Showing posts with label SKMM. Show all posts
Showing posts with label SKMM. Show all posts

Wednesday, 17 July 2013

APA TINDAKAN SKMM SEKIRANYA ORANG ISLAM MULA MEMPERSENDAKAN AGAMA LAIN?

-KALAU MEREKA YANG TELAH DIKENALPASTI MENGHINA ISLAM HANYA SETAKAT DIBERI AMARAN KERAS SAJA, RAMAI LAGI YANG DILUAR SANA YANG BERANI MEMAKI-HAMUN AGAMA LAIN ATAU MENYENTUH PERKARA-PERKARA YANG SENSITIF & CEPAT-CEPAT MINTA MAAF KERANA APALAH SANGAT DIBERI AMARAN TU! KEKEKE!!!-

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) perlu berhati-hati dalam membuat keputusan berkaitan dengan kes pasangan porno Alvin dan Vivian yang telah mempersendakan Ramadan dengan memuat naik gambar hidangan khinzir di laman mereka.

Ia adalah kerana apa saja yang keputusan dan tindakan yang bakal diambil SKMM dalam kes ini akan menjadi "reference" sekiranya perkara seumpama ini berlaku lagi di masa hadapan.

SKMM atau mana-mana harus pihak yang berkaitan seharusnya menghukum dengan sekeras-kerasnya tertakluk dengan undang-undang yang sedia ada ke atas pasangan keji itu agar dijadikan contoh kepada masyarakat supaya tidak mengulangi perkara yaang serupa.

Kalau sekadar memberi amaran saja, penulis percaya perkara seumpama ini nescaya akan berulang lagi kerana apalah nak ditakutkan, selepas  menghina agama lain atau menyentuh perkara-perkara yang sensitif dalam dunia maya, cepat-cepatlah minta maaf dan mereka tidak akan diambil tindakan apa-apa tapi sekadar diberi amaran saja!

Alvin dan Vivian disiasat dibawah  Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum denda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Penulis percaya harapan majoriti umat Islam di Malaysia adalah agar pasangan porno itu di hukum semaksima-maksimanya agar ianya menjadi pengajaran dan contoh kepada semua golongan masyarakat tidak kira apa juga agama dan bangsa yang kerajaan mengambil serius dalam hal menjaga keharmonian dan perpaduan rakyat negara ini!

-UnReportedNews™®

Sunday, 14 July 2013

ALVIN & VIVIAN TERKINCIT LARI KE CHINA?

-DIFAHAMKAN PASANGAN KURANG HAJAR; ALVIN & VIVIAN SUDAHPUN MENUTUP AKAUN FB MEREKA & MELARIKAN DIRI TAKUT DIKENAKAN TINDAKAN! MANA LU ORANG MAU LARI? BALIK KE "NEGERA ASAL" KER? KEKEKE!!!-

Kontrovesi bodoh yang dilakukan oleh Alvin dan Vivian yang mengajak umat Islam berbuka dengan sup babi mendapat bantahan pelbagai pihak. Pihak MCA juga tidak bersetuju dan membuat report polis, serta meminta mereka berdua dikenakan tindakan. 

Mc diberitahu, SKMM akan meneliti gambar tersebut yang menyentuh sensitiviti umat Islam, serta akan mengambil tindakan, jika terbabit ada salah laku. 

Seorang pegawai SKMM berkata akan menyiasat perkara itu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 

Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan sewajarnya. 

Pasangan tersebut mendapat kecaman hebat kerana gambar tersebut yang turut sama disertakan logo halal.

Selepas pada gambar kontroversi tersebut, mereka dikatakan telah memadamkan posting tersebut dan menggantikannya dengan gambar mereka yang sedang menikmati ketupat, rendang dan karipap. 

“Nah, sila nikmati makanan halal yang sebenar sekarang,” menurut kapsyen gambar tersebut.

Kononnya nak cover balik perbuatan songsang mereka tu. Akhirnya mereka terus dikecam!

Terkini akaun FB mereka telah dipadam.Nampaknya mereka dah cabut lari… (sumber

-UnReportedNews™®

Tuesday, 4 June 2013

WANITA DISYAKI HINA AGONG DITAHAN!

-KERANA MULUT BADAN BINASA, KERANA FB TIDOR PENJARA! KEKEKE!!!-

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis pada Selasa berjaya mengesan dan menahan seorang pengguna Facebook yang bertindak biadab terhadap ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menerusi laman sosial itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan SKMM dalam laporan mStar, suspek yang merupakan seorang wanita ditahan untuk membantu siasatan.

"Dia dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog menyebarkan identitinya. SKMM juga memohon rakan-rakan suspek turut tampil ke hadapan bagi membantu siasatan lanjut," menurut kenyataan itu.

Wanita berkenaan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Suspek juga boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948.

Baru-baru ini sekumpulan pengguna Facebook bertindak biadab menerusi laman sosial itu sewaktu Yang di-Pertuan Agong menyampaikan titah ucapan sempena ulang tahun keputeraan rasmi Seri Paduka yang disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Dalam titah ucapan itu, Seri Paduka mahu rakyat negara ini akur dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang telah ditentukan mereka sendiri.

Titah Seri Paduka itu dipersendakan oleh seorang pengguna Facebook seperti yang didedahkan oleh laman blog 'Whats Up Brades'.


Blog itu turut menyentuh secara khusus kata-kata biadab yang dilemparkan oleh pengguna laman sosial terbabit.

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List