Sunday, 3 March 2013

PENZINA, PELIWAT DAN KINI, PENGKHIANAT NEGARA?!

-ANWAR & JEFFERY DIKESAN OLEH KEDUA AGENSI RISIKAN TENTERA MALAYSIA & FILIPINA MENGADAKAN PERTEMUAN DENGAN MISUARI & T. KIRAM PADA NOVEMBER TAHUN LEPAS. DIFAHAMKAN ANWAR TELAH MEMBUAT TAWARAN-TAWARAN YANG BEGITU "SUKAR UNTUK DITOLAK" WARIS SULTAN SULU BERKENAAN MENJURUS KEPADA KRISIS LAHAD DATU INI!-

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahrim dan Presiden Parti Reformasi Sabah (STAR) yang juga Pengerusi United Borneo Front (UBF) Datuk Dr Jeffrey Kitingan kini boleh dikatakan adalah "saspek utama" atau "dalang" yang terlibat dalam krisis Pencerobohan di Lahad Datu, Sabah yang setakat ini telah mengorbankan tiga nyawa anggota keselamatan kita.

Ianya berikutan dengan pengesahan dari sumber Agensi Perisikan Tentera Malaysia (ATM) mengenai memang wujudnya satu pertemuan sulit yang telah berlangsung diantara Anwar dengan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari telah diadakan selang beberapa bulan sebelum pencerobohan itu berlaku.

Selain daripada pertemuan Anwar-Misuari, Agensi Risikan tersebut juga mendedahkan, dalam masa yang sama, Jeffery, yang juga merupakan bekas Naib Presiden PKR Sabah juga dikesan mengadakan pertemuan dengan Pemerintah Kesultanan Sultan Muidzullail T. Kiram.

Sememngnya, pendedahan sumber Agensi Perisikan Tentera Malaysia amat begitu konsisten dengan dakwaan pihak perisikan tentera Filipina yang baru-baru ini memang wujudnya elemen-elemen yang mengaitkan nama beberapa orang pemimpin pembangkang adalah dalang sebenar dalam insiden tersebut.

Kedua-dua pertemuan Anwar-Misuari dan Jeffrey-Muidzullail T. Kiram telah diadakan dalam keadaan sulit dipercayai ada kaitan dengan janji-janji tertentu sehingga mendorong kumpulan yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu menceroboh Sabah dedah sumber tersebut lagi.

Sementara itu, media Filipina Inquirer News melaporkan bahawa, "Pemimpin MNLF Misuari telah bersekongkol dalam satu konspirasi dengan "pemimpin politik pembangkang Malaysia" setelah menghasut Sultan Sulu agar membuat tuntutan hak mereka (ke atas Sabah).

Dalam pendedahannya, Inquirer News juga telah secara langsung menyatakan seorang rakan rapat Anwar yang jga merupakan seorang pemimpin utama pakatan pembangkang Sabah telah mengadakan pertemuan dengan pihak penceroboh dan menawarkan jaminan sokongan terhadap tuntutan kumpulan terbabit di Sabah.

Laporan Inquirer New juga menyatakan hasil pertemuan yang dikesan oleh sumber perisikan Filipina pada November tahun lalu dimana Anwar dikatakan mengumpan banyak "tawaran-tawaran yang begitu sukar" ditolak oleh T. Kiram, yang kemudiannya dikatakan, nmengeluarkan titah kepada pengikutnya menceroboh Kampung Tanduo bagi menuntut Sabah dari Malaysia.

Menurut sumber, diantara "habuan" yang telah dijanjikan oleh Anwar kepada T. Kiram adalah "pemberian kerakyatan dwi-percuma, tambahan elaun, menghapuskan RCI dan juga akan melantik Misuari menjadi Gabenor Mindanao.

Ada yang berpendapat, Anwar terpaksa mengambil "jalan itu" kerana didorong oleh kegusarannnya terhadap pandangan seluruh masyarakat dunia yang menghoramati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai keperibadian yang tinggi kian hari, pendekatannya mulai diterima masyarakat Malaysia.

Dengan perwatakan Najib yang "begitu hampir sempurna" Anwar khuatir akan seluruh dunia akan mengutuknya jika dia akan "merampas" Putra Jaya melalui demonstrasi jalanan atau rampasan kuasa yang kini dikatakan sedang begitu rancak dirancangkan jika Pakatan kalah dalam PRU ke-13 nanti.

Walaupun Anwar, yang terkenal dengan sifat semulajadi yang "menafikan segala kesalahannya" serta penglibatannya dalam insiden tersebut, gambar pertemuannya dengan  Misuari pula menyatakan yang sebaliknya tapi sememangnya rakyat Malaysia memang sudah tahu siapa perwatakkannya yang suka berbohong dan menipu. 

Berdasarkan maklumat-maklumat yang telah terkumpul, ianya jelas ada kemunasabahan yang menunjukkan Anwar dan Jeffery terlibat dalam perancangan serangan yang melibatkan orang asing besenjata untuk menceroboh tanah air, menimbulkan ketakutan di kalangan rakyat.

Dalam ertikata lain, kedua individu ini secara langsung telah memberontak dan derhaka kepada kerajaan DYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agong dan hukuman gerta gelaran yang paling layak diberikan kepada Anwar dan Jeffery kini adalah "PENGKHIANAT NEGARA"!

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Allah itu Maha Mengetahui. Satu persatu di bongkarkan kepada kita agar mengenali siapakah manusia durjana yang bergelar DS Annuar Ibrahim. Semua ini adalah berkat solat hajat yang kita lakukan bagi menunjukkan kebenaran. Renung-renungkanlah.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List