Showing posts with label Wong Ho Leng. Show all posts
Showing posts with label Wong Ho Leng. Show all posts

Sunday, 22 June 2014

ADUN BUKIT ASSEK (DAP) MENINGGAL DUNIA


Parti Tindakan Demokratik (DAP) kehilangan seorang lagi wakil rakyat, apabila ADUN N45 Bukit Assek, Wong Ho Leng dilaporkan meninggal dunia pada jam 10.50 malam tadi.

Berita kematian Wong Ho Leng, 55 disahkan melalui laman Facebook DAP sebentar tadi.


Mendiang Hong Ho Leng yang menderita ketumbuhan tumor otak telah berada dalam keadaan koma di Pusat Perubatan Rejang di Sibu, Sarawak sejak awal Mei lalu.

Memandangkan rekod sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula 20 Jun 2011, kematian ADUN Bukit Assek tersebut tidak membolehkan pilihan raya kecil diadakan kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK hanya boleh diadakan tidak kurang dari tiga tahun dari tarikh pembentukan kerajaan negeri

...berita lanjut akan menyusul -Sarawakiana 

-UnReportedNews™®

Monday, 9 June 2014

UDAH-UDAHLAH DAP "MENYIKSA" WONG HO LENG TU!

Beliau Perlukan Rehat Yang Mencukupi & Rawatan Yang Berkesan
Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek, Wong Ho Leng yang juga Pengerusi DAP Sarawak itu telah mengesahkan dirinya sedang menghidap barah otak dan menerima rawatan radioterapi. Beliau turut menjelaskan bahawa neurosurgeons di Australia mendapati glioma (ketumbuhan otak).  

"Saya tidak dapat berdiri dan tidak boleh menelan air di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ketika cuba untuk menaiki penerbangan ke Gold Coast di Australia untuk menyertai keluarga saya bercuti di sana," katanya dalam satu laporan portal berita.

Seorang lagi wakil rakyat DAP di Selangor turut tidak mampu berkhidmat kepada rakyat di kawasan itu kerana mengalami sakit dan uzur yang berpanjangan, khabarnya menghidap kanser yang perlu rawatan dan penjagaan yang rapi dan berpanjangan.

Rakyat berpendapat, DAP tidak patut menyeksa dan membiarkan wakil-wakil rakyat DAP yang sedang sakit kuat yang panjang, ketenatan dan sudah tentu berfikir panjang, berfikir berat, dana macam-macam fikiran seperti tidak mampu membantu rakyat, membiarkan rakyat tanpa wakil rakyat. Implikasinya sangat jelas, masalah rakyat di kawasan tersebut akan bertambah terok tanpa pembelaan.

Walaupun DAP akan memberi alasan ada wakil kepada wakil-wakil rakyat tersebut, tetapi harus diingat semua masalah rakyat akan lebih baik jika ianya dibangkitkan di dalam Dewan Undangan Negeri dan Parlimen, kerana di situlah perbincangan dasar-dasar kepentingan rakyat dan perbelanjaan dikemukakan.

Kesimpulannya mudah, rakyat di kawasan tersebut, meminta supaya DAP berbincang dengan wakil-wakil rakyat mereka yang sedang sakit berpanjangan itu supaya mengundur diri, meletak jawatan untuk membolehkan Pilihanraya Kecil diadakan. Jangan seksa rakyat tanpa wakil rakyat.

NGO-NGO Human Rights diminta supaya mendesak DAP supaya tidak menyiksa wakil-wakil rakyat mereka yang sakit kuat, sebaliknya memberikan mereka peluang untuk berehat dengan tenang dan menumpukan kepada masalah kesihatan mereka. Mereka hendaklah diberi kebenaran mengosongkan kerusi-kerusi mereka.

DAP tidak perlu menjadi Nazi Malaysia untuk menyiksa wakil rakyat DAP yang sedang sakit itu, dan juga menyiksa rakyat tanpa wakil rakyat yang sah!

Mereka yang sakit perlu diberi peluang berehat tanpa memikirkan isu politik yang berat. Rakyat pula perlu wakil rakyat yang boleh dihubungi dan sihat tubuh badan dan fikiran untuk menyelesaikan masalah mereka.

Minggu depan Persidangan Parlimen, wakil-wakil rakyat perlu menggubal mana-mana wakil rakyat yang tidak dapat hadir dalam persidangan dewan dua tau tiga penggal berturut-turut hendaklah mengosongkan kerusi mereka, untuk memberi keadilan kepada rakyat.

Be a gentleman lah Lim Kit Siang, kalau PRK pun, jika rakyat masih mahu DAP, kita tiada masalah. Jangan seksa mereka. Kita kasihankan Rakyat !!! (sumber)

-UnReportedNews™®

Friday, 6 June 2014

ADUN DAP DAPAT SUMBANGAN RM1 JUTA DARI KERAJAAN SARAWAK


Kerajaan negeri menunaikan janji untuk menampung sebahagian kos perubatan bekas Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng yang menderita barah otak sejak tahun lalu apabila menyerahkan bantuan kewangan RM1 juta hari ini.

Bantuan kewangan itu diserahkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar mewakili Ketua Menteri Tan, Sri Adenan Satem kepada isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek itu, Irene Chang. 

Menurut Mohamad Asfia, meskipun wujud perbezaan fahaman politik, namun kerajaan negeri yang diterajui Barisan Nasional (BN) tidak terlepas pandang untuk menjaga kebajikan mana-mana wakil rakyat. 

Katanya, Ketua Menteri sendiri yang bersimpati dengan keadaan Ho Leng telah mengeluarkan arahan kepada Pejabat Setiausaha Kewangan negeri untuk mengeluarkan cek kewangan itu dengan kadar segera. 

“Atas dasar kemanusiaan, kerajaan negeri bersetuju menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM1 juta kepada Ho Leng bagi menanggung sebahagian kos perubatannya. 

“Perlu diingatkan, di Sarawak tiada tembok pemisah di antara wakil rakyat BN atau pun pembangkang," katanya dalam majlis penyerahan cek bantuan kewangan di Pejabat Speaker DUN di sini. 

Pada 15 Mei lalu, kerajaan negeri meluluskan peruntukan bantuan berjumlah RM1 juta kepada Ho Leng yang mendapat rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura sebelum dimasukkan ke Pusat Pakar Perubatan Rajang di Sibu, dekat sini.

PS: Untungnya jadi pembangkang di Sarawak, bantuan perubatan pun di beri oleh kerajaan yang mereka bangkang. Sekiranya keadaan sebaliknya, mahu tak DAP membantu ADUN BN dalam situasi yang sama? Sendiri jawablah ... Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

Saturday, 15 December 2012

KURANG ASAM PUNYA MP DAP!!!

-PUNYALAH KEDEKUT MAMAT MP CINA NI .. DIA BAGI DERMA RM5 UNTUK SEKOLAH CHUNG HUA ..MUNGKIN DIA TAHU KERANA BUDAK-BUDAK SEKOLAH TAK DAPAT BAGI UNDI JADI TAK PAYAH LAH BAGI DERMA BANYAK-BANYAK!! .. KEKEKE!!!-

Cerita ni aku dapat dari seorang Pemanca berbangsa Cina yang amat fasih bercakap berbahasa Melayu ketika berbual dengan aku dan beberapa orang rakan-rakan blogger dan pemberita "melepak" di ruang merokok di sebuah hotel yang terkemuka di Kuching semalam.

Ianya tentang "kekedekutan" salah seorang daripada MP DAP terhadap bangsanya (Cina) sendiri. Aku tak nak sebut nama MP tu secara direct tapi di Sarawak ni cuma ada dua orang MP DAP- Chong Cheng Jen (Kuching) dan Wong Ho Leng (Sibu), pandai-pandailah pembaca buat tekaan sendiri ya.

Pemanca tersebut yang berusia dalam lingkungan 70-an mengeluh dan merasa kesal akan tindakan MP tersebut yang seakan tidak mengambil berat akan pendidikan bangsanya sendiri.

"Kami (orang Cina) yang tua-tua ini, amat berbangga dan mengambil berat akan pendidikan anak-anak kami jadi selama ini, kami akan menyokong sedaya upaya kami terhadap apa saja program yang di anjurkan oleh sekolah-sekolah Chung Hua termasuk aktiviti mengumpul derma untuk sekolah tersebut."

"Saya seorang Pemanca, bukannya banyak duit dan bukannya untuk menunjuk tapi saya rasa ianya adalah kewajipan saya untuk membantu bangsa saya sendiri maka saya "korbankan" RM500 wang simpanan saya untuk tujuan tersebut."

"Tapi tak patutlah MP tersebut cuma bagi RM5 untuk derma sekolah tu dengan alasan "tidak ada duit" walhal, semua orang tahu MP tersebut mampu memberi lebih dari itu," kata Pemanca tersebut tersenyum sinis.

Pada saya, derma RM5 dari MP DAP itu adalah satu "penghinaan dan tamparan" kepada bangsa Cina itu sendiri, katanya lagi dan dalam nada yang berseloroh menambah, "mungkin dia (MP tersebut) memikirkan budak-budak sekolah mana boleh bagi dia undi sebab itu dia bagi RM5 tapi dia lupa akan ibu, ayah, pakcik-makcik dan keluarga kepada budak-budak sekolah berkenaan yang boleh mengundi!"

"Bangsa dia sendiri dia tak nak tolong apatah lagi bangsa-bangsa yang lain, macam ni ke nak jadi pemimpin!!," keluhnya lagi.

Walaupun aku di kenali mempunyai "mulut laser" di kalangan rakan-rakan aku, terkelu lidah aku setelah mendengar keluhan Pemanca tersebut dan kami hanya mampu mengganggukkan kepala sambil memandang sesama sendiri!!

Buat pembaca-pembaca yang juga bakal pengundi-pengundi PRU ke 13, aku akhiri posting ini dengan satu pesanan, "Selama ini, pemimpin-pemimpin Barian Nasional (BN), khususnya BN Sarawak telah menyalurkan bantuan sama rata tanpa mengira asal, kaum, agama dan latarbelakang kerana amalan semangat 1Malaysia tetapi pemimpin-pemimpin DAP yang membawa slogankata "Jom Ubah" dah awal-awal "menunjukan belang" yang mereka tidak berniat dan berminat untuk menolong bangsa mereka sendiri apatah lagi bangsa-bangsa yang lain, bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya ditakdirkan PR berkuasa?"

PS: Haaa .. baguslah tu, lu orang pergi kongress DAP ke 16 di Pulau Pinang hari ini mintak duit lebih sikit lah dari DAP pusat untuk kasi derma sekolah-sekolah Cina di Sarawak aa!! Bukan aku yang kata begini ya, orang Cina sendiri yang kata demikian!! Kekeke!!!
-UnReportedNews™®

Wednesday, 28 November 2012

GANGSTER "TAIKO BESAR" DAP SEMENANJUNG SERANG SARAWAK?

-LIM KIT SIANG & LIM GUAN ENG ANAK BERANAK BERTINDAK AGGRESIF "MENYERANG" WONG SOON KOH BERTUBI-TUBI DI LUAR BATASAN ETIKA CARA BERKEMPEN YANG LAZIMNYA DIAMALKAN OLEH RAKYAT SARAWAK .. FUYOO .. LU GANGSTERKAH? KEKEKE!!!-


Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak Dato Sri Wong Soon Koh dalam ucapan pembahasan pengulungannya semalam mengimbaskan kembali kedatangan Lim dua beranak ketika kempen Pilihanraya kecil Parlimen Sibu yang dulu bagaikan kedatangan dua "Taiko Besar".
 
"Apabila saya "menegur" mereka akan cara mereka berkempen, mereka bagaikan seolah hilang sabar dan bertindak aggresif "menyerang" saya secara peribadi dengan teruknya dalam ceramah-cermah mereka yang seterusnya."
 
Wong Soon Koh menyifatkan kehadiran kedua "Taiko Besar" itu telah membuka satu edisi cara berkempen kepada pembangkang di Sarawak yang di amalkan sehingga kini dengan menyerang seseorang individu secara peribadi.
 
Walaupun ucapan Wong dalam pengulungan perbahasan Bajet Negeri Sarawak 2013 pada sesi tengahari semalam cuba di ganggu gugat oleh beberapa orang ADUN DAP, dia dengan penuh pengalaman membidas dan meneruskan ucapannya.
 
Yang paling teruk kena "lanyak" adalah "musuh tradisi" Wong Soon Koh iaitu ahli Parlimen Sibu yang juga ADUN Bukit Assek Wong Ho Leng.
 
Pada pengamatan beberapa rakan pemerrhati politik bersependapat belum pernah lagi Wong Ho Leng yang juga Ketua DAP Sarawak "diperbudakkan" sebegitu dengan cara yang memalukan.
 
Wong Ho Leng yang banyak bertindak membuat kacau semasa penggulungan perbahasan Wong Soon Koh sedang berlangsung dengan meninggikan suara (berteriak) sungguhpun mikropon pembesar suara di depan mejanya di hidupkan.
 
Berlainan dengan Wong Soon Koh yang menjawab dengan suara yang tenang dan nada yang sopan tapi berfakta membuat Wong Ho Leng terkebil-kebil malu sendiri.
 
Nyata "taring" DAP Sarawak sudah "tumpul" dek kerana isu rakan-rakan mereka di Semenanjung secara langsung telah menghakis kredibiliti DAP pada keseluruhannya!!!

-UnReportedNews™®

Tuesday, 27 November 2012

‘TOKONG’ LIM GUAN ENG JADI TOPIK HANGAT DI DUN SARAWAK

-SUNGGUH “TERKENAL” SEKALI SI “TOKONG” ITU SEHINGGA DIA DIBANGKITKAN DALAM PERBAHASAN PENGULUNGAN BAJET 2013 SARAWAK .. WONG SOON KOH BAGAIKAN “MEMBOGELKAN” DAP DENGAN BIDASANNYA YANG SINIS & PEDAS SEHINGGA SEORANG DUA DARIPADA ADUN-ADUN DAP KELUAR DARI DEWAN UNTUK “MENGAMBIL NAFAS”!!! KEKEKE!!!

Sikap Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu “Tokong” Lim Guan Eng adalah contoh mudah mencerminkan “kesombongan dan kediktatoran” pimpinan tertinggi DAP, demikian tegas Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak Dato Sri Wong Soon Koh dalam ucapan pembahasan pengulungannya semalam.
 
“Itu bukan saya yang cakap ah .. Timbalannya sendiri (Mansor Othman-PKR) yang cakap okay,” tambahnya lagi apabila beberapa anggota DAP kelihatan cuba mencelah untuk membantah apa yang dia (Wong) bahaskan.
 
“Tolong duduk diam-diam dan dengar .. mungkin anda boleh belajar dari apa yang saya akan cakapkan,” kata Wong tanpa memberi sebarang ruang sambil melambai-lambaikan tangannya membuat arahan supaya ADUN-ADUN DAP itu untuk duduk.
 
Ahli Parlimen Sibu yang juga ADUN Bukit Assek, Wong Ho Leng yang pada mulanya cuba mempertikaikan isu ‘Tokong’ juga tidak lepas dari di “balun” Wong Soon Koh sehinggakan dia (Wong Ho Leng) tersengih-sengih macam kerang busuk  memandang ke kiri dan ke kanan bagaikan “meminta bantuan” dari rakan-rakannya.
 
Agak anih kerana kali ini, tiada sesiapa yang membantunya selain dari ADUN Kota Sentosa yang juga Ahli Parlimen Kuching Chong Chieng Jen yang sekali sekala cuba mencelah namun agak begitu ketara sekali Chong tidak berusaha bersungguh-sungguh seperti biasa mempertahankan Wong Ho Leng yang jua Ketua DAP Sarawak.
 
Setelah diberi amaran sebanyak tiga kali oleh speaker, Chong tidak lagi berani mencelah dan melangkah keluar dari kamar Dewan untuk “berehat” di ikuti seorang lagi ADUN DAP.
 
Syabas Wong Soon Koh-SUPP kerana ketajaman lidah membangkitkan isu “tokong” yang seakan benar-benar meninggalkan kesan mendalam kepada Wong Ho Leng kerana melibatkan ‘bos’nya di peringkat pusat dan juga merupakan Setiausaha DAP Pusat yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
 
Isu ‘tokong’ atau ketua yang sombong dan angkuh seperti Lim Guan Eng yang telah diketahui umum melaui rakaman keceluparan mulut Mansor Othman dalam Mesyuarat PKR Pulau Pinang yang membincangkan persiapan menghadapi PRU-13 telah membuatkan kedudukan Mansor Othman sebagai ADUN di Pulau Pinang terjejas.
 
Ini adalah sebahagian sedutan Mesyuarat PKR Pulau Pinang yang dipengerusikan Pengerusi PKR Pulau Pinang sehingga mencetuskan kekecohan dalaman PKR dan DAP.
 
“Guan Eng macam tokong you know to the Chinese, you cannot deny that, he is just like a tokong, itu yang buat dia orang sombong, very-very angkuh and arrogant. Tapi tidak apalah, whatever it is, we get ourselves stronger, young people you orang kena prepare, every seat kita nak bertanding, kena ada orang.”
 
-UnReportedNews™®

Wednesday, 21 November 2012

TIGA USUL PEMBANGKANG DI TOLAK

Persidangan DUN Sarawak memasuki har kedua semalam dengan menyaksikan tiga usul yang dikemukakan oleh pembangkang ditolak.
 
Usul pertama yang dikemukakan Ting Tze Fui (DAP-Meradong) berhubung pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Sarawak. Bagaimanapun, usul ini telah ditolak Speaker Dewan disebabkan perkara itu di bawah bidang kuasa kerajaan pusat.
 
Ting Tze Fui mahu kerajaan Negeri Sarawak menolak pemberian projek bagi pelaksanaan dan operasi AES, yang disifatkan kontroversi sejak pengenalannya, kepada dua pemegang konsensi swasta.
 
Kerajaan Negeri Sarawak juga diminta menangguhkan pelaksanaan AES sementara menunggu kajian lanjut, rundingan dan pengesahan bagi kelemahannya dari segi pelaksanaannya di laluan berkelajuan rendah di Sarawak supaya rakyat tidak didenda secara tidak adil.
 
Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar memberitahu, di bawah Perintah Am 23(6), usul dikemukakan tidak boleh berkaitan dengan perkara di bawah bidang kuasa kerajaan pusat.
 
"Hakikatnya ialah undang-undang mengenai AES sudah dibentangkan, dibahaskan dan diluluskan di Dewan Rakyat merupakan bukti kukuh yang tidak dapat diragui," katanya pada persidangan DUN Sarawak.
 
Manakala, usul Wong Ho Leng (DAP-Bukit Assek) berhubung projek-projek hidroelektrik yang mana beliau mahu semua rancangan untuk pembinaan 12 projek HEP yang dicadangkan sebelum ini dibatalkan.
 
Sementara itu, usul Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) yang berasaskan majalah di London keluaran November 2012 turut ditolak.
 
Berhubung majalah itu, beliau mahu juruaudit antarabangsa bebas dilantik untuk meninjau dan menjalankan inventori sepenuhnya ke atas estet hutan di Sarawak.
 
Ini adalah berdasarkan terbitan sebuah majalah antara-bangsa yang mendakwa Sarawak kehilangan lebih 90 peratus daripada hutannya kepada pembalakan, iaitu kadar paling cepat di Asia, sementara kerajaan memberitahu sekurang-kurangnya 60 peratus hutan di negeri kekal tidak disentuh.
 
Asfia memberitahu, laporan yang diterbitkan majalah dan imej satelit oleh pertubuhan itu tidak disahkan oleh pertubuhan alam sekitar di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli atau Jabatan Alam Sekitar Malaysia.
 
"Setiap soalan tidak harus ditanya sekadar untuk mengesahkan kenyataan dalam akhbar atau individu atau pertubuhan bukan rasmi adalah benar," katanya.
 
Sumber: Wira Kenyalang
 
 
-UnReportedNews™®

Thursday, 26 July 2012

WONG HO LENG KENA “TIAW” BANGSA SENDIRI

-SEORANG PENIAGA YANG DI PERCAYAI BERBANGSA CINA DIKATAKAN TELAH MEMARAHI HO LENG DI RUMAHNYA SENDIRI AGAR MENGINGATI ASAL-USUL MEREKA .. YE KE NI? .. DAHSYAT TU .. DENGAR CERITA JUGAK KEDUDUKAN SI APEK TUA HO LENG NI KAT SIBU PUN SUDAH GOYANG.. BUTUT KAH? .. LU SULAH TAKUT KAH HO LENG? KEKEKE!-

Pada awal tahun lepas 2011, kerajaan negeri Sarawak ada mengumumkan untuk membina shipyard di atas sebuah tanah yang besar di Bawang Assen, Sibu di Jalan Hala ke Tanjung Manis. Baca dalam The Star sini.

Komitmen kerajaan negeri terhadap industri pembinaan kapal ternyata lagi dengan pembinaan kluster di kawasan Perindustrian Tanjung Manis, siap dengan akedemi lautan.

Pada tahun lepas juga pengundi Sibu mengundi masuk DAP di PRK Sibu dengan Wong Ho Leng menang dengan undi lebihan 300 lebih kerana peti polis dan tentera tak dapat dikira sebab protes DAP.

Pada PRU Sarawak, sekali lagi DAP mendapat tempat di kawasan ramai kaum CIna di bandar utama hingga SUPP kalah teruk.

Namun begitu tak sampai berapa lama, dah ada perubahan.

Di Sibu, Wong Ho Leng telah menjadi bertambah lantang sebagai MP dan ADUN menyuarakan dan mengungkit macam-macam isu. 


Tapi rakyat mula menyedari bahawa mereka ini hanya cakap saja tapi bila ajak selesaikan masaalah, mereka tak mahu ambil tanggungjawab.

Semasa Wong Ho Leng menimbulkan isu bah yang sering melanda Sibu, dia diajak berbincang bersama di pejabat Ketua Bandar Sibu tapi dia enggan datang. 


Padahal dia juga menggunakan isu itu ketika bertanding di PRK dan perkara itu sedang diurus kerajaan negeri.

Dari situ macam-macam lagi peristiwa hingga akhirnya melibatkan projek pembinaan kapal yang entah macam mana begitu maju dan berkembang di Sibu. 


Ho Leng dikatakan ada menimbulkan isu hingga akhirnya menaikkan kemarahan golongan peniaga.

Kisahnya ada seorang pengusaha kapal pergi ke rumahnya dan cakap bersemuka dengan dia.

"Ingat ye, kita memandu, Jangan sampai kita naik basikal balik."

Dalam maknanya buat Sibu yang dipenuhi kaum Foochow yang diberi tanah oleh British untuk bertani di Sibu dan membina kehidupan dari pertanian di atas tanah yang kontang dan berpaya hingga hari ini Sibu adalah merupakan pusat perdagangan Sarawak.

Sibu mempunyai ramai peniaga-peniaga Cina yang berjaya dan sering menjadi pusat pertemuan peniaga-peniaga Cina satu Sarawak.

"Kita orang berniaga. Bukan mintak wang sama lu," kata peniaga itu tepat di muka Ho Leng.

"Cakap banyak tak guna. Wang ada masuk ka? Lu ada bawak masuk business ka? Ada orang mari Sibu melabur ka?"

Tersenyap Wong Ho Leng.

Dari cakap-cakap terkini, Wong Ho Leng sudah tak selamat di Sibu. Begitu juga ADUN DAP yang begitu lantang dan angkuh sejak kejayaan besar di PRU Sarawak.

Sumber: The Unspinners


-UnReportedNews™®



Friday, 22 June 2012

DAP SARAWAK BERGOLAK

-BELUM LAGI SEMBOYAN PILIHNRAYA BERBUNYI, DAP SARAWAK DAH MULA BERCAKARAN SESAMA SENDIRI SEHINGGA SANGGUP MEMBUKA PEKONG DADA MEREKA SENDIRI SAMPAIKAN SANGGUP MENUDUH MENCURI WANG & TALIPON BIMBIT PENYANYI? ISK-ISK-ISK..KUASA PUNYA HAL SEMUA BOLEH JADI!!-



Kumpulan DAP yang sedang memprotes, yang memanggil mereka sendiri “Jawatankuasa Anti-Undi Rosak" telah menyangkal penjelasan oleh DAP Senadin Ketua Lim Su Kien ke atas tiga isu berlainan.

Kumpulan yang membantah tersebut telah menjalankan satu siri kempen di sini sejak bulan lepas terhadap pencalonan Lim untuk bertanding di Miri pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita melihat bagaimana Lim Su Kien membuat kesilapan ketika mengendali isu tandas hijau Saberkas pada tahun lepas di mana dia telah menjejaskan reputasi DAP dan Pakatan Rakyat (PR)," kata ahli kumpulan protes Yong Chee Chan dalam satu wawancara semalam.

Menggunakan laporan berita tahun lepas, Yong mendakwa bahawa Lim telah menggunakan isu tandas hijau sebagai batu loncatan untuk kepentingan politiknya sendiri dengan menggunakan parti.

"Lim tidak melakukan kerja rumahnya dengan melakukan penyelidikan yang betul namun beliau cenderung untuk tergesa-gesa dalam mengkritik mengenai isu-isu dan ini adalah ketidakmatangan politiknya dan kita tidak mahu melihat ianya didalam MP kita.”

"Permintaan beliau untuk daerah (Majlis Bandaraya Miri) di anugerahkan projek tandas hijau tanpa tender terbuka bertentangan dengan dasar DAP untuk akauntabiliti dan ketelusan."

Yong berkata kumpulannya menggelar diri mereka “Jawatankuasa Anti-Undi Rosak” kerana mereka akan membawa pengundi untuk membuang undi rosak pada pemilihan akan datang.

"Jumlah undi rosak yang tinggi akan membuktikan apa yang kita telah cuba untuk mengatakan, dan itu adalah bahawa mereka (kepimpinan parti) telah membuat keputusan yang kurang bijak atas calon DAP Miri."

Seorang lagi anggota bantahan, Brenda Lim, mendakwa bahawa beberapa ahli DAP masih sakit dituduh kecurangan oleh ahli keluarga Lim (Su Kien) semasa majlis makan malam DAP pada 1 April tahun lepas.

Dalam kejadian itu, ahli-ahli wanita telah memeriksa tandas wanita yang kemudiannya menemui balik sejumlah wang tunai dan telefon bimbit yang hilang yang dimiliki oleh salah seorang penyanyi di majlis itu.

"Lim dan keluarganya gagal untuk memohon maaf di atas tuduhan tidak berasas selepas wang dan telefon yang dijumpai tersembunyi di dalam tandas," kata Brenda.

Sementara itu, bekas bendahari DAP Senadin (2010) dan naib pengerusi (2011) Chong Chin Soon mendakwa bahawa terdapat kekurangan ketelusan kewangan di Senadin DAP.

Chong berkata beliau tidak gembira dengan cara Lim mengendalikan kewangan parti di tambah lagi dengan insiden di mana dia dan ahli jawatankuasa yang lain telah digantikan semasa EGM 11 Mac tanpa memaklumkan mereka.

Beliau mendakwa bahawa ahli-ahli jawatankuasa yang baru tidak layak untuk memegang jawatan kerana di bawah peraturan-peraturan parti mereka terpaksa menjadi ahli sekurang-kurangnya satu tahun yang akan dipilih.

Bantahan ahli Wong Teck Hock menegaskan bahawa protes mereka tidak dendam peribadi, tetapi satu peringatan kepada pemimpin-pemimpin parti tidak mengabaikan perasaan akar umbi.

"Kami mula mengadu kepada pemimpin-pemimpin parti negeri tentang tingkah laku Lim sejak November tahun lepas. Itulah sebabnya kita terkejut apabila dia telah dicalonkan walaupun maklum balas kami," katanya.


Terjemahan dari The Borneo Post


Pengerusi DAP Sarawak Wong ho Leng sebelum ini telah membuat pengumuman bahawa calon MP Miri Dap adalah Lim Su Kien dan ini bukan sahaja telah membuat ahli DAP mereka sendiri tidak berpuashati malah juga PKR Sarawak juga tidak berpuashati kerana mereka sendiri juga mengintai peluang untuk bertanding di Miri (Klik di sini dan sini). 

-UnReportedNews™®




Wednesday, 23 May 2012

JANGAN TIMBUL ISU MEMPERGUNAKAN KAUM PENAN

-WALAUPUN SIA MEMBACA SEKEPING KERTAS KETIKA MEMBENTANG ISU-ISU KAUM PENAN, BELIAU SERING MENOLEH KE ARAH ADUN BUKIT ASSEK WONG HO LENG BAGAIKAN MENANTI ARAHAN ATAU PANDUAN...TERLALU NYATA PERBUATANNYA BUKAN DILAKUKAN SECARA SUKA RELA-


Ternyata pihak pembangkang Negeri Sarawak begitu tertekan seumpama ketandusan modal mencari isu apabila mereka bagaikan mengheret sekumpulan masyarakat Penan dari Baram, Miri ke DUN bagaikan jadi bahan "jajaan" mereka pagi semalam.


Ahli Dewan Undangan Negeri Telang Usang Dennis Ngau ketika di temubual UnReportedNews™®  secara eksklusif telah menyuarakan  kekeciwaannya terhadap pembangkang nyata bermain "kotor" dengan melibatkan bangsa Penan demi untuk menimbulkan isu yang berbaur kebencian pada kerajaan.


"Saya ingin mengingati serta menasihati rakan-rakan masyarakat Penan supaya tidak akan mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang penuh pembohongan sehingga sanggup dipergunakan atau dimanipulasikan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab hanya untuk kepentingan mereka perbatuan politik atau populariti mereka."


"Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah, sila gunakan saluran yang betul iaitu menerusi Barisan Nasional (BN)-kerajaan yang memerintah dan usah mengadu kepada pembangkang kerana mereka tidak ikhlas membantu anda sebaliknya akan memanipulasikan masalah anda menjadi isu untuk mereka jaja."


"Walaupun pada hakikatnya mereka tidak dapat berbuat apa-apa tetapi mereka sebaliknya mungkin menjanjikan mereka bisa membantu anda  namun mereka hanya ingin mempergunakan anda selama yang boleh demi kepentingan politik mereka. "


"Sila ikut sahaja program pembangunan yang telah dirancangkan oleh pihak kerajaan, khususnya masyarakat Penan di Baram", tambah Dennis pada waktu rehat tengahari pada hari ketujuh Mesyuarat  Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri ke-17 di lobi DUN semalam.


"Masyarakat Penan sebagai juga mempunyai hak untuk menikmati pembangunan dan kemudahan asas seperti rakyat Malaysia yang lain, mengapa terdapat sesetengah pihak bagaikan menghalang hak mereka ini seolah berniat mahu kaum Penan dibiarkan dan diasingkan?"


"Apakah tujuan mereka ini? Adakah hanya untuk "mencipta" alasan untuk di bangkit kepada kerajaan? Namun tindakan mereka nyata menunjukkan mereka yang sebenarnya "menindas" kaum Penan."


Beliau berkata demikian untuk menjawab dakwaan-dakwaan yang diluahkan kumpulan Penan tersebut yang begitu ketara telah "dilatihkan" untuk menyuarakan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas sama sekali.


"Saya tahu masyarakat Penan dengan baik kerana saya membesar dan pergi ke sekolah dengan mereka dan saya percaya tindakan hari ini di DUN bukanlah disebabkan keinginan mereka sendiri tetapi kemungkinan besar telah dihasut dan "di set-up" serta dirancang oleh pembangkang."


Mengenai dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh kumpulan Penan bahawa keperluan atau isu yang mereka tidak dilayan oleh wakil Undangan Negeri atau mana-mana pihak BN, Dennis berkata bahawa dia tidak pernah didatangi oleh mana-mana kumpulan mengenai hal ini.


"Saya amat terganggu dengan taktik pembangkang menggunakan kaum Penan untuk menimbulkan isu dan saya merasa yakin bahawa mereka (pembangkang) sebenarnya mempunyai niat atau tujuan lain  untuk membuat propaganda agar rakyat benci terhadap kerajaan."


"Saya sentiasa terbuka untuk mendengar segala masaalah bukan sahaja Penan tetapi kaum-kaum lain juga, terutamanya mereka yang  di kawasan saya," katanya dan menggesa masyarakat Penan untuk mendekati beliau sekiranya mereka sebarang masalah atau isu dari memilih untuk pergi kepada pembangkang yang hanya akan mengambil kesempatan mempolitikkan perkara untuk kelebihan mereka mengutuk kerajaan.

SIA
Kumpulan masyarakat Penan tersebut seolah-olah telah dirancang tiba di DUN sewaktu rehat makan tengahari oleh pembangkang dan membuat sidang akkbar mengenai beberapa tuntutan mereka yang telah mendakwa  kononnya telah diabaikan oleh Dennis dan Kerajaan BN.


Riak wajah jurucakap bagi kumpulan Penan yang mengenal diri Sia Andum bagaikan tidak dapat menahan perasaan gusar dan gementar seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena bagaikan dia berbuat demikian dalam keadaan dipaksa. 


Walaupun beliau membaca sekeping kertas ketika membentangkan isu-isu kaum Penan di Baram dengan menggunakan projektor yang di pancarkan ke didinding bilik media beliau sering menoleh ke arah  ADUN Bukit Assek Wong Ho Leng (DAP) lebih-lebih lagi setiap kali sebelum menjawab pertanyaan pihak wartawan.


Sia  bagaikan meminta bantuan dari Ho Leng untuk menjawab sehinggakan Ho Leng yang mungkin menyedari "eye-contact" mereka disedari oleh beberapa orang wartawan berdekatan, mengeluarkan kata-kata, "Tanya dengan dia (Sia), biar dia jawab dengan sendiri."


Sia juga kelihatan kurang senang apabila saya menghampirinya dan meminta no talipon bimbitnya kepada saya dengan alasan dia tiada nombor walaupun di tangan kanannya memegang satu talipon bimbit dan dia sebelum itu kelihatan memberi nombor taliponnya kepada salah seorang pembangkang.


Bukan memandang rendah kepada kaum Penan namun timbul tanda tanya dikalangan para wartawan bagaimana mereka dapat sampai ke DUN di Kuching dari tempat mereka yang mengambil masa selama hari untuk sampai di Bandaraya ini sekiranya tidak ada sedikit-sebanyak "pertolongan" dari orang lain.


ADUN Batu Lintang See Chee Hua (PKR) menegaskan segala kos-kos  perjalanan, penginapan dan pakaian-pakaian (hampir keseluruhan anggota kumpulan itu memakai pakaian, serta kasut yang serba baru) di biayai sepenuhnya oleh kumpulan itu sendiri. 


Kecurigaan kami terjawab apabila See dengan "gentlemannya" kemudiannya mengakui "presentation" slide show itu telah disediakan oleh pihak pembangkang.


Sia juga enggan memberitahu alamat hotel mereka menginap apabila ditanya dan ini menambahkan lagi kecurigaan akan kumpulan ini bagaikan di"latih" oleh seseorang agar tidak memberi sebarang maklumat kepada sesiapa pun. 


Beberapa orang rakan saya juga bersependapat dan percaya tindakan beberapa wakil pembangkang yang menghantar kumpulan masyarakat Penan tersebut hingga ke pintu kenderaan mereka adalah untuk mengelakkan mereka ditemuranah sesiapa..hmmmm apa yang nak mereka rahsiakan dan takutkan ye? 

-UnReportedNews™®

Saturday, 19 May 2012

DAP & PKR CLASHES IN MIRI?


-DAP'S ANNOUNCEMENT EARLIER FIELDING THEIR CANDIDATE IN MIRI IS NOT FINAL AS PKR ALSO WOULD BE FIELDING OUR CANDIDATE IN MIRI, SAYS BARU BIAN-


Sarawak Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) Chief Baru Bian yesterday stressed that PKR would be also fielding their own Miri Member of Parliament candidate despite Sarawak Democratic Action Party's (DAP) announcement of their own candidate a day earlier.


"Well, that (DAP's announcement) is still not final as we (PKR) would be also fielding our own candidate," said Baru (PKR-Ba'Kalalan) adding that the final say will up to the PR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim who is also PKR advisor.


Rebutting on Sarawak DAP Chairman Wong Ho Leng's announcement made earlier on Thursday implying that PKR would give way for them in Miri, Baru stressed that as far as they are concern, the matter is yet still "under negotiation" and too pre-matured to comfirm.


When asked when is PKR going to name their candidate in Sarawak, Baru said that they would have to wait for PKR President (Datin Wan Azizah Wan Ismail) to make that announcement.


Asked again on whether both DAP and PKR will overlap among themselves naming their respective candidiates in the same parliamentary constituency, he stressed again that is for the PR leader (Anwar) to decide later.


On Ho Leng's arguement that DAP candidate are much "suitable" to be the the Miri MP candidate rather than PKR as their candidate really knew the Miri's people problem, Baru said it is for them (DAP) to make their claims as for him, the issue is considered as a "secondary matter".


Baru was met by New Sarawak Tribune at the DUN's lobby on the fifth day of the First Meeting of the Second Term of the 17th State Assembly Hall Sitting on the morning session  yesterday morning.
On last Thursday, DAP litterally showed their "superiority" in the Pakatan Rakyat (PR) fold by announcing their Miri MP candidate Lim Su Kien in the forthcoming 13th General Election without the consent of the other PR members (PKR and PAS).


Ho Leng, making that announcement admitted that the decision was without the consent from their "so-called partners" and it was the totally DAP's decison made by DAP candidate selection communitee in Sibu last May 6th.


He said DAP believed that we have no problems (from PKR and PAS) in naming our candidate because we felt that our  candidate knows more about the people of Miri and their problem," said Ho Leng.


Ho Leng, who is also Bukit Assek State Assemblyman pointed out that DAP did not need to seek PKR's consensus when asked by reporters whether PKR had given their consent on DAP fielding their candidate in Miri in the GE.


Meanwhile, Kota Sentosa Chong Chieng Jen who was also at the press conference admitted that although there is a "little bit disagreement" among the PR members, DAP will syick firm on their decision.

-UnReportedNews™®

DEBATE? BRING IT ON!

-THE OPPOSITION DURING THIS DUN SESSION HAVE NO RELEVANT ISSUES TO RAISE-UP THUS STARTED "SHOOTING BLANKS" BLINDLY HOPING TO HIT "SOMETHING IN THE DARK" BUT APPARENTLY THEY HAD ALL MISFIRED!-

Sarawak Barisan Nasional (BN) Back-Benchers Club (BBC) Chairman Abdullah Haji Saidol that he and Nangka State Assemblyman Annuar Rapaee are ready to face both DAP's Bukit Assek State Asemblyman Wo Ho Leng and Kota Sentosa Assembleyman Chong Chieng Jen for a debate session anytime.


"Wo Ho Leng and Chong Chieng Jen seemed to had thrown a challenge for me and Annuar for a debate session on Sibu-related matters .. I don't mind as long it (the debate) is held in an ethical and prudent manner."

Abdullah, who is also the Chief Political Secretary to Chief Minister Pehin Seri Haji Abdul Taib Mahmud said this to New Sarawak Tribune when met at the DUN's lobby on the fifth day of the First Meeting of the Second Term of the 17th State Assembly Hall Sitting at the morning session yesterday.

"The opposition this time (during this DUN session) have no relevant issue to raise-up however, they are "shooting blanks" hoping to hit "something in the dark" but apparrently they had "misfired"," added Abdullah, who is also Semop State Assemblyman.

Since the second day of this DUN's session, it had seemed that both PBB's Abdullah and Annuar had been "entanggled" themselves with series of "arguements" with DAP's Ho Leng and Chong.     




-UnReportedNews™®

Friday, 18 May 2012

SARAWAK "PAKATAN COUP" ALREADY TURNED SOUR?

-HO LENG IGNORANTLY ADMITTED THAT DAP DOES NOT NEED TO SEEK CONSENSUS FROM PKR ON DAP'S FIELDING THEIR MIRI MP CANDIDATE-



The Sarawak Democratic Action Party (DAP) litterally showed their "superiority" in the Pakatan Rakyat (PR) fold yesterday by announcing their Member of Parliament (MP) for Miri candidate in the forthcoming 13th General Election (GE) without seeking consent of the other PR members (PKR and PAS).


Sarawak DAP Chairman Wong Ho Leng who announced 39-year-old Lim Su Kien as their Miri MP candidate admitted that the decision was without the consent from their "so-called partners" and it was the totally DAP's decison.


"This (anouncement of DAP candidate in Miri) is DAP's decision made by DAP candidate selection committee in Sibu last May 6th and we believed that we have no problems (from PKR and PAS) in naming our candidate because we felt that our  candidate knows more about the people of Miri and their problem," said Ho Leng ignorantly.


"No, we did not have the (PKR's) consensus," said Ho Leng, who is also Bukit Assek State Assemblyman when asked by reporters whether PKR had given their consent on DAP fielding their candidate in Miri in the GE.


Meanwhile, Kota Sentosa Chong Chieng Jen who was also at the press conference admitted that although there is a "little bit disagreement" among the PR members, DAP will stick firm on their decision.


-UnReportedNews™®

Monday, 12 March 2012

SUPP HAD FINALISED THEIR CANDIDATES IN SIBU FOR GE13TH?

-THE DECISIONS ON THE CANDIDATES (IN SIBU AREAS) WERE MADE DURING A SUPP SIBU BRANCH MEETING CHAIRED BY ITS CHAIRMAN DATUK SERI WONG SOON KOH-



AN SUPP new face, Temenggong Datuk Vencent Lau Lee Meng, a distinguished corporate and Chinese Community leader was said to had been chosen to face-off Wong Ho Leng (DAP) the incumbent Sibu MP (or other DAP candidate should DAP decided to change their candidate) in the next 13th GE.

In the last by-election in May 16, 2010 following the death of BN’s Datuk Robert Lau Hoi Chiew (SUPP), Ho Leng garnered 18,845 votes defeated BN’s (SUPP) Robert Lau Hui Yew (18,447 votes) with a majority of only 398 votes while Independent Narawi Haron ( 232 votes).

The decision for Vencent’s political debut was made during a SUPP’s Sibu branch meeting chaired by its chairman Datuk Wong Soon Koh, who is also Second Finance Minister and Minister of Environment on Sunday.

Lanang incumbent Datuk Tiong Thai King was also chosen to defend his seat in the next GE where in the last 2008 GE, the incumbent garnered 19,476 votes against DAP’s David Wong Kee (14,612 votes).




-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List