Wednesday 2 October 2013

KHAIRY HARUS SELIDIK SEBELUM KELUAR KENYATAAN PASUKAN BOLASEPAK SARAWAK DISIASAT BERKAITAN RASUAH?

-BIARPUN DALAM USIA MUDA, SEBAGAI SEORANG YANG BERPENGALAMAN DALAM DUNIA POLITIK, LEBIH-LEBIH DIPERTANGGUNGJAWAB MEMEGANG JAWATAN SEORANG MENTERI DALAM HAL YANG BERKAITANI, KHAIRY SENDIRI SEHARUSNYA “TIDAK BOLEH MELATAH & TERUS MENYALAHKAN ORANG LAIN SEPERTIMANA NASIHAT YANG BELIAU TUJUKAN BUAT MEREKA-MEREKA YANG KONONNYA KAITAN DENGAN “RASUAH” & TIDAKLAH KETERLALUAN JUGA, SEKIRANYA, DIA  SECARA GENTLEMAN MEMOHON MAAF DIATAS KEJADIAN TERSEBUT! KEKEKE!!!-


Admin UnReportedNews™® begitu keciwa dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang dianggap dibuat tanpa usul- periksa terlebih dahulu kerana menyokong tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang kononnya sedang menyiasat Pasukan Bolasepak Sarawak walhal, tiadapun sebarang siasatan dijalankan ke atas Pasukan Bujang Senang sepertimana yang didakwa.

Rakyat Sarawak mungkin masih lagi dapat bersabar jika Pasukan Bolasepak Negeri ini dilabel dan dihina sebagai pasukan "Cap Ayam" beraksi di peringkat Liga Perdana oleh sesetengah pihak tidak beberapa lama dahulu yang kemudiannya, memohon maaf diatas keceluparan mereka. Okay, takpe.

Kami juga masih boleh bersabar dengan sikap "double standard" yang amat ketara mana-mana pihak yang berkaitan jarang sekali sekali menyiarkan liputan perlawanan yang melibatkan Pasukan Bolasepak Sarawak beraksi di television secara langsung biarpun duduk bertapa diatas takhta liga sebaliknya menyiarkan (tanpa niat menghina) perlawanan pasukan-pasukan lain yang duduk dibawah liga tersebut.

Biarpun memang ramai kami yang merasa begitu kecewa bercampur  kesal akan rentetan-rentetan ini, rakyat Sarawak tetap akur dan masih lagi bersabar biarpun dipandang "enteng dengan sebelah mata" tapi, jika ianya melibatkan maruah dan harga diri kami, dituduh melulu tanpa kesahihan, hanya kerana prejudis kesilapan lampau, ianya sudah pasti akan menjangkau batas kesabaran kami.

Khairy yang ditemui oleh pemberita satu Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di Kuala Lumpur semalam menyatakan FAM sedang menyiasat pasukan bola sepak Sarawak kerana disyaki terlibat mengatur perlawanan dalam pertandingan Piala Malaysia.

"Siasatan ke atas pasukan yang dikaitkan terbabit dengan unsur rasuah termasuk terhadap skuad Sarawak, adalah permintaan daripada beliau sendiri supaya FAM memainkan peranan penting bagi memastikan gejala tersebut tidak berleluasa.”

“Apabila ada antara negeri yang diambil tindakan (disiasat), mereka perlu beri kerjasama dan kita perlu tegas dengan tindakan yang akan dikenakan, ini bukan soal kita menyalahkan mana-mana pihak tetapi jika ada laporan yang menyaksikan sesebuah pasukan negeri terlibat dalam rasuah atau bookie atau mengatur perlawanan, saya harap mereka jangan melenting dan menyalahkan FAM.” 

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM Tan Sri Aseh Che Mat selepas mempengurusikan mesyuarat yang dilapor mengeluarkan kenyataan, selain Perak, Sarawak juga disyaki terlibat mengatur keputusan perlawanan yang menyaksikan skuad Bujang Senang menang besar 6-1 ke atas skuad Seladang, dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Malaysia di Stadium Negeri pada 21 September lepas.

Pengurus Pasukan Bolasepak Sarawak Datuk Mohamad Abu Bakar Marzuki juga dilaporkan, dalam responnya terhadap kenyataan tersebut mahukan penjelasan dengan segera serta menganggap “dakwaan FAM itu sebagai melulu”. (Memang patut pun Abu Bakar berkata begitu bagi mempertahankan anak-anak buahnya)

“Kita mesti siasat, beri peluang kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat tapi jangan menyalahkan proses yang dijalankan oleh pihak berkuasa termasuk FAM, kata Khairy mengingat semua pihak perlu bertindak tegas dalam memerangi rasuah dan siasatan perlu dijalankan jika ada laporan mengenai perkara tersebut.

Dakwaan Khairy dan Aseh mengenai Sarawak sedang “disiasat”, baik oleh pihak polis, SPRM mahupun FAM sendiri sebaliknya dinafi sekeras-kerasnya oleh Setiausaha Agung FAM Dato Hamidin Mohd Amin  malah menegaskan sepanjang mesyuarat Jawatankuasa Integriti FAM semalam, isu yang kononnya “berkemungkinan terdapat unsur rasuah dalam Pasukan Bolasepak Sarawak dan akan disiasat” sedikit pun tidak pernah dibincang atau disebut semasa mesyuarat berkenaan dijalankan.

Admin UnReportedNews™® tidak menyalahkan Khairy diatas “kerakusannya yang secara tidak langsung bagaikan terus menghukum” Pasukan Bolasepak Sarawak, yelah, darah muda memang cepat melatah tapi walauapun alasan, sebagai seorang Menteri, beliau harus peka “double-check” isu-isu yang disoal pemberita dan dalam perkara ini, wajar bagi Khairy berlatih memberanikan diri untuk berkata, “Saya belum lagi dimaklumkan secara terperinci perkara yang anda tanya,” kepada pemberita daripada mengulangi kenyataan orang lain tanpa usul periksa, laksana lagak burung tiong.

Admin UnReportedNews™® juga berpendapat tindakan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM (Aseh) yang telah mengumumkan sesuatu  kenyataan yang kemudiannya disangkal oleh Setiausaha Agung FAM sendiri (Hamidin) sebaliknya, harus disiasat oleh pihak polis dan SPRM untuk mengetahui apakah niat sebenar disebalik “fitnah yang sebegini rupa” telah dilempar kepada Pasukan Bolasepak Sarawak.

Persoalannya, mengapa sengaja hendak menpertikaikan kemenangan besar Sarawak? Kenapa mentaliti sesetengah pihak atau individu dari kalangan rakyat Malaysia kita sendiri masih masih memandang rendah kepada kemampuan Negeri Sarawak untuk mencapai kejayaan? Hakikatnya, pada musim lepas, Sarawak mencipta sejarah menjadi negeri kedua selepas Kedah menjuarai Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah disepanjang sejarah sukan bolasepak Malaysia dan tidak keterlaluan, jika Admin UnReportedNews™® berpendapat mungkin ada pihak yang mensyaki terdapatnya unsur-unsur rasuah untuk mencapai kejuaraan tersebut. Macamlah Sarawak ni tiada mereka yang berkebolehan yang mampu menjadi pemenang dalam apa jua bidang sukan, tahap kebangsaan malah, harus kita ingat Pandalela Renong yang menjadi wanita Malaysia pertama memperolehi pingat gangsa untuk negara adalah dari Sarawak. Nak syak wasangka juga terhadap kejayaaannya? 

Amatlah tidak adil dan tiada justifikasi bagi Khairy, biarpun sebagai seorang menteri dengan secara tidak langsung terus menuduh Pasukan Bolasepak Sarawak berkemungkinan ada penglibatan dengan rasuah kerana Pasukan Bolasepak Sarawak pernah dikaitkan dengan gejala tersebut satu ketika dulu.

Teringat pada malam perlawanan bolasepak berkenaan dimana Admin UnReportedNews™® serta rakan-rakan FB dalam status FB kami mengucapkan syukur dan terimakasih kepada pihak-pihak yang telah menyajikan kami dengan siaran langsung tersebut dan biarpun tewas, beberapa rakan blogger khususnya dari Perak bahkan sempat bergurau mengenainya (dalam FB) dan tidak kurang juga mengakui Pasukan Bolasepak Sarawak bermain lebih baik dari Perak, sebagai lumrah mana-mana pertandingan, pasti ada pihak yang menang tewas.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List