Friday 5 July 2013

BELUM MASANYA IDENTITI DALANG INSIDEN PENCEROBOHAN LAHAD DATU DIDEDAHKAN?

-KALAU IDENTITI DALANG TERSEBUT DIDEDAH SEKARANG, IANYA BOLEH MENJEJASKAN PROSES PENYIASATAN & MENGGANGGU PROSES PERBICARAAN MAHKAMAH! DALANG OH DALANG OI, SELAMATLAH KAU DALANG OI, BUAT MASA NI TAPI TUNGGU LE YER, BILER DAH SELESAI NANTI! KEKEKE!!!-

Kerajaan tidak akan mendedahkan dalang pencerobohan kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada Februari lalu, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Menurut laporan Antara Pos, beliau berkata, perkara itu bagi menjaga keselamatan serta menghormati urusan mahkamah yang sedang berjalan.

"Saya kalau boleh dari dulu lagi, masa saya menteri dalam negeri, mengikut hati kecil saya, saya nak dedahkan, tetapi kita kena bertanggungjawab.

"500 (orang) daripada mereka telah pun ditahan, banyak maklumat yang diterima hasil daripada soal siasat mereka ini, maka saya tidak mahu pendedahan sesuatu menjejaskan siasatan susulan kepada apa yang sebenarnya berlaku.

"Ada yang telah didakwa di mahkamah. Kalau dengan pendedahan maklumat tertentu, ia dilarang kerana perbicaraan di mahkamah, itu juga akan jadi kekangan bagi kita untuk mendedahkan segala-galanya," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sebelum ini beberapa ahli parlimen BN serta pembangkang mendesak kerajaan mendedahkan dalang di sebalik pencerobohan pengganas Sulu itu yang menyebabkan sepuluh pasukan keselamatan terbunuh.

Mereka berpendapat tindakan melengahkan pendedahan dan penghakiman ke atas dalang berkenaan akan menimbulkan syak wasangka berterusan di kalangan masyarakat.

Mengulas lanjut Hishammuddin yang juga ahli parlimen Sembrong berkata dengan tidak mendedahkan maklumat mengenai dalang ini tidak bermakna kerajaan menyembunyikan sesuatu kepada rakyat, namun perkara ini melibatkan soal keselamatan negara.

"Itu bukan bermakna kita berpolitik, menyembunyikan sesuatu kepada orang ramai, kerana perkara ini sebenarnya memihak kepada pihak polis dan tentera yang ikhlas,jujur dan terpaksa berdepan dengan korban keringat, airmata, darah dan nyawa.

"Kita mahukan akhirnya (adalah) keadilan," katanya.

Sementara itu ditanya pemberita berhubung status pelaksanaan AES, beliau berkata mesyuarat bersama Peguam Negara telah diadakan dan beliau akan mengumumkan perkara ini pada sidang Parlimen kelak setelah perbincangan selesai.

"Saya telah bermesyuarat dengan peguam negara hari ini. Dah mesyuarat ketiga. Kami dalam proses perbincangan. Saya akan umumkan statusnya di (sidang) parlimen kemudian nanti," katanya.


-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List