Showing posts with label Abang Johari. Show all posts
Showing posts with label Abang Johari. Show all posts

Thursday, 11 August 2016

Sarawak Masih Kekal Dengan Pendirian Dapatkan Penjelasan Daripada Petronas


KUCHING:  Sarawak masih kekal dengan pendirian untuk mendapatkan penjelasan daripada Petronas walaupun syarikat itu telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu permohonan permit pekerjaan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, ia hanya kenyataan yang dikeluarkan syarikat berkenaan namun mereka masih belum memberi sebarang alasan mengenai menamatkan perkhidmatan rakyat Sarawak daripada operasinya di negeri ini.

“Kita masih menunggu butiran atau penjelasan alasan mereka, yang hari ini (semalam) hanya kenyataan akhbar yang dikeluarkan mereka.

“Menurut kenyataan itu keputusan (moratorium) mungkin berdasarkan tanggapan salah terhadap penstrukturan semula ini dan ini bermakna mereka (Petronas) harus ada alasan untuk menyatakan perkara berkenaan.

“Kita masih menunggu butiran dan selepas itu baharu kita akan membuat keputusan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai perkembangan isu Petronas,  di mana kerajaan negeri telah membekukan serta-merta permohonan permit kerja baharu untuk kakitangan Petronas dari luar Sarawak.

Langkah itu ekoran aduan bahawa Petronas menamatkan perkhidmatan rakyat Sarawak daripada operasinya di Sarawak walaupun jumlah rakyat tempatan sudah cukup rendah.

Sementara itu, semalam dalam kenyataan yang dikeluarkan Kumpulan Komunikasi Strategik Jabatan Perhubungan Media Petronas menyatakan, Petronas bimbang dengan keputusan kerajaan negeri melaksakanakan moratorium ke atas semua permohonan permit baharu pekerjaan untuk pekerja luar Sarawak bekerja di negeri ini.

Syarikat itu percaya keputusan yang diumumkan pada hujung minggu lepas mungkin dibuat berdasarkan tanggapan salah terhadap penstrukturan semula perniagaan kumpulan itu yang telah secara tidak adil memberi kesan kepada pekerjanya dari Sarawak.

Sementara itu berhubung penubuhan parti baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia di bawah naugan Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Abang Johari yang juga Menteri Perumahan dan Urbanisasi berkata, ia terpulang kepada mereka untuk berbuat demikian.

“Ia terpulang kepada mereka untuk berbuat demikian dan ia tidak ada kaitan dengan Sarawak.


“Asalkan perkara itu tidak mengganggu keamanan dan ketenteraman rakyat negeri ini,” tegasnya. - UB

-UnReportedNews™®

Thursday, 21 July 2016

Sarawak Tidak Berniat Mahu Keluar Malaysia


Usaha kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem untuk mengembalikan hak-hak Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia (MA) 1963 tidak harus dilihat sebagai ikhtiar Sarawak mahu keluar dari Malaysia.

Perkara itu ditegaskan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg sambil menambah, beberapa hak Sarawak terutama dalam Senarai Negeri (State List) dan ANNEX C Perjanjian Malaysia sudah terhakis.

“Satu perkara yang mahu saya tegaskan, kita (Sarawak) akan kekal dalam Malaysia. Tidak bermakna apabila kita membangkit dan memperjuangkan perkara ini (hak-hak negeri) kita mahu keluar dari Malaysia.

“Tidak sama sekali. Keluar Malaysia bukannya persoalan, kita hanya mahu mengembalikan hak-hak kita yang sudah terhakis seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan raptai penuh Sambutan Hari Sarawak yang disambut besar-besaran buat julung kalinya di Tebingan Kuching, semalam.

Abang Johari yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan berkata, bagi memberi gambaran lebih jelas kepada rakyat mengenai usaha kerajaan negeri itu, Perjanjian Malaysia 1963 terutama Artikel 8 dan ANNEX C akan dipamerkan sempena Hari Sarawak esok.

“Apa yang Tok Nan (Adenan) lakukan sekarang ialah untuk mengembalikan semua hak-hak negeri yang terhakis. Ini sangat penting.

“Oleh itu Perjanjian Malaysia terutama Artikel 8 dan ANNEX C akan dipamerkan semasa pameran Sambutan Hari Sarawak pada 22 Julai ini (esok) supaya rakyat tahu,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan raptai penuh Sambutan Hari Sarawak di Tebingan Kuching, semalam.

Beliau yang juga menteri bertanggungjawab kepada Sambutan Hari Sarawak memberitahu, di bawah ANNEX A, Perjanjian Malaysia terkandung Senarai Perundangan, Pengurusan Pentadbiran dan Jaminan.

Bermakna wujudnya ‘perlindungan’ Sarawak di dalam Perjanjian Malaysia 1963 di bawah ANNEX A, ujarnya.

Abang Johari memberitahu bahawa di bawah ANNEX C iaitu kenyataan bersama dikeluarkan Kerajaan British dan Kerajaan Malaya ketika MA ditandatangani tiga perkara perlu ditekankan iaitu Perkara 2, 5 dan 7.

“Perkara 5 ANNEX C menyebut ‘Perlindungan ini akan meliputi perkara-perkara seperti kebebasan beragama, pendidikan, perwakilan dalam Parlimen Persekutuan, kedudukan penduduk asal, kawalan imigrasi, kewarganegaraan dan perlembagaan negeri.

“Semua ini adalah hak-hak kita dan sebahagian daripadanya sudah terhakis,” katanya.

Sementara itu katanya, di bawah ‘Senarai Negeri’ 12 perkara adalah di bawah kuasa kerajaan negeri antaranya Undang-Undang Islam, Tanah, Pertanian dan Perhutanan, Kerajaan Tempatan, Cuti-Cuti Negeri, Penyu dan Penangkapan Ikan Sungai dan Perlindungan tentang sebarang perkara termaktub dalam Senarai Negeri.

“Kita akan pamerkan semua ini, supaya rakyat tahu apa yang diperjuangkan oleh kerajaan kita iaitu mengembalikan hak-hak kita yang sudah terhakis,” katanya.

Mengenai persiapan Sambutan Hari Sarawak Jumaat ini, Abang Johari berkata beliau amat berpuas hati dengan komitmen ditunjukkan semua pihak bagi memastikan acara itu berlangsung sempurna.

“Saya berharap Sambutan Hari Sarawak akan berlangsung mengikut perancangan dan saya mengalu-alukan orang ramai datang menyaksikan sambutan hari bersejarah ini,” katanya. - UB

-UnReportedNews™®

Thursday, 15 May 2014

DAP SARAWAK BAGAI ANJING MENYALAK

-UMPAMA ANJING MENYALAK, BILA DIDEKATI IA LARI KETAKUTAN, BEGITU KEADAAN DI DUN SARAWAK, BILA MENTERI MEMBERI PENJELASAN MENGENAI ISU YANG DIBANGKITKAN KERAJAAN, PEMBANGKANG "MENGHILANG DIRI"! SEBIJIK MACAM ANJING! KEKEKE!!!-


Menteri Perumahan Sarawak Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg berkata kerajaan negeri mengambil serius dalam mengurangkan jumlah penempatan setinggan di tanah kerajaan termasuk di Sungai Midin di Batu Kawa Kuching.

"Tuduhan oleh ADUN Batu Kawa dari DAP Christina Chiew Wang See bahawa kerajaan tidak menepati janji dan mengabaikan penempatan setinggan di kawasannya adalah tidak benar."

Beliau berkata demikian di Sidang Media di Dewan Undangan Negeri di Petra Jaya Kuching hari ini.

"Ini yang telah kami lakukan kepada Sungai Midin yang asalnya tanah gambut dan dalam dua tahun kami telah membangunkan jalaraya dan akan membi9na rumah mersa," kata Johari sambil menunjukkan gambar kawasan yang dimaksudnya tersebut.

Tambahnya kerajaan juga telah berjaya mengurangkan jumlah setinggan dari sembilan ribu isu rumah kepada tujuh ribu isi rumah dalam tempoh dua tahun ini.

Terlebih dahulu Johari telah menjelaskan perkara didalam dewan semasa ucapan penggulungannya namun malangnya ADUN Batu Kawa yang telah membangkit perkara berkenaan tiada di Dewan semasa itu. 

Jikalaulah benar-benar ikhlas mahu membangkit isu tersebut, ADUN yang bertanya soalan tersebut sepatutnya hadir untuk mendengar penjelasan menteri berkenaan.

-UnReportedNews™®

Tuesday, 18 February 2014

ABANG JO BAKAL JADI TIMBALAN KETUA MENTERI II SARAWAK?

-PEMILIHAN ABANG JOHARI YANG JUGA MERUPAKAN TIMBALAN PRESIDEN PARTI PESAKA BUMIPUTERA BERSATU (PBB) TERSEBUT DIKATAKAN BAGI MENGISI KEKOSONGAN YANG DITINGGALKAN BEKAS PENYANDANGNYA TAN SRI DR GEORGE CHAN HONG NAM SEMENJAK PRN10-

Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg disebut-sebut bakal mengisi kekosongan portfolio Timbalan Ketua Menteri. 

Difahamkan, Abang Johari, 68, bakal bergandingan dengan seorang lagi Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang selepas Tan Sri Adenan Satem mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada 28 Februari ini menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud. 

Pemilihan Abang Johari yang juga Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi mengisi kekosongan ditinggalkan bekas penyandangnya, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam sejak Pilihan Raya Negeri Ke-10 (PRN10). 

Keputusan itu difahamkan sebahagian daripada konsensus dicapai Adenan, Abang Johari dan Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang sebelum ini disenaraikan sebagai calon pilihan pengganti Abdul Taib. 

Malah, ketiga-tiganya adalah menteri penuh dan anak didik Abdul Taib yang memang dipersiapkan bagi menerajui tampuk pentadbiran kerajaan negeri sebagai persediaan persaraannya. (sumber)

-UnReportedNews™®

Monday, 10 February 2014

HORMATILAH KEPUTUSAN TAIB!

-TAK PERLU MEMBUAT SPEKULASI SIAPA YANG AKAN MENJADI KETUA MENTERI SARAWAK MENGGANTI PEHIN SERI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD!-


Sememangnya, pengumuman Ketua Menteri Sarawak Pehin Seri Haji Abdul Taib Mahmud yang berniat hendak meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak dan memohon masa untuk memgumumkan penggantinya dalam tempoh yang terdekat begitu jelas sekali.

Tapi mengapa pula ada pihak yang seolah-olahnya cuba hendak "bermain dengan api" dengan membuat spekulasi mereka sendiri dengan menamakan pengganti Taib dengan secara terbuka?

Tidak begitu keterlaluan jika dikatakan, spekulasi sedemikian sebenarnya boleh mengganggu-gugat suasana "kekeluargaan" dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)  itu sendiri semasa proses peralihan kuasa ini dilaksanakan.

Seperti yang diumumkan oleh Pengerusi Tetap PBB Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar, Taib diberi masa untuk memilih sendiri calon pengganti dan semua Ahli Majlis Tertinggi parti dan kaukus akan menyokong penuh bakal Ketua Menteri baharu itu dan peralihan kuasa akan berlaku sebaik sahaja beliau selesai membuat keputusan mengenai calon pilihan tetapi tarikh sebenar belum diputuskan.

Maka, biarpun sesiapa saja yang terpilih, samada Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan mahupun Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Satem yang akan diumumkan oleh Taib sebagai penggantinya, biarlah ianya dari mulut Taib sendiri bukannya dari spekulasi-spekulasi tersendiri. Tolong hormati keputusan Pehin Seri Taib.

Lagi artikel berkaitan dari rakan blogger- MELANAU BLOGGER™ 

-UnReportedNews™®

Saturday, 8 February 2014

TAIB AKAN UMUM KETUA MENTERI SARAWAK BARU

-SALAH SATU DARI TIGA INDIVIDU; DATUK AMAR ABANG HAJI JOHARI TUN ABANG HAJI OPENG, DATUK AMAR HAJI AWANG TENGAH ALI HASSAN & TAN SRI DATUK AMAR HAJI ADENAN SATEM TELAH DIWAR-WARKAN AKAN DIPILIH MENJADI PENGGANTI BELIAU! SESIAPA SAJA YANG TERPILIH, PBB & BN SARAWAK AKAN TETAP BERSATU TEGUH MENYOKONG KETUA MENTERI SARAWAK YANG BARU!-


Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud sah akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak dan calon pengganti beliau akan diumum dalam tempoh terdekat.

Pengerusi Tetap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar berkata, dalam mesyuarat khas diadakan hari ini, Abdul Taib telah menyuarakan hasrat untuk melakukan peralihan kuasa dan Majlis Tertinggi parti dan kaukus sebulat suara menyerahkan kuasa kepada beliau untuk memilih dan menamakan calon pengganti pilihannya sendiri.

"Beliau diberi masa untuk memilih sendiri calon pengganti dan semua Ahli Majlis Tertinggi parti dan kaukus akan menyokong penuh bakal Ketua Menteri baharu itu.

"Peralihan kuasa akan berlaku sebaik sahaja beliau selesai membuat keputusan mengenai calon pilihan tetapi tarikh sebenar belum diputuskan," katanya dalam sidang akhbar selepas selesai mesyuarat di Ibu Pejabat PBB di sini hari ini. 

Asfia juga mengumumkan dan semua Ahli Majlis Tertinggi parti sebulat suara mencadangkan Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud menjadi pengganti Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak.

-UnReportedNews™®

Tuesday, 24 September 2013

DESAS-DESUS PERALIHAN KUASA PBB HANYA SPEKULASI!

-DISEBALIK SPEKULASI YANG MENGATAKAN TAIB AKAN MENYERAHKAN TAMPUK PIMPINAN, BELIAU MENDAPAT SOKONGAN PADU DARI AKAR UMBI PBB UNTUK KEKAL MENJADI PRESIDEN PBB PADA KONVENSYEN AGUNG PBB BULAN DEPAN! DEMIKIANLAH LAUNGAN IKRAR AHLI PBB KEPADA TAIB! HIDUP TAIB, HIDUP PBB!-

Segala desas-desus mengenai peralihan kuasa dalam Presiden Parti Pesaka Bumiputera (PBB) dan juga Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud akan berlaku pada mesyuarat Majlis Tertinggi parti tersebut malam semalam tersasar sama sekali.

Mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi parti itu akan diadakan menjelang Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali sebaliknya adalah mesyuarat mengenai persiapan Persidangan Perwakilan PBB Tiga Tahun Sekali sahaja.

Spekulasi ini dikatakan berlaku berikutan dari sumber dalam parti dan penganalisis percaya Presiden parti itu mungkin memberi laluan kepada pucuk pimpinan baru untuk menerajui parti tersebut.

Laporan penuh UnReportedNews™® dari ibu pejabat PBB semalam:

Bilangan ahli-ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak akan ditambah dengan kuota tambahan dari Pemuda PBB dan Sayap Wanita.

Ini dinyatakan Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg dimana keputusan untuk membuat penambahan ahli-ahli Majlis Tertinggi telah dibuat semasa Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB semalam.

"Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi kami tadi, kami telah mencapai  keputusan untuk membuat beberapa pindaan dengan membuat beberapa tambahan ahli-ahli Majlis Tertinggi kami dari kalangan sayap Pemuda dan Wanita PBB."

"Selain itu, kami hanya membincangkan tentang persediaan untuk Konvensyen Tahunan PBB kami yang akan diadakan bulan depan," katanya ketika ditanya sama ada terdapat agenda lain yang dibincangkan semasa Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi tersebut.

Johari yang juga Menteri Pelancongan dan Perumahan ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di Ibu Pejabat PBB di Jalan Bako di Bandaraya Kuching ini.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang juga Presiden PBB bermula pada pukul 8 malam pada hari Isnin sehingga jam 12:30 pagi.

Konvensyen Tahunan PBB akan diadakan dari ini datang Oktober 20-22 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di mana kira-kira 800 perwakilan dari seluruh negeri PBB akan mengadakan mesyuarat mereka pada Oktober 18 manakala, hari berikutnya (19) adalah giliran buat 4200 delegasi dari kaum Bapa untuk bermesyaurat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menjadi tetamu kehormat untuk merasmikan Konvensyen Tahunan PBB pada 21 Oktober.

Ketua Pemuda PBB Datuk Haji Fadillah Haji Yusuf, yang juga Menteri Kerja Raya ketika ditemui di tempat yang sama bagaimanapun, enggan memberi sebarang komen.

Pada minggu lepas di Miri, PBB ahli-ahli Majlis Tertinggi yang diketuai oleh Timbalan Presiden PBB Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu dilaporkan telah sebulat suara menyatakan sokongan mereka untuk Taib untuk kekal sebagai Presiden PBB.

Turut hadir pada Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB ialah Timbalan Presiden PBB Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Setiausaha Agung PBB Dr Stephen Rundi dan ahli-ahli Majlis Tertinggi PBB.

PS: "Pesanan buat "orang luar" Sarawak, jangan nak mencurahkan minyak ke dalam api, nanti rentung diri sendiri, kalau tak faham politik Sarawak, jangan nak memandai buat spekulasi.

-UnReportedNews™®

Monday, 16 September 2013

GAMBAR: LAWATAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG DI PAMIRAN 50 TAHUN GEMILANG SARAWAK

-DAULAT TUANKU .. SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG RAJA TUANKU AL-HAJ ABDUL HALIM MU'AZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH MENCEMAR DULI MELAWAT TAPAK PAMIRAN 50 TAHUN GEMILANG SARAWAK DI KOMPLEX MAHKAMAH LAMA DI BANDARAYA KUCHING, SARAWAK SEMPENA SAMBUTAN 50 TAHUN SARAWAK MERDEKA DALAM MALAYSIA-







-UnReportedNews™®

Saturday, 17 August 2013

TAIB DIJANGKA AKAN KEKAL JADI PENGERUSI PBB!

-KONVENSYEN PBB BAKAL DIADAKAN DALAM TEMPOH KURANG TIGA BULAN LAGI & KETUA MENTERI SARAWAK PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD DIJANGKA AKAN MENGEKALKAN JAWATANNYA SEBAGAI PRESIDEN PBB! HIDUP TAIB! HIDUP PBB! HIDUP SARAWAK!-

Dengan tempoh kurang tiga bulan konvensyen Parti Pesaka Bumiputera bakal diadakan, tiada tanda-tanda Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan melepaskan jawatannya sebagai presiden parti walaupun telah 32 tahun memegang jawatan berkenaan.

Spekulasi itu bertiup kencang ekoran kenyataan Taib apabila beliau menyatakan akan melepaskan jawatannya selepas pilihan raya negeri pada 2011.

Taib dilaporkan berkata pada sidang media 19 Mac 2011, bahawa beliau komited dengan usaha untuk memastikan peralihan kuasa berjalan lancar dan dia merancang untuk menyerahkan kuasa dalam tempoh separuh penggal berkenaan.

Bagaiamanapun, tiada sebarang tanda yang menunjukkan ia akan berlangsung secepat mungkin dan besar kemungkinan Taib akan sekali kekal sebagai presiden parti yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional negeri tanpa dicabar.

Ahli Majlis Tertinggi PBB, Abdul Karim Rahman Hamzah turut menolak spekulasi Taib akan meletakkan jawatannya, beliau menyifatkan berita mengenai peralihan kuasa kepimpinan parti hanyalah khabar angin.

"Bukan itu sahaja, borang pencalonan bagi beberapa jawatan juga tidak diedarkan oleh ibu pejabat kami,"

Timbalan Presiden PBB, Tan Sri Alfred Jabu yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata tiada kejutan yang dijangka berlaku pada konvensyen berkenaan.

Selari dengan pendirian itu, Timbalan Ketua Penerangan PBB, Datuk Peter Minos berkata jika ada yang mahu bertanding jawatan tertinggi parti, terutamanya jawatan Naib Presiden dan ke atas, ia adalah kerana mereka mahu meletakkan jawatan.

Namun setakat ini, tiada seorang pun ahli exco menyatakan hasrat untuk berbuat demikian.

Ketepikan soal konvensyen, Taib telah menjadi perhatian ketika rumah terbuka Hari Raya anjurannya minggu lalu. Beliau turut diiringi Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Naib Presiden Kanan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Tiada rahsia kedua-dua pemimpin berkenaan merupakan dua individu yang berpotensi bakal menggantikan Taib dan ada ahli PBB percaya Taib akan mengambil peluang untuk membimbing mereka ketika lawatan rumah terbuka berkenaan.

"Ketua Menteri berseorangan dalam helikopter, beliau ditemani Abang Johari dan Awang Tengah dalam satu lagi helikopter. Mungkin, Ketua Menteri sedang cuba untuk mengukuhkan hubungan mereka dan bekerjasama dengan lebih rapat sebelum beliau meletakkan jawatannya," kata sumber dalaman PBB.

Sumber berkenaan berkata, dalam ucapannya Taib juga akan berhenti, selepas beliau menyebut perkataan, “yang lama berganti yang baru”.

Bagaimanapun, pemimpin kanan PBB, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata orang ramai tidak harus mengambil serius apa yang berlaku ketika rumah terbuka Hari Raya itu.

Beliau berkata Hari Raya merupakan hari untuk bergembira, bersatu-padu dan bermaaf-maafan yang juga merupakan nilai-nilai yang dituntut dalam Islam.

"Tiada keperluan untuk meneka sebaliknya. Imaginasi liar akan hanya mengemukakan banyak andaian dan saya tidak akan berbuat demikian.

"Taib ialah pemimpin BN negeri dan ketua pentadbiran negeri, saya tidak lihat apa kepentingan untuk membuat spekulasi mengenai Johari dan Tengah hanya kerana mereka pergi melawat dan membuat kerja bersama-sama," katanya. (sumber

-UnReportedNews™®

Wednesday, 8 May 2013

PAKATAN SEBENARNYA REDHA AKAN KEPUTUSAN PRU-13 !

-BIARPUN ANWAR IBRAHIM MENYATAKAN PAKATAN MENOLAK KEPUTUSAN ITU, HAKIKATNYA MEREKA SUDAHPUN MENERIMANYA KERANA PULAU PINANG & KELANTAN YANG DI UASAI PKR & PAS DIANTARA YANG TERAWAL MENERIMA WATIKAH PERLANTIKAN KETUA MENTERI & MENTERI BESAR NEGERI-NEGERI TERSEBUT! ALAHAI, MALU-MAU KUCING PULAK BANG ANU NI! KEKEKE-

Pakatan Rakyat tidak menolak keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata penganalisis politik, Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad.

Sulastry yang dipetik AntaraPos sebagai berkata walaupun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Pakatan Rakyat menolak keputusan itu, hakikatnya adalah sebaliknya.

Ini kerana negeri taklukkannya Pulau Pinang dan Kelantan antara yang terawal menerima watikah pelantikan untuk membentuk kerajaan negeri sebaik menang pada PRU, Ahad lalu.

Semalam, Lim Guan Eng dan Datuk Ahmad Yakob mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Kelantan.

“Sekiranya mereka tidak mahu menerima bahawa keputusan PRU kali ini mandat diberikan kepada BN di bawah pimpinan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib, saya lihat perkara ini tidak berlaku..kerana mereka sudah memberitahu wartawan bahawa mereka akan mengumumkan siapa akan jadi Ketua Menteri, siapa akan mengangkat sumpah, siapa yang akan membentuk kerajaan di peringkat negeri dan sebagainya.

Pakatan tidak akan menerima keputusan ini dan
akan BERBUAT SESUATU!
“Sekiranya keputusan itu sudah dibuat, ternyata mereka menerima keputusan yang sudah diumumkan SPR. Jadi tidak timbul isu bahawa undi popular itu mereka yang punya dan mereka menolak keputusan,” katanya kepada Antarapos.

Sulastri dalam pada itu menjelaskan perihal undi popular yang semakin hangat dipersoal bukan sahaja dikalangan penyokong bahkan juga pemimpin pembangkang.

Rata-rata mereka mempertikaikan kemenangan Barisan Nasional (BN) yang berjaya menubuhkan kerajaan persekutuan walhal undi popular adalah milik Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat memperolehi 54.72 peratus undi popular berbanding BN yang hanya mencatat 44.49 undi sahaja.

Undi popular adalah jumlah keseluruhan undi bagi semua kerusi yang dimenangi sesebuah parti.

Sulastri berkata di Malaysia sistem yang diamalkan adalah parti yang memenangi banyak bilangan kerusi akan membentuk kerajaan, bukannya undi popular.

“Undi popular dekat Malaysia ini kita tak amalkan sama macam negara luar. Kebanyakan negara barat itu boleh dikatakan demokrasi mereka lebih menekankan kepada undi popular bukan sahaja kepada parti malah pada calon-calon yang bertanding.

“Di negara kita, kita menerima apa sahaja keputusan SPR keluarkan dan pertandingan yang dibuat itu adalah berdasarkan bilangan kerusi yang dipertandingkan mengikut parti-parti politik dalam PRU13,” jelas beliau lagi.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengumumkan BN memperolehi 133 kerusi berbanding Pakatan Rakyat yang hanya memenangi 89 kerusi. 

-UnReportedNews™®

Sunday, 31 March 2013

MALAYSIA MENYERLAH DI AIFFA 2013 DENGAN EMPAT ANUGERAH

-MAJLIS ANUGERAH FILEM PRESTIJ BERTARAF ANTARABANGSA INI YANG MELIBATKAN LEBIH 2 BUAH NEGARA DARI SELURUH DUNIA MERUPAKAN ACARA YANG JULUNG-JULUNG KALINYA DIADAKAN DI WILAYAH ASIA TENGGARA INI!-

Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud menyampaikan anugerah Khas Seumur Hidup kepada pelakon antarabangsa Datuk Michelle Yeoh pada Anugerah AIFFA 2013 di Pusat Konvensyen Borneo (BCCK) di bandaraya Kuching di sini semalam. - FotoBERNAMA
Malaysia berjaya merangkul empat kemenangan pada Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) 2013 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini, Sabtu.

Malaysia semakin terserlah apabila Anugerah Khas AIFFA 2013 buat kategori Anugerah Khas Penghormatan di rangkul oleh Pengarah Filem tempatan U-Wei Haji Saari namun kegembiraan Malaysia tidak hanya berakhir setakat itu kerana Pelakon Antarabangsa kelahiran Malaysia Datuk Michelle Yeo diberi penghornatan untk menerima Anugerah Tertinggi AIFA 2013 iaitu Anugerah Pencapaian Seni Sepanjang Hayat.


Empat anugerah tersebut adalah untuk katergori Lakon Layar Terbaik (Bunohan), Filem Komedi Terbaik (Istanbul Aku Datang), Filem Aksi Terbaik (Songlap) dan Aktor Terbaik (Songlap-Shaheizy Sam).

AIFFA 2013 diiktiraf Kementerian Pelancongan Sarawak dan mendapat sokongan penuh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Kementerian Luar Malaysia (Sekretariat Kebangsaan Asean-Malaysia) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Senarai Pemenang:


1.Lakon Layar Terbaik: Filem Bunohan, Dain Iskandar Said (Malaysia)

2.Suntingan Filem Terbaik: Filem Sang Martir, Cesa David Luckmansyah (Indonesia)

3.Fotografi Filem Terbaik: Filem Rayya, Rahmatlpung Syaiful (Indonesia) 

4.Aktor Pembantu Terbaik: Filem Alagwa, Bugoy Carino (Filipina)

5.Aktres Pembantu Terbaik: Filem Sta Nina, Anita Linda (Filipina)


6.Aktor Terbaik: Filem Songlap, Shaheizy Sam (Malaysia)

7.Aktres Terbaik: Filem Sta Nina, Alessandra De Rossi (Filipina)


8.Filem Terbaik - Komedi: Filem Istanbul Aku Datang, Produser Tengku Lesta Tengku Alaudin dan Lina Tan (Malaysia)

9.Filem Terbaik - Drama: Filem Sta Nina, Produser Rodel Naciancero (Filipina)


10.Filem Terbaik - Aksi: Filem Songlap, Produser Lina Tan (Malaysia)

11.Pengarah Terbaik: Filem Atambua 39 Degree Celcius, Riri Riza (Indonesia)

Anugerah Khas Juri:

1.Filem Kayan Beauties (Myanmar)

2.Filem Rectoverso (Indonesia)

3.Filem Ada Apa Dengan Rina (Brunei)

4.Filem Taxi! Taxi! (Singapura)


Anugerah Khas Penghormatan:

1. U-wei Haji Saari (Malaysia)


AIFFA Anugerah Pencapaian Seni Sepanjang Hayat:

1. Datuk Seri Michelle Yeoh

Anugerah Semangat Asean:

1.Cinta Tapi Beda (Indonesia)

-UnReportedNews™®

*Malaysia

Sunday, 24 March 2013

ANWAR DALANG DISEBALIK VIDEO "TAIB"?

-SUDAH LAH TU ANWAR, SAMPAI BILA KO NAK BUAT DOSA? SAMPAI BILA KO NAK CIPTA FITNAH? BERTAUBATLAH KO ANWAR! KEKEKE!!!-

Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud menyifatkan Global Witness jelas tidak benar-benar berjuang untuk apa-apa sebab tetapi hanya cuba untuk menyokong pembangkang, terutama semasa Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) akan datang ini.

Beliau berkata demikian kepada media mengenai satu sedutan video "temubual" yang kononnya dirakam oleh Global Witness yang dakwaan penglibatannya "merosakkan" hutan negeri ini dan penyalahgunaan kuasa selepas pelancaran Dewan Kampung Lintang di sini semalam yang juga dihadiri oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovatif (MOSTI) merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Fadillah Yusof, Menteri Pelancongan dan Perumahan merangkap ADUN Satok Datuk Amar Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg, Setiausaha Negeri Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani, ADUN Tupong Datuk Haji Daud Abdul Rahman, ADUN Pantai Damai Dr Haji Abdul Rahman Junaidi, ADUN Samariang Hajah Sharifah Hasidah dan ADUN Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni.

"Saya masih cuba untuk mengetahui apa yang sedang berlaku sebenarnya jadi saya tidak tahu sampai mana tahap penyiasatan mereka," dia menjawab, apabila ditanya mengenai tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri Sarawak terhadap dakwaan palsu sebegitu.

"Sesiapa sahaja boleh mendakwa untuk menjadi ejen saya dan melakukan sesuatu untuk saya, tetapi itu tidak bermakna anda perlu mengambil ia dan menggunakan ia terhadap saya. Sesiapa sahaja boleh mengaku seperti itu. Sebagai contoh, saya boleh mengatakan saya bertindak untuk anda tetapi anda tidak tahu tentang perkara ini, apa yang anda boleh lakukan? ", Katanya.

Beliau menegaskan bahawa rakyat perlu berhati-hati tidak untuk diperdayakan terperosok ke dalam kedudukan yang sama atau ditipu untuk mempercayai bahawa mereka benar-benar boleh melakukan 'sesuatu' melalui ejen seperti itu (seperti dalam video) kerana Sarawak mempunyai sistem.

Terdahulu, Ketua Menteri berkata beliau tidak suka untuk mengulas atau bercakap tentang pemimpin lain, bagaimanapun, apa yang pemimpin pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim telah lakukan adalah amat begitu "melampau".

"Tidak semua pemimpin pembangkang adalah sama tetapi yang seorang ini (Anwar) adalah benar-benar 'melampau'. Dia membawa mereka dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia dan mana-mana negara atau NGO di bawah pengaruh beliau ke Malaysia dan membangkitkan pelbagai isu, seperti hutan di Sarawak, untuk memecahkan ikatan perpaduan kita."

"Mereka bukannya sebahagian daripada Sarawak dan Malaysia, maka mereka sebenarnya tidak tahu berapa banyak hektar hutan dan hutan kita mempunyai. Jadi, jangan mendakwa seolah-olah mereka tahu begitu baik tentang kita dan politik kita," katanya lagi.

Beliau menambah, Anwar bermain dengan politik dalam usaha untuk menang dan untuk memiliki kuasa, dengan itu, ia tidak menghairankan bahawa rakyat telah mula menolak beliau kerana dia tidak akan mampu untuk berkhidmat kepada rakyat dan memimpin negara ke sebuah negara maju.

Beliau menegaskan bahawa Malaysia, terutama Sarawak, tidak perlu mana-mana pihak luar untuk terlibat dalam politik sebagai rakyat sendiri tahu yang terbaik.

-UnReportedNews™®

Sunday, 24 February 2013

GAMBAR-GAMBAR SALAM GELOMBANG BIRU DARI PARLIMEN SANTUBONG

-SALAM PEMBUKA KATA SEBELUM PILIHANRAYA KE 13 DARI PARLIMEN SANTUBONG PIMPINAN AHLI PARLIMENNYA YANG JUGA MERANGKAP TIMBALAN SPEAKER DEWAN RAKYAT DATUK DR HAJi WAN JUNAIDI TUANU JAAFAR, "JENTERA BN PARLIMEN SANTUBONG SUDAH SIAP SEDIA MENGHADAPI PRU!"-  









-UnReportedNews™®

GAMBAR-GAMBAR DIPELANCARAN JENTERA PILIHANRAYA PBB PANTAI DAMAI

-PBB & BN SARAWAK "ARE READY"! PEMBANGKANG DAH READY KA BELUM? GERUN TAK TENGOK GELOMBANG BIRU NI? NI BARU SIKIT TAU, ADA LAGI NANTI, TUNGGU! KEKEKE!!!-

Majlis Pelancaran Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan Jentera Pilihanraya DUN N4 Pantai Damai untuk PRU-13 di PDM Gersik, berdekatan Tebingan Sungai Kg Boyan oleh Timbalan Presiden Parti PBB Sarawak yang juga Menteri Perumahan & Perlancungan Datuk Amar Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg. 

Suasana meriah dengan semangat berkobar-kobar yang ditunjukkan oleh ahli parti PBB dari 17 PDM dan 41 buah ranting dari seluruh kawasan DUN Pantai Damai. 

Kemuncak ialah acara lafaz ikrar setia perjuangan yang menyentuh perasaan diketuai oleh Setiausaha Cawangan. 

Suasana pilu apabila nyanyian lagu Warisan/Sudirman dinyanyikan beramai-ramai hingga ada ahli-ahli wanita yang menitis airmata kesedihan dengan pemergian Ketua Pergerakan Wanita PBB Cawangan Fatimah @ Aminah Junaidi yang baru kembali ke rahmatullah enam hari yang lalu. 

Namun demikian semua pejuang parti PBB berazam untuk meneruskan perjuangan dalam PRU-13 nanti bagi menjamin kemenangan mutlak calon BN dalam P193 Santubong seperti yang disebut dalam lagu Inilah Barisan Kita. 

Majlis juga dihadiri oleh ADUN & juga Pengerusi PBB Pantai Damai Dr Hai Abdul Rahman Junaidi.

Semua teruja dengan ucapan perasmian Timbalan Presiden PBB yang menyuntik semangat juang ke sanubari ahli-ahli PBB. Hidup BN! Hidup PBB!











-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List