Showing posts with label PAP. Show all posts
Showing posts with label PAP. Show all posts

Sunday, 14 July 2013

TENSYENNYA TINGGAL DI SINGAPURA SEHINGGA BOLEH BUNUH DIRI?

-DAP BERMATI-MATIAN MAHU MENJADIKAN MALAYSIA SEPERTI SINGAPURA DINAUNGI PARTI SEANGKATANNYA; PAP NAMUN HAKIKATNYA SINGAPURA MENCATATKAN KES BUNUH DIRI YANG TERTINGGI! KALAU LU MAU MATI, LU MATI SOLANG-SOLANG LAH! KEKEKE!!!-

Kejadian bunuh diri mencatat angka tertinggi pada tahun lalu dengan 487 kes berikutan semakin ramai orang muda mengalami tekanan dan gagal dalam perhubungan yang menyebabkan mereka bertindak menamatkan nyawa sendiri.

Jumlah itu merupakan peningkatan sebanyak 29 peratus berbanding tahun 2011. Ia turut menyaksikan peningkatan sebanyak 80 peratus ke atas mangsa berusia 20 hingga 29 tahun, jelas sebuah badan bukan kerajaan, Samaritans of Singapore (SOS) dalam satu kenyataan.

"Masalah yang sering dialami oleh kelompok ini adalah tekanan hidup dan cinta. Antara masalah lain ialah pengangguran, tekanan belajar atau kerja, isu kewangan dan kesunyian," kata SOS.

SOS meletakkan sasaran untuk mencegah kes bunuh diri dengan menyediakan sokongan emosional menerusi kaunseling peribadi dan talian telefon 24 jam.

Pada tahun lalu, SOS menerima 39,994 panggilan, turun daripada 40,025 pada tahun 2011.

Kes bunuh diri mewakili dua peratus daripada jumlah kematian di Singapura. Membunuh diri dianggap sebagai satu jenayah di Singapura, mereka yang terselamat boleh dikenakan hukuman penjara selama setahun, denda atau kedua-duanya sekali.- AFP

-UnReportedNews™®

Wednesday, 26 December 2012

MALAYSIA MENJADI REPUBLIK?

-BAGAIMANA SINGAPURA DI REPUBLIKKAN? MALAYSIA DENGAN PERLAHAN TAPI KONSISTEN MENUJU KE ARAH YANG SAMA .. JADI ORANG MELAYU HARUS SEDAR & BERSATU DARI SEKARANG UNTUK MENGHINDARI PERKARA INI DARI BERLAKU .. TAK GITU? KEKEKE!!!-

Persoalan yang diutarakan oleh Datuk Zaini Hassan dalam ruangan rencana Utusan Malaysia pada 15/02/2012 menarik minat aku untuk kongsikan kepada pembaca semua..

Ada banyak persoalan yang bermain diminda sama ada benar atau tidak agenda merepublikkan Malaysia ini memang akan terjadi dan sekarang ni aku masih tidak mempercayai ada usaha untuk mengubah sistem pemerintahan negara ini kepada sebuah negara republik.

Walaupun artikel ini sudah lama tetapi pekara ini sangat sangat serius jika ianya terjadi..Baca artikel dibawah

PERNAHKAH sesiapa terfikir akhirnya Malaysia akan menjadi sebuah negara republik? Nama Malaysia kelak ialah Republik Malaysia, atau mungkin Republik Rakyat Malaysia?

Siapa kata ia tidak boleh berlaku? Ia mungkin boleh berlaku. Dengan situasi politik Malaysia sekarang ia kemungkinan boleh berlaku. Bukan tujuan saya mahu menakut-takutkan rakyat Malaysia, tapi ia boleh berlaku.

Adakah ia tidak pernah terfikir di fikiran sesetengah pihak? Atau adakah ia memang berada dalam fikiran sesetengah pihak? Atau adakah ia memang pernah dicadangkan oleh sesetengah pihak? Dan, atau adakah ia memang pernah diperkatakan oleh sesetengah pihak?

Orang yang memikir mengenainya, mencadangkan mengenainya dan memperkatakan mengenainya sememangnya cukup berfikiran jauh. Jika dia tidak berfikiran jauh maka dia tidak akan memikir, mencadang atau memperkatakan mengenainya.

Tapi adakah salah berfikiran sebegitu, jika ia boleh dilakukan? Tiada salahnya berfikiran sebegitu jika sokongannya atau mandatnya mencukupi. Dan tiada salahnya berfikiran sebegitu juga semua orang menyetujuinya.

Republik Malaysia atau Republik Rakyat Malaysia boleh berlaku. Sama seperti di yang berlaku negara-negara jiran. Kalau sesiapa pun selepas pilihan raya 13 ini menang, walaupun tidak secara 2/3 ia masih boleh berlaku. Yang menang itu akan mencadangkan dimansuh (bukan dipinda) Perlembagaan Malaysia bagi diganti dengan yang baru melalui satu referendum (pungutan suara). Pungutan suara itu boleh dicapai, kerana jika sesiapa pun berkuasa maka ia boleh memanipulasi keputusan itu untuk memihak kepadanya. Siapa kata ia tidak boleh berlaku.

Apa yang tidak boleh berlaku ialah meminda perlembagaan yang memerlukan perkenan kesemua raja-raja Melayu.

Maka itu, Malaysia boleh menjadi republik.

Sistem pemerintahan Malaysia sekarang ialah sistem raja berperlembagaan. Sebagai negara republik, Malaysia akan memisahkan sistem beraja. Maka dengan itu fungsi institusi raja-raja Melayu akan dipisahkan daripada sistem kerajaan.

Pada masa itu raja-raja Melayu masih wujud, tapi ia tidaklah lagi berfungsi. Buat sementara waktu raja-raja Melayu itu akan terus menikmati kemudahan, sehinggalah ia mungkin kemudiannya akan ditarik sedikit demi sedikit(?).

Itu tidak mustahil berlaku. Ia boleh berlaku. Ada yang sudah mula mengatakan fungsi raja-raja sekarang pun bukanlah besar sangat selain daripada hanya berkisar mengenai hal-hal berkaitan adat istiadat Melayu dan agama Islam.

Rata-rata orang Melayu di Malaysia masih tidak mempercayai adanya usaha untuk mengubah sistem pemerintahan negara ini kepada sebuah negara republik. Mereka berkata mustahil orang-orang itu berfikiran sedemikian. Namun ada juga orang Melayu yang tidak peduli jika ia berlaku.

Tetapi ada yang berkata mengapa perlu dimansuhkan sistem raja berperlembagaan di negara ini sedangkan ia adalah antara yang berunik di dunia. Raja-raja Melayu bergilir-gilir dipilih untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara persekutuan Malaysia ini. Mengapa sistem itu mahu dihapuskan bagi digantikan dengan sebuah republik? Adakah ada pihak yang berfikiran kotor sebegitu hanya kerana raja-raja itu merupakan custodian atau penjaga kepada Perkara 153?

Jangan tanya saya mengapa ada usaha ke arah itu. Sekali lagi saya tidak berniat menakut-takutkan sesiapa pun di negara ini, apa yang saya lakukan hanyalah sekadar mahu menyampaikan fikiran seumpama itu.

Secara peribadi, saya beranggapan (mungkin ada yang tidak bersetuju) orang yang berfikiran sedemikian amat bahaya kepada negara ini. Apa sebenarnya motif orang yang berfikiran seperti itu?

Orang semacam itu, jika ada, harus dihukum sekeras-kerasnya. Orang semacam itu harus dibuang negeri jauh-jauh kerana dia cuba mengkhianati sistem pemerintahan negara ini.

Jika dalam undang-undang tentera, orang yang mempunyai perancangan seumpama ini boleh dihukum mati.

Tapi persoalan kita lagi, wujudkah manusia semacam ini? Benarkah ada? Adakah orang seperti ini pernah menyatakan ideanya itu di tempat-tempat terbuka atau tertutup? Sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi tidak bolehkah dia mengajukan pandangannya seperti itu?

Sebagai negara yang mengamalkan kebebasan bersuara, salahkah dia?

Tapi siapakah orang itu? Adakah dia orang biasa? Atau dia orang luar biasa. Adakah dia seorang terkenal, dikenali atau bertaraf pemimpin dan memimpin? Jika orang-orang biasa mungkin apa yang diperkatakan itu tidak membawa kesan. Jika orang yang berkata itu luar biasa, maka kesannya juga tentulah luar biasa.

Saya berharap janganlah ada mana-mana orang yang luar biasa itu tadi pernah membuat kenyataan yang semacam itu.

Seperti yang saya kata, bukan niat saya mahu menakut-takutkan mana-mana pihak. Ia hanyalah ingatan supaya jangan diganggu-gugat sistem yang telah kita bina selama 54 tahun ini. Selama ini sistem itu tidak pernah pun menganggu-gugat sesiapa pun.

Malaysia, yang selama ini tidak pernah pun menjadi republik, terus makmur, maju dan berjaya juga. Semua rakyat tidak kira bangsa dan agama hidup aman dan menikmati kekayaan seluas-luasnya di atas bumi bertuah ini. Malah banyak juga negara di Eropah pun terus mengekalkan sistem monarki dan menyanjung tinggi raja-raja mereka.

Oleh itu, mengapa perlu diganggu-gugat keharmonian itu? Mengapa perlu ada fikiran seumpama itu? Mengapa? Apa motifnya?

Sumber: Medan Tempur Kedah

-UnReportedNews™®

Monday, 25 June 2012

VIDEO SEX ANWAR & LELAKI JAMBU?

-DIKATAKAN RAKAMAN VIDEO SEX "ANUGERAH TUHAN" TERSEBUT KINI BERADA DALAM SIMPANAN PERISIKAN SINGAPURA UNTUK DITAYANGKAN PADA MASA HADAPAN SEKIRANYA PERLU .. NANTIKAN SAHAJA TAYANGANNYA ... CHEHHHH .. MACAM PREVIEW WAYANG PULAK .. KEKEKE!!-


Laman web paling kontroversi, Wikileaks, pernah mendedahkan berita paling hangat tetapi tidak mengejutkan iaitu bahawa Perisikan Singapura dan Bekas Pemimpin Singapura, Lee Kwan Yew memberitahu Australia's Office of National Assessments (ONA) dalam perbualan mereka yang Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim, adalah bersalah sepertimana yang didakwa.

Kenyataan itu berdasarkan ‘perisikan teknikal’ iaitu kemungkinan besar dengan memintas talian komunikasi. Ia kemudiannya melaporkan bahawa ONA telah menyemaknya dan Singapura telah mengesahkannya bahawa “ia adalah satu perangkap dan Anwar mungkin tahu mengenainya tetapi tetap masuk ke dalamnya”.

Walaupun selera seks atau mungkin juga ‘ketagihan’ seks Anwar telah menjadi pengetahuan umum, Anwar bagaimanapun terlepas dari dakwaan meliwat Saiful Bukhari pada awal tahun ini.

Tetapi ini bukan bermakna Anwar boleh merasa lega. Baru-baru ini, kisah mengenai video yang berada dalam tangan Perisikan Singapura, yang menunjukkan beliau melakukan hubungan homoseksual dengan seorang lelaki kacak, telah dibangkitkan kembali dan rancak dibincangkan di internet. Benar, bahawa kisah ini dibangkitkan kembali mungkin kerana pilihanraya semakin hampir, tetapi itu tidak bermakna yang kisah ini telah ‘basi’ atau tidak benar sama sekali.

Sumber-sumber melaporkan bahawa pasukan Anwar semakin terdesak dan tertekan walaupun video tersebut belum lagi dimuatnaikkan ke internet.

Kita tidak perlu menjadi seorang genius untuk mengetahui bahawa video tersebut disimpan oleh Perisikan Singapura untuk kegunaan masa depan. Singapura adalah musuh azali Malaysia dan Lee Kwan Yew tidak mungkin dapat bersemadi dengan aman jika beliau meninggal dunia sebelum DAP atau saudara sebangsanya dapat memerintah Malaysia.

Anwar, dikatakan peluang terbaik untuk Singapura mencapai impian untuk meluaskan sempadannya di utara. Justeru, masuk akallah kenapa Singapura harus terlibat dalam demonstrasi BERSIH dan Anti-Lynas malah melatih rakyat mereka untuk campurtangan dalam pilihanraya Malaysia.

Singapura perlu meletakkan Anwar di atas takhta supaya mereka boleh melondehkan seluarnya dan mengikat tangannya. Anwar akan menjadi anjing paling patuh yang akan melepaskan takhta apabila masanya sesuai untuk DAP mengambil alih.

Tetapi, penulis melihat bahawa ia merupakan satu tindakan kurang bijak untuk Singapura dan DAP meneruskan strategi dan rancangan yang bukan lagi rahsia ini.

Video seks Anwar – sama ada secara biasa atau songsang, tidak lagi boleh dianggap sebagai alat yang mampu mengawalnya. Di Malaysia, penyokong Anwar akan menyokongnya walau apa pun yang terjadi dan akan mempersetankan saja segala gambaran negatif mengenai dirinya tanpa berfikir dua kali. Manakala yang tidak menyokongnya pula, tidak memerlukan tambahan bukti untuk meyakinkan mereka bahawa beliau memang benar-benar bersalah.

Lagipun, parti Anwar sedang nazak kerana kelemahan kepimpinan dan ketidakcekapan. Dengan perbalahan dalaman yang tidak pernah selesai, parti ini mungkin tidak dapat hidup lama untuk menghadapi pilihanraya.

Bagaimanapun, rakyat tetap berminat untuk menilai ‘keupayaan’ manusia Anugerah Tuhan ini. Di masa yang sama, kita juga tidak boleh menolak kewujudan pengundi atas pagar. Oleh itu, pendedahan video seks ini tetap akan menjadi bonus kepada Malaysia.

Untuk itu, mungkin rakyat Malaysia boleh menahan nafas menunggu dengan sabar dan Anwar pula boleh berhenti bernafas terus kerana kita mempunyai alasan untuk percaya bahawa video tersebut sedang terlepas dari genggaman Singapura dan mungkin akan jatuh terus ke internet pada masa yang tepat, sebelum pilihanraya.

BLUE BEARY

SUMBER: HOUSE PK


-UnReportedNews™®



Sunday, 24 June 2012

JANGAN NAK MENYIBUK SINGAPURA!

-DARIPADA MENYIBUK DALAM URUSAN MALAYSIA, LEBIH BAIK SINGAPURA MEMPERBAIKI DIRI MEREKA SENDIRI DIMANA RAKYAT MEREKA DIKATAKAN TIADA HAK UNTUK BERBICARA TERHADAP KERAJAAN SINGAPURA KERANA TAKUT DEK DI SERET KE MAHKAMAH..MENGATA ORANG PANDAI, DIRI SENDIRI LAGI TERUK! KEKEKE!-


Sekiranya dakwaan bahawa Singapura kini telah dan sedang merancang untuk campur tangan dalam politik dalaman Malaysia adalah benar, ia jelas bertentangan dengan pemahaman dan kepercayaan yang diamalkan oleh semua negara-negara di Asia.

Timbalan Speaker Parlimen Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata adalah menjadi satu amalan demokrasi dan tanda persahabatan oleh Malaysia untuk menjemput beberapa negara-negara jiran, termasuk Singapura semasa proses Pilihan Raya Umum Malaysia tetapi hanyalah  untuk memantau dan tidak lebih daripada itu.

"Singapura sebagai negara demokrasi sendiri, jadi sememangnya mereka perlu tahu untuk tidak “menyibuk-diri” dalam urusan negara lain sebagaimana mereka mahu negara lain untuk tidak campur tangan dalam hal ehwal negara mereka sendiri," kata Junaidi, yang juga ahli Parlimen Santubong.

Beliau telah diminta oleh UnReportedNews™® untuk mengulas dengan dakwaan yang disiarkan dalam suratkhabar dan blog-blog di internet mengenai dakwaan penglibatan Singapura dalam siri perhimpunan Bersih dan yang terbaru, tindakan yang dikatakan "latihan" sukarelawan yang terdiri dari warganegara sendiri mereka untuk “mengacau” pilihan raya umum Malaysia yang akan datang.

Junaidi, yang diiringi oleh isteri beliau Datin Hajah Feona Sim Abdullah ditemui UnReportedNews™® selepas merasmikan Bengkel Jentera Pilihanraya DUN Pantai Damai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang telah diadakan di salah satu hotel terkemuka berhampiran dia kota di sini petang semalam.

"Ia adalah satu rahsia umum bahawa parti Tindakan Demokratik Malaysia (DAP) adalah sebenarnya serpihan dari Parti Rakyat Tindakan Singapura (PAP) apabila Allahyarham Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman “mengusir-keluar” Singapura keluar dari Malaysia bagaimanapun, bahawa ia tidak memberi mereka apa-apa hak untuk campur tangan dalam hal ehwal dalaman kami."

"Daripada “menyibuk” dalam urusan Negara orang lain, Singapura sepatutnya menumpukan perhatian amalan mereka sendiri demokrasi di mana rakyat mereka tidak mempunyai hak untuk berkata apa-apa terhadap kerajaan mereka sebagai takut diheret ke mahkamah dan didakwa bankcrupt atau .... tetapi saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai lebih,” katanya sinis dengan senyuman.

-UnReportedNews™®



Friday, 22 June 2012

MELAYU MESTI SEDAR-LAKNATI DAP & PAP!

-DAP & PAP MEMPERGUNAKAN ANWAR IBRAHIM & PKR UNTUK MEMUSNAHKAN PERPADUAN ORANG MELAYU TERUTAMANYA MENGUASAI PAS AGAR "MASTERMIND" SEMUA PERANCANGAN INI LEE KUAN YEW AL-KAFIRIN BERJAYA MENJADI  PM MALAYSIA BIARPUN SEHARI SEBELUM DIA MAMPUS!..CISSS!!-


Perancangan telah diatur kemas dan sedang berjalan dengan baik. PRU 13 adalah landasan mula pelaksanaan Pancangan Kristianisasi Malaysia yang pastinya akan membuahkan kejayaan menjelang PRU 14 nanti.

Biarpun kalah dalam PRU kali ini, mereka akan meneruskan momentum pertentangan rakyat kepada UMNO sebagai pemerintah Melayu Islam. Tidaklah menjadi rahsia lagi sekarang bahawa jika benar wujud rancangan tersebut, sudah tentu dengan bantuan pakar dari para pelobi antarabangsa.Faktor Anwar Ibrahim cukup penting.

Keupayaannya Anwar memecah belahkan orang Melayu amat berguna bagi mereka terutama kemampuannya menguasai PAS.Rancangan sebenar masa hadapan mereka bukan untuk melantik Anwar sebagai PM sebagaimana yang kita fahami.

Mereka memberi sokongan padu kepada Anwar hanya untuk mempermudahkan mencapai tujuan sebenar mereka. Malaysia bakal menjadi sebuah negara Kristian dan diterajui oleh bukan Melayu sebelum 2020.

Bagaimana dengan nasib Institusi Raja-raja Melayu? Mereka akan menerima nasib sebagaimana dengan nasib waris Kesultanan Singapura. Semuanya akan ditamatkan.Mereka amat yakin bahawa mereka akan mencapai kejayaan padu pada 2017 nanti (PRU 14).

Mengapa?Sehingga hari ini DAP hanya bermain wayang. Karpal masih belum mempercayai Anwar Ibrahim sepenuhnya walaupun mereka berada dalam kapal yang sama dan Anwar dilantik sebagai kapten. Masa Anwar akan berakhir bila PR menguasai negara.

Tidak mustahil ia dilupuskan oleh agen pelobi mereka sendiri untuk memberi laluan DAP menguasai politik sepenuhnya. Lee Kuan Yew Dibenarkan Memerintah Malaysia Buat Sementara, syarat PRU13 Dari PAP Kepada DAP.

PESAN LEE KUAN YEW KEPADA DR. CHAN MEN HIN - SEBELUM SAYA MATI SAYA MAHU MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA WALAUPUN 1 MINIT.

Sumber Dalaman DAP yang terbocor kepada umum menunjukkan bahawa mereka amat serius dalam perkara ini. Orang Melayu sekarang dibiar mabuk dengan perasaan membenci pemerintah yang berjaya didorong oleh Anwar.

PAS dipergunakan untuk menghakis pengaruh UMNO.Dalam saat Melayu berkecamuk dan berpecah belah, mereka (DAP dan PAP) menyediakan plan mereka sendiri. Mereka terus menyusun langkah demi langkah untuk menguasai Putrajaya.

Kita tidak tahu berapa banyak lagi rahsia mereka yang masih belum terbocor. Walaupun begitu, apa yang telah sampai kepada pengetahuan kita sudah cukup untuk menakutkan kita. Melayu dalam kekeliruan terpaksa menyerahkan negara kepada bangsa asing.Siasatan MyMassa mendapati terdapat beberapa perkara rahsia yang tentunya tidak diketahui anak-anak muda kita di Dataran Merdeka. Apa yang mereka lakukan hanyalah salah satu dari percaturan luar pentas oleh Pertubuhan Rahsia Kristian Malaysia untuk merampas kuasa dari umat Islam.

Ini Rahsianya, bacalah dengan serius:

1. Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Jeff Ooi, Elizeberth Wong, Tian Chua, Tony Pua dan beberapa lagi pemimpin DAP dan PKR Kristian telah mengadakan pertemuan dengan pastor-pastor dan wakil-wakil gereja dari luar negara untuk membincangkan dua perkara penting menjelang Dua Kali PRU kelak. Target mereka yang pertama ialah PRU13 dan kedua PRU14. Apakah Target mereka?

2. Jeff Ooi memanjangkan pesanan para penderma Kristian di luar negara bahawa mereka mahukan kejayaan hasil sumbangan tidak terkira mereka. Jeff Ooi menunjukkan rasa cemas dan bimbang kerana beliau merupakan wakil parti pembangkang dalam mendapatkan dana-dana PRU.

3. Lim Guan Eng menyatakan dalam PRU13 nanti, pasukan PAP di bawah arahan Lee Kuan Yew akan menghantar beberapa pasukan untuk membantu PR yang merupakan modus operandi yang diasingkan daripada keterlibatan PAS. LGE kata dalam modus ini PAS diketepikan, sebab ianya melibatkan cita-cita Kristian yang PAS tak boleh tahu! Kenyataan LGE ini mengimbas kembali PRU di negara kita tahun 1960an dahulu di mana PAP menghantar 9 hingga 11 Calon PAP bertanding di Parlimen Malaysia. PAP hanya menang di Bangsar sahaja. Sudahkah kamu lupa??? Kini PAP kembali lagi.

4. Perdebatan berlaku antara Karpal dengan Tian Chua. Tian Chua membangkitkan kelambatan Dana yang sampai kepada PKR dan bertanya mengapa poster-poster PR yang dibuat di negara China (kenapa dibuat di China? Adakah ia mempunyai maksud tertentu?) belum sampai-sampai lagi. LGE meyakinkan Tian Chua poster-poster itu akan sampai melalui Pelabuhan di Pulau Pinang dan Singapura dalam seminggu dua lagi. Jika lambat juga kata LGE, poster-poster dan bendera itu akan dikirim melalui kapal terbang ke Pulau Pinang.

5. Pasal Dana lambat, Karpal minta dia terus rujuk kepada bosnya, Anwar Ibrahim.Karpal meminta Tian Chua jangan percaya Anwar kerana dia Islam, bila-bila boleh pusing. Karpal ingatkan Tian Chua, Anwar memiliki rumah dan harta di Amerika, jika dia kalah dia boleh pindah di sana. Karpal meminta Tian Chua fokus kepada bagaimana menjayakan DAP menjadi PM Kristian yang pertama di Malaysia. Karpal kata undang-undang di Malaysia boleh diubah dengan syarat DAP mesti menang 80 Kerusi Parlimen dan PKR mesti menang 30 Kerusi Parlimen. Karpal juga ingatkan Tian Chua gunakan PAS hanya untuk lemahkan UMNO sahaja.

6. April 2012- LGE TELAH ke Singapura untuk kali ke 12 dalam tempoh tidak sampai 14 bulan. Kita tunggu.

Andai Melayu masih belum faham mengenai perancangan ini, ia bermakna rancangan mereka akan dicapai dengan mudah. Mereka telah lama berusaha agar orang Melayu gagal dalam ekonomi dan kekuasaan kewangan menjadi milik mutlak mereka.

Melalui wang, mereka membeli semuanya termasuk kuasa politik. Mereka sudah begitu hampir memiliki semuanya berkat kerelaan dan sokongan bangsa Melayu dan umat Islam sendiri.

Selain Yahudi (Zionis USA) kini muncul pula penghulur dana yang baru kepada PR iaitu kaum Nasrani (Jesuit?).Keadaan semakin gawat. Siapakah yang akan dipersalahkan nanti? DAP atau kita sendiri?

Sayangnya UMNO dan PAS masih mahu terus memusuhi satu sama lain melalui muslihat Anwar Ibrahim. Inilah punca malapetaka yang menghancurkan Islam dan Melayu. Kita sayang UMNO kerana mereka telah buktikan kejayaan menjaga dan memajukan bangsa. Menjadi pengawas dari ditindas oleh pedagang kaum mendatang yang rakus.

Kita sayang PAS kerena perjuangan Islam mereka yang kukuh. Mengutamakan Islam dari yang lain (KECUALI SEKARANG?).Kami mahu mereka bersatu demi masa depan Melayu dan Islam. Jika tidak...........Bersatulah MELAYU ISLAM sebelum NASI MENJADI BUBUR.

Sumber & Himpunan: Cik Zah

-UnReportedNews™®



SINGAPURA KURANG AJAR, NAK MINTAK KENA AJAR?


-KALO HENTIKAN BEKALAN AIR DARI JOHOR KE SINGAPURA, TAKUT PULAK RAKYATNYA YANG TERSIKSA DEK KESOMBONGAN & KEANGKUHAN PEMIMPIN SERTA SEGELINTIR RAKYATNYA YANG TERKURANG AJAR. NANTI KANG TERPAKSA DIER ORANG RECYCLE AIR KENCING SENDIRI ATAU AIR LAUT NAK BUAT AIR MINUM, KESIAN PULAK!!-


Jika kita mengtakrifkan Singapura sebagai seorang manusia, maka ia pastinya seorang manusia yang paling busuk hati di dunia ini.


Sejarah penubuhan negara tersebut iaitu dengan keluar dari Malaysia juga, menyaksikan yang negara itu ditubuh atas dasar khianat, angkuh, perkauman dan pentingkan diri sendiri. Akibat penubuhan yang tidak berasaskan niat yang baik, Singapura mempunyai sikap ‘paranoid’ yang kronik iaitu sentiasa menyimpan syak wasangka dan memusuhi Malaysia.

Sikap ‘paranoid’ berlebihan inilah yang menyebabkan ruang angkasa Malaysia sering diceroboh mereka. Malah, bukan kita tidak tahu bahawa agen-agen mereka sentiasa bergerak cergas mengumpul maklumat dan memerhati pergerakan dan perkembangan negara ini. 

Walaupun Malaysia menghulurkan tangan persahabatan dan sering mengajak untuk bekerjasama dan menjunjung sifat sefahaman serta toleransi dalam menangani masalah-masalah yang membabitkan kedua-dua negara seperti perairan, ruang udara serta bekalan air mahupun dalam isu jambatan bengkok, tetapi huluran tangan Malaysia sering disambut dengan sepakan kaki sahaja oleh Singapura.

Kini, Singapura semakin kurang ajar apabila mula campurtangan dalam urusan politik negara. Ini dilakukan dengan menyelinap masuk melalui aktiviti-aktiviti yang didalangi pembangkang yang bertujuan untuk melemahkan kerajaan. Antaranya, Singapura telah menghantar wakil ke perhimpunan BERSIH 3.0, dan Himpunan Hijau yang menentang Lynas. Agen-agen mereka yang dikenalpasti bukannya ke perhimpunan tersebut untuk memerhati tetapi turut berdemonstrasi bagi memburukkan imej dan mengsabotaj ekonomi negara ini.

Amat kurang ajar sekali apabila antara yang agen yang dihantar untuk menyertai himpunan ini bukanlah orang-orang biasa atau rakyat marhaen tetapi terdiri dari diplomat-diplomat negara mereka, seperti:

1. Regina LOW Kay Yin (regina_low@mfa.gov.sg), First Secretary (Political) yang turut memakai baju kuning BERSIH 3.0.
2. Philomena AW Li Fen (philomena_aw@mfa.gov.sg), First Secretary (Political).
3. Ariel Eunice TAN Hwi Tiang (ariel_tan@mfa.gov.sg), Deputy High Commissioner and Counsellor.

Bagi sebuah negara yang mendabik diri sebagai negara maju, tindakan tidak bertamadun iaitu tidak menghormati jiran dan tidak tahu batas-batas hubungan diplomasi membuktikan betapa busuk dan buruknya hati perut dan perangai Singapura.

Maka tidak hairanlah Singapura digelar Yahudi Asia kerana hati perutnya yang busuk, biadap serta angkuh. Jika anda mengorek punca kenapa kaum Yahudi di laknat dan kenapa mereka dihalau lebih 70 kali sepanjang sejarah bangsa mereka di dunia ini, anda akan dapati bahawa secara umumnya, (walaupun bukan semua), kaum Yahudi terkenal dengan busuk hati, angkuh, biadap dan pentingkan diri juga.

Lee Kwan Yew dalam bukunya "From Third World to First: The Singapore Story 1965-2000” pernah mendedahkan bahawa tentera Singapura diasaskan oleh tentera Israel. Beliau menulis, “misi ketenteraan Israel diketuai oleh Yaakov (Jack) Elazari, ketika itu berpangkat kolonel, kemudian dinaik pangkat ke brigadier jeneral. Setelah meninggalkan tentera,beliau menjadi penasihat tentera Singapura”.

Hubungan akrab Singapura dengan Israel ini dengan sendirinya menjelaskan kenapa Singapura tidak senang dengan Malaysia sebuah negara Islam yang maju dan berpotensi, yang menjadi jirannya yang sabar dan setia.

Sikap kurang ajar Singapura tiada batasnya. Baru-baru ini, terdedah lagi bagaimana Singapura merancang untuk ‘menceroboh’ pilihanraya negara ini. Ini dilakukan dengan melatih beberapa wakilnya untuk menyertai pilihanraya dan semestinya dengan tujuan untuk menjatuhkan kerajaan parti memerintah untuk digantikan dengan parti anak didiknya iaitu DAP, dengan kerjasama dua ekor keldai iaitu PAS dan PKR.

Sebagai musuh azali, tidak mustahil Singapura mempunyai pelan yang jauh lebih besar terhadap Malaysia. Menyertai demonstrasi dan menceroboh pilihanraya adalah Pelan A. 

Justeru, jangan sekali-kali kita terlepas pandang bahawa mereka pasti telah melakarkan Pelan B dan seterusnya sekiranya percubaan menakluk Malaysia melalui Pelan A tersebut gagal.

Sebelum ini, Wikileaks pernah mendedahkan bagaimana pemimpin Singapura merendah dan menghina hampir semua pemimpin dunia lain melalui perbualan sulit yang dirakam. Namun, Singapura langsung tidak terasa malu, jauh sekali meminta maaf.

Maka, kita yakin bahawa Singapura akan mengambil sikap jelik yang sama dalam isu campurtangan dalam politik Malaysia ini. Seperti seorang manusia yang tidak pernah dididik dengan adab sopan serta nilai-nilai murni kemanusiaan, Singapura hanya akan mengambil sikap selamba walaupun sikap dan rancangan jahat mereka telah terdedah luas.

Apa yang pasti, Lee Kwan Yew tentu merasa megah melihat bagaimana negaranya menjadi negara paling biadap dengan diplomat-diplomat yang amat kurang ajar sekali.

Jika beginilah sikap Singapura, maka Malaysia wajib berpegang kepada pepatah iaitu ‘buat baik berpada-pada’ apabila berurusan dengan Singapura kerana Singapura telah berbuat jahat kepada kita, bukannya sekali - tetapi berkali-kali.

Diharap kerajaan akan mengambil tindakan sebaiknya dalam menghadapi ancaman negara jiran ini. Harapan kita juga agar rakyat akan semakin membuka mata dalam membuat pilihan antara parti yang mendapat bantuan Singapura, dengan parti pemerintah yang tegas mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan Negara.

Sumber: Cik Zah



-UnReportedNews™®



Saturday, 7 April 2012

DAP “SERANG” KREDIBILITI ATM ATAS ARAHAN PAP?

-SEMUANYA GARA-GARA KELINCAHAN KOMANDO MALAYSIA YANG MENYUSUP MASUK KE DALAM MARKAS MISIL DI SINGAPURA TANPA DI KESAN LANGSUNG OLEH EMPUNYA MARKAS ITU SENDIRI..MMM..MALUNYA-

"Malaysia has quietly shown Singapore over how weak it security is. Malaysia has slapped the Singapore armed forces in ways that caused it to come unstuck. The most dramatic was when Malaysia's Commandos invaded Singapore high security air missiles base in Bukit Batok overlooking the Straits of Johore and pasted Malaysian stamps on the missiles and replaced the Singapore flag on the Commanding officer's table with the Malaysian flag. Several Singapore officers resigned oe were reassigned or demoted. The major who carried it out, who is known by his nickname, Sam , is still around and in the business"

Angkatan Tentera Malaysia mempamerkan kekuatan secara senyap apabila berjaya menceroboh Pengkalan Udara Singapura di Bukit Batok dengan menampal Stamp Malaysia pada misil dan menukarkan bendera Singapura kepada bendera Malaysia di atas meja Pegawai Memerintah Pasukan itu di Singapura.

Bangga aku mendengar apabila Singapura diceroboh oleh Pasukan Komando Malaysia yyang memang sentiasa melakukan operasi Hitam untuk memperkukuhkan ketahanan Nasional National Resilent Negara.

Jikalau kita merujuk di atas laporan-laporan ketenteraan dan propaganda-propaganda yang selalu dimainkan oleh Negara SINGAPURA itu yang sentiasa mendabik dada bahawa merekalah jaguh ketenteraan di Nusantara, jangan mereka lupa bahawa Angkatan Tentera Malaysia lah MERUPAKAN pasukan pertama berjaya memusnahkan ANCAMAN KOMUNIS di dunia pada era pasca penjajah.

Tiada negara di dunia yang mampu declare bahawa mereka berjaya menghapuskan KOMUNIS kecuali PASUKAN MALAYSIA. Ia belum lagi merujuk kepada misi-misi pengaman yang disertai oleh Malaysia. Pasukan Tentera Malaysia sememangnya sentiasa digeruni dan disegani KAWAN dan LAWAN. Keberanian pasukan tentera Malaysia tidak dapat dinafikan di dalam misi menyelamat Pasukan RANGER Amerika Syarikat di Mogadishu.

Peristiwa yang meragut nyawa seorang Pasukan Tentera Malaysia dan 9 mengalami cedera yang berlaku pada 3 Oktober 1993 itu mendapat perhatian dunia apanila mereka berani bergerak ke kawasan COMBAT ZONE  dan berjaya menyelamatkan Pasukan Renjer Amerika Syarikat. Sebuah majalah di Amerika Syarikat melabelkan pasukan tentera MALAYSIA sebagai "GUN SHY", mengiktiraf Pengorbanan dan keberanian Pasukan Tentera Malaysia.

Adalah salah anggapan apabila Singapura Menganggap Pasukan Tentera Malaysia disamakan dengan Pasukan Tentera di Negara Timur Tengah yang tidak pernah atau jarang sama sekali untuk melakukan Operasi Latihan kecuali Negara IRAN. Malaysia sememangnya mempunyai kekuatan dan sejarah yang sangat cemerlang di dalam peperangan.

Latihan Ketenteraan adalah amat kerap dilakukan oleh Pasukan Ketenteraan Malaysia dengan menggabungkan DARAT, LAUT DAN UDARA. Sesungguhnya, askar darat kita pernah melakukan terjunan daripada Kapal Terbang / jet Pasukan Tentera Udara dan Pasukan Elit Komando Tentera Darat bersama-sama menyelam dan menggunakan Bot-bot dan kapal laut Angkatan Laut Malaysia.

Yang peliknya, pembangkang seolah-olah tidak berbangga malah memperlekehkan jasa dan pengorbanan Angkatan Tentera Malaysia.

Pembangkang tidak melihat  ATM sebagai satu badan agung tetapi melihat ATM sebagai lubuk modal politik mereka.

Selain daripada DAP yang daripada dulu tidak hormat kepada ATM (contohnya dengan mahu membawa pulang Chin Peng), PAS juga cuba mempolitikkan ATM dengan menubuhkan Kor Bekas Angkatan Tentera (KOBAT), iaitu dengan merekrut tentera yang tidak menghabiskan perkhidmatan wajib mereka kerana jika pencen awal, lebih besar ganjaran yang mereka dapat. 

Bila golongan pencen awal ini telah menghabiskan ganjaran tersebut, maka mereka menyalahkan Kerajaan kononnya tidak prihatin nasib mereka. Siapa suruh tak nak habiskan perkhidmatan dan mendapat pencen. Bila orang lain dapat pencen, mereka tak dapat, jalan pintas untuk salahkan Kerajaan adalah dengan menyertai pembangkang.

Bila dah sertai pembangkang, macam-macam tuduhan yang puak-puak pencen awal ini buat kepada Kerajaan dan MINDEF. MyMassa tengok sanak saudara dan kenalan MyMassa yang bekas anggota tentera yang ada pencen, tak pernah menyalahkan Kerajaan dan MINDEF. 

Malah mereka berterima kasih dan bersyukur kerana Kerajaan Malaysia sentiasa menghargai jasa mereka.

*Betul ke kalau Pakatan Pembangkang menang, Chin Peng akan dibawa pulang dan akan diberikan gelaran Tun? Kalau betul, memang celaka puak-puak yang bersekongkol dengan DAP.

Sumber: Mymassa (Kilik sini)


-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List