-KALO HENTIKAN BEKALAN AIR DARI JOHOR KE SINGAPURA, TAKUT
PULAK RAKYATNYA YANG TERSIKSA DEK KESOMBONGAN & KEANGKUHAN PEMIMPIN SERTA
SEGELINTIR RAKYATNYA YANG TERKURANG AJAR. NANTI KANG TERPAKSA DIER ORANG
RECYCLE AIR KENCING SENDIRI ATAU AIR LAUT NAK BUAT AIR MINUM, KESIAN PULAK!!-
Jika kita mengtakrifkan Singapura sebagai seorang
manusia, maka ia pastinya seorang manusia yang paling busuk hati di dunia ini.
Sejarah penubuhan negara tersebut iaitu dengan keluar dari Malaysia juga,
menyaksikan yang negara itu ditubuh atas dasar khianat, angkuh, perkauman dan
pentingkan diri sendiri. Akibat penubuhan yang tidak berasaskan niat yang baik,
Singapura mempunyai sikap ‘paranoid’ yang kronik iaitu sentiasa menyimpan syak
wasangka dan memusuhi Malaysia.
Sikap ‘paranoid’ berlebihan inilah yang menyebabkan ruang
angkasa Malaysia sering diceroboh mereka. Malah, bukan kita tidak tahu bahawa
agen-agen mereka sentiasa bergerak cergas mengumpul maklumat dan memerhati
pergerakan dan perkembangan negara ini.
Walaupun Malaysia menghulurkan tangan
persahabatan dan sering mengajak untuk bekerjasama dan menjunjung sifat
sefahaman serta toleransi dalam menangani masalah-masalah yang membabitkan
kedua-dua negara seperti perairan, ruang udara serta bekalan air mahupun dalam
isu jambatan bengkok, tetapi huluran tangan Malaysia sering disambut dengan
sepakan kaki sahaja oleh Singapura.
Kini, Singapura semakin kurang ajar apabila mula
campurtangan dalam urusan politik negara. Ini dilakukan dengan menyelinap masuk
melalui aktiviti-aktiviti yang didalangi pembangkang yang bertujuan untuk
melemahkan kerajaan. Antaranya, Singapura telah menghantar wakil ke perhimpunan
BERSIH 3.0, dan Himpunan Hijau yang menentang Lynas. Agen-agen mereka yang
dikenalpasti bukannya ke perhimpunan tersebut untuk memerhati tetapi turut
berdemonstrasi bagi memburukkan imej dan mengsabotaj ekonomi negara ini.
Amat kurang ajar sekali apabila antara yang agen yang
dihantar untuk menyertai himpunan ini bukanlah orang-orang biasa atau rakyat
marhaen tetapi terdiri dari diplomat-diplomat negara mereka, seperti:
1. Regina LOW Kay Yin (regina_low@mfa.gov.sg), First
Secretary (Political) yang turut memakai baju kuning BERSIH 3.0.
2. Philomena AW Li Fen (philomena_aw@mfa.gov.sg), First
Secretary (Political).
3. Ariel Eunice TAN Hwi Tiang (ariel_tan@mfa.gov.sg),
Deputy High Commissioner and Counsellor.
Bagi sebuah negara yang mendabik diri sebagai negara
maju, tindakan tidak bertamadun iaitu tidak menghormati jiran dan tidak tahu
batas-batas hubungan diplomasi membuktikan betapa busuk dan buruknya hati perut
dan perangai Singapura.
Maka tidak hairanlah Singapura digelar Yahudi Asia kerana
hati perutnya yang busuk, biadap serta angkuh. Jika anda mengorek punca kenapa
kaum Yahudi di laknat dan kenapa mereka dihalau lebih 70 kali sepanjang sejarah
bangsa mereka di dunia ini, anda akan dapati bahawa secara umumnya, (walaupun
bukan semua), kaum Yahudi terkenal dengan busuk hati, angkuh, biadap dan
pentingkan diri juga.
Lee Kwan Yew dalam bukunya "From Third World to
First: The Singapore Story 1965-2000” pernah mendedahkan bahawa tentera
Singapura diasaskan oleh tentera Israel. Beliau menulis, “misi ketenteraan
Israel diketuai oleh Yaakov (Jack) Elazari, ketika itu berpangkat kolonel,
kemudian dinaik pangkat ke brigadier jeneral. Setelah meninggalkan
tentera,beliau menjadi penasihat tentera Singapura”.
Hubungan akrab Singapura dengan Israel ini dengan
sendirinya menjelaskan kenapa Singapura tidak senang dengan Malaysia sebuah
negara Islam yang maju dan berpotensi, yang menjadi jirannya yang sabar dan
setia.
Sikap kurang ajar Singapura tiada batasnya. Baru-baru
ini, terdedah lagi bagaimana Singapura merancang untuk ‘menceroboh’ pilihanraya
negara ini. Ini dilakukan dengan melatih beberapa wakilnya untuk menyertai
pilihanraya dan semestinya dengan tujuan untuk menjatuhkan kerajaan parti
memerintah untuk digantikan dengan parti anak didiknya iaitu DAP, dengan
kerjasama dua ekor keldai iaitu PAS dan PKR.
Sebagai musuh azali, tidak mustahil Singapura mempunyai
pelan yang jauh lebih besar terhadap Malaysia. Menyertai demonstrasi dan
menceroboh pilihanraya adalah Pelan A.
Justeru, jangan sekali-kali kita
terlepas pandang bahawa mereka pasti telah melakarkan Pelan B dan seterusnya
sekiranya percubaan menakluk Malaysia melalui Pelan A tersebut gagal.
Sebelum ini, Wikileaks pernah mendedahkan bagaimana
pemimpin Singapura merendah dan menghina hampir semua pemimpin dunia lain
melalui perbualan sulit yang dirakam. Namun, Singapura langsung tidak terasa
malu, jauh sekali meminta maaf.
Maka, kita yakin bahawa Singapura akan mengambil sikap
jelik yang sama dalam isu campurtangan dalam politik Malaysia ini. Seperti
seorang manusia yang tidak pernah dididik dengan adab sopan serta nilai-nilai
murni kemanusiaan, Singapura hanya akan mengambil sikap selamba walaupun sikap
dan rancangan jahat mereka telah terdedah luas.
Apa yang pasti, Lee Kwan Yew tentu merasa megah melihat
bagaimana negaranya menjadi negara paling biadap dengan diplomat-diplomat yang
amat kurang ajar sekali.
Jika beginilah sikap Singapura, maka Malaysia wajib
berpegang kepada pepatah iaitu ‘buat baik berpada-pada’ apabila berurusan
dengan Singapura kerana Singapura telah berbuat jahat kepada kita, bukannya
sekali - tetapi berkali-kali.
Diharap kerajaan akan mengambil tindakan sebaiknya dalam
menghadapi ancaman negara jiran ini. Harapan kita juga agar rakyat akan semakin
membuka mata dalam membuat pilihan antara parti yang mendapat bantuan Singapura,
dengan parti pemerintah yang tegas mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan Negara.
Sumber: Cik Zah
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®