Monday 10 February 2014

TRADISI PBB, SETIA KEPADA PEMIMPIN

-BIARPUN BERTUKAR PEMIMPIN, TIADA PERUBAHAN YANG BEGITU MENDADAK DIJANGKA AKAN  BERLAKU DALAM PBB KERANA PBB SELAMA INI MEMPUNYAI SATU BUDAYA YANG TELAH DIBENTUK OLEH PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD SELAMA LEBIH 30 TAHUN SEBAGAI PENERAJU PBB & TRADISI INI MEMANG TELAH MENJADI DARAH DAGING PBB! HIDUP PBB!!!-

Revolusi pertukaran pada kepimpinan dalam Parti Pesaka Bumiputera bersatu (PBB) itu tetap tidak mengugat keadaan politik. 

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN) Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan selagi PBB dalam keadaan yang kuat, kukuh dan tidak berbelah bagi keadaan dan lanskap politik Sarawak diyakini tidak akan banyak berubah.

"Sebagaimana yang telah diumumkan bahawa Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud akan meletak jawatan maka, dalam keadaan sedemikian, beliau juga telah diminta oleh Parti PBB iaitu Majlis Tertinggi dan caucus Parti PBB untuk melantik penggantinya."

Junaidi menyatakan, dengan keadaan yang sedemikian, pengganti Taib diyakini akan mendapat sokongan padu daripada Parti PBB kelak seperti yang telah  ditetapkan semasa Majlis bersidang pada hari Sabtu lepas."

"Saya cukup yakin bahawa Parti PBB masih boleh menjadi tulang belakang kepada Negeri Sarawak dan saya juga tidak melihat ia (pertukaran kepimpinan PBB) akan menjadi satu perubahan yang besar."

Junaidi menyatakan, beberapa orang pemimpin Parti komponen BN Sarawak termasuk Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Sri James jemut Masing telah mengumumkan bahawa beliau/PRS sedia menyokong mana-mana sahaja calon yang dipersetujui oleh PBB. 

"Didalam dewan negeri (DUN), dengan jumlah wakil mereka, PRS mempunyai landasan yang lebih kukuh untuk memberi sokongan tersebut. Ini adalah kerana kebanyakan ahlinya adalah daripada PBB dan juga PRS."

"Saya tidak melihat ada perubahan yang begitu mendadak kerana PBB telah mempunyai satu budaya yang telah dibentuk oleh Pehin Sri (Haji Abdul Taib Mahmud) selama 30 lebih tahun sebagai peneraju PBB dan budaya ini memang telah menjadi darah daging kepada ahli-ahli PBB."

Dia ditanya pemberita samada lanskap politik Sarawak akan mengelami perubahan ketara setelah Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud mengumumkan akan melepaskan jawatan dan menamakan calon pengganti beliau dalam tempoh yang terdekat terdekat.

Junaidi, yang juga Ahli Parlimen Santubong ditemui pemberita setelah merasmikan Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina anjuran Persatuan-Persatuan Cina Bandar Baru Samariang di Dewan Buntal, Santubong sebentgar tadi.

Apabila ditanya mengenai samada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi DUN Balingian yang di wakili oleh Taib akan diadakan, Junaidi menyatakan mengikut Perlembagaan, PRK Balingian pasti akan diadakan sekiranya Taib meletak jawatan sebagai ADUN Balingian.

"Tidak perlu dibubarkan seluruh Dewan untuk diadakan  pilihanraya. Hanya seorang sahaja yang letak jawatan. Selepas itu, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri juga akan bakal dilantik menjadi Ketua Menteri. Pertukaran itu hanya melibatkan satu kerusi sahaja. "

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List