Friday 22 June 2012

DAP “MENGACAU” PKR DI SARAWAK?

-TAKTIK DAP CUBA MEMPERTENGAHKAN CALON BUMIPUTERA DI KAWASAN PENDALAMAN SARAWAK DALAM PILIHANRAYA UMUM YANG AKAN DATANG INI SEMAKIN “MEMBOTAKKAN” KEPALA PRESIDEN PKR NEGERI BARU BIAN..ADUH, ADUH, ADUH-



Pemimpin Wanita DAP Sarawak, Violet Yong yang terkenal dengan fesyen rambutnya itu sememangnya menjadi tumpuan semasa Malam Israq dan Mikraj Pakatan Pembangkang yang bertemakan Merdeka Rakyat di Satok. Sebagai sebuah pakatan yang berbilang kaum dan agama, Wanita PKR Sarawak telah menjemput Violet Yong untuk bercakap bagi pihak DAP.


Pelawaan Wanita PKR itu telah disambut baik DAP yang sememangnya menunggu peluang bagi melaungkan cabaran kepada BN Sarawak khususnya PBB.

Kemenangan besar DAP dalam PRN Sarawak Ke-10 tahun lepas membuatkan pemimpin DAP semakin sombong dan bongkak hingga sanggup memperkudakan PKR dan PAS. Kejayaan memenangi 11 kerusi DUN berbanding 9 kerusi sebelum ini membuatkan pembahagian kerusi untuk PRU-13 akan datang mejadi kalut buat PKR dan PAS. Mana tidaknya, DAP meminta majoriti kerusi daripada 31 kerusi yang dipertandingkan berbanding PKR dan PAS.

Strategi DAP meletakkan lebih ramai calonnya dalam PRU-13 di Sarawak kali ini dengan mengetengahkan calon Bumiputera di kawasan luar bandar. Tindakan DAP ini menyebabkan PKR pimpinan Baru Bian pening kepala dan terpaksa merujuk kepada Anwar Ibrahim dan Azmin Ali untuk bebrincang dengan DAP di peringkat pusat.

Berasaskan kepada perkembangan terbaru ini, Pakatan Pembangkang kini masih belum memuktamadkan pembahagian kerusi sedangkan PRU-13 kini sedang menuju kemuncak dengan pada bila-bila masa boleh diadakan. Secara jelas, Pakatan Pembangkang masih meragui dan tidak percaya antara satu sama lain. Masing-masing mahu menunjukkan mereka ini lebih hebat.

Atas sebab-sebab itu DAP kini menumpukan lawannya pada PRU-13 akan datang ini ialah PBB dan bukannya SUPP seperti sebelum ini. Dengan nada bongkak, Violet Yong mengatakan SUPP kini sudah terkubur dengan sendirinya dan lawan sebenar DAP ialah PBB. Sebab itu juga, DAP akan mengetengahkan muka baru yang terdiri daripada Bumiputera Sarawak di beberapa kawasan Parlimen.

Dengan nada penuh yakin, Violet Yong akan “mengalahkan” PBB bagi membalas dendam ketika sidang DUN Sarawak yang diadakan sebelum ini. DAP tidak mahu kelantangan PBB di DUN Sarawak dijadikan ukuran sebaliknya PRU-13 menjadi penentu dengan melihat sokongan rakyat menerusi undi.

Sumber: WIRA KENYALANG™

-UnReportedNews™®



No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List