Showing posts with label Lanun Sulu. Show all posts
Showing posts with label Lanun Sulu. Show all posts

Friday, 7 February 2014

LAGI PERCUBAAN PENCEROBOHAN KUMPULAN BERSENJATA DI SABAH DIGAGALKAN

-IANYA ADALAH CUBAAN KALI KEDUA MENCEROBOH SABAH YANG DIGAGALKAN OLEH PDRM SETELAH KIRA-KIRA SETAHUN SELEPAS SERANGAN KUMPULAN BERSENJATA SULU YANG MENAWAN KAMPUNG TANDUO DI FELDA SAHABAT DI LAHAD DATU BERMULA PADA 11 FEBRUARI 2013 YANG LEPAS!-

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa pasukan keselamatan Malaysia berjaya menggagalkan percubaan kedua kumpulan bersenjata untuk memasuki Sabah dalam tempoh dua bulan.

Khalid yang mendedahkan perkara itu pada Khamis berkata, kumpulan-kumpulan itu merancang untuk memasuki timur Sabah atas sebab-sebab jenayah.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan secara lanjut dengan menjelaskan bahawa ia disebabkan oleh faktor keselamatan.

Khalid berkata, percubaan kedua berlaku pada akhir Januari tahun ini.

Pada 10 Januari lalu, Khalid memberitahu para pemberita bahawa terdapat satu pencerobohan lain ke Sabah yang dilakukan oleh pihak asing namun digagalkan oleh pasukan keselamatan Malaysia.

Beliau berkata, cubaan yang dilakukan adalah kira-kira dua minggu sebelum itu (merujuk pada minggu terakhir Disember 2013).

“Terdapat satu percubaan oleh pihak luar untuk memasuki Sabah tetapi kami berjaya menggagalkannya menerusi kerjasama dengan agensi-agensi lain, termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), ” katanya kepada media ketika itu di semporna, Sabah.

Kedua-dua cubaan menceroboh yang digagalkan itu berlaku kira-kira setahun selepas serangan kumpulan bersenjata Sulu yang menawan Kampung Tandou di Felda Sahabat di Lahad Datu yang bermula pada 11 Februari 2013. (sumber

-UnReportedNews™®

Tuesday, 7 January 2014

PERBICARAAN INDIVIDU "INSIDEN PENCEROBOHAN LAHAD DATU" BERMULA!

-TIGA PULUH INDIVIDU YANG DIDAKWA MELANCARKAN PERANG TERHADAP YANG DIPERTUAN AGUNG BERMULA! MALANGNYA, "WATAK UTAMA" DALAM KES INI, IAITU JAMALUL KIRAM III, INDIVIDU YANG MENGAKUI DIRINYA ADALAH SULTAN SULU & SALAH SATU PERANCANG UTAMA DALAM INSIDEN INI TELAH MAMPUS PADA OKTOBER LEPAS! KEKEKE!!!-

Seorang anggota VAT 69 berkawal di luar Penjara Kota Kinabalu yang dijadikan Mahkamah Terbuka bagi perbicaraan 30 individu berkenaan. 
Perbicaraan kes 30 individu yang berdepan pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong serta terbabit dalam pelbagai kegiatan keganasan di Sabah awal tahun lepas, bermula di Mahkamah Tinggi semalam, yang bersidang di Penjara Sabah di sini.

Saksi pertama pendakwaan iaitu bekas Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerak Khas) Bukit Aman Datuk Abdul Rashid Harun memaklumkan beliau menyedari terdapat perbezaan dalam bilangan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu selepas dua kali ke sana.

“Majoriti mereka adalah individu berbeza daripada yang saya lihat sehari sebelum itu. Namun mereka memakai uniform yang sama dengan corak kamoflaj dan bersenjata,” katanya.

Beliau berkata jumlah penceroboh bukan sahaja menurun malah terdapat muka baharu berbanding mereka yang dilihatnya dalam lawatan pertama ke kampung itu.

Abdul Rashid, yang kini Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di Lahad Datu, berkata dalam lawatan pertamanya pada 15 Februari, beliau menyamar sebagai seorang anggota polis berpangkat Sarjan Mejar.

Abdul Rashid kemudian membantu membawa bekalan dari kenderaan polis ke dapur sebuah rumah yang diduduki dan selepas melakukan kiraan, beliau mendapati 79 penceroboh berkenaan memiliki senjata dan lima daripada mereka adalah wanita serta berpakaian seperti askar.

Bagaimanapun, dalam lawatan kedua, beliau mendapati jumlah penceroboh ialah 63 orang dan majoriti mereka bukanlah individu yang dilihatnya sebelum itu.

Kiram
Abdul Rashid berkata pada hari pertama, beliau melihat tiga lelaki memegang senapang M16 manakala seorang lagi meletakkan pistol semi automatik jenis .45 di pinggangnya.

Sehari kemudian, beliau melihat lebih banyak senjata dibawa penceroboh berkenaan seperti raifal Garand, pistol Colt G45, revolver dan karbin serta parang.

“Seorang lelaki meletakkan dua pelancar bom tangan pada kit tali pinggang yang dipakainya di bahagian dada, satu pelancar di sebelah kiri manakala satu lagi di sebelah kanan,” katanya.

Abdul Rashid berkata beliau tidak mengambil bahagian dalam rundingan antara ACP Zulkifli Abd Aziz, yang juga Timbalan Ketua Cawangan Khas 1 di Sabah, dengan ketua penceroboh berkenaan Datu Agbimuddin Kiram.

Katanya tujuan beliau menyertai lawatan ke Kampung Tanduo ialah bagi menjalankan risikan untuk mengumpul maklumat berhubung penceroboh termasuk menilai kekuatan serta senjata yang mereka miliki.

Terdahulu, pendakwaan meminda tarikh dalam semua pertuduhan daripada 9 Februari kepada 12 Februari tahun lepas.

Daripada 30 individu yang didakwa melakukan pelbagai kesalahan berkaitan kegiatan keganasan di Sabah antara 12 Februari dan 10 April, 22 termasuk dua rakyat Malaysia didakwa menganggotai kumpulan pengganas dan jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara seumur hidup dan denda.

Mereka turut berdepan pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, yang membawa hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.

Seorang daripada mereka turut berdepan dua pertuduhan tambahan iaitu merekrut anggota kumpulan pengganas dan melindungi individu yang diketahui adalah anggota kumpulan pengganas.

Lima individu daripada lapan tertuduh lagi berdepan pertuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas manakala seorang lagi, iaitu satu-satunya wanita dan merupakan warganegara Malaysia, didakwa melindungi individu yang diketahuinya adalah anggota kumpulan pengganas.


Dua lagi berdepan pertuduhan cuba melindungi individu yang diketahui adalah anggota kumpulan pengganas.

Sejumlah 27 tertuduh merupakan warga Filipina manakala bakinya adalah warga tempatan.

Perbicaraan di depan Hakim Stephen Chung dibantu pasukan pendakwaan tujuh anggota diketuai Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail manakala sejumlah 10 peguam mewakili tertuduh termasuk pasukan pembelaan enam anggota diketuai peguam Datuk N. Sivananthan bagi 28 tertuduh.

Perbicaraan bersambung esok. -Bernama

-UnReportedNews™®

Wednesday, 11 September 2013

TERKINI: KUMPULAN MNLF DIKEPUNG ASKAR FILIPINA

-SERANGAN TENTERA FILIPNA KE ATAS KUMPULAN PEMBERONTAK MNLF TERPAKSA DIHENTIKAN DALAM USAHA MEMBEBASKAN TEBUSAN-TEBUSAN YANG TELAH DITAWAN PENGGANAS-PANGGANAS MNLF NI! PENGECUTLAH DIER ORANG NI MAIN TEBUSAN-TEBUSAN PULAK! KEKEKE!!!-


Biarpun serangan sebelum ini dihentikan bagi memberi laluan kepada rundingan dan mencegah pertumpahan darah lagi, pejuang-pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang telah menahan sekumpulan tebusan seakan sudah terperangkap dan tidak mampu berganjak dari berkubu dibeberapa bandar-bandar disekitar Zamboanga apabila dikepung oleh askar-askar kerajaan Filipina, demikian jelas jurucakap Angkatan Tentera Filipina (AFP) Lt Kol Ramon Zagala yang turut mendedahkan jumlah pejuang MNLF yang berada di Barangays Sta. Catalina, Talon-Talon dan Sta. Barbara adalah seramai 180 orang.

"Pada masa ini, AFP berusaha untuk membuka jalan bagi rundingan yang dilakukan oleh jawatankuasa pemantauan krisis kerana kami mahu memastikan semua orang yang kita lakukan apa sahaja yang kita boleh untuk memastikan bahawa akan ada penyelesaian secara aman kepada krisis," kata Zagala dan menurut laporan perisikan mereka, seorang komander yang dikenali sebagai Ugong dan 30 pengikut telah menawan 20 orang awam sebagi tebusan mereka di Barangay Talon-Talon dan mereka telah disokong oleh sekumpulan 18 anggota MNLF bersenjata diketuai Asahim Hussein. 

Dalam masa yang sama, sekumpulan 80 hingga 90 lelaki Sulu bersenjata yang diketuai oleh Komander MNLF Habier Malik telah berkubu dengan 20 tebusan awam yang ditawan di Barangay Sta. Barbara dan mendapat sokongan sekumpulan 30 pemberontak yang telah menawan 80 tebusan awam manakala, sekumpulan 80 pemberontak MNLF yang dipimpin Ismael Dasta juga telah menawan 36 tebusan di Barangay Sta. Catalina. 

Kira-kira 1,500 tentera elit yang disokong oleh barisan polis mengepung disekitar kawasan sebagai langkah berjaga untuk menghalang sekiranya kumpulan peberontak MNLF yang lain bertindak mahu membantu rakan mereka yang terperangkap itu, dedah Lt Kol Ramon Zagala yang ditanya mengenai strategi dan taktik yang telah dilaksanakan Kerajaan Philipine sebagai tindak balas kepada penculikan yang telah dilakukan pemberontak MNLF tersebut dan keutamaan kami terkini adalah keselamatan tawanan tebusan dan dengan redanya pertempuran semalam, moga tiada lagi yang akan tercedera tambahan tibalah masanya untuk menyesuaikan diri dengan sewajarnya serta mengubahkan misi," ujar Zagaola tanpa mengulas selanjutnya.

"Majoriti dari kelompok penduduk dari kampung-kampung dipersisiran pantai adalah anggoyta MNLF atau setidaknya adalah mempunyai kaitan persaudaraan dengan angota MNLF dan bilangan pejuang MNLF mudah saja meningkat kepada jumlah yang ramai," jelas seorang bekas Pegawai Perisikan Kanan Zamboanga yang enggan namanya disiarkan sambil menambah kampung-kampung yang padat dengan penduduk dimana banyak pelbagai senjata api berkuasa tinggi yang tak berlesen mudah didapati dan sekiranya pihak keselamatan tersalah pilih cara penyelesaian ke atas permasalahan ini termasuk melancarkan serangan, ianya pasti akan berakhir dengan peristiwa berdarah maka, tentera dan polis kepimpinan di Zamboanga perlu tahu tentang ini dan hanya ada satu saja jalan penyelesaian kepada kemelut ini iaitu dengan "membenarkan pemberontak MNLF pengeluaran aman dari kawasan-kawasan ini."

Sementara itu, jurucakap Tentera Laut Filipina Lt Komander Gregory Fabic berkata empat kenderaan pelbagai-guna, dua kapal perang dan bot peronda pantas telah ditempatkan di sepanjang pantai Zamboanga untuk menjalankan rondaan dan mempertingkatkan keselamatan.

Walaupun tentera MNLF tambahan difahamkan membuat persediaan bagi membantu rakan-rakan mereka telah terperangkap di sekitar kawasan pertempuran, Capt. Michael Mortel of the Marin Infantry Brigade Kedua yang berpengkalan di Jolo sebaliknya memberi jaminan yang mereka (Marin) sudah bersedia untuk menghalang pemberontak mara ke Jolo namun sekiranya MNLF masih berkeras untuk berbuat demikian, kita akan tumpaskan mereka dan sekiranya mereka menembak kita, kami tiad pilihan lain kecuali mempertahankan keselamatan kami.

"Pasukan kami akan tinggal dimana saja mereka berada biarpun pada kedudukan pertahanan," demikian dinyatakan oleh jurucakap MNLF Emmanuel Fontanilla semas ditemuramah dzMM radio sambil menambah bahawa sebarang serangan tentera hanya akan memburukkan lagi keadaan dan mencadangkan bahawa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk campurtangan, dan menghantar Pasukan Tentera Kerajaan Filipina "berperang" dengan pemberontak kerana kerajaan perlu mengikut syarat-syarat perjanjian 1996 dengan Kumpulan Pemberontak Islam berkenaan iaitu membawa segala permasalahan yang befbangkit kepada jawatankuasa pengantaraan dipengerusikan oleh OIC.

Pemberontak MNLF, pengikut kepada Pengasas Pengerusi MNLF Nur Misuari telah menawan 20 tebusan pada hari bermulanya krisis tersebut (Isnin) sehingga kejadian susulan dimana lebih ramai tebusan yang terdiri dari orang tempatan telah ditawan dea juga kejadian berbalas tembakan dengan pihak keselamatan semalam (hari kedua krisis), dakwa Datuk Bandar Zamboanga Maria Isabelle Climaco-Salazar yang juga memberi jaminan mereka akan terus bekerja untuk melepaskan tebusan dan resolusi yang aman dalam satu temubual dengan televisyen ABS-CBN dan beliau juga mengganggarkan serAMAI 170 pemberontak bersembunyi di kampung-kampung tersebut dan serangan awal semalam telah membunuh empat orang serta mencederakan 14 orang tebusan disebabkan pemberontak dengan sengaja menggunakan tawanan mereka sebagai "perisai manusia"  .

Walaupun perintah berkurung masih dikuatkuasakan, operasi kerajaan bandar adalah kembali normal hari ini kecuali di tempat-tempat yang terlibat secara langsung oleh kejadian nernbalas tembakan termasuk menggantung kelas di semua peringkat, kata Datuk Bandar Salazar menggesa pertubuhan perniagaan untuk meneruskan operasi dan agar pertubuhan perniagaan  memastikan bahawa harga komoditi kekal stabil dan pelabur-pelbur juga dinasihatkan supaya tidak mengambil jalan keluar dengan pembelian panik tetapi peruntukan pembelian yang cukup untuk sehari untuk mengelakkan kekurangan bekalan.

Pengikut Misuari, yang tidak dapat dihubungi untuk sebarang komen berkaitan telah mengisytiharkan "kemerdekaan" buat sebahagian besar Mindanao dan menyeru pengikut-pengikutnya untuk memerangi tentera kerajaan yang telah menyerbu masuk ke perkampungan nelayan dari laut pada hari Isnin sebelum melancarkan serangan ke atas Zamboanga sehingga menyebabkan panik di bandar yang dipenghuni oleh hampir satu juta orang, dedah seorang Pemimpim Masyarakat Islam tempatan Muktar Muarip yang telah mengadakan perbincangan dengan pemberontak MNLF bersenjata untuk melepaskan tebusan mereka dan sehingga kini, seramai empat orang wanita dan seorang kanak-kanak telah dibebaskan sejak pagi hari Selasa namun difahamkan terdapat berpuluh-puluh lagi tebusan yang lain yang masih ditawan di dalam masjid.

"Mereka memaksa kami, termasuk seorang Paderi Roman Katolik senagai tebusan untuk pergi bersama mereka malam semalam kerana alasan mereka tidak tahu jalan disini," terang salah seorang wanita Merceditas Asinon yang telah dibebaskan setelah ditawan pemberontak MNLF sebelum subuh tetapi dia kepada pemberita manakala, Pentakbir Archdiocese Zamboanga Monsignor Chris Manongas Monsignor Arnold dela Serna yang juga merupakan Paderi Agung Archdiocese sempat melarikan diri dari pemberontak dan tidak mendedahkan identitinya kepada pemberontak atas sebab-sebab keselamatan.

Ketegangan terkini yang merupakan serangan yang kedua pada Zamboanga sejak 2001, oleh kumpulan Misuari juga mengambil berpuluh-puluh tebusan dan menyebabkan banyak kematian dikala kerajaan bersedia untuk menyambung semula rundingan damai dengan MILF agar menamatkan pemberontakan selama 42 tahun yang telah meragut 150,000 nyawa dan sementara itu juga, Setiausaha Kesihatan Enrique Ona berkata semua doktor perlu melapor diri untuk bersedia untuk dipanggil bila-bila masa bahawa hospital-hospital di bandar adalah pada Kod Blue Alert , bermakna mereka perlu memastikan mempunyai cukup bekalan perubatan dan pembedahan Walau bagaimanapun, sekiranya mereka tidak mencukupi atau kehabisan bekalan, mereka telah diarahkan untuk mendapatkan daripada sektor swasta untuk pembesaran.

Hampir 3,000 keluarga telah dipindahkan oleh pertempuran antara tentera dan lelaki bersenjata MNLF , menyatakan Jabatan Kebajikan Sosial dan Pembangunan sambil menambah bahawa keluarga pelarian tinggal di tempat duduk bandar , Gereja Tetuan, SD Tetuan , jatuh SD, Talon - Talon Negara High School, dan di Jabatan Kerja Raya dan Lebuh Raya kompaun . (Terjemahan dari sumber

-UnReportedNews™®

Monday, 12 August 2013

DAKWAAN SABAH DISERANG LAGI SEKADAR PROPAGANDA SI KIRAM GILA!

-MALAYSIA TOLAK DAKWAAN DISERANG "TENTERA SULU" YANG MENDAKWA DIRI MEREKA SEBAGAI SULTAN SULU JAMALUL KIRAM III ADALAH TIDAK BERASAS YANG MERUPAKAN SEBAHGIAN DARI[PADA USAHA PROPAGANDA UNTUK MENYEVARKAN KETAKUTAN DI KALANGAN RAKYAT! PENDEKATA, KIRAM MEMANG GILO! KEKEKE!!!-

Malaysia menolak dakwaan "tidak berasas" bahawa lapan tentera terbunuh dalam serangan hendap oleh kumpulan lelaki bersenjata Sulu di Lahad Datu baru-baru ini.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek berkata, dakwaan jurucakap bagi pihak kumpulan yang diketuai oleh mereka yang mendakwa diri mereka sebagai Sultan Sulu Jamalul Kiram III adalah tidak berasas dan merupakan sebahagian daripada usaha propaganda untuk menyebarkan ketakutan di kalangan rakyat.

"Mereka membuat pelbagai dakwaan untuk mewujudkan keharmonian dan rasa takut di kalangan rakyat. Saya menyeru orang ramai supaya tidak mempercayai dakwaan tersebut yang tidak berasas oleh individu-individu (Sulu) yang menggunakannya sebagai propaganda," katanya ketika dihubungi pada Isnin mengenai laporan dalam beberapa akhbar Filipina bahawa kumpulan bersenjata Sulu telah memmbunuh lapan tentera.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib turut menafikan laporan itu dan mengesahkan bahawa tiada pertempuran antara pasukan keselamatan dan pengganas Sulu.

Laporan berita itu memetik jurucakap kumpulan berkenaan, Abraham Idjirani sebagai berkata bahawa "tentera" Sultan yang diketuai oleh Raja Muda Agbimuddin Kiram (lebih dikenali sebagai Azzimuddie sini) telah memaklumkan kepadanya bahawa lapan anggota pasukan Malaysia terbunuh selepas diserang hendap oleh sekurang-kurangnya 50 anggota kumpulan "Pasukan Keselamatan Diraja" Sultan yang diketuai oleh pegawainya Utuh Ubie di kawasan Felda di Lahad Datu pada Jumaat.

Idjirani mendakwa beliau dimaklumkan oleh Agbimuddie mengenai kejadian tembakan itu menerusi panggilan telefon.

"Tidak ada asas terhadap dakwaan itu. Tiada sebarang insiden sama sekali," kata Mohammad, sambil menambah bahawa keselamatan diperketatkan berikutan terdapat khabar angin bahawa kumpulan lelaki bersenjata Sulu merancang untuk mengadakan serangan "gelombang kedua" semasa Hari Raya.

"Ia adalah Hari Raya yang tenang, jadi tidak ada sebab untuk orang ramai bimbang atau panik," katanya.

Mohammad berkata, orang ramai yang mempunyai sebaranga maklumat atau memerlukan apa-apa penjelasan mengenai sesuatu insiden boleh menghubungi Bilik Operasi mereka di 089 863181 di Lahad Datu.

"Ia beroperasi 24 jam seminggu dan orang ramai boleh menghubungi pada bila-bila masa," katanya. (sumber

-UnReportedNews™®

Tuesday, 6 August 2013

POLIS "PENGKHIANAT" PENCEROBOHAN LAHAD DATU DIPENJARA TUJUH TAHUN!

-PERKHIDMATAN SELAMA 38 TAHUN DALAM PASUKAN KESELAMATAN KORPERAL HASSAN, ANGGOTA POLIS YANG DIDAPATI MENYEMBUNYI MAKLUMAT MENGENAI KEGIATAN PENGGANAS SULU DI LAHAD DATU BAGAIKAN SIA-SIA SAJA DI "PAM KE DALAM TANDAS" DEK KERANA PENGKHIANATANNYA! KEKEKE!!!-

Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu, Sabah siang tadi telah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, hukuman penjara maksimum mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan, ke atas Koperal Detektif Hassan Ali Basari, 61,kerana menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan pengganas di Sabah.

Hakim P. Ravinthran yang dilaporkan Bernama telah memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tangkap 2 Mac.

Beliau berkata, walaupun Seksyen 130M turut membawa hukuman denda jika sabit kesalahan, hukuman itu tidak akan dikenakan.

Hassan didapati bersalah melakukan kesalahan itu di pejabat Ketua Cawangan Khas Lahad Datu antara Januari dan 2 Mac tahun ini.

Ravinthran berkata, beliau menjatuhkan hukuman penjara maksimum ke atas Hassan kerana tertuduh bukan orang awam biasa.

“Anda adalah pegawai Cawangan Khas di Lahad Datu dan anda terima maklumat ini (mengenai pencerobohan di Kampung Tanduo). Jadi anda berada dalam kategori berbeza kerana anda wajib mendedahkan maklumat seumpama itu.

“Oleh itu, hanya sedikit sahaja penghargaan patut diberikan kepada perkhidmatan anda yang lama (38 tahun) dalam pasukan Polis Diraja Malaysia,” katanya.

Dalam penghakimannya, Ravinthran berkata pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tiga fakta yang dikemukakan dalam perbicaraan peringkat kes pendakwa selama empat hari dari 24 Jun.

Beliau berkata, saksi pertama yang dilindungi telah memberikan maklumat amatpenting kepada Hassan pada Januari mengenai hasrat pasukan yang dipanggil Pasukan Tentera Diraja Sulu untuk memasuki Sabah, yang Hassan gagal dedahkan kepada pegawai atasannya.

Beliau juga berkata, tiga transkrip panggilan telefon yang dipintas memperkukuhkan lagi niat Hassan untuk menyembunyikan maklumat pencerobohan oleh pasukan tentera berkenaan.

Walaupun pencerobohan itu tidak berlaku semasa Hassan diberitahu mengenai pencerobohan yang bakal berlaku itu oleh saksi yang dilindungi, Ravinthran berkata pencerobohan itu akhirnya berlaku dan pasukan keselamatan boleh bersedia untuk mencegahnya daripada berlaku sekiranya Hassan memaklumkan perkara itu kepada pegawai atasannya.

Terdahulu, semasa meminta mahkamah menjatuhkan hukuman sebagai pengajaran, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan memberitahu pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu telah meninggalkan titik hitam dalam sejarah Malaysia dan tertuduh menyumbang kepada perkara itu.

“Niat tertuduh untuk tidak memaklumkan pegawai atasannya telah menyebabkan anggota keselamatan kita cedera dan terbunuh semasa berjuang mempertahankan kedaulatan negara.


“Keluarga mereka telah kehilangan orang tersayang. Kerajaan membelanjakan banyak wang untuk memastikan keselamatan rakyat yang terjejas. Ini tidak termasuk kerosakan banyak harta benda.

“Ini adalah perbuatan khianat terhadap negara kerana sebagai anggota polis, beliau (Hassan) bertanggungjawab melindungi orang ramai. Oleh itu, beliau tidak setia kepada pasukan polis,” kata Nordin.

Peguam Ram Singh berkata, pihak pembelaan akan merayu keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Hassan kelihatan tenang ketika hukuman dibacakan dan bersalaman serta memeluk anggota keluarganya yang menangis, sebelum dia dibawa keluar. 

PS:  Hukuman tujuh tahun terhadap seseorang yang dianggap pengkhianat negera, lebih-lebih lagi mereka yang dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan negara amatlah ringan sekali berbanding dengan musibah yang telah beliau "benar"kan berlaku! Secara tidak langsung, ianya memberi gambaran kepada umum sedangkan seorang yang diamanahkan keatas keselamatan dan kedaulatan negara hanya dihukum seringan itu apatah lagi lagi sekiranya yang mengkhianati negara itu orang awam saja! Entah berapa tahun saja hukumannya .. Empat tahun? Lima tahun? Atau mungkin dibebaskan dengan syarat "berperangai baik" selama enam tahun? Bad move man!!!

-UnReportedNews™® 

Saturday, 20 July 2013

KIRAM/PENGGANAS SULU JANGAN NAK MENGADA-NGADA UGUT MALAYSIA!

-KERAJAAN BERI AMARAN KERAS KEPADA PENGGANAS SULU JANGAN CUBA UGUT UNTUK MASUK SABAH, NANTI PADAH! KO DENGAR TU KIRAM, KO DOK BAIK-BAIK DALAM “ISTANA” KO TU & JANGAN NAK CARI PASAL! KEKEKE!!!-

Kerajaan memberi amaran kepada pengganas Sulu supaya jangan cuba mengugut untuk masuk semula ke Sabah bagi tujuan membalas dendam selepas insiden pencerobohan Februari lepas.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilaporkan Bernama sebagai berkata pasukan polis dan tentera yang bertugas di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sentiasa dalam keadaan bersiapsiaga bagi menghadapi sebarang ancaman daripada kumpulan itu.

"Jangan cuba mengugut kami. Jangan cuba untuk melakukan sesuatu kerana bukan sekadar pihak polis dan tentera malah rakyat Malaysia akan bangun menentang ancaman daripada pengganas Sulu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 455 orang miskin dan orang kelainan upaya (OKU) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup di sini Sabtu.

Beliau mengulas mengenai tindakan Polis Sabah yang memulakan siasatan ke atas surat yang kononnya ditulis oleh militan Sulu yang mendakwa mereka akan datang ke Tambunan, Sabah untuk membalas dendam.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dilaporkan berkata polis telah mengesan sumber surat itu walaupun ia disyaki tiada kaitan dengan pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu awal tahun ini.

Menurut laporan itu, surat bertarikh 3 Julai yang ditandatangani oleh 'Komando Militan' bagi pihak Kesultanan Sulu dan keluarga Kiram telah dihantar kepada pegawai daerah Tambunan, pegawai polis dan masyarakat Tambunan memberi amaran bahawa mereka mahu memulakan perang di daerah Tambunan sebagai membalas dendam terhadap pertempuran di Kampong Tanduo, Lahad Datu, menjelang Ogos ini.

Ahmad Zahid berkata pelbagai khabar angin termasuk kononnya bekas pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari juga akan datang ke Sabah.

"Jangan dengar sebarang khabar angin. Tidak ada orang nak bagi ugutan atau nak masuk...beritahu (kita) lebih awal. Jika benar mereka hendak masuk dalam bulan Ogos, bulan Julai kita sudah tunggu," katanya.

Beliau mengingatkan seluruh rakyat Sabah jangan memandang ringan ancaman daripada luar kerana pengganas Sulu sememangnya terkenal dengan budaya membalas dendam.

"Kita jangan leka. Kalau kita leka memang mereka akan menceroboh masuk," katanya. 


-UnReportedNews™®

SURAT ANCAMAN KIRAM/TENTERA SULU MAHU BALAS DENDAM?

-POLIS SEDANG MENYIASAT AKAN KESAHIHAN SEPUCUK SURAT YANG KONONNYA TENTERA SULU MAHU MEMULAKAN PERANG DI TAMBUNAN SEBAGAI MEMBALAS DENDAM TERHADAP PERTEMPURAN DI TANDUO, LAHAD DATU, MENJELANG OGOS INI! TAK SERIK LAGI ENGKO KIRAM YE? KEKEKE!!!-

Polis Sabah telah memulakan siasatan ke atas surat yang kononnya ditulis oleh militan Sulu menyatakan bahawa mereka akan datang ke Tambunan, kawasan pedalaman Sabah, untuk serangan membalas dendam.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib pada Sabtu berkata polis telah mengesan sumber surat itu walaupun ia disyaki tiada kaitan dengan pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu awal tahun ini.

"Kami telah memulakan siasatan kami sendiri walaupun tiada laporan rasmi polis dibuat," Hamza berkata ketika dihubungi melalui telefon.

Beliau berkata polis tidak percaya penulis surat itu mempunyai apa-apa kaitan dengan kumpulan militan Sulu, dan hanya bertindak dengan kehendaknya sendiri.

Kesahihan surat itu diragui, katanya.

Surat bertarikh 3 Julai yang ditandatangani oleh "Komando Militan" bagi pihak Kesultanan Sulu dan keluarga Kiram telah dihantar kepada pegawai daerah Tambunan, pegawai polis dan masyarakat Tambunan memberi amaran bahawa mereka mahu memulakan perang di daerah Tambunan sebagai membalas dendam terhadap pertempuran di Kampong Tanduo, Lahad Datu menjelang Ogos.

Hamza berkata pasukan polis dan keselamatan menganggap semua ancaman ini serius dan akan melakukan siasatan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tambunan dan Ahli Parlimen Keningau menggesa pihak berkuasa menyiasat surat itu walaupun meragui kesahihannya.

"Ini adalah sesuatu yang kita tidak boleh biarkan sahaja. Kita perlu mengambil perhatian serius," kata Pairin, sambil menambah beliau berharap polis akan mencari penulis surat dan "mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap orang seperti itu".

Mengenai dakwaan militan Sulu telah merancang untuk kembali ke Sabah, Hamza berkata pasukan keselamatan sentiasa bersedia untuk berdepan sebarang ancaman dan sementara itu juga memeriksa semua laporan dan khabar angin.

Bagaimanapun, beliau berkata sudah menjadi sebahagian daripada modus operandi kumpulan Sulu untuk menyebarkan "propaganda palsu" dan mewujudkan rasa takut di kalangan rakyat.

"Mereka membuat banyak kenyataan sebagai sebahagian daripada propaganda mereka," katanya. (sumber


-UnReportedNews™®

Wednesday, 17 July 2013

SASPEK TALIBARUT KIRAM DI ARAH BELA DIRI

-DETEKTIF KORPERAL HASSAN ALI BASARI DIDAKWA DI BAWAH SEKSYEN 130M KANUN KESEKSAAN YANG MEMBAWA HUKUMAN PENJARA MAKSIMUM TUJUH TAHUN ATAU DENDA KEDUA-DUANYA SEKALI JIKA SABIT KESALAHAN! PENGKHIANAT NEGARA ELOK CAMPAK KE DALAM LUBUK BUAYA JER! KEKEKE!!!-


Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Rabu memerintahkan seorang anggota polis, yang didakwa menyembunyikan maklumat mengenai aktiviti penganas di Sabah, membela diri.

Berbaloi ker membantu jahanam ni? Kekeke!!!
Ketika menyampaikan keputusannya, Hakim P Ravinthran berkata pihak pendakwaan, diketuai oleh Datuk Nordin Hassan, telah menghasilkan kes prima facie terhadap Korporal Detektif Hassan Ali Basari selepas mereka mengemukakan 18 saksi dalam perbicaraan empat hari bermula 24 Jun.

Hakim menetapkan 24, 25 dan 26 Julai bagi pendengaran, dengan sekurang-kurangnya empat saksi dan tertuduh.

Menurut hakim, beliau puas hati dengan bukti komunikasi yang dipintas pada nombor telefon Hassan, yang dilakukan secara sah.

Beliau juga berkata pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu oleh apa yang dipanggil Tentera Diraja Sulu dari Filipina Selatan berlaku dan tertuduh gagal mendedahkan maklumat relevan ketika beliau berpeluang untuk berbuat demikian.

Hassan diwakili Kamarudin Mohamad Chinki dan Ram Singh. (sumber

-UnReportedNews™®

Friday, 5 July 2013

BELUM MASANYA IDENTITI DALANG INSIDEN PENCEROBOHAN LAHAD DATU DIDEDAHKAN?

-KALAU IDENTITI DALANG TERSEBUT DIDEDAH SEKARANG, IANYA BOLEH MENJEJASKAN PROSES PENYIASATAN & MENGGANGGU PROSES PERBICARAAN MAHKAMAH! DALANG OH DALANG OI, SELAMATLAH KAU DALANG OI, BUAT MASA NI TAPI TUNGGU LE YER, BILER DAH SELESAI NANTI! KEKEKE!!!-

Kerajaan tidak akan mendedahkan dalang pencerobohan kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada Februari lalu, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Menurut laporan Antara Pos, beliau berkata, perkara itu bagi menjaga keselamatan serta menghormati urusan mahkamah yang sedang berjalan.

"Saya kalau boleh dari dulu lagi, masa saya menteri dalam negeri, mengikut hati kecil saya, saya nak dedahkan, tetapi kita kena bertanggungjawab.

"500 (orang) daripada mereka telah pun ditahan, banyak maklumat yang diterima hasil daripada soal siasat mereka ini, maka saya tidak mahu pendedahan sesuatu menjejaskan siasatan susulan kepada apa yang sebenarnya berlaku.

"Ada yang telah didakwa di mahkamah. Kalau dengan pendedahan maklumat tertentu, ia dilarang kerana perbicaraan di mahkamah, itu juga akan jadi kekangan bagi kita untuk mendedahkan segala-galanya," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sebelum ini beberapa ahli parlimen BN serta pembangkang mendesak kerajaan mendedahkan dalang di sebalik pencerobohan pengganas Sulu itu yang menyebabkan sepuluh pasukan keselamatan terbunuh.

Mereka berpendapat tindakan melengahkan pendedahan dan penghakiman ke atas dalang berkenaan akan menimbulkan syak wasangka berterusan di kalangan masyarakat.

Mengulas lanjut Hishammuddin yang juga ahli parlimen Sembrong berkata dengan tidak mendedahkan maklumat mengenai dalang ini tidak bermakna kerajaan menyembunyikan sesuatu kepada rakyat, namun perkara ini melibatkan soal keselamatan negara.

"Itu bukan bermakna kita berpolitik, menyembunyikan sesuatu kepada orang ramai, kerana perkara ini sebenarnya memihak kepada pihak polis dan tentera yang ikhlas,jujur dan terpaksa berdepan dengan korban keringat, airmata, darah dan nyawa.

"Kita mahukan akhirnya (adalah) keadilan," katanya.

Sementara itu ditanya pemberita berhubung status pelaksanaan AES, beliau berkata mesyuarat bersama Peguam Negara telah diadakan dan beliau akan mengumumkan perkara ini pada sidang Parlimen kelak setelah perbincangan selesai.

"Saya telah bermesyuarat dengan peguam negara hari ini. Dah mesyuarat ketiga. Kami dalam proses perbincangan. Saya akan umumkan statusnya di (sidang) parlimen kemudian nanti," katanya.


-UnReportedNews™®

Wednesday, 3 July 2013

BANYAK LAGI RAHSIA INSIDEN LAHAD DATU BELUM DIDEDAH KEPADA UMUM!

-POLIS BELUM CERITA SEMUA .. KERANA KHUATIR AKAN MENJEJASKAN PROSES MAHKAMAH YANG KINI DALAM PROSES PENDAKWAAN! TIBA MASA YANG SESUAI, POLIS AKAN DEDAH SEGALA-GALANYA! AGAK-AGAK, POLIS DAH TAU TAK DALANG SEBENAR INSIDEN INI? KEKEKE!!!-

Terdapat perkara sulit berhubung pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah yang belum didedahkan kepada umum, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menurutnya perkara itu masih dirahsiakan kerana tidak mahu menjejaskan proses mahkamah yang kini dalam proses pendakwaan.

"Masih ada lagi yang belum diceritakan mengenai mengapa semua ini terjadi, kami akan tunggu masa yang sesuai untuk mendedahkannnya .. adalah sukar untuk menerima hakikat kira-kira 200 orang berpakaian celoreng dan bersenjata secara tiba-tiba muncul," katanya dalam laporan Agenda Daily semalam.

Beliau berkata kepada pemberita selepas syarahan bertajuk 'Kerjasama Antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Semasa Ops Daulat: Satu Usaha Strategi Lautan Biru Kebangsaan' anjuran Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (Midas) Selasa.

Syarahan itu turut disertai Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin bagi membincangkan kerjasama antara ATM dan PDRM dalam usaha menangani insiden pencerobohon pengganas Sulu terhadap negara ketika Operasi Daulat di Sabah.

Khalid berkata pihaknya akan mendedahkan perkara mengenai pencerobohan itu kepada umum apabila tiba masanya nanti.

"Kes itu masih berjalan di mahkamah, jadi kami tidak mahu mengganggu perbicaraan kes itu. Sebagaimana saya katakan apabila tiba masanya, jika perlu kami akan mendedahkannya," katanya.

Sementara itu, Zulkifeli berkata pasukan keselamatan negara akan meningkatkan kesiapsiagaan untuk menghadapi kumpulan-kumpulan yang sebelum ini dianggap tidak memberi ancaman kepada kedaulatan dan keselamatan negara.

"Kumpulan pengganas yang tidak mewakili mana-mana negara ini adalah ancaman yang perlu diberi perhatian...kumpulan itu boleh menjadi satu cabaran jika dipergunakan pihak lain untuk politik atau agenda mereka," katanya.

Zulkifeli berpendapat pengganas Sulu yang tiba di Kampung Tanduo pada 12 Feb lepas menyasarkan serangan ketika Parlimen Malaysia dibubarkan dan seterusnya mencetus huru-hara terhadap kerajaan sementara.

"Mereka tiba kerana banyak desas-desus pilihan raya umum ke-13 (PRU13) adalah selepas Tahun Baharu Cina dan mereka hendak mengumpulkan kekuatan sebelum melakukan serangan besar-besaran untuk menuntut Sabah.

"Saya tidak tahu siapa yang memberi maklumat strategik kepada mereka tetapi bersyukurlah kita dapat mengesan mereka awal sebelum Parlimen dibubarkan dan mengambil tindakan menghalang mereka," katanya.

Insiden penceroboh pengganas selatan Filipina itu menggemparkan negara setelah mereka menduduki kawasan perkampungan di Lahad Datu pada 12 Feb lepas dan kerajaan melancarkan Operasi Daulat pada 5 Mac dalam mempertahankan kedaulatan negara.


Lapan anggota polis dan dua tentera terkorban dalam Operasi Daulat manakala 68 pengganas ditembak mati. 

-UnReportedNews™®

Saturday, 29 June 2013

PERBUALAN SASPEK YANG DISYAKI ADA HUBUNGAN DENGAN PENGGANAS LAHAD DATU DIPINTAS!

-PINTASAN KOMUNIKASI KE ATAS NO TALIPON MILIK ANAK SASPEK; SEORANG ANGGOTA POLIS BERPANGKAT KORPERAL DISYAKI MENYEMBUNYIKAN MAKLUMAT MENGENAI AKTIVITI KEGANASAN TELAH DILAKUKAN UNTUK MEMPEROLEHI MAKLUMAT & MEMASTIKAN TERDAPAT HUBUNGAN DIANTARA TERTUDUH DENGAN PENGGANAS SULU YANG MENCEROBOH KAMPUNG TANDUO, LAHAD DATU AWAL TAHUN INI-

Satu daripada nombor dalam perbualan telefon yang dipintas oleh polis adalah kepunyaan anak lelaki anggota polis yang dibicarakan kerana menyembunyikan maklumat mengenai aktiviti keganasan, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, seSabah semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Lahad Datu ASP Ang Seow Aun, yang juga pegawai penyiasat kes, yang dilaporkan Bernama sebagai berkata nombor 0138888359 didaftarkan atas nama Mohd Esham Hassan.

“Berdasarkan siasatan saya, pemilik nombor itu ialah anak lelaki tertuduh,” katanya.

Ang memberi keterangan pada perbicaraan Detektif Koperal Hassan Ali Basari kerana menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan keganasan di pejabat Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, antara Januari dan 3 Mac tahun ini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Hanafiah Zakaria memberitahu mahkamah beliau menerima permohonan daripada Supt Anwar Ahmad dari ibu pejabat Cawangan Khas di Bukit Aman untuk memintas perbualan telefon seorang anggota polis pada 15 Februari.

Beliau berkata, pintasan komunikasi itu diperlukan untuk memperoleh maklumat keselamatan dan memastikan hubungan tertuduh dengan penceroboh Kampung Tanduo.

Pendakwaan menutup kes selepas mengemukakan 18 saksi.

Hakim P. Ravinthran menetapkan 4 Julai untuk mendengar penghujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan. 


-UnReportedNews™®

Friday, 28 June 2013

SASPEK PENGGANAS LAHAD DATU SUDAH DIBAWA KE MUKA PENGADILAN, DALANGNYA BILA LAGI?

-SERAMAI 22 PENGGANAS LAHAD DATU YANG DITANGKAP SEWAKTU "OPS DAULAT" DI SABAH TIDAK LAMA DULU BERHADAPAN HUKUMAN MATI JIKA SABIT KESALAHAN. RAKYAT MALAYSIA MASIH TERNANTI-NANTI SIAPAKAH DALANG SEBENAR INSIDEN TERSEBUT? MUNGKINKAH ... KEKEKE!!!-

Seramai 22 orang termasuk komander kumpulan pengganas Kiram berpangkat ‘Jeneral’, Datu Amirbahar Hushin Kiram berhadapan hukuman mati kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Menurut laporan Utusan Malaysia, kesemua mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan semasa prosiding sebutan semula bagi merekodkan pengakuan mereka di Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu, Sabah, semalam.

Sebelum ini, mereka telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Lahad Datu dan Tawau serta Mahkamah Tinggi Tawau tetapi tanpa merekodkan pengakuan mereka.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 9 Februari dan 19 April lalu di Kampung Tanduo, Ladang Atlas 2, Kampung Tanjung Labian, Lahad Datu; Kampung Muanad Beluran; Kampung Perigi, Simunul, Bakau, Jalan Lihak-Lihak, Semporna dan Kampung Madai, Kunak.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung atau penjara seumur hidup dan denda.

Tertuduh-tertuduh itu ialah Datu Amirbahar, Basad H. Manuel, Salib Akhmad Emali, Mohamad Ali Ahmad, Pabblo Alie, Abd. Hadi Mawan, Atik Hussin Abu Bakar, Dani Ismail, Saidili Jaharul, Totoh Hismullah, Basil Samiul, Rizman Gulan, Abdul Majil Jubin, Rijmal Salleh, Julham Rashid, Tani Lahad Dahi, Al Wazir Osman@Abdul, Virgilio Nemar Patulada @ Mohamad Alam Patulada, Masir Aidin, Anwar Salib Akhmad, Ismail Yasin dan Binhar Salib Akhmad.

Kesemua mereka turut menghadapi pertuduhan kedua iaitu menganggotai kumpulan pengganas yang dikatakan dilakukan antara tarikh dan tempat yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 130KA kanun sama iaitu jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan seumur hidup dan denda.

Salib Akhmad turut menghadapi dua lagi pertuduhan iaitu merekrut anggota kumpulan pengganas baharu dan melindungi kumpulan pengganas yang didakwa dilakukan antara 9 Februari dan 25 Februari lalu di Ladang Atlas 2, Jalan Ulu Tungku, Lahad Datu.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, dia didakwa mengikut Seksyen 130E dan Seksyen 130K kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda serta penjara seumur hidup dan denda atau penjara sehingga 20 tahun dan denda bagi kesalahan keempat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan di hadapan Hakim, P. Ravinthran.

Jumlah kesemua tertuduh yang dihadapkan ke mahkamah hari ini ialah 29 orang termasuk seorang wanita dan seorang lelaki yang berkerusi roda, manakala seorang lagi tertuduh, Habil Suhaili tidak hadir ke mahkamah kerana sedang menerima rawatan di Hospital Tawau.

Mereka dibawa ke mahkamah dengan tiga buah trak dengan kawalan ketat pihak polis, iaitu setiap seorang daripada mereka diiringi anggota Unit Tindakan Khas lengkap bersenjata.

Daripada 29 tertuduh itu, 12 daripadanya dipakaikan jaket strip sebagai langkah keselamatan, malah terdapat juga sebahagian daripada mereka dipakaikan penutup kepala semasa dibawa masuk dan keluar dari mahkamah.

Tertuduh wanita, Norhaida Ibnahi dituduh melindungi kumpulan pengganas yang dikatakan dilakukannya antara 9 Februari dan 22 Mac lalu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sri Melor, Bugaya, Semporna.

Sementara Kadir Uyung dan Lating Tiong dikatakan turut melakukan kesalahan sama pada 4 Mac lalu, pukul 4.30 petang di hadapan Pos Pasukan Gerakan Am Tanjung Labian.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 130K kanun sama, tetapi bagi dua lelaki itu hukumannya dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama. Jika sabit kesalahan Norhaida boleh dipenjara seumur hidup dan denda atau penjara sehingga 20 tahun dan denda.

Sementara Kadir dan Lating jika sabit kesalahan boleh dipenjara seumur hidup dan denda.

Bagi tiga lagi tertuduh, Timhar Hadir, Holland Kalbi dan Lin Mad Salleh, mereka dituduh menganggotai kumpulan pengganas yang dikatakan dilakukan mereka antara 9 Februari dan 4 Mac lalu di Jalan Kastam Lama dan Kampung Tanjung Labian, Lahad Datu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 130KA kanun sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan denda jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, mahkamah menetapkan 12 Julai ini di Mahkamah Tinggi Tawau untuk merekodkan pengakuan tertuduh yang tidak hadir hari ini, Habil dan 15 Julai ini untuk pengurusan kes bagi menentukan lokasi dan tarikh bersesuaian untuk perbicaraan kesemua tertuduh yang akan dijalankan secara bersama.

Dalam perkara yang berkaitan, Bernama melaporkan beberapa wakil kerajaan dan pakatan pembangkang hari ini menggesa kerajaan mendedahkan dalang di sebalik insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah pada Mac lalu. 

Mereka berpendapat tindakan melengahkan pendedahan dan penghakiman ke atas dalang berkenaan akan menimbulkan syak wasangka berterusan dalam kalangan masyarakat.

Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) berkata, walaupun yakin dengan kepimpinan kerajaan dan kehebatan pasukan keselamatan dalam menangani isu itu, pendedahan dan pendakwaan segera ke atas dalang terbabit tetap ditunggu.

"Walau ada pihak yang berkata kerajaan lambat mendedahkan dalang terbabit tetapi saya yakin kerajaan pada masa kini sedang melakukan siasatan yang begitu rapi bagi memastikan mereka yang terbabit dapat diadili," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini. 

Menjawab isu penggunaan perkhidmatan AirAsia untuk mengangkut anggota tentera ke Lahad Datu yang dibangkitkan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong), Ahmad berkata ia bukan satu isu yang harus diperbesarkan. 

"Pada saya, penggunaan perkhidmatan AirAsia tidak menjadi masalah tapi soalnya dalang atau tali barut yang berada dalam negara, itu lagi bahaya," katanya. 


Berkongsi pandangan sama, Tian Chua (PKR-Batu) berkata kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dan cepat untuk mendedahkan dalang insiden pencerobohan itu bagi membolehkan pendakwaan segera dilakukan ke atas individu terbabit.

Ahmad, ketika mengakhiri perbahasannya, menarik perhatian semua pihak perlu mengambil pengajaran daripada insiden berdarah itu dan mengenang jasa anggota keselamatan yang sanggup berkorban demi mempertahan kedaulatan negara.

"Apapun yang disebutkan di sini, kita menghala kepada satu tujuan sama iaitu mengutuk perbuatan dalang di sebalik pencerobohan berkenaan," katanya.

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List