Monday 28 October 2013

PRK SUNGAI LIMAU: PAS KANTOI-SEKANTOINYA MENIPU!

-CISS! HARAP SERBAN ORANG PAS JER NAK TUNJUK WARAK, TAPI DAYA MENIPU NAUZU’BILLAH, MENGALAHKAH IBLIS! KALAU MACAM TU, BETULLAH CALON PAS AZAM SAMAD MEMANG TAK KAITAN ATAU "MESRA" DENGAN ALLAHYARHAM BEKAS MENTERI BESAR KEDAH USTAZ AZIZAN SEPERTI YANG DICANANG OLEH PAS? HAI, TAK KAN “TERDESAK” SAMPAI TAHAP TU GENG? KEKEKE!!!-

Pergghhh tahap baboon lah idea meng”super-impose”kan foto manipulasi imej calon PRK Sungai Limau PAS Azam Samad yang kononnya ada berkaitan atau bertemu dengan Allahyarham bekas Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan.

Jelas PAS begitu terdesak dalam usaha “mempromosikan” Azam Samad sehinggakan terpaksa mencipta pembohongan beliau ada kaitan dengan Ustaz Azizan semasa hayat beliau.

Nyata niat PAS ingin meraih simpati dan pengaruh Allahyarham dengan mempergunakan imej Allahyarham bagi kepentingan politik mereka dalam PRK Sungai Limau.

Ngaper sampai tahap ni mereka-mereka yang mengaku ulama dalam PAS sanggup menipu rakyat khususnya pengundi-pengundi Sungai Limau? Kalau setakat gambar dah nak menipu, apa lagi penipuan yang korang-korang PAS tu sembunyikan dalam “serban” korang tuh?

“Penipuan” ini telah didedahkan oleh Sinar Harian hari ini oleh wartawan Sinar Harian sendiri yang marah bila fotonya semasa menemuramah Ustaz Azizan dimanipulasi menggunakan perisian photoshop dengan mengantikan dengan imej Azam Samad.
Amiruddin Hamzah

Tak cukup dengan tu, Azam Samad pula dikatakan “bau-bau bacang” dengan Allahyarham namun terbukti sebaliknya Azam sebenarnya "sepupu-sepapat' ataupun dua pupu dan juga proksi kepada Datuk Phahrolrazi iaitu "musuh" Ustaz Azizan dalam pentadbiran PAS Kedah!

Sementara itu, Amiruddin Hamzah selaku Pengarah Operasi PRK Sungai Limau PAS siang tadi mengaku gambar calon Pas bersama wartawan Sinar yang berjumpa arwah Azizan tiga tahun lepas adalah palsu.

"Pihak kami tidak tahu bahawa gambar tersebut bukan asli dan PAS langsung tidak ada niat untuk mengadakan sesuatu yang tidak ada,” katanya sambil menambah pihaknya akan meminta penjelasan daripada pereka grafik yang menghasilkan bahan kempen berkenaan.

PS: Yer ler tu, salahkan tukang grafik! Dah kantoi memang ler cepat mengaku, kalo tak kantoi sampai mati ler rakyat Sungai Limau ditipu yang Azam ni betul-betul ada hubungan dengan Allahyarham Ustaz Azizan! Persoalannya kini, belum jadi ADUN dah pandai menipu! Orang & parti semacam ni ker yang nak di undi oleh pengundi-pengundi Sungai Limau menjadi ADUN mereka?

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List