Saturday 8 February 2014

TAIB AKAN UMUM KETUA MENTERI SARAWAK BARU

-SALAH SATU DARI TIGA INDIVIDU; DATUK AMAR ABANG HAJI JOHARI TUN ABANG HAJI OPENG, DATUK AMAR HAJI AWANG TENGAH ALI HASSAN & TAN SRI DATUK AMAR HAJI ADENAN SATEM TELAH DIWAR-WARKAN AKAN DIPILIH MENJADI PENGGANTI BELIAU! SESIAPA SAJA YANG TERPILIH, PBB & BN SARAWAK AKAN TETAP BERSATU TEGUH MENYOKONG KETUA MENTERI SARAWAK YANG BARU!-


Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud sah akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak dan calon pengganti beliau akan diumum dalam tempoh terdekat.

Pengerusi Tetap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar berkata, dalam mesyuarat khas diadakan hari ini, Abdul Taib telah menyuarakan hasrat untuk melakukan peralihan kuasa dan Majlis Tertinggi parti dan kaukus sebulat suara menyerahkan kuasa kepada beliau untuk memilih dan menamakan calon pengganti pilihannya sendiri.

"Beliau diberi masa untuk memilih sendiri calon pengganti dan semua Ahli Majlis Tertinggi parti dan kaukus akan menyokong penuh bakal Ketua Menteri baharu itu.

"Peralihan kuasa akan berlaku sebaik sahaja beliau selesai membuat keputusan mengenai calon pilihan tetapi tarikh sebenar belum diputuskan," katanya dalam sidang akhbar selepas selesai mesyuarat di Ibu Pejabat PBB di sini hari ini. 

Asfia juga mengumumkan dan semua Ahli Majlis Tertinggi parti sebulat suara mencadangkan Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud menjadi pengganti Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List