Showing posts with label Kedah. Show all posts
Showing posts with label Kedah. Show all posts

Friday, 14 November 2014

Pegawai Kanan Kerajaan Ratah Tubuh Pemohon-pemohon Bantuan Sebagai Balasan


ALOR SETAR: Seorang pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di sebuah hotel di Jalan Putra di sini hari ini kerana dipercayai terlibat di dalam kegiatan rasuah.

Menurut sumber, pegawai tersebut berusia 50-an disyaki meminta rasuah berupa layanan seks untuk membantu meluluskan permohonan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh beberapa ibu-ibu tunggal di Kedah. (Baca sepenuhnya)

-UnReportedNews™®

Tuesday, 3 December 2013

KEJAM! TIGA BERADIK DIBUNUH!

-TIGA ADIK BERADIK PEREMPUAN DIPERCAYAI DIBUNUH OLEH SEORANG REMAJA 16 TAHUN DI ALOR STAR, KEDAH! KALO BETULLAH SASPEK TU YANG BUAT, MEMANG MANUSIA TAHAP KHINZIR LAH BUDAK LELAKI TU! KEKEKE!!!-


Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dari Perlis ditahan untuk bantu siasatan kes kematian tiga beradik yang ditemui maut di dua lokasi berasingan di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan, berkata pelajar itu yang juga kenalan salah seorang mangsa ditahan di Perlis jam 11.30 malam tadi dan kini direman selama empat hari mulai hari ini untuk bantu siasatan. - (sumber) 

-UnReportedNews™®

Tuesday, 5 November 2013

PRK SUNGAI LIMAU: BIAR BN TEWAS, PM TETAP BANGGA

-MESKIPUN TEWAS DI PRK SUNGAI LIMAU, PM TETAP BANGGA DANGAN USAHA & SEMANGAT YANG DIPERTUNJUKKAN OLEH BN! TAK PE! TAK PE! TAK PE! KEKEKE!!!-

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau bangga dengan usaha dan semangat dipamerkan calon Barisan Nasional (BN) dan jentera parti dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Kedah, meskipun tewas.

Perdana Menteri berkata, kerja keras calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan jentera parti telah berjaya mengurangkan majoriti undi yang diperoleh calon pembangkang.

Keputusan pilihan raya kecil itu menyaksikan Ahmad Sohaimi yang memperoleh10,985 undi, tewas kepada calon PAS Mohd Azam Abd Samat dengan majoriti 1,084.

Mohd Azam mendapat 12,069 undi.

Dalam pilihan raya umum ke-13 Mei lepas, Tan Sri Azizan Abdul Razak (PAS) menang kerusi DUN itu dalam pertandingan empat penjuru dengan majoriti 2,774 undi.

Justeru, Najib yang juga Pengerusi BN berharap usaha gigih yang dipamerkan itu dapat diteruskan tanpa ada yang berputus asa.

"Semoga usaha gigih ini dapat diteruskan, serta janganlah berputus asa. Sesungguhnya perjuangan kita tidak pernah selesai," katanya menerusi laman Twitter dan Facebook beliau pada malam Isnin. - ERNAMA 

-UnReportedNews™®

Wednesday, 30 October 2013

TAKUT HADAPI DAP KEDAH, GUAN ENG HANTAR "ANJING" UNTUK BERDAMAI?

-AH GUAN, MAKIN RAMAI AHLI DAP PUNYA PEMIMPIN SUDAH BENCI SAMA LU & INI KALI DIA OLANG CAKAP LU MANYAK TAKUT OO! BETULKAH LU PUNYA "ANGRY-BIRD" SUDAH "MENGULUP" SAMPAI TAHAP MAKSIMA? KEKEKE!!!-


Bekas Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik membidas tindakan Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng menubuhkan jawatankuasa pendamai yang diketuai oleh Ketua Publisitinya, Tony Pua bagi menyelesaikan kemelut dalaman parti.

Guan Aik mendakwa, tindakan Guan Eng itu tidak berhemah dan seolah-olah mahu menutup air mukanya sendiri terutama dengan melantik Tony Pua yang dianggapnya cuma ‘orang suruhan’ Guan Eng.

Katanya, Guan Eng pada Ahad lalu telah mengumumkan penubuhan jawatankuasa pendamai bagi menyelesaikan masalah dalaman parti tersebut di seluruh negara termasuk yang berlaku di Kedah.

“Tindakan Guan Eng itu tidak berhemah kerana beliau yang mengeluarkan arahan terdahulu berhubung pelantikan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari sebagai pengerusi sementara DAP Kedah.

Lee Guan Aik
“Sepatutnya Guan Eng yang datang menyelesaikan kemelut itu dan berdepan dengan kami semua, Tony cuma orang suruhan politik beliau yang akan mengikut sahaja,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini yang turut dihadiri oleh beberapa ketua cawangan DAP Kedah.

Konflik DAP Kedah dan pemimpin pusatnya bermula apabila Zairil dilantik sebagai pengerusi sementara DAP Kedah oleh parti itu yang kemudian dianggap Guan Aik sebagai tidak sah kerana didakwa tidak mematuhi prosedur perlembagaan parti.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya tidak berganjak daripada keputusan untuk menyerahkan perkara tersebut kepada ROS bagi menyiasat lantikan jawatankuasa interim DAP Kedah memandangkan laporan telah dibuat.

“Saya sudah hantar dua surat kepada ROS dan tidak payahlah Guan Eng hantar jawatan kuasa itu kepada kami,” tegasnya. -(sumber) 

-UnReportedNews™®

Tuesday, 29 October 2013

PRK SUNGAI LIMAU: PAS DAH SEDIA LANGKAH MAYAT KAPAL SINGH?

-ADA BAWANG, ADER LER HALIA, ADA ORANG, ADER LER DIER! TINDAKAN NEGARA BRUNEI MELAKSANAKAN HUKUMAN HUDUD BAGAIKAN MENGUJA PAS KELANTAN MENYATAKAN “PENDIRIANNYA” UNTUK MELAKSANA HUKUMAN YANG SAMA! DAH 30 TAHUN LEBIH LAGU TU JER, TAK TAKUT KER DENGAN KAPAL SINGH ATAUPUN SEKADAR GULA-GULA PRK SUNGAI LIMAU? KEKEKE!!!-

Kerajaan Pas Kelantan nekad untuk melaksanakan hudud meskipun terdapat pelbagai halangan dari pelbagai pihak termasuk rakan pembangkang.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri Kelantan tetap meneruskan usaha bersungguh-sungguh agar Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 yang diluluskan Dun Kelantan dapat dilaksanakan sepenuhnya.

“Kita amat hormat Brunei yang sudah mampu menegakkan hukum ini di negara mereka, ini menjadi semangat kepada kita bahawa ALLAH SWT akan pelihara hukum-Nya dan sampai masa insya-ALLAH negeri kita akan dapat laksanakan.

“Ada pihak menyatakan hasrat kerajaan ini sekadar mainan politik sahaja, padahal tuduhan itulah mainan politik dan saya sifatkan golongan yang menolak dan mengejek, mengetepikan syariah Islam khususnya hudud adalah golongan jahil, malah tidak mengetahui keindahan syariat Islam itu sendiri,” katanya semasa merasmikan Konvensyen Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar Peringkat Kebangsaan sempena sambutan Hari Hududullah negeri Kelantan di sini.

Tambahnya, sambutan hukum hudud itu dilaksanakan bagi memberi gambaran sahih terhadap pelaksanaan hukum Islam dalam masyarakat kerana ia bersifat mendidik dan bukannya menzalimi.

Sejak akhir- akhir ini, pelbagai kes jenayah berlaku yang menakutkan dan berpandangan undang-undang ALLAH SWT adalah pencegahan kepada umat Islam dan wajib memperjuangkannya untuk dilaksanakan di negara serta negeri.

Sebelum ini, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan penguatkuasaan hukum Hudud termasuk melaksanakan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina.

Pelaksanaan undang-undang Islam tersebut berlandaskan Syariah itu bakal dikuatkuasakan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh enam bulan. -Rakyat News

-UnReportedNews™®

Monday, 28 October 2013

PRK SUNGAI LIMAU: PAS KANTOI-SEKANTOINYA MENIPU!

-CISS! HARAP SERBAN ORANG PAS JER NAK TUNJUK WARAK, TAPI DAYA MENIPU NAUZU’BILLAH, MENGALAHKAH IBLIS! KALAU MACAM TU, BETULLAH CALON PAS AZAM SAMAD MEMANG TAK KAITAN ATAU "MESRA" DENGAN ALLAHYARHAM BEKAS MENTERI BESAR KEDAH USTAZ AZIZAN SEPERTI YANG DICANANG OLEH PAS? HAI, TAK KAN “TERDESAK” SAMPAI TAHAP TU GENG? KEKEKE!!!-

Pergghhh tahap baboon lah idea meng”super-impose”kan foto manipulasi imej calon PRK Sungai Limau PAS Azam Samad yang kononnya ada berkaitan atau bertemu dengan Allahyarham bekas Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan.

Jelas PAS begitu terdesak dalam usaha “mempromosikan” Azam Samad sehinggakan terpaksa mencipta pembohongan beliau ada kaitan dengan Ustaz Azizan semasa hayat beliau.

Nyata niat PAS ingin meraih simpati dan pengaruh Allahyarham dengan mempergunakan imej Allahyarham bagi kepentingan politik mereka dalam PRK Sungai Limau.

Ngaper sampai tahap ni mereka-mereka yang mengaku ulama dalam PAS sanggup menipu rakyat khususnya pengundi-pengundi Sungai Limau? Kalau setakat gambar dah nak menipu, apa lagi penipuan yang korang-korang PAS tu sembunyikan dalam “serban” korang tuh?

“Penipuan” ini telah didedahkan oleh Sinar Harian hari ini oleh wartawan Sinar Harian sendiri yang marah bila fotonya semasa menemuramah Ustaz Azizan dimanipulasi menggunakan perisian photoshop dengan mengantikan dengan imej Azam Samad.
Amiruddin Hamzah

Tak cukup dengan tu, Azam Samad pula dikatakan “bau-bau bacang” dengan Allahyarham namun terbukti sebaliknya Azam sebenarnya "sepupu-sepapat' ataupun dua pupu dan juga proksi kepada Datuk Phahrolrazi iaitu "musuh" Ustaz Azizan dalam pentadbiran PAS Kedah!

Sementara itu, Amiruddin Hamzah selaku Pengarah Operasi PRK Sungai Limau PAS siang tadi mengaku gambar calon Pas bersama wartawan Sinar yang berjumpa arwah Azizan tiga tahun lepas adalah palsu.

"Pihak kami tidak tahu bahawa gambar tersebut bukan asli dan PAS langsung tidak ada niat untuk mengadakan sesuatu yang tidak ada,” katanya sambil menambah pihaknya akan meminta penjelasan daripada pereka grafik yang menghasilkan bahan kempen berkenaan.

PS: Yer ler tu, salahkan tukang grafik! Dah kantoi memang ler cepat mengaku, kalo tak kantoi sampai mati ler rakyat Sungai Limau ditipu yang Azam ni betul-betul ada hubungan dengan Allahyarham Ustaz Azizan! Persoalannya kini, belum jadi ADUN dah pandai menipu! Orang & parti semacam ni ker yang nak di undi oleh pengundi-pengundi Sungai Limau menjadi ADUN mereka?

-UnReportedNews™®

Sunday, 27 October 2013

PRK SUNGAI LIMAU: SJKC LAYAK DAPAT BANTUAN KERTAS TANDAS JER?

-TU LAH AKIBAT MENGKHIANATI BARISAN NASIONAL! LU INGAT KAMI ORANG BODO KER? HAA! LU ORANG BERAK LAH PUAS-PUAS YER! SINI MANYAK KERTAS TANDAS OO! KEKEKE!!!-


Alhamdulillah..setakat ni belum dengar lagi mana-mana pemimpin UMNO tabur duit RM ratusan ribu kat mana-mana SJKC.

Dah bijak pemimpin-pemimpin UMNO ni..dah tahu siapa yang mengangkat mereka sebagai pemimpin dan siapa pula yang mengkhianati mereka.

Kalau MCA dan GERAKAN nak main wayang juga..bagilah bantuan setakat nilai kertas tandas cukup!

Itulah yang paling layak buat kaum pengkhianat bangsat tu..!

(sumber) 

-UnReportedNews™®

PRK SUNGAI LIMAU: ABBY TAK TAHU MARAH SUAMI BOLEH DERHAKA KER?

-KOK YE PUN AWAK TU TAHAP “HEROIN PAS” JANGAN "MENAYANG" SIKAP "QUEEN KONTROL" AWAK TU DENGAN MEMARAHI  SUAMI BARU DEPAN AHLI PAS YER!  MUSIBAH ABBY & SUAMINYA MENGHADAPI TEKANAN DALAM KEMPEN PRK SUNGAI LIMAU! MMM, MUNGKIN NI ALASAN NGAPER SI NORMAN DULU ... KEKEKE!!!-


Abby Abadi yang sangat ghairah dalam perjalanannya memenuhi jemputan untuk berceramah di Pilihanraya kecil Sungai Limau di timpa musibah apabila perjalanannya terhalang akibat kereta yang di bawa rosak. 

Dikhabarkan si Ustazah Pas, Abby Abadi sedang mengalami tekanan perasaan sambil memaki hamun suaminya yang baru. "U BUAT APA KAT SITU? MASUK DALAM KERETA LAH" Sergah Abby kepada suami barunya.


Respon suami hanya menurut perintah..ishk ishk...boleh tahan garang abby abadi ni mungkin aura Asp Aliza masih ada dalam jiwa (Gerak khas).

P/S:
Niat tu penting jika tak elok inilah musibahnya..itu baru Peringatan biasa , belum keteguran yang lebih dasyat.

Jom tolak kempen FITNAH
Kempen secara SIHAT

(sumber) 

UnReportedNews™®

Thursday, 5 September 2013

PELBAGAI SENJATA AUTOMATIK DIRAMPAS POLIS

-POLIS MERAMPAS PELBAGAI JENIS SENJATA API AUTOMATIK TERMASUK MODEL AK-47 BERSERTA DUA TIN PENUH BERISI PELURU DALAM SATU SERBUAN DI SEBUAH PERMIS PERNIAGAAN KOSONG SEMENTARA DUA SASPEK BERKAITAN DENGAN BARANGAN RAMPASAN TERSEBUT TURUT DIBERKAS DI DUA LOKASI BERASINGAN! MACAM NAK PERGI "BERPERANG" JER NI? KEKEKE!!!-

Pelbagai jenis senjata api dirampas dalam satu serbuan ke atas sebuah kedai kosong di Naka, Alor Star di Kedah, awal pagi tadi, lapor NST Online.

Ketua Polis negeri, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, antara jenis senjata yang dirampas termasuk tiga raifel Kalashnikov AK-47, tiga laras Colt M4 Carbine, senjata api buatan sendiri dan pistol Beretta semi automatik serta 11 kelopak peluru kosong untuk pelbagai jenis senjata.

Katanya, dalam serbuan jam 5 pagi itu, polis turut merampas lima guni baja urea dan dua tin yang dipenuhi peluru pelbagai saiz.

Ahmad berkata susulan daripada serbuan itu, polis telah menahan dua lelaki berusia 50 dan 53 tahun di dua lokasi berasingan.

“Suspek pertama ditahan ketika serbuan manakala suspek kedua ditahan di Kuala Kedah kira-kira jam 1 petang tadi.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 8 Akta Senjata Api,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini, hari ini. (sumber) 

-UnReportedNews™®

Sunday, 11 August 2013

KES TEMBAK ANGGOTA TENTERA DI SEMPADAN BERKAITAN DENGAN PENYELUDUPAN!

-TIMBALAN MENTERI KDN DATUK DR HAJI WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR PERCAYA INSIDEN TEMBAK YANG TELAH MENCEDERAKAN SEORANG ANGGOTA TENTERA MALAYSIA SEMASA MEMBUAT RUTIN KAWALAN & RONDAAN DISEMPADAN SEMALAM ADA KAITAN DENGAN AKTIVITI PENYELUDUPAN ATAUPUN JENAYAH!-

Pasukan Keselamatan Malaysia dan Pasukan Keselamatan Thailand telah lama menjalinkan kerjasama dengan erat dalam aspek keselamatan terutamanya, membendung aktiviti-aktiviti penyeludupan di sempadan kedua buah negara.

Timbalan Menteri Keselamatan dalam Negeri Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar percaya ada kemungkinan anggota tentera berkenaan telah terserempak dengan kegiatan-kegiatan penyeludupan yang sedang dijalankan.

"Kehadiran kelibat anggota tentera tersebut dikawasan berkenan mungkin telah "menyukarkan lagi "tugas-tugas" mereka (penyeludup) sehingga mereka nekad mengambil tindakan menembak anggota keselamatan itu.

Meluahkan rasa simpati terhadap anggota tentera tersebut, Junaidi menambah maka cadangan KDN untuk menubuh Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) untuk ditugaskan di semua sempadan, termasuk di Sarawak amatlah bertepatan sekali.

Junaidi yang juga merupakan Ahli Parlimen Santubong menjelaskan secara keseluruhannya, anggota-anggota UPP trediri daripada "gabungan" beberapa buah agensi keselamatan di bawah kuasa kementeriannya termasuk Polis, Kastam , Immigresen dan lain-lain lagi.

Dalam temubual bersama UnReportedNews™® semalam, beliau menerangkan sengan cara ini, UPP akan dapat melaksanakan tugas-tugas membendung kegiatan penyelupan dan juga aktiviti jenayah di sempadan dengan lebih efisyen dan effektik.

"Oleh kerana anggota-anggota UPP itu diserap dari agensiegansi berlaianan setiap seorang dari anggota UPP mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang-bidang masing-masing dan ianya akan memudahkan lagi mereka dan ini akan melancarkan lagi tugasan mereka."

"Dalam usaha membenteras penyeludupan, KDN telah mengambil keputusan menubuhkan UPP di Negeri Sarawak selewat-lewatnya pada tahun depan sebelum di selaras dengan UPP lain yang sudah sedia ada," tambah Junaidi dalam temubualnya yang diadakan di rumah kediamannya di Bandaraya Kuching.

Dalam kejadian tembak tersebut, anggota tentera yang berusia 26 tahun sedang membuat rondaan kawalan keselamatan di kawasan pagar sempadan Malaysia-Thailand di sini, cedera selepas terkena tembakan dalam kejadian awal hari ini.

Kejadian berlaku pukul 4.30 pagi ketika beliau baru saja selesai membaiki pagar yang dikopak di kawasan berkenaan dan berdasarkan laporan polis, mangsa sedang melakukan rondaan bersama seorang lagi anggota tentera dengan menaiki motosikal tentera apabila mereka ternampak bahagian pagar keselamatan yang dikopak.

Mangsa kemudian turun daripada motosikal dan membaiki pagar itu sebelum ternampak cahaya lampu suluh dari arah negara jiran sejurus saja selesai membaiki pagar itu, mangsa kemudian ditembak sewaktu berjalan menuju ke motosikal.

Sekurang-kurangnya dua das tembakan telah dilepaskan sebelum mangsa digegaskan ke Hospital Kangar dan didapati terkena enam das tembakan iaitu dua pada paha kanan, satu pada paha kiri dan tiga pada bahagian belakang.

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List