Thursday 4 July 2013

ANWAR KUTUK PENGGULINGAN MORSI, YANG KO BERDEMO-DEMO TU HAPE?

-KATANYA, "PENGGULINGAN MORSI MENGENEPIKAN SUARA RAKYAT NEGARA ITU MELALUI PILIHANRAYA YANG ADIL & BERSIH!" NAMUN WALAUPUN RAKYAT MALAYSIA SUDAH BERSUARA PADA PRU-13 LEPAS MEMILIH BN, NGAPA MASIH TAK BERPUAS HATI? BERDEMO SANA SINI! CAKAP TAK SERUPA BIKIN BETUL LAH! KEKEKE!!!-

Pembangkang mengutuk tindakan penggulingan Presiden Mesir Mohamed Morsi oleh tentera Mesir.

Menurut laporan mStar, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui di lobi Parlimen berkata, Pakatan Rakyat pada prinsipnya menolak penggulingan Morsi kerana mengenepikan suara rakyat negara itu melalui undi pilihan raya yang adil dan bersih.

Sementara itu Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar turut mengharapkan masyarakat antarabangsa mengutuk tindakan penggulingan Presiden itu.

Pada Pilihanraya Presiden Mesir 24 Jun 2012, Morsi diisytiharkan sebagai Presiden Mesir yang baru setelah menang tipis terhadap pencabarnya Ahmed Shafiq dengan 51.7 peratus undi.

Morsi memperoleh 13,230,131 undi manakala Shafiq pula meraih 12,347,380 undi.

Bagaimanapun, sejak seminggu lepas ketegangan berlaku apabila berjuta rakyat Mesir menuntut Morsi meletak jawatan selepas setahun berkuasa.

Lewat Rabu, AFP melaporkan menteri pertahanan Morsi, Panglima Tentera Jeneral Abdel Fattah al-Sisi menerusi televisyen mengumumkan bahawa Morsi telah digulingkan angkatan tentera Mesir.

Abdel juga mengumumkan perlembagan yang dicadangkan oleh parti Islam dibekukan dan bakal mengadakan pilihan raya presiden dalam tempoh terdekat.

PS: Perlu di ingatkan Mesir menggunakan sistem pilihanraya Presiden manakala Malaysia nenggunakan sistem pilihanraya Parlimen, jadi bior leh PR menang majoriti undi, ianya tak boleh dipakai! Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Inilah contoh manusia hipokrik, dah jelas Nampak hipokriknya. Itu pun penyokong mereka tak dapat bezakan.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List