Beliau Perlukan Rehat Yang Mencukupi & Rawatan Yang Berkesan |
Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek, Wong Ho Leng yang juga Pengerusi DAP Sarawak itu telah mengesahkan dirinya sedang menghidap barah otak dan menerima rawatan radioterapi. Beliau turut menjelaskan bahawa neurosurgeons di Australia mendapati glioma (ketumbuhan otak).
"Saya tidak dapat berdiri dan tidak boleh menelan air di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ketika cuba untuk menaiki penerbangan ke Gold Coast di Australia untuk menyertai keluarga saya bercuti di sana," katanya dalam satu laporan portal berita.
Seorang lagi wakil rakyat DAP di Selangor turut tidak mampu berkhidmat kepada rakyat di kawasan itu kerana mengalami sakit dan uzur yang berpanjangan, khabarnya menghidap kanser yang perlu rawatan dan penjagaan yang rapi dan berpanjangan.
Rakyat berpendapat, DAP tidak patut menyeksa dan membiarkan wakil-wakil rakyat DAP yang sedang sakit kuat yang panjang, ketenatan dan sudah tentu berfikir panjang, berfikir berat, dana macam-macam fikiran seperti tidak mampu membantu rakyat, membiarkan rakyat tanpa wakil rakyat. Implikasinya sangat jelas, masalah rakyat di kawasan tersebut akan bertambah terok tanpa pembelaan.
Walaupun DAP akan memberi alasan ada wakil kepada wakil-wakil rakyat tersebut, tetapi harus diingat semua masalah rakyat akan lebih baik jika ianya dibangkitkan di dalam Dewan Undangan Negeri dan Parlimen, kerana di situlah perbincangan dasar-dasar kepentingan rakyat dan perbelanjaan dikemukakan.
Kesimpulannya mudah, rakyat di kawasan tersebut, meminta supaya DAP berbincang dengan wakil-wakil rakyat mereka yang sedang sakit berpanjangan itu supaya mengundur diri, meletak jawatan untuk membolehkan Pilihanraya Kecil diadakan. Jangan seksa rakyat tanpa wakil rakyat.
NGO-NGO Human Rights diminta supaya mendesak DAP supaya tidak menyiksa wakil-wakil rakyat mereka yang sakit kuat, sebaliknya memberikan mereka peluang untuk berehat dengan tenang dan menumpukan kepada masalah kesihatan mereka. Mereka hendaklah diberi kebenaran mengosongkan kerusi-kerusi mereka.
DAP tidak perlu menjadi Nazi Malaysia untuk menyiksa wakil rakyat DAP yang sedang sakit itu, dan juga menyiksa rakyat tanpa wakil rakyat yang sah!
Mereka yang sakit perlu diberi peluang berehat tanpa memikirkan isu politik yang berat. Rakyat pula perlu wakil rakyat yang boleh dihubungi dan sihat tubuh badan dan fikiran untuk menyelesaikan masalah mereka.
Minggu depan Persidangan Parlimen, wakil-wakil rakyat perlu menggubal mana-mana wakil rakyat yang tidak dapat hadir dalam persidangan dewan dua tau tiga penggal berturut-turut hendaklah mengosongkan kerusi mereka, untuk memberi keadilan kepada rakyat.
Be a gentleman lah Lim Kit Siang, kalau PRK pun, jika rakyat masih mahu DAP, kita tiada masalah. Jangan seksa mereka. Kita kasihankan Rakyat !!! (sumber)
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®