Sunday 6 April 2014

BUNUH MAK KERANA TAK NAK BELI SMARTPHONE

-SEORANG WANITA DISYAKI TELAH DIBUNUH OLEH ANAK KANDUNGNYA SENDIRI KERANA ENGGAN MEMBELI TALIPON PINTAR! ADA JUGAK MANUSIA MACAM NIH YE, NAK TALIPON PINTAR TAPI PERBUATAN LANGSUNG TAK MENUNJUKKAN KEPINTARAN!-


Pertengkaran seorang ibu dan anak lelakinya yang dikatakan berkaitan pembelian telefon pintar di sini, malam kelmarin berakhir dengan tragedi apabila wanita itu mati dipercayai ditikam anaknya petang semalam.

Ketua Polis Miri ACP Gan Tian Kee berkata polis menahan remaja berusia 18 tahun itu untuk membantu siasatan selepas menemui mayat wanita berusia 43 tahun itu di dalam keretanya di tempat letak kereta berhampiran sebuah gelanggang tenis di sini pada jam 3 petang.

Beliau berkata polis turut menemui pisau yang disyaki digunakan untuk membunuh wanita itu, yang bertugas sebagai guru tuisyen, di dalam kereta itu.

“Polis menganggap kes bunuh ini selesai…  pertengkaran wanita dan anak lelakinya dari malam tadi (kelmarin) berpunca daripada masalah keluarga,” katanya di sini, semalam.

Gan bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci masalah keluarga itu tetapi Bernama difahamkan ia berpunca daripada keengganan ibu suspek membeli telefon pintar untuk anak lelakinya yang tidak bekerja itu. -Bernama

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List