Thursday 7 December 2017

ARTIKEL KHAS: Sarawak For Sarawakians (S4S)


JANGAN SALAHGUNA SLOGAN SARAWAK FOR SARAWAKIAN

不要滥用以及误导S4S口号,砂人的砂拉越。

Sarawak adalah sebuah negara merdeka pada 22 Julai 1963 dan seperti setiap negara, wilayah atau negeri yang berkuasa untuk hal-ehwalnya sendiri, terdapat banyak slogan yang diwujudkan untuk menaikkan semangat patriotisme terhadap negara dan slogan terbaik ialah ia menyatukan rakyat sesebuah negara, wilayah atau negeri berdaulat tersebut tanpa mengira perbezaan agama, etnik dan politik; yang dinamakan sebagai patriotism sebenar.

砂拉越是个国家,独立在722 1963年, 与其他国家一样拥有自己决定与处理国家事务。口号的源起目的是为了增强爱国精神了解国家,为国服务团结一致不分你我。

Begitulah kedudukan Slogan Sarawak For Sarawakian yang telah diaktifkan semula pada beberapa tahun lepas adalah bagi memastikan patriotism sebenar ini berjaya diterapkan dalam minda rakyat Sarawak bahawa betapa pentingnya kefahaman dan kebersamaan dalam memelihara negara ini dengan dipandukan oleh Perlembagaan Sarawak serta asas-asas perlembagaannya yang sah dan teriktiraf.

Sarawak For Sarawakian adalah SLOGAN dan bukanlah satu parti politik malahan bukan juga satu NGO kerana ia adalah SLOGAN.

Definisinya boleh difahami secara terus melalui kapsyen slogan itu sendiri iaitu “Sarawak” bermaksudkan Sarawak moden yang wujud sebagai sebuah negara merdeka pada 24 September 1841; memperoleh semula kemerdekaan pada 22 Julai 1963 setelah jatuh kepada penjajah British pada tahun 1946.

“For” bermaksud UNTUK.

Manakala “Sarawakian” atau “Sarawakians” itu bermaksud setiap SUBJEK yang dilindungi di bawah Perlembagaan Sarawak iaitu RAKYAT SARAWAK keseluruhan. Contoh mudah ialah sesiapa yang mempunyai KERAKYATAN SARAWAK itulah yang dimaksudkan oleh “Sarawakian” atau “Sarawakians” di dalam slogan tersebut. Simbol kerakyatan Sarawak yang dimaksudkan iaitu simbol “K” pada sudut kanan bawah kad pengenalan jika dilihat dari depan.

Sebagai penaung kepada slogan, kami telah  menyaksikan pelbagai bentuk salahguna terhadap slogan ini oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. 

Antara contoh salahguna slogan ini ialah percubaan menjadikan ia sebagai sebuah parti politik, mengafiliasikan dengan satu “referéndum” yang tidak sah oleh sesetengah kumpulan (serta pelbagai lagi salahguna slogan oleh beberapa organisasi berdaftar dan tidak berdaftar yang lain) dan perbuatan mengelirukan rakyat dengan mengatakan mereka telah mematenkan slogan ini di China dan sebagainya walhal tiada sesiapa yang boleh mematenkan nama sesebuah wilayah atau negara. 

Perbuatan menyalahgunakan slogan boleh membawa kepada kerosakan kepada kefahaman dan kesedaran mengenai peri-pentingnya Perlembagaan Sarawak dan Asas-asas Perlembagaannya serta undang-undang Sarawak yang SAH.

Semenjak isu provokasi 19 Julai 2014 oleh mereka yang menyalahgunakan slogan Sarawak For Sarawakian, badan penaung telah mengambil keputusan untuk memperbetulkan semula kedudukan slogan ini yang hampir dirosakkan maksudnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Mekanisme pembetulan telah dan masih dilakukan oleh Badan Penaung Slogan Sarawak For Sarawakian dan hasil kerjasama semua pihak yang bertindak secara langsung dan tidak langsung dari semua lapisan masyarakat, ramai yang mula mampu membezakan perkara sebenar dan perkara yang tiada kaitan langsung dengan maksud pengaktifan slogan Sarawak For Sarawakian yang pernah digunakan suatu ketika dahulu untuk maksud perkara yang sama iaitu sebagai peringatan kepada kita sebagai anak Sarawak untuk memastikan Sarawak pertama dalam setiap perkara (Sarawak First).

Tiada halangan untuk anak-anak Sarawak menggunakan slogan ini namun syarat-syaratnya ialah tidak melanggar perlembagaan Sarawak, asas-asas perlembagaan Sarawak, serta apa-apa perjanjian antarabangsa yang dibuat oleh Negara Sarawak melalui kerajaannya, tidak merosakkan perpaduan rakyat Sarawak samada dengan menggunakan isu perkauman, keagamaan atau percubaan menimbulkan ketidakstabilan politik. 

Apa-apa salahguna yang berlaku ke atas slogan Sarawak For Sarawakian adalah menjadi risiko kepada diri penyalahguna serta organisasi yang diwakilinya jika ia mewakili sesebuah organisasi kerana pihak berkuasa di Sarawak berhak untuk mengambil tindakan ke atas salahguna tersebut kerana setiap salahguna terhadap slogan Sarawak For Sarawakian adalah satu perlanggaran terhadap mana-mana artikel perlembagaan Sarawak atau perlanggaran terhadap salah satu atau lebih atau keseluruhan daripada Sembilan Prinsip Kardinal dan ini merangkumi 18 Perkara Perjanjian serta Perjanjian Malaysia 1963.

Slogan Sarawak For Sarawakian tidak memerlukan apa-apa tambahan pada slogan itu sendiri seperti contohnya “referendum hak rakyat” kerana “referendum” itu sendiri tiada kaitan dengan maksud pengaktifan semula slogan Sarawak For Sarawakian. 

Perbuatan menambah-nambah ini telah terbukti membawa perpecahan di kalangan rakyat sedangkan maksud Slogan Sarawak For Sarawakian adalah untuk menyatukan rakyat Sarawak di bawah kefahaman perlembagaan Sarawak tanpa perlu mereka diganggu oleh manipulasi dan provokasi politik yang menyebabkan rakyat takut dengan identiti Sarawak sendiri serta kedudukannya.

Penambahan-penambahan seperti klausa “referendum hak rakyat” itu seolah cuba memalingkan pengetahuan rakyat daripada memahami bahawa keutamaan Perlembagaan Sarawak itu sendiri adalah perkara pertama dalam menegakkan HAK rakyat dan adalah ia tidak boleh dipersoalkan. 

Perkara ini meruncing seperti pada bulan april 2015 semasa sidang Sarawak Council Negri berlangsung yang mana slogan ini telah digunakan sebagai “perisai” oleh mereka semasa berpiket dan “berkampung” di Waterfront Kuching yang mana mereka telah mempersoalkan kedaulatan Sarawak serta keluhuran Perlembagaan Sarawak serta perjanjian antarabangsa yang sah antara Sarawak dan Persekutuan Malaya, Sabah, Singapura dan United Kingdom iaitu Perjanjian Malaysia 1963 itu sendiri.

Berpolitik adalah tidak salah malah jika ia dilakukan dengan betul adalah sangat digalakkan kerana ia adalah salah satu cara untuk memastikan hak rakyat terjamin sepertimana yang tertakluk dibawah garispanduan Perlembagaan Sarawak itu sendiri. 

Inilah semangat slogan Sarawak For Sarawakian yang sebenar yang mana setiap parti politik dalam Sarawak itu sendiri memastikan dalam mereka menjalankan hak mereka untuk berpolitik, mereka merasa bertanggungjawab untuk tidak melampaui batasan dalam perkara itu sebagai contoh memastikan isu perkauman tidak timbul dan memastikan hak semua kaum dan agama dalam Sarawak dipelihara dalam setiap urusan parti politik mereka.

Menyalahgunakan slogan ini untuk urusan yang tidak membawa manfaat kepada kefahaman perlembagaan serta sejarah sebenar rakyat Sarawak terhadap Sarawak itu sendiri atau perbuatan merosakkan hubungan antara rakyat Sarawak dan wilayah lain adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab dan merosakkan Sarawak secara umum dan wajar dihentikan salahguna tersebut untuk manfaat seluruh rakyat, dan cara terbaik untuk menghentikan salahguna ialah dengan memahami maksud sebenar slogan Sarawak For Sarawakian diaktifkan semula seperti yang tertera di satu-satunya laman rasmi Sarawak For Sarawakian Official yang diselia oleh Badan Penaung dan Majlis Administratif Sarawak For Sarawakian Official.

DUM SPIRO SPERO | BERSATU BERUSAHA BERBAKTI


Sarawak For Sarawakian Official - Menjulang Negara Sarawak-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List