Friday 4 April 2014

PENCULIKAN RAKYAT CHINA, KEBETULAN ATAU ...

-PM NAJIB TIDAK MENOLAK BERKEMUNGKINAN KEJADIAN CULIK RAKYAT CHINA DI SABAH BERLAKU DISEBABKAN ADA PIHAK YANG MAHU MENCEMAR HUBUNGAN DI ANTARA MALAYSIA & CHINA!-


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menolak kebarangkalian bahawa sesetengah pihak mahu mencemarkan hubungan antara Malaysia dan China berikutan penculikan rakyat China di Sabah semalam susulan dengan kehilangan pesawat MH370.

Najib, yang kini berada di Perth, Australia berkata Malaysia telah menghubungi pihak berkuasa Filipina dalam usaha membantu mengesan seorang pelancong wanita China dan seorang pekerja resort warga Filipina yang diculik itu.

Menyifatkan kejadian penculikan itu sebagai serius, Najib menjelaslan beliau telah mengarahkan semua agensi penguatkuasaan yang relevan supaya melihat kes itu dengan serta-merta.

“Keutamaan kami adalah bagi memastikan keselamatan tebusan dan semua usaha untuk mengesan mangsa penculikan itu akan berterusan dan mengenal pasti mereka yang terbabit dalam kejadian itu mungkin mengambil sedikit masa."

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam kelmarin, seorang pelancong dari China dan seorang pekerja resort berasal dari Filipina dilarikan oleh sekumpulan lelaki di sebuah resort di Pulau Singgahmata, bersebelahan Pulau Bum-Bum Semporna, Sabah.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List