

-DALAM KEJADIAN BERDARAH SERANGAN LANUN PADA TAHUN 1954 ITU, BEBERAPA ANGGOTA POLIS DIBUNUH SECARA KEJAM, PENDUDUK DI BUNUH DAN DI ROGOL SESUKA HATI OLEH LANUN YANG TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN!-



Hari itu, 29 April, 1954, hari yang paling malang bagi penduduk Semporna. Hari yang paling celaka, yang mengorbankan nyawa dan harta benda. Malah ada yang dicabul kehormatan, dirogol dan diperkosa. Tarikh hitam itu masih kekal dalam ingatan penduduk yang menyaksikan peristiwa berdarah akibat perbuatan ganas mundu-mundu (lanun-lanun) yang datangnya entah dari mana.

Pekan Semporna yang terletak di pinggir laut itu sepertimana biasa, aman dan damai. Petang itu, udara menghembus nyaman dari laut yang biru yang tenang itu. Padang bola sepak yang terletak berhampiran dengan Balai Polis Semporna itu telahpun dipenuhi oleh peminat-peminat bolasepak yang saban petang punya pengunjungnya. Mereka bermain dengan begitu seronok sekali. Beberapa anggota polis juga turut bermain untuk mengeluarkan peluh di samping memupuk hubungan baik dengan masyarakat setempat.

Balai Polis Semporna yang terletak di bawah Kawalan Ketua Polis Daerah (OCPD) Lahad Datu mempunyai keanggotaan 7 orang sahaja. Ketua Polis Balai (OCS)- nya ialah Sarjan Sagar Singh. Perhubungan antara Balai Polis Semporna dengan ibu pejabat daerahnya di Lahad Datu hanya menerusi radio wireless dan jalan laut sahaja yang memakan masa lebih kurang 10 jam perjalanan.

Peristiwa berdarah itu masih segar dalam ingatan Encik Bullah Ganggal, bekas pegawai polis yang baru bersara dengan pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP). En.Bullah, keturunan Kadazan, semasa kejadian itu bertugas di balai polis tersebut dengan pangkat Detektif Lans Koperal.

“Segala-galanya bermula pada jam 5.30 petang. Pada masa itu penduduk-penduduk Semporna sedang berehat setelah kembali dari menangkap ikan.” En.Bullah Ganggal memulakan ceritanya.

“Para pemuda pula sedang seronok bermain bola. Ia turut berada berhampiran padang bola itu. Tiba-tiba bunyi tembak bertalu-talu dari arah jeti yang tidak jauh dari situ”, katanya.

“Orang di pekan dan di padang itu lari bercempera sambil berteriak, mundu! mundu! (lanun! Lanun!) cepat lari. Masing-masing mencari tempat perlindungan".

“Melihatkan keadaan kelam-kabut dan serangan mengejut lanun itu, Sarjan Sagar Singh segera memerintahkan orang-orangnya bersiap sedia. Ia memerintahkan saya membawa isteri dan anak-anak anggota polis Semporna berlindung di balai. Ini disebabkan keadaan di balai itu lebih selamat kerana adanya pagar berduri dan segala senjatapi serta peluru ada di sana".

L/Kpl Bullah Ganggal segera bertindak dengan menjerit memanggil semua isteri dan anak-anak polis untuk mengikutnya ke balai. “Belum sempat isteri-isteri dan anak-anak polis itu saya lindungkan di balai, saya lihat dari celah-celah lubang berek kami, lanun-lanun yang ramainya tidak kurang 50 hingga 70 orang itu telahpun hampir dengan Balai Polis Semporna. Mereka berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan mara ke balai polis satu lagi ke arah bot jabatan hutan”.

Sementara itu di balai polis, Sarjan Sagar Singh dengan dibantu oleh orang-orangnya iaitu PC 442 Sulaiman dan PC Jambuan memuntahkan peluru ke arah lanun-lanun yang begitu ramai itu. Sarjan Sagar Singh dan orang-orangnya sekali-kali tidak mahu menyerah kalah kepada lanun-lanun itu sekalipun terpaksa mengorbankan nyawa mereka.

Sambil memuntahkan peluru ke arah balai yang dipertahankan bermati-matian oleh Sarjan Sagar Singh itu, lanun itu memusnahkan alat-alat hubungan wireless di luar balai itu. Dengan itu hubungan Balai Polis Semporna dengan Ibu Pejabat Daerah Polis Lahad Datu terputus.

“Kita mesti pertahankan balai ini hingga ke titisan darah terakhir. Biar putih tulang, jangan putih mata”, kata Sagar Singh kepada dua orang anggotanya dengan penuh semangat. Mereka terus melawan dengan beraninya.

En.Bullah Ganggal yang ditugaskan melindungi isteri dan anak-anak polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana pada masa itu senjata tiada di tangannya. Kalau dia keluar tanpa senjata tentu seperti menyerah diri tanpa berlawan. Ia melihat bagaimana rakannya PC Jambuan yang kehabisan peluru ditikam dengan barung (parang) oleh lanun-lanun itu. Ia dibunuh dengan kejam sekali di mana perutnya diburaikan.

Akhirnya kerana kehabisan peluru dan lanun-lanun yang ramai itu bersenjatakan senjata-senjata automatik, maka Sarjan Sagar Singh dan dua orang anggotanya terkorban. L/Kpl Bullah Ganggal cuba untuk keluar dari tempat persembunyian untuk memberi bantuan tetapi dihalang oleh permintaan isteri Sjn.Sagar dan isteri-isteri anggota polis yang lain supaya jangan pergi dan melindungi mereka di situ.

Bila saja lanun-lanun itu mendapati Sjn Sagar dan orang-orangnya terkorban , mereka lalu merempuh ke dalam balai polis. Bilik radio polis dipecah dan alat-alatnya dimusnahkan. Mereka juga memecahkan bilik besi tempat menyimpan senjatapi dan peluru lalu merampasnya. Lanun-lanun itu semakin menganas. Senjatapi mereka ditembak ke sana ke mari. Mereka terus menggeledah seluruh rumah dan kedai di pekan Semporna.

“Apa yang saya dengar lepas itu ialah teriakan dan jeritan minta tolong oleh mangsa-mangsa lanun-lanun yang jahat itu. Mereka bukan sahaja merompak, mengambil apa sahaja barang-barang berharga, makanan, malah mereka juga merogol wanita dan anak dara. Mereka sungguh kejam dan tidak berkeperimanusiaan langsung”, Kata En.Bullah dengan perasaan amat geram. “Apakan daya masa itu saya tidak bersenjata dan memikirkan pula keselamatan anak isteri anggota-anggota polis. Saya kesal tidak dapat membantu kawan-kawan saya yang gugur sebagai perwira negara".

“Lanun-lanun celaka itu telah bermaharajalela selama 3 jam iaitu dari jam 5.30 hingga 8.30 malam di pekan Semporna. Mereka melakukan pelbagai dosa yang tidak dapat diampun", terang beliau lagi. Menurut En.Bullah ia tidak tahu dari mana datangnya lanun-lanun itu tetapi ia mengagakkan dari percakapannya adalah dari Seberang (Filipina).

Selama 3 jam Semporna telah menjadi neraka. Lanun-lanun bertindak sewenang-wenangnya kerana tiada siapa berani melawannya. Akibatnya, Semporna musnah semacam diserang garuda, menjadi padang jarak padang tekukur. Setelah lanun-lanun itu puas memuaskan hawa nasfu, mereka segera menghilangkan diri di lautan luas dengan kumpit-kumpit (perahu) yang dilengkapi dengan motosangkut laju.

“Bila mendapati lanun-lanun itu berlalu, saya dan anak isteri anggota-anggota polis keluar dari tempat persembunyian di berek polis itu. Betapa sedih hati saya melihatkan rakan-rakan saya, Sjn Sagar, PC Jambuan, PC Gimun terkorban. Mayat mereka yang berlumuran darah itu dipeluk dan ditangisi oleh anak dan isteri masing-masing. Saya turut menitiskan air mata melihatkan peristiwa itu. Hingga hari ini ianya kekal dalam ingatan saya,” ceritanya lagi.

L/Kpl Bullah segera mengambilalih tugas Ketua Polis Balai. Didapatinya dua orang anggotanya masih hidup. Mereka itu sedang bermain bola ketika lanun menyerang. Oleh kerana tidak sempat lari ke balai, mereka terpaksa bersembunyi.

Setelah menguruskan mayat empat orang rakannya L/Kpl Bullah terus berbincang dengan Ketua Anak Negeri (Penghulu) Semporna, Panglima Jakarullah yang telahpun tiba di balai bersama-sama orangnya.

Dengan bantuan mereka, dia membuat rondaan di sekitar bandar Semporna untuk mengumpul mayat dan memberi pertolongan kepada orang yang cedera akibat kekejaman lanun-lanun tadi. Hasilnya mereka menemui mayat seorang pegawai hutan British, seorang pekedai Cina (tukang jahit) dan seorang pemuda Bajau Semonul. Mayat -mayat itu dibawa ke balai polis untuk diuruskan.

L/Kpl Bullah seterusnya mengadakan perbincangan dengan Panglima Jakarullah dan orang-orangnya pada malam kejadian itu. Mereka mengambil keputusan untuk menhantar dua orang awam ke Lahad Datu bagi membawa pembantu hospital Harry Chew dan Lian Chap Yit yang luka parah mendapat rawatan. Di samping itu mereka juga diarahkan meminta bantuan segera dari KPD Lahad Datu yang tidak dapat dihubungi menerusi wireless radio.

Pada malam itu L/Kpl, Bullah dan Panglima Jakarullan serta orang-orangnya mengambil keputusan untuk berjaga dan berwaspada bagi menentang lanun-lanun yang mungkin datang sekali lagi.

Petang esoknya, 30hb, April barulah rombongan yang diketuai oleh Pegawai Daerah Lahad Datu, Mr.Dalimore dan Ketua Polis Daerah (OCPD), Mr.W.R.H. Roberts tiba untuk menyaksikan pekan Semporna yang hampir menjadi padang jarak padang tekukur itu.

Peristiwa ngeri itu amat menakutkan penduduk-penduduk Semporna. Ada di antara mereka yang lari bersembunyi tidak mahu balik ke rumah beberapa hari kerana takutkan lanun mengganas lagi. Seorang kakitangan kerajaan yang bertugas di Semporna, ketika kejadian itu terus jadi 'gagap' hingga ke hari ini kerana terlampau terkejut, gamam dan ketakutan. -Sumber: Berita Bukit Aman, 1983

-Ternyata pengorbanan anggota-anggota polis terhadap negara tiada batasnya. Bagi sesiapa yang memandang rendah dah terhadap tugasan polis, apakah anda sendiri bersedia dan berani berkorbankan nyawa anda untuk keselamatan orang lain?

-UnReportedNews™®

Friday, 4 April 2014

PENCULIKAN RAKYAT CHINA, KEBETULAN ATAU ...

-PM NAJIB TIDAK MENOLAK BERKEMUNGKINAN KEJADIAN CULIK RAKYAT CHINA DI SABAH BERLAKU DISEBABKAN ADA PIHAK YANG MAHU MENCEMAR HUBUNGAN DI ANTARA MALAYSIA & CHINA!-


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menolak kebarangkalian bahawa sesetengah pihak mahu mencemarkan hubungan antara Malaysia dan China berikutan penculikan rakyat China di Sabah semalam susulan dengan kehilangan pesawat MH370.

Najib, yang kini berada di Perth, Australia berkata Malaysia telah menghubungi pihak berkuasa Filipina dalam usaha membantu mengesan seorang pelancong wanita China dan seorang pekerja resort warga Filipina yang diculik itu.

Menyifatkan kejadian penculikan itu sebagai serius, Najib menjelaslan beliau telah mengarahkan semua agensi penguatkuasaan yang relevan supaya melihat kes itu dengan serta-merta.

“Keutamaan kami adalah bagi memastikan keselamatan tebusan dan semua usaha untuk mengesan mangsa penculikan itu akan berterusan dan mengenal pasti mereka yang terbabit dalam kejadian itu mungkin mengambil sedikit masa."

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam kelmarin, seorang pelancong dari China dan seorang pekerja resort berasal dari Filipina dilarikan oleh sekumpulan lelaki di sebuah resort di Pulau Singgahmata, bersebelahan Pulau Bum-Bum Semporna, Sabah.

-UnReportedNews™®

Monday, 17 February 2014

CADANGAN SABAH & SARAWAK KELUAR MALAYSIA ADALAH SATU HASUTAN

-SESIAPA YANG MENGELUARKAN KENYATAAN SEDEMIKIAN HARUSLAH LEBIH BERHATI-HATI KERANA IANYA DISIFATKAN ISU SENSITIF!-

Abdul Rahman Dahlan
Sebarang cadangan mengenai Sabah dan Sarawak sepatutnya keluar dari Malaysia dianggap sebagai hasutan, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Ahli Parlimen Kota Belud itu turut menafikan dakwaan oleh ahli akademik Monash Universiti Malaysia, Prof James Chin bahawa terdapat peningkatan kecenderungan luar biasa bagi penduduk Sabah dan Sarawak untuk meninggalkan negara ini.

"Kenyataan itu berbaur hasutan kerana dibawah 20-perkara dalam perjanjian yang ditandatangani kedua-dua parti (Persekutuan Tanah Melayu, dan Sabah serta Sarawak pada 1963), pemisahan dianggap pengkhianatan dibawah undang-undang Malaysia.

"Oleh itu, kami tidak boleh keluar dari Malaysia.

"Sebagai setiausaha Barisan Nasional di Sabah, tidak pernah terlintas di fikiran sesiapa yang memberitahu masalah mereka dan mencadangkan pemisahan negara sebagai jalan penyelesaian," katanya.

Rahman berkata demikian selepas melancarkan Kajian Indeks Pendapatan Rumah yang dijalankan oleh Sime Darby Property Berhad dengan kerjasama Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya (UM) DI Kuala Lumpur.

Beliau turut menasihati Chin untuk lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan seperti itu yang disifatkan sebagai isu sensitif.

Chin semasa berucap pada forum bertajuk Ke Arah Sistem Pilihan Raya yang lebih adil anjuran Majlis Peguam mendakwa terdapat peningkatan kecenderungan luar biasa bagi penduduk Sabah dan Sarawak untuk meninggalkan Malaysia kerana merasakan negara berusia 50 tahun ini tidak memberi sebarang faedah kepada mereka.

Dalam pada itu, Abdul Rahman turut menyokong lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) ditambah di Malaysia Timur sejajar dengan perjanjian 1963.

Mengulas mengenai cadangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Tindakan Malaysia supaya mewujudkan kawasan pilihan raya lebih seimbang, Abdul Rahman berkata, idea itu akan memberikan Sabah dan Sarawak 'kedudukan lebih baik' dalam pentadbiran negara ini. (sumber

-UnReportedNews™®

Friday, 7 February 2014

LAGI PERCUBAAN PENCEROBOHAN KUMPULAN BERSENJATA DI SABAH DIGAGALKAN

-IANYA ADALAH CUBAAN KALI KEDUA MENCEROBOH SABAH YANG DIGAGALKAN OLEH PDRM SETELAH KIRA-KIRA SETAHUN SELEPAS SERANGAN KUMPULAN BERSENJATA SULU YANG MENAWAN KAMPUNG TANDUO DI FELDA SAHABAT DI LAHAD DATU BERMULA PADA 11 FEBRUARI 2013 YANG LEPAS!-

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa pasukan keselamatan Malaysia berjaya menggagalkan percubaan kedua kumpulan bersenjata untuk memasuki Sabah dalam tempoh dua bulan.

Khalid yang mendedahkan perkara itu pada Khamis berkata, kumpulan-kumpulan itu merancang untuk memasuki timur Sabah atas sebab-sebab jenayah.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan secara lanjut dengan menjelaskan bahawa ia disebabkan oleh faktor keselamatan.

Khalid berkata, percubaan kedua berlaku pada akhir Januari tahun ini.

Pada 10 Januari lalu, Khalid memberitahu para pemberita bahawa terdapat satu pencerobohan lain ke Sabah yang dilakukan oleh pihak asing namun digagalkan oleh pasukan keselamatan Malaysia.

Beliau berkata, cubaan yang dilakukan adalah kira-kira dua minggu sebelum itu (merujuk pada minggu terakhir Disember 2013).

“Terdapat satu percubaan oleh pihak luar untuk memasuki Sabah tetapi kami berjaya menggagalkannya menerusi kerjasama dengan agensi-agensi lain, termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), ” katanya kepada media ketika itu di semporna, Sabah.

Kedua-dua cubaan menceroboh yang digagalkan itu berlaku kira-kira setahun selepas serangan kumpulan bersenjata Sulu yang menawan Kampung Tandou di Felda Sahabat di Lahad Datu yang bermula pada 11 Februari 2013. (sumber

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List