Showing posts with label Jeffrey Kitingan. Show all posts
Showing posts with label Jeffrey Kitingan. Show all posts

Sunday, 3 March 2013

PENZINA, PELIWAT DAN KINI, PENGKHIANAT NEGARA?!

-ANWAR & JEFFERY DIKESAN OLEH KEDUA AGENSI RISIKAN TENTERA MALAYSIA & FILIPINA MENGADAKAN PERTEMUAN DENGAN MISUARI & T. KIRAM PADA NOVEMBER TAHUN LEPAS. DIFAHAMKAN ANWAR TELAH MEMBUAT TAWARAN-TAWARAN YANG BEGITU "SUKAR UNTUK DITOLAK" WARIS SULTAN SULU BERKENAAN MENJURUS KEPADA KRISIS LAHAD DATU INI!-

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahrim dan Presiden Parti Reformasi Sabah (STAR) yang juga Pengerusi United Borneo Front (UBF) Datuk Dr Jeffrey Kitingan kini boleh dikatakan adalah "saspek utama" atau "dalang" yang terlibat dalam krisis Pencerobohan di Lahad Datu, Sabah yang setakat ini telah mengorbankan tiga nyawa anggota keselamatan kita.

Ianya berikutan dengan pengesahan dari sumber Agensi Perisikan Tentera Malaysia (ATM) mengenai memang wujudnya satu pertemuan sulit yang telah berlangsung diantara Anwar dengan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari telah diadakan selang beberapa bulan sebelum pencerobohan itu berlaku.

Selain daripada pertemuan Anwar-Misuari, Agensi Risikan tersebut juga mendedahkan, dalam masa yang sama, Jeffery, yang juga merupakan bekas Naib Presiden PKR Sabah juga dikesan mengadakan pertemuan dengan Pemerintah Kesultanan Sultan Muidzullail T. Kiram.

Sememngnya, pendedahan sumber Agensi Perisikan Tentera Malaysia amat begitu konsisten dengan dakwaan pihak perisikan tentera Filipina yang baru-baru ini memang wujudnya elemen-elemen yang mengaitkan nama beberapa orang pemimpin pembangkang adalah dalang sebenar dalam insiden tersebut.

Kedua-dua pertemuan Anwar-Misuari dan Jeffrey-Muidzullail T. Kiram telah diadakan dalam keadaan sulit dipercayai ada kaitan dengan janji-janji tertentu sehingga mendorong kumpulan yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu menceroboh Sabah dedah sumber tersebut lagi.

Sementara itu, media Filipina Inquirer News melaporkan bahawa, "Pemimpin MNLF Misuari telah bersekongkol dalam satu konspirasi dengan "pemimpin politik pembangkang Malaysia" setelah menghasut Sultan Sulu agar membuat tuntutan hak mereka (ke atas Sabah).

Dalam pendedahannya, Inquirer News juga telah secara langsung menyatakan seorang rakan rapat Anwar yang jga merupakan seorang pemimpin utama pakatan pembangkang Sabah telah mengadakan pertemuan dengan pihak penceroboh dan menawarkan jaminan sokongan terhadap tuntutan kumpulan terbabit di Sabah.

Laporan Inquirer New juga menyatakan hasil pertemuan yang dikesan oleh sumber perisikan Filipina pada November tahun lalu dimana Anwar dikatakan mengumpan banyak "tawaran-tawaran yang begitu sukar" ditolak oleh T. Kiram, yang kemudiannya dikatakan, nmengeluarkan titah kepada pengikutnya menceroboh Kampung Tanduo bagi menuntut Sabah dari Malaysia.

Menurut sumber, diantara "habuan" yang telah dijanjikan oleh Anwar kepada T. Kiram adalah "pemberian kerakyatan dwi-percuma, tambahan elaun, menghapuskan RCI dan juga akan melantik Misuari menjadi Gabenor Mindanao.

Ada yang berpendapat, Anwar terpaksa mengambil "jalan itu" kerana didorong oleh kegusarannnya terhadap pandangan seluruh masyarakat dunia yang menghoramati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai keperibadian yang tinggi kian hari, pendekatannya mulai diterima masyarakat Malaysia.

Dengan perwatakan Najib yang "begitu hampir sempurna" Anwar khuatir akan seluruh dunia akan mengutuknya jika dia akan "merampas" Putra Jaya melalui demonstrasi jalanan atau rampasan kuasa yang kini dikatakan sedang begitu rancak dirancangkan jika Pakatan kalah dalam PRU ke-13 nanti.

Walaupun Anwar, yang terkenal dengan sifat semulajadi yang "menafikan segala kesalahannya" serta penglibatannya dalam insiden tersebut, gambar pertemuannya dengan  Misuari pula menyatakan yang sebaliknya tapi sememangnya rakyat Malaysia memang sudah tahu siapa perwatakkannya yang suka berbohong dan menipu. 

Berdasarkan maklumat-maklumat yang telah terkumpul, ianya jelas ada kemunasabahan yang menunjukkan Anwar dan Jeffery terlibat dalam perancangan serangan yang melibatkan orang asing besenjata untuk menceroboh tanah air, menimbulkan ketakutan di kalangan rakyat.

Dalam ertikata lain, kedua individu ini secara langsung telah memberontak dan derhaka kepada kerajaan DYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agong dan hukuman gerta gelaran yang paling layak diberikan kepada Anwar dan Jeffery kini adalah "PENGKHIANAT NEGARA"!

-UnReportedNews™®

Tuesday, 12 February 2013

ANWAR KECIWA PAKATAN RAKYAT DIHALAU DARI SABAH!

-TIDAK PERLU LAGI MENIPU RAKYAT SABAH & SARAWAK DENGAN MANIFESTO YANG MENGANDUNGI OMONG-OMONG KOSONG BELAKA YANG TIDAK BERNILAI & MEMBAWA APA-APA ERTI KERANA NASIB SELANGOR, PULAU PINANG, KEDAH & SELANGOR YANG DIPERINTAH PR SUDAH MENJADI BUKTI KEPALSUAN JANJI-JANJI MEREKA! KEKEKE!!!-

Tilikan pawang politik bahawa Pakatan Rakyat di Sabah bakal berpecah dan punah semakin menjadi realiti yang pahit bagi pembangkang.

Ini berikutan beberapa perkembangan terbaru berhubung kedudukan politik pembangkang di Sabah yang bercita-cita untuk menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

Pertama adalah kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang mengesahkan Pakatan Rakyat telah menutup pintu perbincangan pengagihan kerusi dengan Parti Maju Sabah (SAPP) pimpinan bekas Ketua Menteri Yong Teck Lee.

Ini kerana Pakatan Rakyat mendakwa SAPP bersikap keras kepala untuk membolot majoriti kerusi Parlimen dan DUN dan tidak mahu bertolak ansur dengan PKR, DAP dan PAS.

Sikap parochial dan kenegerian ini menambahkan pening kepala Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim apabila pendirian 'Sabah Untuk Sabah' ini disokong pula oleh Parti Pembaharuan Negeri (STAR) yang diketuai oleh Dr Jeffrey Kitingan.

Dr Jeffrey yang dikenali sebagai salah satu 'raja lompat parti' di Sabah pernah menjadi Naib Pengerusi PKR satu ketika dulu.

Beliau meninggalkan PKR setelah bertelagah dengan Anwar yang menyisihkannya daripada jawatan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah lalu menubuhkan STAR.

Situasi Pakatan Rakyat bertambah getir apabila Naib Ketua Wanita PKR Sabah dan beberapa pimpinan lain keluar parti minggu lalu menyebabkan Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk mententeramkan keadaan.

Jika Anwar tidak dapat menyelesaikan isu pengagihan kerusi menjelang PRU13 dalam beberapa minggu lagi, nampaknya Pakatan Rakyat terpaksa berdepan dengan pertandingan 3, 4 malah 5 penjuru atau lebih di kesemua 60 kerusi DUN dan 25 kawasan Parlimen.

Bukan sahaja ia terpaksa berhadapan dengan jentera pilihan raya Barisan Nasional yang lengkap, efisien dan kuat tetapi juga terpaksa menepis cabaran daripada SAPP, STAR serta barisan calon-calon bebas.

Natijahnya undi pembangkang akan bercemperai di peti undi dan ini akan menjadi faktor kukuh yang menyumbang kepada kemenangan besar di Sabah.

Pilihan Raya Kecil Batu Sapi pada tahun 2010 menjadi bukti sikap rigid SAPP yang berkeras untuk bertanding dan akhirnya calon PKR kalah di tangan BN.

Nampaknya senario yang sama akan mempengaruhi keputusan PRU-13 di Sabah nanti.

Faktor agama adalah penting dalam politik Sabah terutamanya ajaran Kristian.

Kedua-dua Teck Lee dan Dr Jeffrey adalah pelopor gerakan Kristian di Sabah termasuk juga dengan Wilfred Mojilip Bumburing yang kini berpihak kepada Pakatan Rakyat serta memimpin pergerakan Angkatan Perubahan Sabah (APS).

SAPP dan STAR mahu mewujudkan satu blok yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan DUN yang beragama Kristian bagi menjayakan agenda kristianisasi di Sabah.

Anwar sedar akan hakikat ini tetapi demi kerakusan politiknya beliau sanggup mengadaikan kepentingan Islam di Negeri Bawah Bayu itu.

Anwar tahu undi Melayu tidak akan membawanya kepada impian ke Putrajaya dan kerana itu beliau rela dan sanggup bersekongkol dengan parti-parti Kristian untuk mendapat sokongan.

Pendirian PKR yang pro-Kristian di Sabah sudah tentunya akan menimbulkan rasa tidak senang dan ancaman kepada PAS.

PAS kini berlaga angin dengan PKR dan DAP dalam isu kalimah ALLAH dan isu kristianisasi di Sabah turut akan menaikkan suhu politik dengan sekutu politiknya.

Apa hal sekali pun DAP akan tetap bersama PKR yang mempunyai dasar terbuka terhadap agama yang lambat laun akan meletakkan PAS dalam keadaan seperti melukut di tepi gantang.

Jika Pakatan Rakyat berkeras mahu bertanding di semua kerusi DUN dan Parlimen ia bakal ditolak oleh pengundi Sabah sendiri yang sentiasa merasa parti-parti Semenanjung seperti PKR, PAS dan DAP terlalu bersikap angkuh.

Anwar beranggapan rakyat Sabah mudah digula-gulakan dengan pelbagai dakyah dan isu yang ditimbulkan terhadap BN.

Pembangkang gagal melihat realiti bahawa negeri itu mempunyai keinginan serta harapan yang tinggi untuk sama-sama maju setaraf dengan negeri-negeri di Semenanjung.

Hanya BN yang berjaya memenuhi kehendak pembangunan rakyat Sabah selama 50 tahun bersama dalam Persekutuan Malaysia.

Pembangkang hanya bermodalkan air liur dan jentera fitnah yang sentiasa bergerak meracuni fikiran rakyat tetapi gagal untuk menunjukkan kemampuan mentadbir atau membela nasib rakyat.

Nasib negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang diperintah pembangkang sudah cukup menjadi bukti kepalsuan janji-janji manis mereka.

Tidak perlu lagi menipu rakyat Sabah atau Sarawak dengan manifesto yang mengandungi kata-kata kosong yang tidak bernilai dan membawa apa-apa erti.

Sumber: Medan Tempur Kedah

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List