Tuesday 19 January 2016

PRN11 Sarawak: Berkemungkinan Ada Pertukaran Kerusi

 
KUCHING: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, Tan Sri Adenan Satem tidak menolak kemungkinan berlaku pertukaran kerusi di antara parti komponen BN pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11), tidak lama lagi.
 
Bercakap pada sidang media selepas melancarkan buku 'Anak Kampung', di sini sebentar tadi, beliau berkata rundingan masih dilakukan bagi mendapatkan konsensus pembahagian kerusi terbabit. 
 
"Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) tiada masalah, namun ada sedikit kesukaran dengan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP).  

"Jika anda berada di tempat saya, pastinya situasi antara parti berkenaan menyulitkan," katanya.  
 
TERAS adalah parti serpihan SPDP yang kini diketuai bekas Presiden SPDP, Tan Sri William Mawan Ikom, manakala UPP parti serpihan SUPP yang diasaskan Menteri Kewangan II Sarawak, Datuk Wong Soon Koh. Kedua-dua parti itu mengumumkan mereka mesra BN. -BH -UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List