Showing posts with label Sports. Show all posts
Showing posts with label Sports. Show all posts

Friday, 5 September 2014

SASPEK INSIDEN RUSUHAN DI STADIUM NEGERI SARAWAK DIKENALPASTI




KUCHING: Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad menunjukkan beberapa gambar individu yang dikehendaki untuk tampil menyerah diri di Balai Polis yang berdekatan untuk siasatan lanjut berhubung dengan insiden rusuhan yang berlaku ketika perlawanan bola sepak Piala Malaysia dimana pertemuan diantara Perak dan Sarawak yang diadakan di Stadium Negeri Sarawak Sabtu lalu.

Oleh yang demikian, orang ramai yang mengenali individu terbabit diminta memberi kerjasama kepada pihak polis dalam memberi maklumat mengenai individu yang dikehendaki tersebut. Lagi gambar dari Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.-Sarawakiana 

-UnReportedNews™®

Sunday, 31 August 2014

LIMA ANGGOTA POLIS CEDERA KETIKA LERAI RUSUHAN





Lima anggota polis cedera ketika menjalankan tugas meleraikan rusuhan penyokong pasukan bola sepak Sarawak selepas perlawanan bolasepak Piala Malaysia antara Sarawak dan Perak di Stadium negeri semalam.

Kejadian dilaporkan bermula selepas selesai perlawanan bolasepak tersebut lebih kurang jam 11 malam tadi apabila sekumpulan penyokong Sarawak seramai lebih kurang 2000 orang telah merusuh dan masuk kedalam padang sehingga menyebabkan kerosakan pada beberapa pintu pagar stadium.

Beberapa orang penyokong juga telah membakar flare, mercun dan membaling objek ke arah anggota keselamatan yang bertugas, walaupun diberi amaran untuk kumpulan tersebut enggan bersurai dan sebaliknya bertindak semakin agresif.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Supt Fauzilan Abdul Aziz ketika dihubungi Sarawakiana sebentar tadi, yang kemudiannya berkata Unit Pencegah Rusuhan (PORU) tiada pilihan lain selain melepaskan bom asap ke arah kumpulan yang merusuh berkenaan untuk meleraikan keadaan.

Namun setengah jam kemudian, kumpulan penyokong Sarawak sekali lagi telah berkumpul di hadapan pintu masuk utama stadium dan di tempat letak kereta di luar luar stadium dan bertindak merosakkan kenderaan-kenderaan Polis.

Sebelum ini, Sarawakiana melaporkan hanya dua kenderaan polis yang rosak dan terbakar dalam rusuhan tersebut namun jumlah terkini kenderaan yang dirosakkan oleh perusuh adalah sebanyak tujuh buah.

Setakat ini, lima lelaki tempatan berumur di antara 17 hingga 20 tahun di percayai terlibat dalam insiden rusuhan tersebut telah di tahan polis. -Sarawakiana 

-UnReportedNews™®

Tuesday, 22 October 2013

BERITA BAIK BUAT PEMINAT BOLASEPAK SARAWAK!

-JENG-JENG-JENG! PASUKAN BOLASEPAK SARAWAK DIRAMALKAN AKAN MENJARINGKAN LEBIH DARI DUA GOL DALAM PERLAWANAN PUSINGAN KEDUA DIANTARA SARAWAK & PAHANG PADA OKTOBER 26 INI! KEKEKE!!!-

Bekas jurulatih legenda, pasukan bolasepak "Bujang Senang" Sarawak Awang Mahyan yakin pasukan bolasepak Sarawak akan "membaham" pasukan bolasepak Pahang dalam perlawanan kedua pusingan separuh akhir Piala Malaysia pada October 26 nanti.

"Ia adalah perkara biasa bagi mereka (mana-mana pasukan bolasepak pelawat) untuk datang dan bermain di sini berasa gementar. Setiap manusia mempunyai perasaan begitu dan jika mereka berkata mereka tidak takut atau, mereka berbohong."

"Ini adalah bola sepak, pasukan bolasepak pelawat pasti merasa gementar terutama dengan sokongan penuh daripada peminat bolasepak Sarawak menyokong pasukan kita."

Awang dengan optimistiknya meramal Sarawak boleh menjaringkan lebih dari dua gol dalam perlawanan menentang Pahang nanti untuk mara ke pusingan akhir menentang samaada pasukan Kelantan atau pasukan Angkatan Tentera Malaysia yang berentap dalam kumpulan separuh akhir yang lain.

"Saya yakin bahawa pasukan bolasepak Sarawak mampu untuk menjaringkan lebih dari dua gol dalam perlawanan itu."

Memberi contoh beberapa tahun yang lalu dimana pasukan bolasepak Sarawak berada dalam keadaan yang sama setelah dikalahkan pasukan Johor (di tempat lawan), Awang berkata Sarawak sebaliknya mampu mengubah keadaan dengan menjaringkan banyak gol dalam perlawanan pusingan kedua di Sarawak.

"Pasukan bolasepak Sarawak sebenarnya menempa sejarah sekiranya kita berjaya muncul sebagai juara dalam Piala Malaysia serta mengangkat mertabat semangat "Ngap Sayot" ke zaman kegemilangannya kembali."

Pada minggu lepas, semasa perlawanan pusingan pertama di tempat lawan di Stadium Darul Makmur, Pahang telah menewaskan Sarawak 3-1.

Awang berkata, beliau akan berada tampil di stadium berkenaan dengan puluhan ribu penyokong pasukan bolasepak yang lain pada pusingan kedua perlawanan Sarawak-Pahang untuk menunjukkan sokongan kepada pasukan bola sepak negeri ini.

Beliau berkata demikian dalam satu temubual bersama UnReportedNews™® ketika ditemui pada hari terakhir Konvensyen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ke-13 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) siang tadi.

-UnReportedNews™®

Saturday, 19 October 2013

"AMUKAN" BOYAK SARAWAK DI KUANTAN, PAHANG MALAM INI!

-SIAPA YANG MENGHALANG LALUAN PASUKAN SARAWAK UNTUK MENJUARAI PIALA MALAYSIA TERMASUK PASUKAN AKAN DI "NGAP-SAYOT & DIBAHAM" OLEH BUJANG SENANG MALAM INI! BUAT MEMBER-MEMBER DARI PAHANG, JANGAN MARE YE! KEKEKE!!!-


Pasukan Bujang Senang yang akan beraksi dalam perlawanan pertama peringkat separuh akhir Piala Malaysia dan akan berentap dengan pasukan Pahang ini bagaikan mendapat "restu" dari kepimpinan sayap Wanita parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untk "membaham" lawannya!

Biarpun beraksi di padang lawan di Stadium Darul Makmur  Kuantan, Pahang semestinya pasukan Bujang Senang dibawah kendalian jurulatih pasukan mereka Robert Alberts tidak gentar berhadapan dengan tuan rumah tersebut.

"Ngap Sayot!", jerit pimpinan sayap Wanita PBB yang diketuai oleh Ketua Wanita PBB Dato Sri Empiang Jabu,  Timbalannya Datuk Hajah Fatimah Abdullah (Menteri, Kebajikan, Wanita & Pembangunan Keluarga Negeri), Naib Ketua Wanita PBB yang juga Menteri Wanita Pembangunan Keluarga & Datuk Hajah Rohani Karim serta exco-exco Wanita PBB.

Semangat ini yang khususnya "diberi" buat pemain-pemain Sarawak sempat dirakam oleh lensa UnReportedNews™® sejurus sahaja sayap Wanita PBB selesai saja menyempurnakan Mesyuarat Agung Wanita PBB di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) siang tadi.

Dalam pada itu, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dengan kerjasama dengan Persatuan Bolasepak Bahagian Kuching telah menyediakan skrin gergasi untuk menyiarkan perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Sarawak dan Pahang hari ini bermula pada 20:00 malam ini Amphitheater, Jalan Budaya, di sini.

Program ini adalah satu usaha untuk menjadikan Bandar Kuching Bandar dengan "bernyawa", yang lebih dikenali sebagai "Soul City".

Terdapat juga, segmen-segmen cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah menarik untuk orang ramai yang datang dan menyokong pasukan Sarawak untuk Piala Malaysia 2013.

Pelawat disaran meletakkan kenderaan mereka di tempat letak kereta yang disediakan di Civic Centre dan Taman Budaya.

Pesanan UnReportedNews™® buat Pasukan Sarawak hanya satu:

"ENCHANG SARAWAK ENCHANG!!! KEKEKE!!!"

-UnReportedNews™®

Wednesday, 2 October 2013

KHAIRY HARUS SELIDIK SEBELUM KELUAR KENYATAAN PASUKAN BOLASEPAK SARAWAK DISIASAT BERKAITAN RASUAH?

-BIARPUN DALAM USIA MUDA, SEBAGAI SEORANG YANG BERPENGALAMAN DALAM DUNIA POLITIK, LEBIH-LEBIH DIPERTANGGUNGJAWAB MEMEGANG JAWATAN SEORANG MENTERI DALAM HAL YANG BERKAITANI, KHAIRY SENDIRI SEHARUSNYA “TIDAK BOLEH MELATAH & TERUS MENYALAHKAN ORANG LAIN SEPERTIMANA NASIHAT YANG BELIAU TUJUKAN BUAT MEREKA-MEREKA YANG KONONNYA KAITAN DENGAN “RASUAH” & TIDAKLAH KETERLALUAN JUGA, SEKIRANYA, DIA  SECARA GENTLEMAN MEMOHON MAAF DIATAS KEJADIAN TERSEBUT! KEKEKE!!!-


Admin UnReportedNews™® begitu keciwa dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang dianggap dibuat tanpa usul- periksa terlebih dahulu kerana menyokong tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang kononnya sedang menyiasat Pasukan Bolasepak Sarawak walhal, tiadapun sebarang siasatan dijalankan ke atas Pasukan Bujang Senang sepertimana yang didakwa.

Rakyat Sarawak mungkin masih lagi dapat bersabar jika Pasukan Bolasepak Negeri ini dilabel dan dihina sebagai pasukan "Cap Ayam" beraksi di peringkat Liga Perdana oleh sesetengah pihak tidak beberapa lama dahulu yang kemudiannya, memohon maaf diatas keceluparan mereka. Okay, takpe.

Kami juga masih boleh bersabar dengan sikap "double standard" yang amat ketara mana-mana pihak yang berkaitan jarang sekali sekali menyiarkan liputan perlawanan yang melibatkan Pasukan Bolasepak Sarawak beraksi di television secara langsung biarpun duduk bertapa diatas takhta liga sebaliknya menyiarkan (tanpa niat menghina) perlawanan pasukan-pasukan lain yang duduk dibawah liga tersebut.

Biarpun memang ramai kami yang merasa begitu kecewa bercampur  kesal akan rentetan-rentetan ini, rakyat Sarawak tetap akur dan masih lagi bersabar biarpun dipandang "enteng dengan sebelah mata" tapi, jika ianya melibatkan maruah dan harga diri kami, dituduh melulu tanpa kesahihan, hanya kerana prejudis kesilapan lampau, ianya sudah pasti akan menjangkau batas kesabaran kami.

Khairy yang ditemui oleh pemberita satu Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di Kuala Lumpur semalam menyatakan FAM sedang menyiasat pasukan bola sepak Sarawak kerana disyaki terlibat mengatur perlawanan dalam pertandingan Piala Malaysia.

"Siasatan ke atas pasukan yang dikaitkan terbabit dengan unsur rasuah termasuk terhadap skuad Sarawak, adalah permintaan daripada beliau sendiri supaya FAM memainkan peranan penting bagi memastikan gejala tersebut tidak berleluasa.”

“Apabila ada antara negeri yang diambil tindakan (disiasat), mereka perlu beri kerjasama dan kita perlu tegas dengan tindakan yang akan dikenakan, ini bukan soal kita menyalahkan mana-mana pihak tetapi jika ada laporan yang menyaksikan sesebuah pasukan negeri terlibat dalam rasuah atau bookie atau mengatur perlawanan, saya harap mereka jangan melenting dan menyalahkan FAM.” 

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM Tan Sri Aseh Che Mat selepas mempengurusikan mesyuarat yang dilapor mengeluarkan kenyataan, selain Perak, Sarawak juga disyaki terlibat mengatur keputusan perlawanan yang menyaksikan skuad Bujang Senang menang besar 6-1 ke atas skuad Seladang, dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Malaysia di Stadium Negeri pada 21 September lepas.

Pengurus Pasukan Bolasepak Sarawak Datuk Mohamad Abu Bakar Marzuki juga dilaporkan, dalam responnya terhadap kenyataan tersebut mahukan penjelasan dengan segera serta menganggap “dakwaan FAM itu sebagai melulu”. (Memang patut pun Abu Bakar berkata begitu bagi mempertahankan anak-anak buahnya)

“Kita mesti siasat, beri peluang kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat tapi jangan menyalahkan proses yang dijalankan oleh pihak berkuasa termasuk FAM, kata Khairy mengingat semua pihak perlu bertindak tegas dalam memerangi rasuah dan siasatan perlu dijalankan jika ada laporan mengenai perkara tersebut.

Dakwaan Khairy dan Aseh mengenai Sarawak sedang “disiasat”, baik oleh pihak polis, SPRM mahupun FAM sendiri sebaliknya dinafi sekeras-kerasnya oleh Setiausaha Agung FAM Dato Hamidin Mohd Amin  malah menegaskan sepanjang mesyuarat Jawatankuasa Integriti FAM semalam, isu yang kononnya “berkemungkinan terdapat unsur rasuah dalam Pasukan Bolasepak Sarawak dan akan disiasat” sedikit pun tidak pernah dibincang atau disebut semasa mesyuarat berkenaan dijalankan.

Admin UnReportedNews™® tidak menyalahkan Khairy diatas “kerakusannya yang secara tidak langsung bagaikan terus menghukum” Pasukan Bolasepak Sarawak, yelah, darah muda memang cepat melatah tapi walauapun alasan, sebagai seorang Menteri, beliau harus peka “double-check” isu-isu yang disoal pemberita dan dalam perkara ini, wajar bagi Khairy berlatih memberanikan diri untuk berkata, “Saya belum lagi dimaklumkan secara terperinci perkara yang anda tanya,” kepada pemberita daripada mengulangi kenyataan orang lain tanpa usul periksa, laksana lagak burung tiong.

Admin UnReportedNews™® juga berpendapat tindakan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM (Aseh) yang telah mengumumkan sesuatu  kenyataan yang kemudiannya disangkal oleh Setiausaha Agung FAM sendiri (Hamidin) sebaliknya, harus disiasat oleh pihak polis dan SPRM untuk mengetahui apakah niat sebenar disebalik “fitnah yang sebegini rupa” telah dilempar kepada Pasukan Bolasepak Sarawak.

Persoalannya, mengapa sengaja hendak menpertikaikan kemenangan besar Sarawak? Kenapa mentaliti sesetengah pihak atau individu dari kalangan rakyat Malaysia kita sendiri masih masih memandang rendah kepada kemampuan Negeri Sarawak untuk mencapai kejayaan? Hakikatnya, pada musim lepas, Sarawak mencipta sejarah menjadi negeri kedua selepas Kedah menjuarai Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah disepanjang sejarah sukan bolasepak Malaysia dan tidak keterlaluan, jika Admin UnReportedNews™® berpendapat mungkin ada pihak yang mensyaki terdapatnya unsur-unsur rasuah untuk mencapai kejuaraan tersebut. Macamlah Sarawak ni tiada mereka yang berkebolehan yang mampu menjadi pemenang dalam apa jua bidang sukan, tahap kebangsaan malah, harus kita ingat Pandalela Renong yang menjadi wanita Malaysia pertama memperolehi pingat gangsa untuk negara adalah dari Sarawak. Nak syak wasangka juga terhadap kejayaaannya? 

Amatlah tidak adil dan tiada justifikasi bagi Khairy, biarpun sebagai seorang menteri dengan secara tidak langsung terus menuduh Pasukan Bolasepak Sarawak berkemungkinan ada penglibatan dengan rasuah kerana Pasukan Bolasepak Sarawak pernah dikaitkan dengan gejala tersebut satu ketika dulu.

Teringat pada malam perlawanan bolasepak berkenaan dimana Admin UnReportedNews™® serta rakan-rakan FB dalam status FB kami mengucapkan syukur dan terimakasih kepada pihak-pihak yang telah menyajikan kami dengan siaran langsung tersebut dan biarpun tewas, beberapa rakan blogger khususnya dari Perak bahkan sempat bergurau mengenainya (dalam FB) dan tidak kurang juga mengakui Pasukan Bolasepak Sarawak bermain lebih baik dari Perak, sebagai lumrah mana-mana pertandingan, pasti ada pihak yang menang tewas.

-UnReportedNews™®

Sunday, 22 September 2013

VIDEO: BILA PENGADIL MENG"TAEKWANDO"KAN PERSERTA!

-ADER KER SPARRING MACAM TU? .. KORANG TAK NAK DENGAR ARAHAN AKU? NAH, AMBIK KOW! DAN ENGKAU! SIAPA LAGI NAK? KEKEKE!!!-


Biasanya kita melihat pengadil sesuatu pertandingan seni mempertahankan diri tidak mengganggu sebarang insiden dalam pertandingan sebaliknya dilihat seperti sentiasa berjaya menahan sabar.

Dalam video yang tersebar di laman sosial Facebook ini lain pula ceritanya apabila pengadil pertandingan Taekwondo di Russia yang hilang sabar kemudian bertindak membelasah kedua-dua peserta yang sedang beraksi.

Perbuatan pengadil berkenaan cuba ditenangkan oleh para petugas tetapi ekoran badannya yang tegap dan sasa, para petugas lain gagal menghalangnya dari terus memukul peserta.

Selepas diperiksa lebih lanjut, sebenarnya aksi berkenaan adalah rakaman atau lakonan untuk satu program televisyen.

Jika pada pertandingan sebenar, tidak ada seorang pun jurugambar dibenarkan berada begitu hampir dengan gelanggang pertandingan atas dasar keselamatan.


Ini siap dengan mikrofon boom lagi untuk merakam setiap aksi kedua-dua pelakon yang konon-kononnya menjadi peserta sebuah pertandingan taekwondo. 

(sumber

-UnReportedNews™®

Sunday, 15 September 2013

MALAYSIA JUARA PESTABOLA MERDEKA 2013

-TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH! ALHAMDULLILLAH! SETELAH SEKIAN LAMA MENANTI, MALAYSIA MERANGKUL KEMBALI GELARAN JUARA PESTABOLA MERDEKA 2013! TERUSKAN! KEKEKE!!!-

Pasukan Harimau Muda (A) bergambar bersama Piala Pesta Bola Merdeka Ke-41 selepas menundukkan Myanmar dengan 2-0 dalam perlawanan akhir kejohanan itu di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Sabtu

Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka Edisi ke-41 selepas menewaskan Myanmar 2-0 pada aksi akhir di Stadium Darul Makmur, Sabtu.

Percaturan ketua jurulatih Harimau Muda A ini ternyata berbeza daripada perlawanan sebelum ini dengan menggandingkan dua penyerang di bahagian atas, Wan Zack Haikal dan Rozaimi Ab Rahman.

Rozaimi yang meledakkan dua gol pada aksi sebelum ini menjadi pilihan untuk diturunkan dalam barisan kesebelasan utama.

Juga peluang kepada pemain kelahiran Kelantan, Syahrul Azwari Ibrahim yang diturunkan buat kali pertama dalam barisan utama di bahagian kiri yang sebelum ini dimainkan oleh D. Saarvindran.

Junior Eldstal yang tidak beraksi pada perlawanan menentang Thailand Rabu lalu kelihatan masih belum cergas sepenuhnya selepas mengalami cirit-birit dua hari lalu.

Ternyata permainan kali kedua selepas aksi peringkat kumpulan sebelum ini lebih sengit dengan menyaksikan serangan dilancarkan sebaik sahaja wisel mula dibunyikan oleh pasukan Myanmar.

Kad kuning pertama dilayangkan oleh pengadil, dari Thailand Teetichai Nualjan pada minit kelima kepada Rozaimi selepas pemain itu cuba menyentuh bola menggunakan tangan ketika di depan gol lawan.

Corak permainan agresif skuad kendalian jurulatih dari Korea Selatan, Park Sung Hwa itu tidak menghalang skuad negara untuk melakukan cubaan ke arah gol oleh Junior pada minit ke-16 namun gagal.

Selepas berhempas-pulas cuba mencari gol pertama, cubaan Wan Zack Haikal ditepis penjaga gol Myanmar, Pyaye Phyo Aung namun Rozaimi yang berada berdekatan dengan gol menyempurnakan bola muntah tersebut.

Dengan kehadiran lebih kurang 30,000 penyokong serta sokongan padu Ultras Malaya menjadikan kerancakan permainan berterusan ke babak kedua.

Aksi kemas penjaga gol negara, Mohd Izham Tarmizi menambah tekanan pasukan Myanmar mencari gol penyamaan.

Minit ke-62 jurulatih Malaysia, Ong Kim Swee melakukan pertukaran pemain pertama dengan mengeluarkan Rozaimi dan memasukan S.Sivanesan.

Biarpun hujan renyai-renyai berterusan, skuad Bawah 23 kebangsaan ini terus mendominasikan permainan.

Minit ke-80 Kim Swee sekali lagi melakukan pertukaran pemain dengan memasukkan Saarvindran menggantikan Syahrul Azwari.

Selepas bebebrapa kali percubaan, Junior akhirnya berjaya menjaringkan gol kedua pasukan Malaysia sekaligus mencapai impian untuk meraikan gol pertamanya kejohanan ini pada minit ke-93 permainan.

Dengan kemenangan ini melayakkan pasukan meraih hadiah wang tunai ASD50,000 (RM164,500) selain daripada trofi kejohanan.

Naib juara, Myanmar meraih wang ASD 30,000 (RM987,00), tempat ketiga, Singapura juga meraih wang tunai ASD 20,000 (RM65,800) manakala tempat keempat, pasukan Thailand ASD10,000 (RM329,00)

Sementara itu, Wan Zack Haikal dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai kejohanan, manakalah Rozaimi dipilih sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan tiga gol.

Senarai pemain:

Malaysia: T. Reuben, Md Fadhli Shas, Mohd Irfan Fazail (kapten), A.Thamil Arasu, Wan Zack Haikal Wan Nor, Md Rozaimi Ab Rahman, Junior Eldstal, Mohd Zubir Mohd Azmi, Nik Mohd Shahrul Azim, Mohd Izham Tarmizi, Syahrul Azwari Ibrahim

Myanmar: Pyaye Phyo Aung, Zaw Min Tun, Aung Hein Kyaw, David Htan, Yan Aung Win, Kyaw Zayar Win (kapten), Kyi Lin, Kyaw Ko Ko, Ye Lin Aung, Htoo Htoo Aung, Thein Than Win (sumber

-UnReportedNews™®

Tuesday, 27 August 2013

JOHARA MINTA MAAF DARI RAKYAT SARAWAK!

-KETIGA-TIGA DJ ERA MOHON MAAF DI ATAS KETERLANJURAN MEREKA YANG TELAH MELABELKAN JUARA LIGA PERDANA SARAWAK SEBAGAI PASUKAN "CAP AYAM" TIDAK LAMA DAHULU! EMM .. IKHLAS KER BROS? WALAU APAPUN, HARAP-HARAP RAKYAT SARAWAK MENERIMA PERMOHONAN MAAF MEREKA BERTIGA! KEKEKE!!!-

Deejay Era FM iaitu Johan, Ray dan Hanif membuat permohonan maaf kepada penyokong Sarawak FC dan juara Liga Perdana, Sarawak berhubung komen ‘cap ayam’ dalam rancangan Johara Pagi, kira-kira jam 8.38 pagi semalam.

Antara ucapan mereka adalah: “Dengan rasa rendah diri kami, Johara Pagi Era ingin memohon maaf di atas keterlanjuran kata-kata kami.

Sejujurnya kami tiada niat untuk menyinggung perasaan penyokong Sarawak FC. Kami sememangnya penyokong tegar Liga Malaysia kita. Sekali lagi dengan rendah diri kami mohon maaf dengan kata-kata kami,” ujar mereka bertiga secara bergilir.

Sementara itu, wakil bahagian Astro Radio, Suzana ketika dihubungi Zass menjelaskan, setelah permohonan maaf dibuat pagi semalam, ketiga-tiga penyampai itu tidak dibenarkan beri kenyataan secara personal kepada umum.

Sebelum itu, Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio Sdn Bhd (Astro Radio) Dr Jake Abdullah dalam satu sidang media berkata, beliau sudah memanggil deejay berkenaan dan memberi amaran kepada mereka agar tidak lagi mengeluarkan komen negatif berkaitan mana-mana pasukan bola sepak di negara ini.

Beliau mengaku benar-benar kecewa selepas mengetahui insiden itu, yang menimbulkan kemarahan peminat Sarawak sehingga terdapat ancaman bunuh terhadap Johara.

“Orang yang tidak ghairah dengan bola sepak tidak akan faham,” katanya sambil menambah Era FM sentiasa menyokong Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) sejak 2010.

Kenyataan negatif itu dikeluarkan apabila Sarawak kalah 1-2 kepada Perak pada perlawanan Piala Malaysia baru-baru ini, dan deejay berkenaan didakwa memberi komen Sarawak menjuarai Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah kerana pasukan itu bermain dalam liga yang semua pasukannya adalah ‘cap ayam’ atau tidak berkualiti.

Deejay itu juga didakwa menyifatkan Sarawak sebagai pasukan tidak layak bermain dalam Piala Malaysia dan hanya boleh bermain di peringkat Liga Perdana.

Komen itu menimbulkan kemarahan peminat tempatan serta ahli politik di sini dan kebanyakan mereka melahirkan kekecewaan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter serta menggesa program Astro itu diboikot selain timbul ancaman bunuh terhadap Johan dan Ray, jika mereka ke Sarawak.

-UnReportedNews™®

Monday, 26 August 2013

KEMENTERIAN TIPU KONTRAKTOR?

-KONTRAKTOR YANG MEMBINA GELANGGANG FUTSAL 1MALAYSIA MENDAKWA KEMENTERIAN BELIA & SUKAN SUDAH SEKIAN LAMA TIDAK MEMBERI SEBARANG RESPON TERHADAP PROJEK TERSEBUT YANG DIHENTIKAN ATAS PERTIKAIAN TANAH SUNGGUHPUN TELAH MENGEMUKAKAN SEMUA DOKUMEN-DOKUMEN BERKAITAN! MALUNYA!  KEKEKE!!!-

Team Sarawak Online telah mendapat maklumat bahawa seorang kontraktor di Kuching, Sarawak amat terkilan dengan kelewatan tindak balas Jabatan Kementerian Belia dan Sukan apabila projek membina Gelanggang Futsal 1Malaysia tidak dibayar sehingga ke hari ini. 

Menurut sumber, projek yang bernilai hampir RM150 ribu tersebut pada mulanya berjalan lancar sehingga pada bulan Ogos tahun lepas (2012). Setelah memulakan kerja pembinaan sehingga 30 peratus, kontraktor berkenaan didatangi orang kampung (Kampung Haji Baki, Kuching) yang menyatakan bahawa tanah mereka "dirampas" kerajaan dan tiada persetujuan untuk menggunakan tanah tersebut untuk dibina gelanggang futsal. Pemilik tanah tampil dengan bukti geran dan status pemilikan tanah tersebut.

Jabatan Belia dan Sukan Sarawak memberi arahan agar projek tersebut dihentikan serta merta dan dalam masa yang sama menuding jari kepada Jabatan Tanah dan Survey diatas kelalaian dalam menentukan status tanah.

Kontraktor yang  menjadi mangsa keadaan kelalaian jabatan-jabatan ini, terus menulis surat kepada Kementerian Belia dan Sukan (HQ Putrajaya) menyatakan masalah tersebut memandangkan tiada respon setelah sekian lama projek tersebut tergantung tiada keputusan. Pasukan perunding yang dihantar oleh KBS pernah menyatakan kontraktor tidak layak dibayar namun kontraktor tampil dengan dokumen-dokumen sah kontrak perjanjian.

Akhirnya, kontraktor berkenaan diberi pilihan untuk sama ada digantikan projek atau dibayar ganti rugi; namun setelah genap 1 tahun (Ogos 2012-Ogos 2013), masih belum ada apa-apa respon atau tindakan dari KBS. - Sarawak Online

-UnReportedNews™®

Sunday, 25 August 2013

DEEJAY "CAP AYAM" DIARAH MOHON MAAF

-GARA-GARA "OVER-MELAWAK" MENGATAKAN SARAWAK MENJUARAI LIGA PERDANA DENGAN REKOD TANPA KALAH PADA MUSIM LEPAS KERANA SEMUA PASUKAN YANG BERMAIN DALAM LIGA TERSEBUT ADALAH PASUKAN "CAP AYAM" & TIDAK BERKUALITI SEWAKTU BERSIARAN DI UDARA, DEEJAY ERA FM DIARAH MOHON MAAF DARI PASUKAN BOLASEPAK SARAWAK! PADAN MUKA! KEKEKE!!!-

Deejay Era FM iaitu Johan, Ray & Hanif akan memohon maaf kepada juara Liga
Perdana Sarawak berhubung komen ‘cap ayam’ dalam rancangan Johara Pagi Era
minggu depan
Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio Sdn Bhd (Astro Radio), Dr Jake Abdullah berkata beliau sudah memanggil deejay berkenaan semalam dan memberi amaran kepada mereka agar tidak lagi mengeluarkan komen negatif berkaitan mana-mana pasukan bola sepak di negara ini.

“Minggu depan, anda akan mendengar permohonan maaf berhubung perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas perasmian majlis peluasan Era FM, hitz FM dan MY fm ke Bandar Miri, Sabtu.

Beliau mengaku benar-benar kecewa selepas mengetahui insiden itu, yang menimbulkan kemarahan peminat Sarawak sehingga terdapat ancaman bunuh terhadap Johara.

“Orang yang tidak ghairah dengan bola sepak tidak akan faham,” katanya sambil menambah Era FM sentiasa menyokong Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) sejak 2010.

Kenyataan negatif itu dikeluarkan apabila Sarawak kalah 1-2 kepada Perak pada perlawanan Piala Malaysia baru-baru ini, dan deejay berkenaan didakwa memberi komen Sarawak menjuarai Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah kerana pasukan itu bermain dalam liga yang mana semua pasukannya adalah ‘cap ayam’ atau tidak berkualiti.

Deejay berkenaan juga didakwa menyifatkan Sarawak sebagai pasukan yang tidak layak bermain dalam Piala Malaysia dan hanya boleh bermain di peringkat Liga Perdana.

Komen itu menimbulkan kemarahan peminat tempatan serta ahli politik di sini dan kebanyakan mereka melahirkan kekecewaan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter serta menggesa program Astro itu diboikot selain timbul ancaman bunuh terhadap Johan dan Ray, jika mereka berkunjung ke Sarawak.

Pemantauan Bernama mendapati kebanyakan blog memulakan kempen bagi memboikot Era FM sebagai tanda protes jika deejay berkenaan enggan memohon maaf ketika mereka ke udara.

Naib Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Pandi Suhaili berkata, deejay berkenaan adalah personaliti yang dikenali ramai dan mereka sepatutnya mengetahui etika ketika bersiaran di radio.

“Pemuda PBB mendesak satu permohonan maaf dibuat secara terbuka, jika mereka bergurau, maka mereka sudah melampaui batasan, perlu ada had, mereka harus memahami sensitiviti komuniti tempatan,” katanya kepada Bernama.

Dalam perkembangan lain, Jake berkata, peluasan itu sebahagian rancangan jangka panjang Astro Radio bagi memperkukuh kedudukannya dalam industri penyiaran di negara ini.

“Visi kami ialah memiliki operasi sendiri yang bebas di Sabah dan Sarawak, mudah-mudahan ia akan menjadi kenyataan dalam tempoh 24 hingga 36 bulan akan datang,” katanya.

Beliau berkata pada masa ini, sesetengah program yang bersiaran adalah dari Semenanjung, dan selepas beroperasi sepenuhnya di sini, pendengar di Sarawak serta Sabah boleh menikmati kandungan tempatan 24 jam sehari.

Ketika ini, dianggar lebih 500,000 pendengar Era FM, hitz fm serta My FM di Sarawak dan Sabah. -Bernama

PS: Bukan saja deejay-deejay tersebut seharusnya diarah untuk memohon maaf dari Juara Liga Perdana-Sarawak tapi mereka sepatutnya juga disaran agar memohon maaf dari setiap pasukan-pasukan yang bermain di Liga Perdana pada musim lepas. 

-UnReportedNews™®

Tuesday, 13 August 2013

BADMINTON PUN NAK MENIPU, PUNYALAH BUSUK BANGSA NI!

-RAJA SEGALA PUTAR ALAM! DARI MENIPU, CLONNING, IMMITATION, DEPALAH NOMBOR SATU, KALAU TAK DAPAT MENIPU SECARA HALUS, DEPA BUAT SECARA KASAR SEBAGAIMANA MEREKA BUAT KAT DATUK LEE CHONG WEI SEMALAM! KEKEKE!!!-

Jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei mungkin gagal dalam misi meraih gelaran sulung pada Kejohanan Dunia selepas terpaksa menarik diri di set penentuan ketika 17-20 berikutan mengalami kekejangan otot di kaki dan perut, sekaligus tewas kepada musuh tradisinya, Lin Dan dari China 21-16, 13-21, 20-17 pada aksi final di Gimnasium Tertutup Tianhe, Guanzhaou malam tadi.

Bagaimanapun, ada beberapa perkara yang boleh dipertikaikan terutama tindakan penganjur menutup penghawa dingin dalam stadium yang menyebabkan Chong Wei mengalami dihidrasi dan menyukarkannya untuk bernafas.

Ia seolah-olah ada unsur sabotaj bagi membolehkan Lin Dan merekodkan kejuaraan dunia buat kali kelima sepanjang kerjayanya.

”Perlawanan hari ini (malam tadi) memang kompetitif apabila kedua-dua pemain menunjukkan prestasi baik dan boleh disifatkan sebagai pertembungan antara dua lagenda badminton dunia.

“Namun, apa yang saya ingin pertikaikan adalah tindakan penganjur menutup penghawa dingin sehingga menyebabkan suasana dalam stadium menjadi terlalu panas. Itu yang menyebabkan Chong Wei mengalami kekejangan otot kerana tiada oksigen dan menyukarkannya bernafas,” kata jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock.

Menurut Seu Bock, barisan pengurusan skuad negara sudah mengemukakan aduan ketika perlawanan kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) terhadap masalah itu namun badan induk berkenaan memberi maklum balas mengecewakan apabila menjelaskan yang mereka tidak tahu berhubung perkara itu.

“BWF kata itu bukan tanggungjawab mereka kerana penghawa dingin dikawal oleh Jawatankuasa Penganjur Kejohanan (Local Organising Committee), jadi kami sendiri tidak tahu apa puncanya.”

“Kalah tetap kalah tetapi situasi seperti ini memberi petanda negatif terhadap sesuatu pertandingan dan ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada pemain. Chong Wei seorang pemain yang tidak mudah berputus asa dan sebab itu dia masih mahu bermain walaupun suatu ketika sudah mengalami kekejangan otot sebelum menarik diri,” katanya.

Chong Wei dikejarkan ke hospital tempatan sejurus selepas itu tetapi dilaporkan keadaannya stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

‘Saya simpati nasib Chong Wei’

Sementara itu, Lin Dan menjadi pemain perseorangan lelaki paling berjaya dalam sejarah badminton dunia dengan lima kejuaraan dunia yang dirakamkan itu selepas kejayaan pada 2006 (Madrid), 2007 (Kuala Lumpur), 2009 (Hyderabad), dan 2011 (London).

“Saya bersimpati dengan nasib yang menimpa Chong Wei kerana kami sudah memberi aksi terbaik untuk penonton. Ketika saya mendahului 19-16, dia mula mengalami kekejangan otot dan saya bertanya kepadanya apa yang berlaku dan ketika itu saya sudah tidak fikir yang kami ini adalah lawan.

“Saya tahu dia tidak mahu menyerah kalah tetapi nasib tidak menyebelahinya. Saya berterima kasih kepadanya kerana menjadi lawan yang membuatkan bermotivasi tinggi mempamerkan aksi terbaik,” kata Lin Dan. (sumber

-UnReportedNews™®

Tuesday, 23 July 2013

VIDEO: PEMAIN BADMINTON BERGADUH DALAM PERLAWANAN!

-DUA BEKAS PEMAIN SKUAD OLIMPIK THAILAND TERLIBAT DALAM SATU PERGADUHAN KETIKA PERLAWANAN AKHIR BERGU LELAKI DI KEJOHANAN TERBUKA KANADA DI VANCOUVER! KEKEKE!!!-

Sukan badminton mungkin dianggap sebagai sukan yang sukar untuk tercetusnya pergaduhan.

Lain pula halnya yang terjadi di Kejohanan Badminton Terbuka Kanada 2013 Ahad lepas.

Dua bekas pemain skuad Olimpik Thailand terlibat dalam satu pergaduhan ketika perlawanan akhir beregu lelaki di kejohanan itu yang diadakan di Vancouver, Kanada.

Pada kejadian itu yang kini menjadi antara video menarik di laman YouTube, pemain Thailand Bodin Issara dilihat mengejar bekas rakan beregunya Maneepong Jongjit sekeliling dewan kejohanan selepas berlaku insiden tidak memuaskan hati di antara mereka.

Kejadian itu kini disiasat oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Issara kemudian pantas ditenangkan oleh Jurulatih dan pegawai kejohanan manakala pasangan beregunya Pakkawat Vilailak membawa Jongjit yang sudah tidak berbaju jauh dari gelanggang.

Issara yang menerima dua jahitan akibat kejadian itu berkata Jongjit sebelum itu mula memukulnya dengan raket.

Bagamanapun, kedua-dua pemain ketika perlawanan sudah diberikan amaran oleh pengadil kerana saling mengeluarkan kata-kata kesat. di antara satu sama lain.

Jongjit dan pasangannya Nipitphon Puangpuapech juga dari Thailand diberikan kemenangan percuma selepas Issara diberikan Kad Hitam oleh pengadil.

Semalam BWF dalam satu kenyataan berkata kejadian itu akan disiasat oleh badan induk sukan itu mengikut prosedur yang ditetapkan untuk mengatasi kejadian kontroversi seperti ini dan akan disiasat oleh Jawatankuasa Disiplin.

Jongjit dan Issara ketika berpasangan berada pada rangking kelapan dunia dan telah berjaya layak ke peringkat Suku Akhir Sukan Olimpik 2012 di London.



Pasangan itu berpecah Januari lalu dan kemudian Issara mengumumkan persaraanya dalam dunia badminton sebelum kembali bertanding dengan pasangan beregu yang lain. (sumber

-UnReportedNews™®

Thursday, 11 July 2013

KES ROGOL SUKMA: SASPEK ROGOL DIDAKWA HARI INI

-APAKAH ACARA "ROGOL BERGANTI-GANTI" NI ACARA SUKMA TERKINI KER? TERSASAR SUNGGUH NIAT-NIAT MEREKA YANG PERGI KE SUKMA UNTUK BERSUKAN NAMUN SEBALIKNYA "BERSUKAN ATAS RANJANG" PULAK JADINYE! KEKEKE!!!- 

Tiga atlet Sukan Malaysia (Sukma) dijangka akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas dakwaan merogol seorang pengiring bagi pasukan bola baling Wilayah Persekutuan yang berumur 19 tahun.

Menurut laporan mStar, salah seorang daripada mereka dikenali sebagai Adib Adha Ismail, 18, yang mengaku tidak bersalah merogol pengiring itu di sebuah bilik di Kolej Kedua Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang pada kira-kira pukul 4.10 pagi pada 4 Julai lalu.

Dia diikat jamin sebanyak RM10,000 oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Yasmin Abdul Razak sehingga 20 Ogos apabila kes itu akan dibawa ke mahkamah sekali lagi.

Dua atlet yang didakwa masih belum dihadapkan di hadapan hakim.

Tiga atlet yang berumur 18 dan 19 tahun itu ditahan reman berikutan dakwaan rogol itu pada 7 Julai berlaku semasa berakhirnya temasya sukan itu di perkampungan sukan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sekumpulan pemberita dan jurugambar sedang menunggu di luar mahkamah sejak pagi pendakwaan terhadap suspek.

Terdahulu, mangsa dikatakan telah keluar minum bersama ketiga-tiga lelaki itu sebelum kejadian pada hari berkenaan dan dakwaan rogol itu berlaku di bilik dorm di perkampungan sukan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mendakwa pegawai rasmi pasukan bola baling Wilayah Persekutuan turut menyertai sesi minum bersama para pemain sebelum kejadian rogol berlaku.

-UnReportedNews™®

Monday, 8 July 2013

PENGADIL DIPENGGAL KEPALA KETIKA PERLAWANAN BOLASEPAK

-PENONTON YANG MEYAKSIKAN PERLAWANAN MELURU MASUK KE PADANG SEBELUM MEMOTONG KEPALA PENGADIL & MEMACAKKAN KEPALA YANG DIPENGGAL ITU DI TENGAH PADANG!-

Di Brazil, seorang pengadil perlawanan bola sepak dipenggal kepala selepas dia menikam seorang pemain ketika perlawanan diadakan di stadium Pius XII, di Maranhao, pada 30 Jun lalu.

Kejadian bermula selepas Octavio da Silva Catanhede Jordan, 20, telah bergaduh dengan salah seorang pemain, Josenir dos Santos Abreu , 30,.

Pertengkaran berlaku selepas Santos Abreu tidak berpuas hati dengan tindakan Octavio yang mengarahkan keluar padang.

Santos Abreu kemudiannya enggan beredar menyebabkan berlaku pergaduhan sebelum Octavio mengeluarkan pisau kecil dan menikam pemain itu berulang kali.

Mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Dalam masa sama, penyokong dan keluarga Santos Abreu yang menyaksikan perlawanan itu, kemudiannya meluru masuk ke dalam padang sebelum mereka memotong kepala Octavio.

Mereka kemudiannya meletakkan kepala Octavio di tengah padang.

Setakat ini polis telah menahan seorang lelaki, Luis Moraes Souza dan sedang memburu dua yang lain,dikenali sebagai ‘Chiquinho’ dan ‘Pirolo’. (sumber

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List