Friday 5 July 2013

LIANG ENGGAN MOHON MAAF DARI ANWAR!

-MAKLUMAT TERPERINCI AKAUN-AKAUN BANK DI AMERIKA SYARIKAT, ISRAEL & CHINA TERMASUK NAMA PEMEGANG, JAWATAN, NOMBOR PASPORT, JENIS NOMBOR, TARIKH AKAUN DI BUKA & TARIKH MATANG DI DEDAHKAN OLEH  WIKILEAKS DI INTERNET, TEGAS LIANG!-

Ahli Parlimen Simpang Renggam Liang Teck Meng mencetuskan kemarahan ahli-ahli Parlimen Pembangkang di Dewan Rakyat pada Khamis kerana enggan memohon maaf ekoran dakwaannya Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai 20 akaun di luar negara termasuk di Israel.

Menurut laporan Agenda Daily, beliau tidak mengalah terhadap tuntutan tersebut walaupun Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi mengemukakan usul kepada Yang DiPertua Dewan supaya Liang dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ahli Parlimen.

Ketika bangun mencelah ketika Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia memaklumkan mengenai usul itu di Dewan Rakyat pagi tadi, Liang menegaskan maklumat mengenai ahli Parlimen Permatang Pauh itu tersebar dalam internet.

Katanya, beliau membangkitkan perkara itu kerana ianya cukup penting,serius serta ada berkait kedaulatan negara kerana khuatir kemungkinan pembabitan pihak asing.

Jeff Ooi dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua turut bangun mencelah kerana tidak puashati keengganan Liang memohon maaf mengenai kenyataannya di Dewan Liang bagaimanapun berkata, beliau bersedia memohon maaf jika selepas siasatan kerajaan mendapati apa dilaporkan di internet mengenai Anwar tidak benar.

Pandikar kemudian memaklumkan akan meneliti usul tersebut sebelum membuat keputusan mengenainya kerana Liang enggan memohon maaf berhubung isu itu.

Wakil pembangkang semalam mengemukakan usul menggunakan Peraturan Mesyuarat 36(12) bagi mengheret  Liang ke jawatankuasa berkenaan.

Usul berkenaan difailkan kepada Speaker Dewan Rakyat kira-kira jam 4 petang ekoran kenyataan Liang yang disifatkan sebagai mengelirukan Dewan.

"Kita mahu merujuk Simpang Renggam kerana beliau gagal menarik balik kenyataannya yang menuduh Datuk Seri Anwar memiliki 20 akaun bank di luar negara.

"Selepas pendedahannya Selasa lalu, kita sudah beri beliau tempoh selama 24 jam untuk buat penjelasan...tapi beliau gagal berbuat demikian," kata  Jeff Ooi pada sidang media di lobi Parlimen selepas itu.

Pada Selasa, Dewan Rakyat menjadi gamat selepas dikejutkan dengan dakwaan Liang Anwar mempunyai 20 akaun bank di luar negara dengan jumlah simpanan mencecah USD66 juta (RM209 juta).

Menurut Liang, maklumat yang diperoleh menerusi internet seperti yang didedahkan Wikileaks itu turut mendedahkan bahawa kesemua akaun berkenaan dibuka di Amerika Syarikat, Israel dan China yang lengkap dengan maklumat terperinci termasuk nama pemegang, jawatan, nombor pasport, jenis, nombor, tarikh akaun dibuka dan tarikh matang.

Anwar semalam menafikan perkara itu dengan berkata, hasil carian pihaknya, tiada data yang menunjukkan maklumat seperti itu di laman Wikileaks.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List