Showing posts with label Nurul Izzah. Show all posts
Showing posts with label Nurul Izzah. Show all posts

Monday, 10 August 2015

Nurul Izzah Ke Sarawak Nak Berceramah Ke Atau Nak Menghasut?


Lantang sungguh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Pantai Dalam mengecam Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem dalam satu sesi ceramah PKR di Sibu malam kelmarin. 

Anak gadis Anwar Ibrahim ini memperli ramai rakyat Sarawak yang "sayang"kan Tok Nan kerana ramai yang merasa ada ruang untuk berubah namun beliau (Nurul) adalah di antara mereka yang paling terkeciwa dengan kenyataan Tok Nan di Stadium Sarawak yang menyokong Datuk Seri Najib dan Timbalan Perdana Menteri yang baharu Datuk Seri Zahid Hamidi.

Nurul mempertikaikan, Adenan, yang beliau (Nurul) dakwa telah mengeluarkan kenyataan, "mengutamakan rakyat Sarawak" dan "tidak mahu memberi penghormatan kepada pimpinan Semenanjung tapi berdiri sebaliknya teguh berdiri dibelakang Perdana Menteri dan Timbalannya." 

Penulis nak bertanya sedikit kepada, bila dan di manakah Tok Nan pernah mengeluarkan kenyataan; "tidak mahu memberi penghormatan kepada pimpinan Semenanjung"? 
Tolong berhati-hati sedikit ketika berceramah di Sarawak ye, jangan terbawa gaya fitnah-mengfitnah sepertimana yang diamalkan oleh pembangkang di Semenanjung.

Seperkara lagi, apakah selama ini Pengerusi PKR Negeri Baru Bian dan barisan pemimpin PKR Sarawak "tidak memberi penghormatan kepada pimpinan PKR Semenanjung"; mantan Ketua De-facto Pakatan rakyat Anwar Ibrahim (bapak Nurul), Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail (emak Nurul) dan Nurul sendiri?

Untuk menjawab soalan diatas, seseorang pemimpin haruslah disokong dan dihormati maka itulah dilakukan oleh Tok Nan sekarang. (Baca sepenuhnya)

-UnReportedNews™®

Monday, 16 March 2015

Nurul Izzah Ditahan Di Bawah Akta Hasutan


KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa Nurul Izzah Anwar telah ditahan reman berhubung ucapan ‘Ketua Pembangkang’ yang dibuat pada Selasa lalu.

“Dia telah ditahan dan akan dibawa ke Balai Polis Jalan Travers,” katanya kepada pemberita sebentar tadi.

Nurul Izzah hari ini hadir bersama aktivis, Safwan Anang ke IPD tersebut untuk memberi keterangan berkenaan penglibatannya dalam himpunan #KitaLawan baru-baru in.

Sebelum itu, beliau memaklumkan, telah diberikan notis oleh pihak polis berkaitan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan juga Akta Hasutan 1948. (Baca sepenuhnya

-UnReportedNews™®

Friday, 31 May 2013

ANAK PAPA NAK SAMBUT PESTA KAMATAN SABAH ATAU BERNIAT NAK MENCEMAR KEAMANAN SABAH?

-SYABAS KEPADA KERAJAAN NEGERI SABAH KERANA TIDAK MEMBENARKAN NURUL MASUK KE NEGERI TERSEBUT! MOGA KETEGASAN YANG MENGAMBILKIRA KEPENTINGAN KEMAKMURAN RAKYAT SABAH JUGA AKAN DIPRAKTIK KERAJAAN NEGERI SARAWAK SEANDAINYA BERADA DALAM SITUASI YANG SAMA! JANGAN TANYA, TAK PERLU BERPURA MENGAPA KEHADIRAN ANDA TIDAK DI INGINI DI KEPULAUAN BORNEO INI! TEPUK DADA, TANYALAH SELERA .. OPSS, RALAT PULAK, YANG LEBIH TEPAT LAGI ADALAH; TEPUK DAHI TANYALAH PAPA! KEKEKE!!!-

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar ditahan oleh pihak imigresen petang Khamis ketika cuba untuk masuk ke Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

“Mereka akan hantar saya pulang. Saya sedang berurusan dengan Pejabat Ketua Menteri Sabah,” kata beliau dipetik dari laporan The Star Online.

Timbalan Setiausaha Agung PKR, Darell Leiking yang sedang menunggu Nurul Izzah di KKIA menulis di akaun Twitternya mengatakan dia sedang memeriksa dengan pihak imigresen sama ada ahli Parlimen Lembah Pantai itu telah disenaraihitamkan memasuki negeri itu.

Darell Leiking, salah seorang individu yang bersama Tian Chua dan Sivarasa ke Manila sebelum Sabah diceroboh pengganas Kiram berkata kedatangan Nurul Izzah ke negeri itu untuk meraikan perayaan Kaamatan.

Nurul menulis di Twitternya “imigresen Sabah mengatur penghantaran pulang saya. Saya tidak dibenarkan untuk berbincang dengan ahli Parlimen, Darrell Leiking, yang menunggu saya di sini.”

Beliau juga menulis di Twitternya bahawa terdapat ahli Parlimen lain juga yang tidak akan dibenarkan masuk ke Sabah.

“Terdapat ahli Parlimen lain yang tidak dibenarkan masuk ke Sabah. Apabila nama mereka ditekan, akses dinafikan,” katanya.

Sebelum ini, Naib Presiden PKR yang juga MP Batu, Tian Chua telah disenaraihitam oleh imigresen Sabah dan tidak dibenarkan masuk ke negeri itu selepas kejadian Lahad Datu diceroboh pengganas Kiram pada bulan Februari lalu. (sumber

GAMBAR SEBAHAGIAN DARI ANGGOTA-ANGGOTA KESELAMATAN NEGARA KITA YANG TELAH TERKORBAN DEMI MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN MALAYSIA, PASTIKAN DALANG UTAMA DI SEBALIK PUNCA INSIDEN LAHAD DATU YANG MENGORBANKAN WIRA-WIRA KITA DIBAWA KE MUKA PENGADILAN!

-UnReportedNews™®

Saturday, 6 April 2013

NURUL IZZAH KENA TERIMA HAKIKAT "IBUNYA SUDAH TIADA DIHATI" ANWAR!

-ANAK PAPA YANG AMAT BIJAK MEMUTARBELIT FAKTA & PETAH BERPIDATO SEHARUSNYA BERPIJAK DI BUMI YANG NYATA & MENYEDARI KEDUDUKAN IBUNYA DATIN SERI WAN AZIZAH SEBAGAI PRESIDEN SEMEMANGNYA TIDAK DISENANGI OLEH BEBERAPA PEMIMPIN TERTINGGI PKR PUSAT & JUGA ANWAR IBRAHIM SENDIRI, JIKA DIKAJI DARI KATA-KATANYA DALAM SATU TEMUBUAL DENGAN AL-JAZEERA BARU-BARU INI! HABIS, SIAPALAH DI HATI ANWAR? TAK KAN SI ... ! KEKEKE!!!-

Naib Presiden  Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar seakan melenting dan menyangkal berita bahawa presiden parti PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding seperti yang dilaporkan media.

Menurut Nurul Izzah, perkara tersebut hanyalah cakap-cakap politik walaupun berita itu berpunca daripada KeadilanDaily.com yang memetik bapanya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu kepada stesen televisyen Al-Jazeera pada hari Rabu lalu. 

"Itu hanya cakap-cakap politik. Itu kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) Keadilan (merujuk kepada KeadilanDaily.com) saja. 

"Setakat ini tidak ada perancangan sebegitu dan ia akan dimuktamadkan semasa hari penamaan (calon) nanti. 

"Saya rasa pengumuman rasmi akan dibuat pada Rabu (depan) oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau akan tahu pastinya mengenai persiapan calon," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Chabang Tiga, Kuala Terengganu beberapa hari yang lalu.

Kenyataan Dr Wan Azizah tidak akan bertanding dimaklumkan Anwar semasa temubual secara langsung dengan Al-Jazeera pada Rabu, menurut KeadilanDaily.com di www.keadilandaily.com semalam. 

Nurul Izzah juga tidak percaya Anwar akan beralih angin bertanding di Perak seperti yang dibayangkan bapanya. 

"Saya fikir beliau tidak menyatakan yang beliau bersedia bertanding di Perak. Ini spekulasi media dan saya sendiri telah mendapat memorandum daripada warga Permatang Pauh yang meminta beliau (Anwar) kekal di sana.

"Ada satu dimensi sentimental yang amat unik di Permatang Pauh. Ibu saya Wan Azizah telah tiga penggal menjaga kerusi dan berkhidmat di sana dan ternyata permintaan mereka untuk (Anwar) kekal di sana harus diambil kira," katanya. 

Anwar menyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh selepas menang pilihan raya kecil yang diadakan pada 26 Ogos 2008 ekoran tindakan Dr Wan Azizah mengosongkan kerusi itu untuk suaminya. 

Mengenai pembahagian kerusi PKR dan PAS di Terengganu, Nurul Izzah berkata perkara itu masih dalam perbincangan di peringkat akhir dan akan akan ditentukan dalam sehari dua lagi. 

Pada hari yang sama, Bernama telah melaporkan yang Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13.

Perkara itu dimaklumkan suaminya, yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui temu bual secara langsung dengan Al-Jazeera pada Rabu, menurut laporan laman berita rasmi PKR, KeadilanDaily.com diwww.keadilandaily.com pada Khamis.

“Azizah mampu untuk memimpin parti semasa saya berada dalam penjara. Beliau mengetuai parti tetapi memutuskan untuk tidak bertanding pilihan raya,” kata Anwar dipetik dalam portal itu.

-UnReportedNews™®

Friday, 16 November 2012

TERJEMAHAN TRANSKRIP NURUL "HAK MELAYU BOLEH MURTAD"

AIDCNews - 14/11/12 – Berikut disiarkan terjemahan transkrip yang disiarkan Malaysiakini
, berkaitan dengan sessi soal jawab bersama Nurul Izzah di Gereja Tabernacle di Subang, 3 November.

Soalan 1: Amat menggembirakan mengetahui bahawa kita tidak boleh memaksa sesiapa menerima kepercayaan kita, kan?…berhubung apa-apa perkara.

Jadi sekarang, saya ingin bertanya satu soalan yang amat kontroversi…jadi, apa hal dengan kumpulan LGBT di sini…atau minoriti seksual di sini?

Saya mahukan pandangan anda semua mengenai perkara tersebut kerana terdapat pihak yang merasakan dengan hanya berkeupayaan mencintai sesama jenis mereka melanggar hukum agama atau kepercayaan…tapi kita tidak mempercayai itu.

Dengan memegang kepada kepercayaan kami, kami hanya menjawab kepada Tuhan…ya, mari kita hanya menjawab kepada Tuhan. Terima kasih.

Moderator: YB Nurul, bolehkah anda…baik, kita terima hanya satu lagi soalan, dan kemudian beliau akan menjawab kedua-duanya sekali sebelum beredar. Ya.

Soalan 2: Saya amat gembira mendengar YB Nurul bercakap mengenai kebebasan beragama. Apakah beliau sebenarnya bermaksud ia juga terpakai kepada orang Melayu dalam konteks kebebasan beragama? Itu nombor satu.

Nombor dua, saya rasa ia tanggapan yang salah (falasi) untuk mempercayai bahawa Mesir kini dalam keadaan lebih baik berbanding sebelumnya…semua orang tahu keadaan di sana semakin teruk.
Saya mempunyai seorang kawan di Mesir, dan dia memang tidak berapa suka apa yang sedang berlaku di sana, jadi saya percaya YB sedang cuba mempromosikan idea pewujudan negara Islam…yang sebenarnya tidak betul.

Tapi, lebih penting lagi soalan saya ialah mengenai apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, apakah anda sebenarnya bermaksud ia juga terpakai untuk orang Melayu? Terima kasih.

Moderator: Nampaknya, YB Nurul, ini cara yang baik untuk memulakan pagi ini.

(Hadirin ketawa)

Moderator: Anda ada dua soalan amat penting yang berbeza…bolehkah anda menjawabnya?

Nurul Izzah: Terima kasih, Cyrus…saya juga sayang awak..
(
Hadirin ketawa)

Nurul Izzah: Okay, jadi soalan pertama. Berhubung hak-hak seksual LGBT, Tariq Ramadan pernah menjawabnya apabila pihak IRF menganjurkan programnya kira-kira… jika tak silap saya tiga bulan lalu…dan saya rasa tentunya anda bukan sekadar bercakap tentang Islam.

Terdapat batasan dan anda pun tahu ia dilaksanakan dalam agama Kristian berhubung kumpulan…maksud saya, LGBT…tetapi, satu yang penting ialah kita tidak boleh memangsakan sesiapa.

Juga kita tidak boleh melaksanakan …dan anda tahu…memastikan undang-undang negara tidak mencerobohi soal-soal peribadi…tidak melanggar hak awam.

Saya rasa itulah prinsip dasar utama. Tetapi jika anda bertanyakan saya sama ada sebagai seorang Islam saya boleh menerima..saya rasa boleh…anda atau sesiapa selain yang memegang kepada orientasi seksual tertentu.

Ya, secara peribadi kita tidak boleh menguatkuasakan peraturan-peraturan tertentu, dan lain-lain. Tetapi sebagai seorang Islam, saya juga tidak boleh menerimanya, dan itu adalah peraturan agama saya termasuk kawan-kawan yang beragama Katolik, dan-lain-lain.

Saya rasa di sini apa yang ingin dipastikan supaya mereka tidak dimangsakan…amalan sekarang, sama ada bagaimana, melalui Borders (kedai buku)…seolah-olah…macam nana JAWI atau JAKIM pada waktu itu mengunjungi Borders…beberapa buah buku…jadi cara ia dilakukan tidak menghormati dan tidak memberikan apa-apa makna untuk kesucian Islam…atau mana-mana agama pun.

Kita perlu sentiasa menggunakan hikmah…oleh itu di sini saya akan mengatakan bahawa kita mempunyai batasan, tetapi tentunya ia tidak boleh mencerobohi wilayah awam.
Soalan kedua berhubung dengan apa yang anda rasa saya mempromosikan, saya akan membetulkan tanggapan. Ya, Mesir sedang melalui proses mencabar. Ia belum lagi nampak penghujungnya…masih banyak cabaran yang perlu mereka hadapi.

Saya bukan bermaksud mereka telah mencapai tahap sebuah negara Utopia yang ideal atau cara untuk diperintah, tetapi saya sentiasa menganggap pencapaian pihak Ikhwan Muslimin, terutamanya, daripada dilihat sekadar sebagai satu pergerakan Islam yang dogmatik untuk mengajukan sebuah entiti politik bagi memenuhi keperluan masa serta hubungan, dan kerjasama dengan puak Kristian Coptic, sesuatu yang kita perlu halusi dan nilai.

Jadi, jika anda berkata keadaan tidak baik untuk Mesir, jawapannya tidak. Anda dan kita juga tidak boleh terlalu mudah menghakimi…ia sebenarnya sebahagian daripada sebuah masyarakat atau negara yang kita warisi…yang membenarkan kita melihat segala-gala dalam dimensi hitam dan putih…walhal kadangkala ia tidak semudah itu.

Juga kadangkala apabila keadaan begitu ribut, amatlah penting bagi mereka mengharungi dan berharap…kerana kita mendoakan yang terbaik. Kita berharap mereka akan diberikan kebijaksanaan dan akhirnya mampu mengurus negara sendiri.
Tetapi…

(Loceng dibunyikan)

Moderator: Okay…satu minit lagi.

(Hadirin ketawa)

Nurul Izzah: ya…umm…tetapi idea itu saya rasa sudah lama….dan bila anda bertanyakan pada saya bahawa tiada paksaan dalam agama, Dr (Ahmad) Farouk (Musa) sendiri pun pernah memetik daripada Quran.

Mana boleh anda atau sesiapa saja bertanya macam mana seseorang boleh berkata, "Maaf, ini hanya terpakai untuk orang Melayu." Ia perlu juga terpakai secara saksama…dilaksanakan dengan saksama.

(Hadirin bersorak)

Nurul Izzah: Dalam Quran tidak terdapat istilah-istilah spesifik bagi orang Melayu…Ini cara untuk melakukannya…jadi saya terikat, tentunya, kepada pandangan-pandangan semasa, tetapi saya akan mengatakan itu.

Jadi apa yang anda mahukan tentunya kualiti. Anda mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap agama sendiri…bahawa saya sendiri pun yang bersekolah di Assunta dengan salib besar di dewan dan sebuah persatuan nyanyian Katolik yang aktif tidak menghalang saya.


(Loceng dibunyikan, dan moderator menyampaikan ucapan terima kasih kepada penceramah.)
(Hadirin bertepuk tangan sewaktu Nurul meninggalkan dewan).

Sumber Pisau.Net
-UnReportedNews™®

Tuesday, 13 November 2012

MELAYU DALAM PKR, PAS & DAP SARAWAK SETUJU BOLEH MURTAD?

-TUHAN MENGURNIAKAN MULUT UNTUK MANUSIA BUKAN HANYA UNTUK MENGANGGA DAN MAKAN NAMUN KEISTIMEWAAN BERSUARA, MENYATAKAN PENDIRIAN, SEHINGGA KINI SORANG PUN BELUM BERSUARA, TAKDE TELOQ KER?KEKEKE!!!-
Setakat ni, PKR dan PAS Sarawak, terutama pemimpin pembangkang kaum Melayu belum menyatakan pendirian mereka terhadap kenyataan kontroversi Naib Presiden PKR Nurul Izzah Ibrahim mengenai hak untuk murtad termasuk kaum Melayu.
 
Nurul yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dan anak kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan membuat kenyataan tersebut di sebuah forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?" di Subang Jaya pada November 3 lepas.
 
Forum tersebut juga telah di hadiri oleh ketua PKR Sarawak Baru Bian yang telah di uar-uarkan sebagai bakal "Ketua Menteri Sarawak" selepas PRU ke 13 ini kelihatan terhangguk-hangguk malah bertepuk tangan tanda bersetuju menyokong kenyataan Nurul itu.
 
Sudah hampir dua minggu, kenyataan tersebut di buat namun tiada seorang pemimpin pembangkang Sarawak berbangsa Melayu pun berani bersuara menyatakan pendirian mereka terhadap isu ini SECARA UMUM. (Got no balls kah? Or balls in someone's grasps and afraid of being squeezed?)
 
Adakah betul akan satu peribahasa Melayu lama; Diam tanda bersetuju? Iaitu jika tiada bantahan maka ertinya mereka ini bersetuju.



Kemungkinan PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU SARAWAK dalam PAS, PKR mahupun DAP bersetuju pendirian librealisme melampau Nurul Izzah, bagaimana pula pendirian penyokong-penyokong pembangkang berbangsa Melayu di Sarawak pada peringkat akar-umbi?


Nak juga terus jadi "Pak Turut atau Pak Sanggup" lagi ker? Benda atau isu lain mungkin boleh di politikkan tapi kalau bab agama ni...tolonglah jangan berkompromi!
 
Belum memegang kuasa dah berani menunjukkan belang sebenar iaitu ingin menghapuskan keistimewaan hak Melayu Islam di Malaysia ni.
 
Pakcik-makcik, kakak-abang serta adik-adik sekalian, tarik nafas panjang-panjang dan beristirfar dan cuba kaji seluruh sipnosis dan rentetan isu ini dan insyaAllah, kalian semua akan menyedari dalang yang bersalah dalam perkara ini.
 
Salam...peace...

-UnReportedNews™®

Monday, 12 November 2012

TARIK BALIK KENYATAAN ATAU SAMAN KAMI!!

 
1. SAMAN KAMI! sekiranya anda bersetuju bahawa Melayu berhak untuk memilih agamanya sendiri!
 
2. SAMAN KAMI! sekiranya anda mahukan generasi Melayu akan datang tidak lagi beragama Islam!
 
3. SAMAN KAMI! sekiranya anda mahukan keluarga Melayu akan datang akan berpecah-belah!
 
4. SAMAN KAMI! jika anda bersetuju dengan Islam Liberal versi Nurul Izzah dan Papanya!
 
5. SAMAN KAMI! sekiranya anda marah kami menegur politikus yang memperjuangkan Plurisma agama!
 
6. SAMAN KAMI! sekiranya anda seorang Melayu yang mahu MENUKAR agama lain!
 
Kami tolak Nurul Izzah!

Keris 7 Lok

-UnReportedNews™®

PENGAKUAN MELAYU DIMURTADKAN OLEH PADERI MELAYU?

-SERAMAI 30,000 ORANG MELAYU DAH DIMURTADKAN? BENGONG KAH APA? INIKAH YANG DI MAHUKAN SI NUROOL TU?-

Isu KEBEBASAN BERAGAMA yang diucapkan oleh Nurul Izzah Anwar Ibrahim yang disokong kuat oleh Khalid Samad dan sebahagian besar para penyokong PAS yang buta mata hati serta benak otak, masih lagi hangat diperkatakan.
 
Dan pada ketika, para penyokong Pakatan Rakyat yang sedang berusaha bertungkus lumus untuk membenarkan atau menyokong kenyataan Nurul Izzah dengan hujah-hujah mereka sendiri yang mereka fikir logik untuk diterima.

Sehinggakan ada yang tidak segan silu menyatakan, Melayu tidak ada dalam al Quran.
  
Jadi, Melayu tidak semestinya Islam dan Islam bukannya Melayu... tanpa mereka mengambil kira perundangan dan perlembagaan negara yang telah MEWAJIBKAN MELAYU sebagai ORANG ISLAM.
 
Kalau ada Melayu yang enggan beragama Islam, mereka perlu menggugurkan segala macam keistimewaan Melayu mereka.

Perkara mudah dan senang faham, tetapi dibuat secara berbelit-belit!

Amat menakjubkan apabila para pemimpin PAS, terutama yang MENYEMBAH DAN MEMASANG COLOK di kepala lutut Anwar Ibrahim serta Lim Guan Eng yang beranggapan, kenyataan yang dikeluarkan oleh Nurul Izzah adalah perkara biasa dan remeh-temeh serta tidak perlu dipandang berat.

Mereka seolah-olah cuba mengembalikan semula kontroversi DUMC yang menyaksikan para pecacai Pakatan Rakyat yang mengaku beragama Islam, bersungguh-sungguh menyokong gereja dan gerakan pemurtadan tersebut sehinggakan ada sesetengahnya yang sudah pun beragama lain selain Islam biarpun pada kad pengenalan masih lagi mengekalkan agama Islam sebagai status mereka.

Nak tengok video tersebut? klik sini


Sumber: The Flying Kick

-UnReportedNews™®
 

NURUL, BAPAK BOREK ANAK RINTIK!!

-BAGAIKAN SUDAH SEMULAJADI DIDALAM GENNYA, SI NUROOL MENYALAHKAN PIHAK LAIN PULAK, DI DUNIA BOLEHLAH KAU SPIN, DI AKHIRAT NANTI BIBIRMU, LIDAHMU, SUARAMU SENDIRI AKAN MENGAKUI KESALAHANNYA..SENDIRI MAU INGAT!!!KEKEKE!!!-
Apabila fahaman liberalnya terdedah, Nurul Izzah pantas menuding jari kepada akhbar berbahasa Melayu pro-kerajaan sebagai memutar-belit kenyataannya berkenaan hak menukar agama bagi umat Islam.
 
Hairan sekali kerana, kenyataan yang sama juga telah dipetik oleh Malaysiakini tetapi Nurul Izzah langsung tidak menyalahkan Malaysiakini.
 
Hari ini, Malaysiakini mengambil inisiatif memaparkan transkrip penuh soalan dan jawapan Nurul Izzah dalam forum tersebut dan ternyata tiada apa yang disalahlapor atau diputarbelit oleh mana-mana pihak seperti yang didakwanya.
 
Kemudian, muncul pula seorang peguam meluahkan rasa kecewa terhadap Nurul Izzah kerana membuat pusingan 180 darjah di akhbar sedangkan beliau yang menjadi peserta forum adalah antara yang mengemukakan soalan kepada Nurul Izzah berkenaan isu tersebut.
 
Dan menurutnya, Nurul Izzah telah memberi jawapan yang jelas bahawa hak menukar agama adalah juga tertakluk juga ke atas umat Islam.
 
Untuk berlaku adil kepada Nurul Izzah, beliau juga ada menambah bahawa semuanya terpulang kepada kualiti seorang Muslim untuk tidak mudah terpengaruh dengan ajaran agama lain.
 
Namun, untuk berlaku adil juga kepada media yang dituduh memutarbelit kenyataannya, Nurul Izzah tidak pernah menambah kenyataan berikut ketika di dalam forum itu, iaitu,“Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan,” sepertimana yang dinyatakannya di media.
 
Justeru, siapa sebenarnya yang membelit siapa?
 
Jelas, Nurul Izzah, semakin menyerupai bapanya Anwar Ibrahim yang terkenal sebagai talam berpuluh-puluh muka.
 
Memandangkan forum diadakan di gereja, maka Nurul Izzah merasakan ‘selamat’ dan sesuai untuk menunjuk keterbukaan dan menyerlahkan fahaman liberalnya. Tujuannya pastilah untuk meraih sokongan penganut Kristian dan juga golongan liberal.
 
Tetapi, Nurul Izzah telah gagal melihat beberapa langkah ke depan untuk mencongak kesannya terhadap masyarakat dan umat Islam apabila kenyataannya disebarkan oleh media.
 
Nampaknya, dalam keghairahan untuk meraih sokongan satu golongan, Nurul Izzah telah terlupa bahawa di zaman IT ini, apa saja yang dikatanya, tidak akan habis di situ sahaja, tetapi akan tersebar dengan pantas dan luas.
 
Maka, Nurul Izzah terpaksa membuat U-turn bila berhadapan dengan masyarakat yang majoritinya umat Islam.
 
Namun, terlajak perahu boleh diundur, terlajak cakap buruk padahnya.
 
Sebagai seorang ahli politik, Nurul Izzah patut cukup arif akan peribahasa ini.
 
Kini, yang dipersoalkan bukan lagi sama ada Nurul Izzah seorang liberal yang mempunyai pendirian ‘longgar’ terhadap murtad atau sama ada beliau seorang Muslimah sejati yang berpegang kuat kepada syariat dan tidak akan berkompromi dalam soal akidah umat Islam.
 
Tetapi, apa yang terserlah kini ialah sikap Nurul Izzah yang suka membelit kenyataan sendiri, sama seperti bapanya.
 
Seperti yang kita tahu, sikap suka membelit dan berbohong selalunya datang dalam satu pakej.
 
Dalam kes ini, kita tidak tahu yang manakah atau siapakah dan apakah pendirian Nurul Izzah sebenarnya.
 
Atau, yang mana satu pendiriannya yang sebenar dan yang mana satu hanya lakonan atau pembohongan.
 
Pihak Kristian atau pihak liberal tidak boleh mempercayai keterbukaannya kerana kenyataannya boleh berubah sebaik saja beliau melangkah keluar dari pentas ceramahnya.
 
Umat Islam juga tidak boleh mempercayainya kerana beliau boleh berkata apa saja untuk menjaga dan menarik hati kita.
 
Nurul Izzah perlu memilih satu watak sahaja jika ingin berjaya sebagai seorang ahli politik.
 
Seharusnya beliau mempelajari semua ini dari kesilapan bapanya iaitu seseorang ahli politik tidak boleh memilih untuk melakonkan semua watak kerana lambat laun, beliau pasti akan membelit diri sendiri.
 
Akibatnya, beberapa pihak di barat telah pun menarik diri dari Anwar dan mendedahkan betapa Anwar seorang penipu.
 
Malah, gelaran talam dua muka dan sesumpah juga adalah diberi oleh penulis-penulis di barat.
 
Sementara teman-teman ABIM juga mula menjauhkan diri, dan seorang demi seorang dari ‘inner-circlenya’ keluar parti.
 
Justeru, Nurul Izzah perlu membuat keputusan apakah pendiriannya atau sekurang-kurangnya watak apakah yang ingin dimainkannya untuk hari ini dan selama-lamanya.
 
Apakah beliau benar-benar percaya kepada pluralisme agama, dan rela membuka ruang murtad dengan membenarkan semua agama berdakwah secara terbuka, atas alasan ayat AlQuran yang menegaskan tiada paksaan dalam beragama?
 
Apa jua, Nurul Izzah perlu tahu bahawa isu di sini bukanlah tentang iman dan akidahnya kerana itu adalah antara beliau dengan Allah SWT., tetapi isu ini adalah berkenaan pendiriannya atau siapa dirinya.
 
Rakyat dari semua golongan perlu tahu siapa yang menjadi pemimpin mereka agar tidak tersalah memilih si ular sawa
 
Sumber: Medan Tempur Kedah
 
-UnReportedNews™®
 

BERTAUBATLAH NURUL!!!

-BIARPUN KENYATAAN NURUL MUNGKIN BERTUJUAN MELEBARKAN PENGARUH POLITIKNYA MAHUPUN PEMIKIRAN LIBREALISME BELIAU..BERTAUBATLAH!!! KEKEKE!!!-

Walaupun Naib Presiden PKR Nurul Izzah Ibrahim seorang yang berpendidikan dan kita menghormati pandangan liberal dan pemikiran beliau tetapi agama adalah satu perkara yang sangat sensitif.
 
Demikian tegas Menteri Muda Perumahan Haji Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, "Ramai yang bersedia untuk mati kerana ia sebagai contoh, ketika karikatur Nabi Muhammad (saw)  dilukis mengakibatkan rusuhan di seluruh dunia, ramai yang telah meninggal dunia kerana isu tersebut."
 
"Begitu juga, apabila Salman Rushdie menulis 'Satanic Verses' buku terdapat kegemparan di seluruh dunia Islam yang mengakibatkan kematian banyak sehinggakan Salman dirinya menjadi mati "dikutuk"."
 
Waima bagaimana pun liberalnya Nurul, yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai boleh menulis atau berkata, "Perkataan dan Undang-Undang Allah SWT" tak dapat di ubah, tegas Karim lagi apabila di hubungi UnReportedNews™® sebentar tadi.
 
Karim menambah bahawa apabila dia (Nurul) berkata bahawa "Kebebasan Beragama" harus untuk semua termasuk Islam, ia sama seperti dan boleh ditafsirkan sebagai Muslim boleh memilih agama mereka sendiri apabila mencapai umur matang.
 
"Saya percaya ini tidak diterima dalam Islam kerana "murtad" adalah satu jenayah yang boleh dihukum dengan kematian. Biarpun kenyataan Nurul mungkin bertujuan melebarkan pengaruh politiknya mahupun mencerminkan pemikiran liberalisme dan jika itu adalah pendekatan beliau ...Saya berharap dia bertaubat, " nasihati Karim.
 

Sementara itu, dalam perkara yang sama, tindakan yang paling wajar di ambil oleh Nurul Izzah kini, menurut Menteri Muda (Hal Ehwal Islam) di Pejabat Ketua Menteri Datuk Haji Daud Abdul Rahman adalah menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf dari semua masyarakat Islam di Malaysia atas kenyataan yang didakwa controversi beliau mengenai kebebasan memilih agama termasuk orang Melayu dan Islam.
 
"Ia jelas dinyatakan dalam" Perlembagaan "bahawa semua rakyat Malaysia mempunyai kebebasan untuk mengamalkan agama mereka tetapi itu tidak termasuk orang Melayu atau Islam seperti yang kita (Islam) melarang seorang Muslim untuk menukar agama mereka," kata Daud.
 
"Nurul telah dipanggil oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung perkara itu dan diharapkan isu ini akan diselesaikan."
 
Daud, yang juga Tupong Dewan Undangan Negeri menyatakan pandangan beliau bahawa perkara yang terbaik untuk Nurul lakukan adalah memohon ampun daripada rakyat dan Allah.

-UnReportedNews™®

NASHARUDIN SARAN NURUL TARIK BALIK KENYATAAN

-LEBIH BAIK MENYINGGUNG RAKAN DALAM PAKATAN DARIPADA MENYINGGUNG ISLAM ITU SENDIRI ,TEGAS NASHARUDIN!! DENGAR TU NUROOL? SALUTE SAMA USTAZ NASHA KERANA BERANI BERKATA-KATA KERANA KEBENARAN SEDANGKAN YANG LAN MACAM TAKDE TELOQ!!KEKEKE!!-
 
TEMURAMAH NASHARUDIN MAT ISA BERSAMA MINGGUAN MALAYSIA-

MINGGUAN: Apa pandangan Yang Berhormat (YB) tentang kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar bahawa orang Melayu bebas memilih agama mereka dalam satu forum di sebuah gereja di Subang Jaya, Sabtu lalu?
 
NASHARUDIN: Isu ini pada saya, sangat fundamental dan menyentuh umat Islam di Malaysia terutamanya malah Islam secara amnya, ditinjau daripada segi tasawwur dan epistemologi Islam. Isu ini sangat serius kerana melibatkan perkara asas Islam itu sendiri. Oleh itu ia mesti dijelaskan secara ilmiah tetapi mudah difahami oleh semua umat Islam dan juga rakyat di Malaysia.
 
Pertamanya, kita sedia maklum latar belakang setting isu ini timbul, yakni dalam suatu forum, di sebuah gereja dan dianjurkan oleh pihak gereja. Keduanya, berlaku cubaan untuk menjawab balik oleh Ahli Parlimen berkenaan dengan menyalahkan pihak-pihak tertentu, menyalahkan Utusan Malaysia contohnya kononnya disalahtafsir atau disalahpetik. Ketiganya, ramai di kalangan kita termasuklah saya sendiri, mula mendapat tahu isu tersebut dalam portal media internet. Dan keempatnya, kini seluruh rakyat Malaysia boleh lihat dan dengar hampir setiap hari di dalam berita televisyen kenyataan asal Nurul Izzah dalam bentuk verbatim - amat terang dan jelas maksud setiap perkataan yang beliau ucapkan itu. Itu adalah empat perkara penting yang menggarisi ulasan saya seterusnya.
 
Di dalam Fiqh Islami, terdapat satu kaedah penting yang diterimapakai oleh pakar-pakar dan sarjana Islam, bermaksud (nahkum bizawahir wallah yatawwala bi alsaraair) yakni, kita meletakkan hukum dengan perkara yang zahir; perkara tidak zahir (yakni tidak nampak) kita serah kepada Allah SWT". Ini kaedah Islam yang digunapakai sehingga kini oleh para ulama. Dalam konteks kenyataan Nurul Izzah secara zahirnya dan berdasarkan pengamatan yang kita semua dapat lihat dan dengar, beliau menyebut dengan jelas dan bermaksud untuk memberikan kebebasan kepada orang Melayu memilih agama atas prinsip kebebasan manusia untuk membuat pilihan. Dalam hal ini beliau mentafsirkan ayat ke-256 surah al-Baqarah yang bermaksud 'Tiada paksaan dalam agama' untuk ke arah sebagaimana yang telah beliau ucapkan, iaitu dengan maksud untuk memberikan kebebasan kepada orang Melayu memilih agama atas prinsip kebebasan manusia untuk membuat pilihan beragama. Itu adalah maksud yang amat jelas daripada ucapan beliau yang dilafazkan secara zahir lagi terang. Begitulah yang boleh difahami dan setakat saya bertanya beberapa kali dengan ramai kalangan yang turut sama mendengar ucapan beliau tersebut. Itulah perkara zahir yang diucapkan oleh Nurul Izzah yang dirakam secara verbatim tanpa edit oleh media elektronik. Disebabkan itu, maka Nurul Izzah harus memberi penjelasan - umpamanya apa sebenar maksud beliau jika menafikan berkata begitu? Apa hujah beliau berkata demikian? Jika beliau akui berkata demikian, beliau harus menariknya semula kerana kata-kata itu bertentangan dengan epistemologi dan tasawwur Islam. Mudahnya, ia menyalahi hukum Islam, bercanggah dengan al-Quran dan hadis malah bertentangan dengan akidah Islamiah yang suci murni itu. Kenyataan beliau juga menyalahi pemahaman dan tafsiran yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Sebagai seorang Ahli Parlimen, adalah dianggap beliau memahami tafsiran Melayu-Islam dalam konteks Perlembagaan Negara. Kalau tidak pun menarik balik kenyataan tersebut kerana ini ada berkaitan dengan akidah.
 
Ayat 'Tiada paksaan dalam agama' itu hanya terpakai kepada orang bukan Islam. Tafsiran ini disepakati oleh seluruh Mufassirin (Ahli Tafsir) Islam tanpa khilaf. Tafsiran itu bermaksud selagi mana seseorang itu bukan Islam, kita sebagai Muslim, tidak ada hak sedikit pun untuk memaksa dia memeluk Islam. Namun, apabila orang bukan Islam itu sudah menjadi seorang Muslim, maka ayat ke-36 daripada surah al-Ahzah yang bermaksud 'Tidak boleh bagi orang yang beriman lelaki dan perempuan apabila telah ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya tentang satu urusan mereka tidak hak untuk memilih......' terpakai ke atasnya sebagai Muslim. Ini adalah tafsiran tanpa khilaf di kalangan ulama sejak dulu hingga kini. Orang Islam tertakluk dengan ayat ini. Apabila Allah telah tentukan dalam urusan berkaitan dengan akidah, syariah dan akhlak kita tidak ada hak untuk memilih. Hak kita hanya (Sami' na wa ata'na) yakni "kami dengar, dan kami taat" sebagaimana yang dinyatakan dengan jelas dalam al-Quran.
 
Oleh itulah, istidlal (pendalilan) yang digunakan oleh Nurul Izzah kepada ayat "Tiada paksaan dalam agama" itu untuk digunapakai kepada orang Melayu mempunyai beberapa implikasi serius. Pertama, ia bercanggah dengan prinsip asas "Akidah dan Syariah Islam. Kedua, ia juga bercanggah dengan pemahaman dan tafsiran peruntukan yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan. Seperti yang saya sebut terdahulu, kenyataan Nurul Izzah itu sebenarnya adalah kenyataan yang cukup besar dan membawa implikasi yang amat dalam kepada umat Islam di Malaysia .
 
Saya juga sudah membaca sebuah laporan di dalam Utusan Malaysia yang menyiarkan berita mengenai individu yang bertanya soalan itu kepada Nurul Izzah. Orang yang bertanya itu pula secara kebetulan seorang peguam berdaftar, menyatakan bahawa dia sendiri amat memahami apa yang dijawab oleh Nurul Izzah sebagai mengiyakan supaya orang Melayu boleh dan berhak memilih agama - dengan maksud "tidak semestinya orang Melayu itu menjadi Muslim secara natural, jika orang Melayu itu tidak mahu memilih Islam sebagai agamanya". Itulah konteks ucapan beliau, sebab itulah saya kata isu ini merupakan satu isu yang besar dan Nurul Izzah harus bertanggungjawab dengan kenyataan tersebut.
 
Dalam hal ini, saya menyarankan supaya Nurul Izzah menarik balik kenyataan itu. Dalam Islam, apabila kita melakukan kesalahan, dan apabila kita sedar kita tersilap, kita boleh membetulkannya, bertaubat di atas kesalahan kita dan Allah SWT pasti menerima pengampunan kita kerana Allah SWT itu Maha Pengampun Lagi Mengasihani. Yang paling penting di sini, kita sedar kita silap dan memohon maaf kepada siapa yang telah lakukan kesalahan berkenaan, dan selepas itu bertaubat kepada Allah SWT. Inilah kelebihan Islam di mana Allah SWT memahami kelemahan insan. Dalam kes ini, Nurul Izzah telah mentafsirkan ayat tidak kena pada tempatnya dan tafsiran yang dibuat itu adalah tafsiran yang salah.
 
Sebab itulah saya merasakan isu ini boleh menimbulkan kekeliruan yang cukup besar dalam masyarakat kita. Sebagai komponen Pakatan Rakyat, Pas khasnya, kepimpinan Pas yang terdiri daripada kalangan ulama harus memandang serius kenyataan ini. Sebelum ini, isu hudud telah menimbulkan satu polemik besar dalam masyarakat dan ia tidak terjawab sehingga hari ini. Saya telah menyatakan pendirian secara terbuka tentang isu hudud ini, bagi saya, ia merupakan satu tamparan yang cukup kuat kepada Pas dalam usaha kita hendak meneruskan agenda memperkenalkan Islam itu kepada masyarakat.
 
Sekarang isu terbaru ini pula yang berbangkit dan bagi saya, kenyataan zahir yang dibuat oleh Nurul Izzah bercanggah dengan Islam dan dengan apa yang sepatutnya difahami daripada ayat yang beliau bacakan itu.
 
Ada pemimpin kanan Pas yang menganggap isu yang dikaitkan dengan Nurul Izzah ini isu remeh?
 
NASHARUDIN: Bagi saya, ini isu besar kerana ia melibatkan akidah dan salah tafsir terhadap Islam. Menjadi hebat lagi isu ini kerana semua orang boleh akses di dalam YouTube, tiap-tiap malam orang tengok berita di dalam media dan kini menjadi perdebatan, ini bukan satu isu yang remeh. Ia berlaku kerana dibangkitkan oleh orang yang bukan ahli dalam bidang Islam tetapi membuat tafsiran yang silap terhadap Islam. Dalam hal ini, Rasulullah SAW telah memberi amaran yang bermaksud "Apabila diletakkan amanah itu kepada orang yang bukan ahlinya, kamu tunggulah saat kehancurannya". Mentafsirkan Islam daripada seorang yang bukan ahlinya dan tafsiran itu pula salah melibatkan akidah, ini cukup bahaya.
 
Tetapi masalahnya ada beberapa pemimpin kanan Pas mempertahankan kenyataan Nurul Izzah?
 
NASHARUDIN: Saya lihat orang yang mempertahankannya itu bukan berlatar belakangkan pengajian Islam secara akademiknya apatah lagi dari kalangan ulamak. Dalam hal-hal tentang pentafsiran ayat-ayat al-Quran biarlah ahlinya sahaja yang bercakap. Janganlah kerana (mungkin) hendak dikaitkan dengan politik, tuduhan dan sebagainya ada orang yang bukan berlatar belakang asas pengajian Islam pun hendak bercakap mengenai hukum hakam agama Islam. Ini yang akan terus menerus menimbulkan polemik.
 
Ada pihak yang mengaitkan kenyataan Nurul Izzah itu dengan agenda fahaman pluralisme?
 
NASHARUDIN: Kita berhukum pada perkara yang zahir. Kenyataan itu bagi saya bukan sahaja mengiyakan gerakan fahaman pluralisme agama juga termasuk dalam kategori mengiyakan fahaman liberalisme iaitu 'meliberalkan' fahaman agama Islam dan 'mempluralkan' fahaman agama Islam. Meletakkan agama Islam itu sama taraf dengan agama-agama lain. Ini bercanggah dengan Islam, bercanggah dengan akidah Islam. Betul, ada ayat al-Quran yang menyatakan tiada paksaan dalam agama dan Allah sendiri menyebutnya dalam al-Quran dalam surah al-Kafirun ayat 6, yakni lakum dinukum wa liyadin bermaksud "Bagi kamu agama kamu, bagiku agamaku." . Maksudnya di sini, dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, kita menghormati orang beragama Kristian, orang yang memilih Hindu sebagai agamanya, kita menghormati orang memilih Buddha sebagai fahamannya. Daripada segi hormat-menghormati, ya kita dituntut menghormatinya. Saya juga selalu menyebut Islam mengajar kita untuk menghormati orang sesama Islam sebagai saudara kita seiman dan orang bukan Islam sebagai saudara kita seinsan. Paksa tidak boleh. Tetapi barang diingat, berdakwah, sama ada kepada Muslim atau non-Muslim, adalah wajib dan berterusan sehingga hari kiamat. Demikilah Islam yang mesti kita baca dan faham dalam konteks the bigger picture of Islam. Dan memberi kebebasan beragama kepada orang Melayu "untuk memilih agamanya sendiri" adalah satu saranan yang cukup bercanggah dengan ajaran Islam dan peruntukan Perlembagaan kita.
 
Ada penyokong-penyokong Pas merasa tidak selesa dengan isu Nurul Izzah ini, sejauh mana YB yakin Pas ada keberanian bersuara dalam isu ini.
 
NASHARUDIN: Apa yang saudara katakan itu betul yang mana ramai yang menghubungi saya tentang isu ini. Mereka tunggu kenyataan kepimpinan tertinggi dan sampai sekarang tidak keluar-keluar lagi. Ramai yang menghubungi saya untuk mendapatkan pandangan. Saya katakan saya bukan kepimpinan tertinggi. Namun atas nama seorang Muslim saya berpandangan Pas harus berani menyatakan pendiriannya sebagaimana orang Pas diajar dalam skema tarbiah Pas itu sendiri.
 
Saya amat yakin Pas berani untuk menyatakan pendiriannya sebab aliran pluralisme agama, aliran liberalisme merupakan dua aliran yang ditentang hebat oleh Pas. Dakwah yang dibawa oleh Pas sejak mula ditubuhkan sehingga sekarang ialah mengajak kepada Islam yang syumul. Kita selalu dididik dalam Pas untuk menghayati ayat 208 surah al-Baqarah yang bermaksud "Wahai orang yang beriman masuklah kamu ke dalam agama Islam keseluruhannya". Itulah yang dididik oleh Pas kepada kami. Betul, kita boleh berkawan dengan pihak lain sehingga ke peringkat bertahalluf daripada segi siasahnya tetapi seperti yang saya katakan dahulu at-tahalluf as-siyasi ada syarat dan batasnya juga. Kita berkawan dengan orang (parti lain) ada syarat-syaratnya. Dalam konteks ini saya pasti mungkin dalam tempoh terdekat ini ada pimpinan terkanan Pas akan membuat kenyataan dan saya juga dapat merasakan ini akan menjadi topik yang akan ketengahkan oleh para perwakilan dalam Muktamar Tahun Pas Ke-58 minggu depan. Mengapa tidak - bukankah ini isu yang sangat fundamental dalam arus perdana dasar perjuangan Pas yakni, al-amru bil makruf, wan-nahyu 'anil munkar - menyeru kepada yang baik dan mencegah daripada kejahatan.
 
Dalam isu Nurul Izzah ini kita mesti menjaga dan membela kredibiliti Pas dalam memperjuangkan Islam yang mana akidah tidak sepatutnya dipolitikkan. Pemikiran dan amalan pluralisme dan liberalisme bercanggah dengan perjuangan Pas sejak parti ini ditubuhkan. Selain sebagai seorang Muslim, saya juga bercakap sebagai aktivis Pas dan Ahli Majlis Syura Pas. Saya sudah menjalankan tugas mengeluarkan kenyataan ini - mendahulukan asas Islam daripada perimbangan dan perkiraan poltik kepartaian. Kredibiliti Pas harus diangkat kerana kita telah diterjah dengan beberapa isu yang Pas tidak respons dengan cara yang dikehendaki oleh Islam dan juga oleh ahli serta para penyokong Pas. Jadi, dalam isu ini diharap ia dapat diselesaikan secepat mungkin supaya persiapan Pas untuk menghadapi PRU-13 dengan imej Islamnya tidak akan terganggu sehingga mengakibatkan nanti boleh hilang kepercayaan pengundi-pengundi teras Pas iaitu orang Melayu Islam. Majlis Syura dan Dewan Ulama Pas harus proaktif dan berani memastikan haluan parti berada di atas landasan syarak yang jelas.Wajib bersuara di mana perlu kerana tanggungjawab dan amanah disaksikan Allah SWT.
 
Apakah kesannya dalam isu ini jika Pas tidak membuat pendirian yang jelas?
 
NASHARUDIN: Saya melihat ada kesannya. Mahu tidak mahu kita terpaksa akur bahawa Pas akan bertanding dalam kawasan pilihan raya yang mempunyai majoriti pengundi di kalangan orang Melayu Islam. Seperkara lagi, bukankah kita selalu menyebut bahawa politik adalah hal berkaitan dengan persepsi rakyat dan masyarakat. Jadi persepsi yang sebegini, apabila Pas tidak dilihat mendepani atau berada di saf hadapan mempertahankan hal yang berkaitan dengan akidah atau menjelaskan hal berkaitan dengan 'akidah mungkin orang akan letakkan Pas ini sama tarafnya dengan parti-parti politik yang lain.
 
Adakah benar timbul persepsi meluas bahawa keengganan Pas membuat teguran dalam isu ini kerana tidak mahu menyinggung hati rakan-rakan dalam pakatan pembangkang?
 
NASHARUDIN: Beginilah, tegasnya saya lebih bersedia dan jauh lebih baik jika saya singgung rakan dalam pakatan daripada menyinggung Islam itu sendiri ataupun menyinggung dalam konteks politiknya harapan dan kepercayaan orang yang hendak melihat Pas ini memperjuangkan Islam.
 
Sumber: Wira Kenyalang™

-UnReportedNews™®

NURUL BUKANNYA MELAMPAU TAPI BODOH!!!

-DAHSYAT PENANGAN TUN M PADA SI NUROOL NI, KECIK RASA DUNIA BILA KENA LABEL "BODOH" ORANG YANG DI KATEGORI SEBAGAI SALAH SEORANG AHLI PEMIKIR DUNIA NI..KEKEKE!!!-
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama adalah satu tindakan bodoh dan melampau.
   
Beliau berkata, orang Islam tidak boleh menukar agama sesuka hati, dan orang bukan Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.
   
"Tak tau lah (Nurul Izzah) yang mahukan kebebasan dan berpolitik sampai tiada had. Kita orang Islam mana boleh tukar agama sesuka hati, tapi orang lain nak tukar mereka punya hal lah.
   
"Dalam Perlembagaan, masing-masing boleh amalkan agama mereka tanpa ada sekatan. Orang Islam dengan cara orang Islam dan kaum lain dengan agama masing-masing," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA) 2012 di Dewan Mahsuri, Padang Mat Sirat hari ini.
 
Dipetik Bernama, Dr Mahathir berkata, walaupun negara ini mempunyai ramai penduduk Islam dan diiktiraf oleh dunia sebagai negara Islam, ia tidak bermakna orang bukan Islam dipaksa menerima agama persekutuan itu.
    
Laporan media pada 3 November memetik Nurul Izzah sebagai berkata: "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu."
   
"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya.
   
Beliau berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya pada 3 November.
 
Sumber: Minda Hijrah

-UnReportedNews™®
 

Saturday, 10 November 2012

PKR HARUS LEBIH BERTNGGUNGJAWAB

-MAK (AZIZAH) NURUL IAITU PEMIMPIN TERTINGGI PKR PATUT MENGAMBIL TINDAKAN DISIPLIN TERHADAP ANAKNYA JIKA TELUS..TUNGGULAH KUCING BERTANDUK KAK JAT..KEKEKE!!!-
Wanita UMNO dengan tegas menggesa  Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk membuat permohonan maaf secara umum (public apology) kepada seluruh masyarakat Melayu di Malaysia mengenai kenyataan Naib Presiden PKR YB Nurul Izzah Anwar sepertimana yang dilaporkan oleh portal Malaysiakini sebelum ini.  

Kenyataan YB Nurul Izzah telah menimbulkan kekeliruan dan huru-hara di kalangan Melayu Islam di Malaysia dan nyata mendapat tentangan hebat dari pelbagai pihak termasuk kepimpinan PAS yang jelas bersama untuk mendahulukan kepentingan mempertahankan kesucian agama Islam dari tercemar terhadap sebarang dakyah yang menyesatkan dan mengelirukan.

Sikap ambil mudah dalam memberikan kenyataan yang dilakukan oleh YB Nurul Izzah ini seharusnya dikenakan tindakan disiplin yang tegas oleh kepimpinan tertinggi PKR terutama dari Dr Wan Azizah sendiri bagi menunjukkan ketelusan beliau dalam mengetuai kepimpinan PKR dan bukan hanya sekadar memimpin sebuah parti keluarga.

SHAHRIZAT ABDUL JALIL
8 November 2012

Sumber: TepakBersulam2

-UnReportedNews™®



Friday, 9 November 2012

NURUL IZZAH MENGADU KAT JAIS YANG UTUSAN MENGFITNAH?

-KO YANG CAKAP..UTUSAN YANG KO PERSALAHKAN..PELIK BETUL SI NUROOL NI!!! KEKEKE!!!-
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akan bertemu dengan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Marzuki Hussin esok bagi membuat aduan terhadap sebuah akhbar yang didakwa memfitnahnya.

"Saya akan berjumpa dengan Pengarah Jais esok, jam 11 pagi untuk kemuka aduan terhadap laporan menyerang dan memfitnah saya.

"Ini kerana dakwaan yang disebut berasaskan laporan Utusan Malaysia," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Sebelum ini, Marzuki  menjelaskan bahawa Jais akan memanggil Ahli Parlimen Lembah Pantai itu bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya bahawa rakyat tidak harus dipaksa mengamalkan ajaran tertentu termasuk kepada orang Melayu.

Sabtu lalu, pada forum 'Negara Islam: Versi Mana, Siapa Bertanggungjawab', Nurul Izzah dilaporkan menegaskan bahawa setiap rakyat di dalam negara ini tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama tertentu.

Kenyataannya itu dilaporkan portal berita berbahasa Inggeris yang menyatakan bahawa rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan ia juga terpakai secara sama rata kepada orang Melayu.

Sumber: TepakBersulam2

-UnReportedNews™®

NURUL KINI TUKAR KENYATAAN

-BELIAU LEBIH BERHATI-HATI MENJAWAB SOALAN BERKAITAN DENGAN MURTAD NAMUN MASIH MENYALAHKAN ORANG LAIN "YANG CUBA MEMUTARBELITKAN KENYATAAN BELIAU" KO SENDIRI YANG CAKAP ITU..NAK SALAH ORANG LAIN PLAK? KEKEKE!!!-

AIDCNews – 08/11/12 – Seorang peguam yang mengajukan soalan kepada Nurul Izzah Anwar dalam forum di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya, Sabtu lalu kecewa dengan sikap Naib Presiden PKR itu yang menukar kenyataannya 180 darjah selepas kenyataannya di forum itu menjadi kontroversi kepada rakyat Malaysia.

Siti Kasim, pengaju soalan kepada Nurul Izzah

Pengaju soalan tersebut, Siti Kasim, seperti dilaporkan FMT berkata jawapan Nurul Izzah semasa dalam forum itu berbeza dengan penjelasan yang dilakukan selepas forum.

Penjelasan Nurul Izzah pada 4 November, sehari selepas forum itu (3 November) mengeluarkan kenyataan berbeza daripada kenyataan asal, di mana beliau mendakwa berkata, “Jawapan saya menegaskan ungkapan – ‘Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….’ – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.”

Turut ditambah Nurul Izzah yang tidak disebut dalam forum itu, “Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad,” kata Nurul Izzah dalam laman peribadinya, www.nurulizzah.com.

Namun, Mkini dotcom, portal pro pembangkang yang mula-mula melapor kenyataan Nurul Izzah di gereja itu hari ini mengeluarkan transkrip soalan dan jawapan Nurul Izzah dalam forum itu yang amat berbeza dengan penjelasan Naib Presiden PKR.

Soalan yang diajukan dari Siti Kasim yang ditranskrip portal Mkini dotcom, “Saya sangat gembira apabila mendengar YB Nurul bercakap berkenaan kebebasan beragama. Adakah anda juga bermaksud bahawa orang Melayu patut diberikan hak yang sama?”.

Jawapan Nurul Izzah juga turut ditranskrip portal itu, “Dan, apabila anda tanya saya, tidak ada paksaan dalam agama, malah Dr Ahmad Farouk (Presiden Islamic IRF-Islamic Renaissance Front) memetik ayat dalam Al Quran.

“Bagaimanakah anda boleh bertanya saya atau sesiapa, bagaimana boleh seseorang menjawab, ‘Maaf, ini (kebebasan agama) hanya dilaksanakan untuk bukan Melayu. Ia sepatutnya harus dilaksanakan secara sama rata …laksanakan untuk semua (kaum)”. Hadirin bertepuk tangan.

“Di dalam Al-Quran, tidak ada terma yang spesifik untuk orang Melayu. Ini cara ia sepatutnya dilakukan. Jadi (walaupun) saya diikat, dengan pandangan semasa, tetapi saya harus mengatakannya. 

“Jadi apa yang anda mahu sudah tentu dari segi kualiti. Awak percaya dengan kuat dalam kepercayaan awak, walaupun saya bersekolah di Assunta yang mempunyai salib besar di dewannya dan nyanyian persatuan Katolik yang aktif, saya tidak terpengaruh dengannya”. (Loceng berbunyi menanda masa menjawab tamat dan moderator mengucapkan terima kasih kepada ahli panel).

Nurul Izzah juga tidak memberi penjelasan berkaitan dengan pandangannya yang mempertikai sekatan undang-undang terhadap kumpulan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) yang melakukan aktiviti seks di tempat peribadi sepertimana yang disebutkannya dalam forum tersebut.

Siti Kasim ketika bercakap kepada FMT kecewa dengan sikap Nurul Izzah yang tidak teguh pendirian apabila tidak mengaku kemudiannya menuturkan kata-kata di atas. “Saya percaya Nurul hanya mencuba untuk menarik perhatian umum, dia tidak fikir apa akibatnya,” katanya kepada FMT. Siti Kasim yang juga ahli Majlis Peguam dalam jawatankuasa hak asasi manusia berkata sepatutnya Nurul Izzah berpegang teguh terhadap kenyataan asalnya bahawa hak kebebasan beragama juga perlu dilaksanakan dalam masyarakat Melayu-Islam.

“Tidak ada apa-apa kesalahan terhadap kenyataan itu, dia (Nurul izzah) bercakap perkara benar. Saya sudah menjangkakan akan berlaku kontroversi selepas itu. Tetapi, sebagai seorang ahli politik, awak perlu berpegang teguh kepada kebenaran,” katanya lagi. Pengaju soalan itu turut mengungkap kembali kenyataan Nurul Izzah semasa forum di gereja itu. “Dalam beberapa hari, dia (Nurul Izzah) ‘tarik balik’ kenyataannya, dan berkata dia tidak sokong murtad. Tetapi, secara tidak langsung, apabila anda sokong kebebasan beragama, (bermakna anda juga sokong) jika Melayu ingin keluar dari agamanya (Islam), itulah murtad,” jelasnya lagi.

Soalan yang sama itu kata Siti Kasim pernah dikemukakan kepada bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun gagal mendapat jawapan yang benar-benar konkrit. “Dia (Anwar) menjawab samar-samar dan tidak menjawab secara jelas. Kita mahu ahli-ahli politik yang bercakap secara terus terang,” katanya. Dalam masa sama, Siti Kasim mendakwa dalam Perlembagaan Persekutuan tidak mengecualikan Melayu daripada mengamalkan kebebasan beragama. Menurutnya, individu-individu yang mengkritik Nurul Izzah adalah golongan konservatif yang mahu agama versinya diterima sebagai agama yang benar.

Siti Kasim bersama Ketua Seksualiti Merdeka/LGBT, Pang Khee Teik

Siti Kasim seperti dilaporkan portal Mkini dotcom, Januari lalu adalah salah seorang penganjur Seksualiti Merdeka yang membantah permohonan semakan kehakiman terhadap pejabat Peguam Negara. Siti Kasim bersama Ketua Seksualiti Merdeka/LGBT, Pang Khee Teik 
Selain Siti Kasim, pemohon bantahan itu adalah Pang Khee Teik, Angela Marianne Kuga Thas, S Thilaga Socky Pillai, dan Md Nor Ismat Selamat (juga dikenali sebagai Michelle Nor Ismat) yang kesemuanya dikaitkan sebagai anggota LGBT.

“Sila sokong hak-hak LGBT di Malaysia! Mereka ditindas dan diganggu seksualiti mereka .. semua itu di atas nama agama!!! Dunia mesti tahu tentang perkara ini,” kata Siti Kasim dalam facebook.com/ Global Secular Humanist Movement.

Sumber: AIDC via Pisau.Net

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List