Saturday 19 October 2013

DAP MANYAK TIPU O?

-TIMBALAN PENGERUSI DAP KANTOI CUBA MENIPU TENTANG SURAT TUNJUK SEBAB BEKAS ADUN TERATAI JENICE LEE! HAI PUAK NI! KALO TAK MENIPU NAK HIDUP MEMANG TAK SAH KER? KEKEKE!!!-

Parti DAP ini tidak habis-habis mahu menipu. Tak cukup dengan menipu rakyat, ahli sendiri pun mahu ditipunya.

Sudahlah sebelum ini ada kemelut wujudnya penipuan dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) Kebangsaan DAP sehingga memaksa pemilihan semula diadakan baru-baru ini.

Kali ini, ia melibatkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai Jenice Lee yang sudah dipecat dari DAP sejak April lepas ekoran bertanding sebagai calon bebas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu selepas tidak dicalonkan semula oleh DAP.

Lee sebelum ini mempersoalkan tindakan pemecatannya itu kerana sehingga hari ini pihaknya tidak menerima sebarang surat rasmi dari DAP.

Diam tak diam, akhirnya surat berkenaan pemecatan Lee akhirnya dikeluarkan DAP bertarikh 7 Oktober (Isnin) lalu ditandatangani oleh Timbalan Pengerusi DAP Tan Kok Wai yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, mengikut satu entri dalam blog sebastianphiu.blogspot.com

Lee mempersoalkan kesahihan surat berkenaan kerana terdapat sekeping foto menunjukkan Tan berada di Korea Selatan sehari sebelum surat itu dikeluarkan, jadi siapa yang menandatangani surat berkenaan? 

Surat berkenaan menyatakan bahawa surat awal memaklumkan pemecatan Lee dari parti sudah pun diserahkan melalui email dan bekas ADUN itu diminta menjelaskan kenapa beliau tidak boleh dipecat dari parti ekoran tindakannya pada PRU13 lalu.  

Dalam satu status di laman Facebook Lee, beliau berkata bagaimana Tan boleh menandatangani surat tunjuk sebab berkenaan bertarikh 7 Oktober sedangkan badan dan roh beliau berada di Korea pada 6 Oktober? Bagaimana caranya untuk saya melaporkan perkara ini?

Itulah parti DAP, di luar, mulut lantang mengkritik orang lain tetapi hal dalaman parti sendiri gagal diuruskan dengan baik.

Kantoiiii...  (sumber)

PS: Pendamba DAP Sarawak; Pembantu Khas Kepada Ketua DAP Sarawak dan juga Penyelaras Pusat Khidmat Tupong Abdul Aziz Isa a.k.a. "Tengku Nong Chik Aziz", What do you say to that? Masih mahu tertipu atau sengaja memperbodohkan diri untuk di tipu?

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List