Monday 29 May 2017

Awas, Dadah "Zombie" Flakka Mula Menular Ke Asia..


Sejenis dadah sintetik baru yang dinamakan FLAKKA kini telah menggemparkan negara Amerika.

Effek individu yang mengambil dadah ini dikatakan akan menjadi "zombie", dan yang menyedihkan mereka TIDAK AKAN KEMBALI NORMAL.

Kesan kerosakan kimia terhadap otak sesiapa yang mengambilnya akan menjadi KEKAL SELAMAnya.

Difahamkan, dadah FLAKKA ini sebenarnya masih lagi dalam fasa eksperimen namun ianya telah dicuba di pasaran untuk melihat reaksi dan effek terhadap penagih agar ianya boleh diperbaiki lagi.

Difahamkan juga, pembuat dadah ini telah mencuba untuk masuk ke pasaran Asia, terutamanya Asia Tenggara kerana ramai pengguna dadah sintetik murah di sini.

Bentuk fisikal kristal FLAKKA, yang lebih mirip seperti BATU @ SYABU @ METAPHAMINE @ KETAMINE, dan juga pil ekstasi, yang banyak digunakan di Malaysia, namun ia dikatakan jauh lebih murah harganya maka dikhuatiri ianya akan dicampur oleh pengedar dadah dengan dadah yang disebut di atas demi untuk keuntungan berlipat ganda.

Kaedah pengambilan dadah FLAKKA juga adalah seperti dadah sintetik yang lain, samada menggunakan suntikan atau dihisap, ianya jua sering dihisap menggunakan rokok elektronik atau VAPE. 

Jadi, berhentilah mengambil dadah.. jangan terjadi mangsa seperti didalam video di bawah ini.-UnReportedNews™®



No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List